Anda di halaman 1dari 36

[SEJARAH TINGKATAN 3] 1.

0 Penghargaan

2011

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah inayah-Nya, memberikan saya kekuatan dan semangat untuk melaksanakan kerja khusus subjek Sejarah yang bertajuk Institusi Pentadbiran Tempatan KESEDAR Mengkebang. Tanpa kekuatan dan semangat yang tinggi tidak mungkin saya dapat menyelesaikan kerja khusus ini dengan jayanya. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang menghalangi langkahan saya sepanjang melaksanakan kerja khusus ini, Namun semua itu menjadi kenangan serta pengalaman yang teramat indah yang tiada nilainya buat saya. Saya pasti akan menyematkan kenangan ini di hati sanubari agar segala kenangan ini tidak hilang ditelan zaman. Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Shamsuri bin Dollah yang memberi peluang untuk saya

menjalankan kajian ini Ucapan jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada Puan Norhashida bt Hashim selaku guru Sejarah Tingkatan 3 yang tidak lekang dengan kata-kata semangat serta dorongan untuk menjadi bekalan berguna buat saya dalam memastikan kerja khusus ini dapat disiapkan dalam tempoh yang di tetapkan. Ucapan ribuan terima kasih juga tidak lupa kepada ayahanda dan bonda, Tuan Sulaiman bin Long Deraman dan Meriam bt Ismail yang memberikan banyak galakan untuk menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menjayakan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3] responden dari KESEDAR Mengkebang sepanjang menjalankan kajian ini. Sekian, terima kasih. yang

2011

telah memberikan kerjasama yang baik

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3] 2.0 Objektif Kajian

2011

Beberapa objektif kajian telah dikenalpasti serta perlu dipenuhi oleh pengkaji iaitu: 2.1 Mengetahui dan memahami jenis-jenis pentadbiran setempat. Pengkaji dapat mengenali dan mengetahui sejarah yang terdapat di pejabat KESEDAR Mengkebang dan memahami jenis pentadbiran yang digunakan di KRT Mengkebang. 2.2 Memahami tugas dan tanggungjawab. Pengkaji dapat menambah ilmu pengetahuan dan memahami tugas yang dipertanggungjawabkan oleh ahli jawatankuasa yang dijalankan. 2.3 Melahirkan perasaan bangga dan hormat kepada pemimpin. Pengkaji dapat menguatkan semangat dan melahirkan perasaan bangga dan hormat kepada pemimpin KESEDAR Mengkebang. 2.4 Dapat menghuraikan organisasi pentadbiran. Pengkaji dapat menyenaraikan nama-nama Ahli Jawatankuasa KESEDAR Pusat dan Mengkebang.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3] 3.0 Kaedah Kajian

2011

Dalam menjalankan kajian, kaedah kajian yang telah digunakan untuk memastikan bahawa segalanya berjalan ialah kaedah pemerhatian, temuramah, soal selidik, mengakses laman sesawang dan kaedah rujukan. 3.1 Pemerhatian. Pemerhatian dilakukan sejak dari bermulanya kajian ini hinggalah tamat bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai tokoh. Melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan, peserta telah terlibat secara langsung dan sepenuhnya terhadap kajian yang dilakukan. Oleh itu, secara praktikalnya para peserta akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan terperinci di samping para peserta juga akan memperoleh manfaat dan pengalaman yang berguna. 3.2 Temuramah Kaedah temuramah yang dijalankan membolehkan saya mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kajian yang dilakukan kerana peserta dapat berkomunikasi dan memperoleh maklumat secara langsung daripada pemberi maklumat. Melalui kaedah temuramah ini, maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan kajian ini dapat diperolehi dengan lebih cepat dan lebih efisien. Oleh yang demikian, segala bentuk soalan yang telah disediakan adalah menjurus kepada objektif kajian supaya soalan-soalan yang diajukan ini lebih jelas dan mudah difahami responden serta jawapannya menepati kehendak kajian ini.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3] 3.3 Soal selidik

