Anda di halaman 1dari 16

ULASAN DAN ANALISIS ARTIKEL :

KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan

1.0

PENGENALAN

Pada tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri dengan mencapai kemajuan yang seimbang dari aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Di peringkat negara, Misi Nasional (2006-2020) telah dirangka bagi mencapai wawasan dan matlamat negara maju (KPM, 2006). Misi Nasional (MN) mengandungi lima teras yang menekankan pembangunan modal insan sebagai pendekatan utama bagi melonjak Malaysia ke status negara maju.

Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah dirangka dan dilancarkan pada bulan Februari 2007 yang bertujuan menjadi landasan utama pembangunan sistem pendidikan negara dengan menggariskan strategi pelaksanaan, pelan tindakan dan indikator pencapaian bagi membangunkan modal insan. Jelas sekali dapat dilihat bahawa wujud keseiringan antara strategi KPM dengan aspirasi Misi Nasional dalam agenda membangunkan modal insan. Berdasarkan kertas kerja pembentangan Teras 2 bertajuk Membangun Modal Insan yang dibentangkan Pengarah Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Ali Ab Ghani di Konvensyen Nasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM, pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai sektor pekerjaan. Kelangsungan hasrat ini telah membawa kepada pembangunan strategi bagi menerapkan pelbagai jenis kemahiran merangkumi kemahiran komunikasi berkesan, berkebolehan menggunakan ICT dengan baik, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis serta keupayaan menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Menyedari pembangunan modal insan merupakan aset penting untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran status negara maju, KPM melalui Teras 2 PIPP (2006-2010) telah merangka cadangan transformasi 2

kurikulum pendidikan prasekolah dan sekolah rendah yang berorientasikan kurikulum. Memetik kata-kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam Perutusan Hari Guru 2011, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku. Hal ini kerana perubahan dan perkembangan dalam masyarakat sentiasa berjalan seiring dengan perkembangan dunia semasa. Justeru, bagi menjana satu sistem pendidikan berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa atau masa akan datang kerana kurikulum merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah telah mendapat kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. Justeru, KPM telah membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berdasarkan FPK, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Sehubungan dengan dasar yang telah ditetapkan oleh KPM, satu surat pekeliling ikhtisas telah dikeluarkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2010 ini bertujuan untuk memaklumkan tentang pelaksanaan KSSR di semua sekolah bermula pada tahun 2011. KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1 (Harian Metro, 8 April 2011). Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan KBSR.

KSSR yang diperkenalkan ini merupakan transformasi yang dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding 3

piawaian global (Berita Harian, 30 Januari 2011). KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini serta mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan yang dilaksanakan adalah memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Pembaharuan lain yang diperkenalkan adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang mempunyai matlamat khusus dalam membangunkan pendidikan di Malaysia.

2.0

PERKEMBANGAN

Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun (Rohaya Talib, 2009). Justeru, isu pendidikan berorientasikan peperiksaan sering dibincangkan oleh masyarakat sejak kebelakangan ini. Pelbagai masalah dan isu yang timbul ekoran daripada pelaksanaan sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Sebagai contoh, artikel bertajuk Penipuan UPSR Memalukan yang ditulis oleh Mohd Azmi Abdul Hamid dalam laman web Malaysiakini.com adalah berkisarkan tentang dakwaan 10 orang murid tahun lima yang telah dipaksa menduduki UPSR bagi pihak murid lain di sebuah sekolah kebangsaan di Kedah. Sekiranya peristiwa ini benarbenar berlaku, ianya merupakan satu perkara yang amat memalukan kepada dunia pendidikan. Mengulas kepada isu tersebut, salah satu punca berlakunya kejadian seumpama itu adalah ekoran daripada sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan pendidikan (Utusan Malaysia, 30 Januari 2004). Pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang atau lebih tepat lagi mempunyai lebih banyak bilangan A dianggap sebagai pelajar yang berjaya. Memandangkan betapa pentingnya peratus lulus yang tinggi bagi sekolah, guru dan pentadbir sekolah sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan prestasi murid sehingga tercetusnya isu penipuan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 4

Selain itu, terdapat pelbagai lagi masalah yang timbul membabitkan institusi pendidikan seperti insiden pelajar bunuh diri kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, mahasiswa bunuh diri kerana tidak dapat kursus pilihannya, kakitangan jabatan yang menjual dan membocorkan soalan peperiksaan, sekolah yang mengurung pelajar lemah agar tidak mengambil peperiksaan untuk memastikan pencapaian sekolah tidak terjejas serta mahasiswa yang sanggup membeli sijil untuk mendapat peringkat sarjana di universiti (Malaysiakini, 4 Februari 2004).