2011

Kaedah soal selidik yang digunakan akan diajukan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat daripada orang ramai. Melalui kaedah ini, borang soal selidik akan disediakan dan diedarkan kepada orang ramai. Selepas borang dikutip, pengkaji akan menganalisis data-data yang diperlukan. 3.4 Mengakses laman sesawang. Pengkaji mengakses laman sesawang yang dibangunkan oleh KESEDAR untuk mendapatkan maklumat. Kaedah yang digunakan ini sememangnya membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai struktur organisasai dan sebagainya untuk memastikan maklumat yang diperolehi memenuhi objektif kajian. 3.5 Rujukan. Surat khabar dan majalah yang berkaitan juga dijadikan sebagai wadah untuk mendapatkan maklumat. Banyak artikel berkaitan KESEDAER dikeluarkan dalam medium tersebut yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3] 4.0 Hasil Kajian 4.1

2011

Institusi Pentadbiran Tempatan yang beroperasi di KESEDAR Mengkebang 4.1.1 Nama Rasmi a. Pusat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978. b. Mengkebang Dibuka pada tahun 1961 oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN). LKTN telah diubah nama menjadi TAKDIR (Perbadanan Pembangunan dan Pemilihan Tanah Negeri Kelantan Darul Naim) setelah pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan bertukar tangan. Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah bersetuju membubarkan TAKDIR dan diserap ke dalam Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR) dan diletakkan di bawah Bahagian Pemilihan Tanah dan kini terletak di bawah Bahagian Pembangunan Pertanian.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3] 4.1.2 Lokasi a. Pusat

2011

Pusat pentadbiran pertama KESEDAR terletak di Tingkat 2, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu apabila Pengurus Besar pertama, YBhg. Dato' Ariffin bin Said melapor diri pada 1 Jun 1978. Akibat daripada penambahan bilangan pejabat yang berterusan maka KESEDAR telah mendapatkan Ibu Pejabat sementara yang terletak di Bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji. Namun demikian, hasrat dan perancangan untuk membina bangunan ibu pejabat di Gua Musang telah diilhamkan oleh YBM. Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu. Kerja-kerja pembinaan kompleks Ibu Pejabat Ibu Pejabat KESEDAR telah bermula pada 16 Jun 1984 di atas kawasan seluas 16.06 hektar. Pembinaan kompleks ini bercirikan senibina tempatan dan keaslian Melayu lama, khususnya pada rekaan bumbung, dan penggunaan bahan-bahan keluaran tempatan. Kompleks ini telah siap dibina pada 30 Ogos 1986 dengan menelan belanja RM8.014juta. Semua pegawai dan kakitangan KESEDAR telah berpindah ke Ibu Pejabat yang baru ini bermula pada bulan Oktober 1985. Kompleks Ibu Pejabat ini merupakan ini merupakan antara bangunan yang amat penting di Gua Musang ke arah menggalakkan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan. Bermula tahun 1986, ia menjadi pusat pentadbiran bagi

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3] keseluruhan kawasan

2011

Kelantan Selatan dan merupakan nadi

penggerak kepada semua program dan aktiviti pembangunan KESEDAR. Kawasan Kelantan Selatan terletak di selatan Negeri Kelantan bersepadan dengan Thailand di utara, negeri Perak di barat, negeri Pahang di selatan dan negeri Terengganu di timur. Kawasan ini meliputi tiga per empat (3/4) daripada keluasan negeri Kelantan iaitu merangkumi kawasan seluas 1.234juta hektar

b. Mengkebang Kedudukan Rancangan Pemulihan Tanah KESEDAR Mengkebang adalah bersempadan di sebelah selatannya dengan RPT Sg Pas, RPT Peria dan RPT Temalir, manakala disebelah baratnya pula bersempadan dengan Hutan Simpan Sg Durian. Jarak RPT Mengkebang dengan bandar Kuala Krai pula lebih kurang 12 km. 4.1.3 Matlamat/Objektif/Misi/Visi a. Pusat I. Visi Visi KESEDAR pusat ialah sebagai peneraju utama kemajuan Kelantan Selatan menjadi wilayah luar bandar termaju di Malaysia.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3] II. Misi Misi Kesedar Pusat ialah

2011

memacu

dan

menjana

pembangunan wilayah Kelantan Selatan, merancang dan melaksana program pembangunan fizikal yang berkualiti, melaksanakan dengan program pembangunan sosio-ekonomi tempatan,

mengeksploitasi

sumber-sumber

mewujudkan kawasan Kelantan Selatan yang maju, menarik dan menguntungkan dengan masyarakat yang sejahtera dan berkualiti serta membangunkan modal insan yang boleh membantu mencapai pembangunan Kelantan Selatan. III. Objektif Objektif KESEDAR Pusat ialah membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat, menyedia dan menaik taraf kemudahan infrastruktur fizikal dan sosial dan melahirkan masyarakat yang sejahtera, dinamik serta produktif. b. Mengkebang I. Objektif Membuat bancian bagi penduduk miskin untuk di masukkan dalam SPKR dan senarai e-kasih, mengumpul maklumat pembangunan bagi sektor ekonomi, sosial,

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

SPKR dan kemudahan insfrastruktur dan menyelesaikan masalah hak milik tanah rancangan. II. Misi Meningkatkan pendapatan peneroka dan pekebun kecil 25% setahun supaya menjadi 2 kali ganda dalam masa 3 tahun. 4.1.4 Carta Organisasi dan Senarai Pentadbir a. Pusat

I.

Pengerusi

DATO' RAMZI BIN AB. RAHMAN

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

10

[SEJARAH TINGKATAN 3] II. Pengurus Besar

2011

Hj. Mohd. Arshad bin Ismail III. Timbalan Pengurus Besar

Hj Ramli bin Mat Zain Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

11

[SEJARAH TINGKATAN 3] Hj. Abdul Ghani bin Mahmud

2011

Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan)

IV.

Pengurus Bahagian

Hj Mohamad Suhaimi Bin Othman Pengurus Bahagian Perancangan & Penilaian

Hj. Fazam Bin Mat Lazim Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

12

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

Haji Othman Bin Ismail Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian

Iskandar Zurkarnain Bin Ibrahim Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi & Pelaburan

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

13

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

Pn. Norlidasaidi Binti Awang Teh Pengurus Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

Hj Wan Johan Bin Hj Wan Hassan Pengurus Bahagian Kewangan

Hj. Ahmad @ Ahnal bin Che Othman Pengurus Bahagian Pemantauan & Penyelarasan

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

14

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

En. Hasri Rifdi Bin Hamzah

Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat

V.

Ketua Unit

Nik Burhanuddin Bin Nik Yusoff Pengarah Unit JKR KESEDAR

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

15

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

En. Amran bin Abdullah Ketua Unit Perhubungan Awam

Norlidasaidi Binti Awang Teh Ketua Unit Undang-undang

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

16

[SEJARAH TINGKATAN 3] Azlina Binti Ghazali Ketua Unit Audit Dalam

2011

VI.

Pengurus Wilayah

En Asri bin Jusoh Pengurus Wilayah Gua Musang

Che Zulkifli bin Ab.Rahman Pengurus Wilayah Kuala Krai

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

17

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

18

[SEJARAH TINGKATAN 3] b. Mengkebang Carta Organisasi

2011

PO

PRT

PRT

PRT

PT

PT

PT

PT

PM

Bil 1 2 3 4 5

Nama Wan Mazlan Wan Muhammad Wan Leman Wan Hamat Abdul Ghani Muhammad Hj Baharuddin Daud Hj Aziz Abdul Rahman

Pangkat PO PRT PRT PRT PT

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

19

[SEJARAH TINGKATAN 3] 6 7 8 9 Hj Abdul Samad Ibrahim Zainab Bte Awang Noorsiah Mohd Zain Hanafi Abdullah

2011

PT PT PT PM

4.2

Latar Belakang 4.2.1 Sejarah Penubuhan a. Pusat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978. Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

b. Mengkebang Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Mengkebang telah dibuka pada tahun 1961 dengan keluasan keliling seluas 2193.017 hektar oleh kerajaan Negeri Kelantan ketika itu di bawah