Menurut Adi Badiozaman (The Star, 27 May 2007), peperiksaan dikatakan membunuh keseronokan dan kemeriahan alam persekolahan sehingga

bersekolah disamaertikan dengan belajar untuk menghadapi peperiksaan. Pendapat ini bertepatan dengan kata-kata Dr. Jamil Adimin dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang dipetik dalam Portal Pendidikan Utusan bahawa peperiksaan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar mengikut kurikulum hanya untuk menghadapi peperiksaan.

Di samping itu, sistem peperiksaan juga menyebabkan kematangan pelajar terhad, kelihatan jumud dan pelajar kurang kemahiran tambahan. Kenyataan ini telah disokong oleh Ketua Pusat Kajian E-Komuniti, University Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Norizan Abdul Razak. Tambah beliau, rata-rata pelajar hanya akan mempunyai motivasi sewaktu menjelangnya musim peperiksaan. Menurut Prof Dr. Sidek Baba dalam artikel beliau bertajuk Sistem Pendidikan Negara Perlu Transformatif yang dipetik dari Majalah Pendidik Bil 59 / April 2009, pendidikan bukan sekadar pembelajaran yang diukur kecapaiannya dengan peperiksaan semata-mata. Peperiksaan adalah satu cara bagaimana akal dan upaya berfikir manusia diukur dan ia tidak menjadi titik akhir dalam mengukur kecemerlangan yang sifatnya holistik. 5

Ekoran timbulnya masalah serta rungutan dan dakwaan pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan, maka kerajaan melalui KPM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan satu pendekatan baru dalam bidang pendidikan yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. Pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan salah satu pembaharuan yang diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ia merupakan langkah bijak yang diatur kerajaan bagi menangani isu sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu mengutamakan peperiksaan. SPPK yang berfokus untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik telah merencana tiga strategi perubahan iaitu menyediakan pentaksiran alternatif, mengkaji semula sistem pentaksiran berorientasikan peperiksaan dan memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian. Matlamat SPPK ini ialah untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan

KSSR yang telah dilaksanakan tahun ini telah mendatangkan impak positif terhadap dunia pendidikan. Pelaksanaan kurikulum ini telah menerima maklum balas yang positif daripada para guru dan ibu bapa, yang antara lain menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan KSSR telah berjaya meningkatkan minat murid untuk belajar bahasa Inggeris (Utusan Malaysia, 25 September 2011). Transformasi yang dilaksanakan kerajaan ini disifatkan sebagai langkah tepat bagi melahirkan modal insan holistik (Utusan Malaysia, 19 April 2009). Menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr. Zainal Kling, transformasi ini memberi peluang yang seimbang kepada pelajar terutamanya mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan diri dalam aspek kepimpinan, sahsiah diri dan komunikasi. Di samping itu, Prof Madya Dr. Norizan Abdul Razak turut memuji langkah transformasi itu dengan menyatakan bahawa sistem pendidikan yang tidak berorientasi 6 sepenuhnya peperiksaan mampu

memperkasa pelajar dalam aspek kemahiran tambahan dan melahirkan pelajar yang bermotivasi sepanjang masa.

Disebalik maklum balas positif yang diterima, terdapat juga beberapa pihak yang kurang menyokong dengan dasar KSSR yang diperkenalkan kerajaan ini. Menurut Dr. Jamil Adimin dari LPM dalam penulisan beliau bertajuk Peperiksaan Vs Pentaksiran, rata-rata peserta Seminar Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat pendidik,

pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju dengan pemansuhan peperiksaan berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM. Mereka bersepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan menganggap penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented hanya merupakan persepsi masyarakat sahaja. Di samping memberi ulasan positif terhadap transformasi pendidikan yang dijalankan oleh kerajaan, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof Datuk Dr. Zainal Kling turut mengingatkan bahawa Kementerian Pelajaran perlu memberi tumpuan yang khusus kepada sekolah-sekolah luar bandar agar transformasi yang dilaksanakan tidak akan memberi kesan negatif kepada pelajar di pedalaman. Menurut beliau, sistem baru ini adalah baik namun berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, pelajar di sekolah luar bandar sering menjadi mangsa setiap kali pembaharuan dalam bidang pendidikan dilaksanakan.

3.0

IMPLIKASI

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak sama ada dalam akhbar harian, majalah mahupun blog-blog rasmi tentang isu pelaksanaan KSSR bagi mengurangkan tekanan peperiksaan, terdapat

beberapa implikasi yang dilihat mendatangkan manfaat kepada para pendidik selaku penggerak sistem pendidikan negara. Jika sebelum ini sistem pendidikan di Malaysia terlalu berpaksikan peperiksaan, kini Kementerian Pelajaran sedang giat menjalankan usaha bagi memastikan sistem pendidikan kurang

berorientasikan peperiksaan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2004). Pelaksanaan SPPK dilihat mampu mengatasi isu yang timbul di mana sistem ini bertujuan untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik. Perkataan holistik diistilahkan sebagai bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Justeru, lima bentuk pentaksiran yang wujud di bawah pelaksanaan SPPK merupakan pentaksiran menyeluruh yang terdiri daripada pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.