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

20

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

Lembaga Kemajuan Tanah Negeri yang mana halacara pembukaan tanah tanpa perancangan yang tersusun. 4.2.2 Undang-undang Tubuh Suatu Akta digubal untuk memperbadankan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengannya. Oleh yang demikian Akta 203 (Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978) digubal. 4.2.3 Peranan/Tanggungjawab I. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan

pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Kelantan Selatan. II. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan

pembangunan tempat tinggal, pertanian, perusahaan dan perdagangan dalam kawasan Kelantan Selatan. III. Mengawal dan menyelaras kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas kawasan Kelantan Selatan. 4.2.4 Cara Pelantikan Pentadbiran Tempatan I. Pentadbir Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Mengkebang dilantik melalui tawaran yang dikeluarkan oleh pihak KESEDAR

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

21

[SEJARAH TINGKATAN 3] 4.3 Peranan 4.3.1 Kebajikan

2011

Tempoh 30 tahun yang lalu KESEDAR telah memainkan peranan dengan menyediakan insfrastruktur yang mencukupi dan berkualiti seluruh pelusuk wilayah Kelantan Selatan. Jalan-jalan perhubungan utama ialah Gua Musang- Kuala Krai, Gua Musang- Jelawang, Gua Musang- Lojing telah dibina untuk kemudahan penduduk di samping pembinaan jalanjalan kampung yang menghubungkan wilayah Kelantan Selatan. Jalan dalam bandar juga telah dinaik taraf dari semasa ke semasa. Usaha-usaha menaiktaraf jalan-jalan sedia ada tetap diberi keutamaan bagi memastikan masyarakat kumpulan sasar menikmati kesejahteraan hidup yang berkualiti. KESEDAR telah menyediakan bekalan air bersih kepada 90% penduduk Kelantan Selatan dan 10 % lagi mendapat bekalan air separuh rawatan. Penduduk juga telah telah mendapat kemudahan bekalan elektrik 24 jam diseluruh kawasan Kelantan Selatan. Elemen pembangunan tidak boleh terlepas daripada kemajuan dalam bidang kerohanian. Justeru KESEDAR membina tempat ibadat serentak dengan pembangunanpembangunan lain yang dilaksanakan di setiap wilayah. Kawasan operasi KESEDAR mempunyai masjid dan surau yang menjadi satu saluran untuk membentuk sikap dan jati diri masyarakat.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

22

[SEJARAH TINGKATAN 3] 4.3.2 Ekonomi

2011

Matlamat program ini adalah untuk melahir dan meningkatkan bilangan usahawan yang berjaya melalui aktiviti-aktiviti pendidikan keusahawanan, promosi dan pemasaran insfrastruktur industry luar bandar serta bantuanbantuan pembiayaan kewangan dan peralatan. Peranan KESEDAR membantu usahawan di kawasan Kelantan Selatan agar mampu berdaya saing dan menjadi usahawan berjaya adalah melalui penganjuran kursuskursus yang berjaya serta menyediakan babtuan-bantuan seperti

penyertaan dalam ekspo bagi memasarkan produk-produk hasil luar bandar. Sehingga kini, KESEDAR telah melahirkan seramai 198 orang usahawan dalam industri pembuatan dan perkhidmatan di kawasan Kelantan Selatan dan menjelang 2010, KESEDAR mampu mewujudkan 500 orang usahawan industry luar bandar. 4.3.3 Pelancongan

Program ini bertujuan mempromosi sektor pelancongan di Kelantan Selatan di samping menaik taraf infrastruktur di lokasi-lokasi pelancongan sedia ada sebagai kawasan tarikan pelancongan. Untuk tahun 2009, peruntukan berjumlah RM107,728.00 telah diluluskan bagi pelaksanaan projek Infrastruktur Pelancongan. Projek Infrastrukur Pelancongan mencatatkan perbelanjaan RM107,728.00 (100%) pada tahun 2009. Aktiviti utama yang dilaksanakan adalah kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih di Taman Etnobotani, Gua Musang dan Taman Santuari Tasek

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

23

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

Pergau, Jeli. Disini banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan berekreasi, Gabungan keaslian rimba asal, kehidupan liar, keindahan tumbuh-tumbuhan semulajadi, ketenangan air sungai yang mengalir serta keindahan bukit-bukit batu kapur menjadikannya tempat tang sesuai untuk mengembara, memancing, berkhemah dan bersampan. Diantara kawasan-kawasan rekreasi yang biasa dilawati ialah: Sungai Nenggiri Gua Madu Lata Kertas Gunung Rabong Taman Etnobotani Sungai Mering dan Sungai Ber Tasik Ketitir Taman Negara Kuala Koh Tasik Pergau Gua Ikan Gunung Stong Lata Rek Tokong Mek

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

24

[SEJARAH TINGKATAN 3] 4.3.4 Kemasyarakatan

2011

Program ini bertujuan bagi melahirkan masyarakat Kelantan Selatan yang lebih terbuka; maju dari segi minda, sikap, dan tingkah laku bagi membentuk sahsiah yang berdisiplin, berdikari, bertakwa dan bersyukur. Ianya selaras dengan falsafah baru pembangunan luar bandar untuk menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik dan menguntungkan. Aktiviti pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh KESEDAR termasuklah pembangunan kerohanian, pendidikan, keusahawanan dan kemasyarakatan. Kaedah pelaksanaan adalah dalam pelbagai bentuk seperti latihan dan kursus, lawatan, sukan sera pertandingan yang melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan wanita. KESEDAR juga tidak ketinggalan dalam memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Bantuan yang diberikan termasuklah membina dan membaiki rumah serta bantuan input pertanian, tanaman kontang dan ternakan lembu. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan bebanan mereka agar dapat menjalani kehidupan sebagaimana orang lain. Bagi memperkasakan penduduk desa, KESEDAR bersama dengan agensi/Jabatan Kerajaan lain, pihak swasta dan Badan-Badan Bukan Kerajaan terus bekerjasama dalam membantu pemimpin-pemimpin tempatan (JKKK) dalam merancang dan merealisasikan impian mewujudkan ' Desa Wawasan' yang maju, menarik dan menguntungkan. Bagi melengkapkan kemudahan di desa berkenaan, KESEDAR menyediakan bangunan seperti dewan serbaguna, taska dan

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

25

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

peralatan komputer. Kumpulan sasar KESEDAR terdiri daripada semua penduduk Kelantan Selatan yang terbahagi kepada tiga kategori :-

Peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Peneroka Rancangan Pemulihan Tanah Penduduk Kampung Tradisi/Orang Asli

4.4

Perkembangan

4.4.1

Sumber Kewangan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE 2) dilancarkan oleh kerajaan bertujuan merangsang kegiatan ekonomi melalui pelaksanaan projekprojek pembangunan yang memberi kesan berganda kepada sektor ekonomi. Untuk tahun 2009, KESEDAR telah diluluskan RM5,098,700.00 di bawah PRE 2 bagi pelaksanaan Projek Jalan Pertanian di Rancangan Pemulihan Tanah KESEDAR. Sebanyak 77 projek Jalan Pertanian telah disiapkan di bawah PRE 2 dengan perbelanjaan RM5,030,722.00 (98.7%) pada tahun 2009.

4.4.2

Pembangunan Prasarana

Program

kemudahan-kemudahan

menyediakan

peruntukan

bagi

melaksanakan projek-projek kecil yang tidak disenaraikan dalam bajet

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

26

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

semasa bernilai tidak melebihi RM20,000.00. Antara jenis-jenis projek yang dilaksanakan di bawah program ini adalah pembaikian kecil kemudahan asas dan infrastruktur, bantuan warga emas, majlis sambutan hari-hari perayaan, bantuan bencana dan majlis kemasyarakatan. Pertimbangan terhadap permohonan daripada pertubuhan atau penduduk akan dibuat dengan mengambil kira keperluan mendesak dan impak kepada penduduk setempat. Untuk tahun 2009 program ini telah diluluskan peruntukan berjumlah RM150,000.00. Berakhir 31 Disember 2009, perbelanjaan sebanyak RM150,000.00 (100%) telah dibuat melibatkan 24 projek dan memberi faedah kepada 4,000 orang penduduk. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembaikan kemudahan asas di bawah program ini memberi impak segera kepada pihak yang terlibat.