Pentaksiran

berasaskan

sekolah

yang

bersifat

holistik

dianggap

berkemampuan untuk menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan FPK dan KSSR. Berdasarkan pelaksanaan sistem pentaksiran di peringkat sekolah, guru-guru telah memberi tindak balas yang positif. Hal ini kerana pembaharuan yang diperkenalkan telah mendatangkan impak positif terhadap bidang tugas guru dalam mendidik dan memantau perkembangan murid. Menerusi pembaharuan ini, guru akan merekodkan segala kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi

persekolahannya dalam bentuk portfolio. Antara maklumat yang akan disimpan dalam portfolio murid ialah hasil kerja mereka serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan ujian dan peperiksaan yang dijalani oleh murid. Langkah yang

dijalankan ini akan membolehkan guru memantau segala perkembangan murid dan sebagai rujukan kepada pihak ibu bapa dan guru itu sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan portfolio atau sistem fail akan membantu guru dalam memudahkan tugas mereka untuk menyemak rekod pembelajaran murid yang telah disimpan. Kaedah pendokumentasian yang betul dan tersusun akan mewujudkan sistem pengumpulan hasil kerja murid yang lebih sistematik dari sebelumnya. Tambahan lagi, dokumen-dokumen yang telah disimpan dapat menjadi bukti kepada setiap perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya di sekolah.

Seterusnya, pendekatan baru yang diperkenalkan ini juga membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur. Kenyataan ini telah disokong oleh Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Li. Murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Guru tidak dibenarkan membuat perbandingan dalam kalangan murid dan meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti yang pernah digunakan sebelum ini. Melalui pengenalan dan dasar pelaksanaan KSSR, guru akan mengukur tahap pembelajaran murid menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.

Dalam pada itu, penggunaan band seperti yang telah ditetapkan akan memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kebolehan murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas serta mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi murid. Keadaan ini adalah selaras dengan tujuan sistem ini diperkenalkan iaitu untuk membantu guru mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa proses P&P berlangsung.

4.0

CADANGAN

Seiringan dengan senario yang telah dibincangkan berkaitan sistem pendidikan Malaysia berpaksikan peperiksaan dan pelaksanaan KSSR bagi mengatasi isu ini, terdapat cadangan daripada beberapa pihak bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan ini mampu dilaksanakan dengan lebih kukuh lagi. Dalam bidang pendidikan, untuk menjana pendidikan yang berkualiti, sasarannya bukan sahaja tertumpu kepada golongan murid tetapi juga termasuk para guru. Untuk melaksanakan transformasi kepada murid, guru terlebih dahulu harus ditransformasikan. Kenyataan ini turut disokong oleh Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang menegaskan bahawa kerajaan perlu melakukan perubahan kepada guru-guru terlebih dahulu. Bagi menjayakan transformasi dalam pendidikan, ia banyak bergantung kepada komitmen yang dimainkan oleh para guru. Menurut beliau, guru seharusnya ditransformasi terlebih dahulu agar mereka boleh menjadi pendidik dan bukannya sekadar tenaga pengajar bagi membolehkan murid lulus dalam peperiksaan. Stiggins (1995) dalam Rohaya Talib, 2009 menegaskan bahawa ketidakjelasan guru dalam memahami dan menterjemah maksud dan visi kecemerlangan akademik sebenarnya akan membantutkan usaha membantu murid ke arah mencapai visi tersebut. Justeru, guru perlu diterapkan dengan elemen sahsiah diri dan kemahiran tambahan terlebih dahulu bagi memastikan dasar yang telah dirangka dapat terlaksana dengan baik. Jika tidak, transformasi bagi melahirkan insan holistik seperti yang digembar-gemburkan oleh kerajaan pasti sukar untuk direalisasikan.

Sementara itu, sistem atau dasar yang telah diperkenalkan seperti KSSR, SPPK dan PBS harus dilaksanakan dengan baik dan terancang supaya dapat mewujudkan persekitaran pendidikan yang harmonis dalam usaha

membangunkan perkembangan individu murid dan mendatangkan banyak manfaat serta mampu mengurangkan beban tugas guru.

10

5.0

RUMUSAN Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk KSSR

mengurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan serta perbincangan mengenai isu ini oleh pelbagai pihak, secara keseluruhannya saya berpendapat bahawa transformasi pendidikan yang direncanakan oleh kerajaan khususnya pihak Kementerian Pelajaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sasaran sebuah negara maju merupakan langkah yang bijak dan cemerlang. Sesuai dengan pandangan Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin bahawa matlamat transformasi pendidikan adalah untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan menyediakan peluang seluas-luasnya supaya matlamat akhir pendidikan ialah melahirkan generasi ulul albab mampu dicapai dan seterusnya mengisi keperluan pembangunan negara.