4.4.3

Kemajuan Yang Dicapai

Program pengurangan kemiskinan bermatlamat untuk mensifarkan golongan miskin tegar dalam kalangan rakyat Kelantan Selatan menjelang tahun 2010. Pada tahun 2009, Program Pengurangan Kemiskinan

diluluskan peruntukan sebanyak RM89,000.00 bagi pelaksanaan satu projek iaitu Program Pembangunan Minda Insan. Program Pembangunan Minda Insan telah membelanjakan RM87,000.00 (100%) daripada peruntukan yang diluluskan. Sebanyak tiga siri kursus melibatkan 120 orang peserta telah dilaksanakan pada tahun 2009. Melalui kursus

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

27

[SEJARAH TINGKATAN 3] tersebut, golongan miskin tegar

2011

didedahkan

dengan

pelbagai

pengetahuan dan kemahiran bagi memajukan diri.

4.4.4

Perancangan Masa Hadapan Kemudahan Latihan KESEDAR berepentingan memperkasa modal insan bagi persediaan menghadapi arus kemajuan dan pemodenan sentiasa diberi keutamaan oleh KESEDAR dalam setiap rancangan pembangunan. Menyedari kepentingan ini, peruntukan RM956,126.00 telah diluluskan untuk pembinaan sebuah pusat latihan. Pembinaan sebuah pusat latihan bermula akhir 2008 diteruskan pada tahun 2009. Perbelanjaan

RM956,126.00 (100%) telah dibuat pada tahun 2009. Bangunan Pusat Latihan KESEDAR dijangka dapat disiapkan pada pertengahan tahun 2010.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

28

[SEJARAH TINGKATAN 3] 5.0 Rumusan

2011

Selepas saya menjalankan kerja khusus ini, saya mendapati diri saya lebih tahu secara mendalam tentang latarbelakang KESEDAR Mengkebang. Saya juga mendapati bahawa diri saya mempunyai semangat patriotisme yang tinggi daripada sediakala. Saya juga berasa amat kagum dan bangga kerana telah dilahirkan di negara yang aman dan damai. Saya juga berasa kagum dengan sikap pemimpin yang ada pada pemimpin negara Malaysia kerana kebijaksanaan pemimpin dalam melaksanakan pentadbiran dengan mewujudkan banyak jenis lagi penubuhan seperti KESEDAR, FELDA, Majlis Bandaran dan banyak lagi. Akhir kata selepas melakukan penyelidikan tentang KESEDAR Mengkebang kesedaran diri saya semakin tinggi. Saya juga mendapat banyak pengajaran daripada kegigihan yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia kepada semua penduduk negara ini.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

29

[SEJARAH TINGKATAN 3] 6.0 Lampiran

2011

Huruf K - Melambangkan Perkataan Kesedar

Putih - Melambangkan Keikhlasan & Kejujuran

Biru - Melambangkan Intergriti & Globalisasi

Merah - Melambangkan Kegigihan

Empat Segi Empat Menegak ke Atas - Melambangkan Keutuhan Organisasi

KESEDAR - Melambangkan Perkataan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

KELANTAN - Melambangkan Kelantan adalah Negeri dimana KESEDAR beroperasi.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

30

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

31

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

32

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

33

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

34

[SEJARAH TINGKATAN 3]

2011

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

35

[SEJARAH TINGKATAN 3] 7.0 Rujukan 1. Internet KESEDAR, http://www.kesedar.gov.my/town 2. Majalah

2011

Iskandar Zulkarnain b. Ibrahim. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti KESEDAR dalam Titian Buletin KESEDAR Bil 4 Julai hingga September 2008. 3. Surat khabar Sinar Harian, 28 Mac 2011, halaman 16. 4. Orang sumber Encik Abdul Ghani b. Muhammad, 53 tahun, No 807, Taman Orkid, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN-KESEDAR

36