Konklusinya,

saya

bersetuju

dengan

pelaksanaan

dasar

yang

dikemukakan oleh kerajaan kerana ia dilihat membawa satu anjakan paradigma kepada dunia pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun, saya melihat pelaksanaan KSSR ini perlu diperkukuhkan lagi dengan lebih terancang dan sistematik supaya matlamat akhirnya dapat melahirkan generasi yang

berkembang secara holistik dan menyeluruh serta memberi manfaat bukan sahaja kepada murid malahan kepada warga pendidik itu sendiri. Pada masa yang sama, warga pendidik atau golongan guru juga perlu diperkemaskan lagi dari segi komponen amalan nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran seperti yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia (SGM) yang menjadi rujukan dan panduan piawaian kualiti guru. Kenyataan ini adalah selaras dengan pandangan Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim bahawa guru perlu ditransformasi terlebih dahulu. Keberhasilan sesuatu sistem adalah bergantung kepada komitmen yang dimainkan oleh penggerak sistem itu sendiri.

11

REFLEKSI

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kehendak soalan bagi tugasan EDU 3108 yang telah diedarkan, saya dan rakan-rakan dikehendaki mengulas dan menganalisis satu artikel berkaitan dunia keguruan. Kehendak tugasan ini amat menepati dan berkait rapat dengan dunia pendidikan kini yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Pelbagai isu yang berkait dengan guru dan keguruan sering dibincangkan melalui media massa. Setelah membuat penelitian terhadap isu semasa kini, saya memilih untuk menganalisis dan mengutarakan pendapat berkaitan artikel yang dipetik dalam akhbar Berita Harian bertarikh 30 Januari 2011 yang bertajuk KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan.

Melalui pembacaan saya terhadap artikel yang dipilih, secara jujurnya ia amat menguji pengetahuan saya terhadap isu-isu semasa dalam dunia pendidikan seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Saya bukanlah seorang individu yang terlalu mengambil berat tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Justeru, artikel yang dipilih ini amat mencabar buat saya. Saya menghadapi masalah untuk memahami, mengulas dan menganalisis artikel tersebut. Saya juga kurang arif untuk menyusun atur isi-isi dalam esei yang ditulis. Masalah yang dihadapi ini bukanlah penghalang buat saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasinya. Antara langkah-langkah yang telah saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan sekelas bagi mendapatkan pendapat dan cadangan daripada 12

mereka. Perbincangan yang dijalankan bukan sahaja dapat memberi kefahaman dan penjelasan mengenai isu yang dipilih malahan dapat menjana idea-idea baru. Selain itu, saya juga telah cuba mendapatkan maklumat-maklumat tambahan daripada buku dan laman web sebagai bahan sokongan untuk tugasan ini. Pada masa yang sama, saya turut berjumpa dengan pensyarah pembimbing untuk berbincang bagi mendapatkan pendapat dan bimbingan daripada beliau. Setiap tindakan yang telah saya jalankan telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Dalam melaksanakan tugasan ini, terdapat beberapa cabaran yang perlu saya hadapi seperti masalah kekurangan sumber. Seperti yang kita sudah sedia maklum, KSSR merupakan antara isu terbaru dalam kurikulum bagi 2 tahun kebelakangan ini. Jadi, sumber rujukan yang saya peroleh adalah agak terhad kerana saya banyak bergantung kepada internet dan akhbar. Namun, masalah ini dapat diselesaikan apabila saya cuba mendapatkan maklumat dalam beberapa laman web rasmi. Selain itu, cabaran kedua yang saya hadapi ialah tugasan menghasilkan sebuah blog sebagai satu ruang laman ilmu. Kemahiran membina blog bukanlah satu kemahiran yang mudah kerana ia merupakan proses pembelajaran yang memerlukan daya usaha yang tinggi. Selain itu, membina sebuah blog juga memerlukan kesabaran yang tinggi dan ia merupakan proses cuba jaya supaya blog yang dihasilkan kelihatan kemas dan mudah dibaca oleh para pembaca. Secara individu, tugasan menghasilkan blog ini tidak terlalu membebankan saya kerana saya juga pernah mempunyai blog peribadi. Justeru, kemahiran dan ilmu yang dimiliki dapat membantu saya dalam tugasan ini. Bagi menepati kehendak tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah mengadakan perbincangan untuk menghasilkan sebuah blog yang sesuai. Kami juga ada merujuk kepada blog-blog yang lain untuk melihat bagaimana menghasilkan sebuah laman ilmu yang baik dan sesuai. Hasilnya, blog bagi kumpulan saya dapat dihasilkan dan berjaya memuatkan esei untuk ahli kumpulan saya.

13

Tugasan yang diberikan dalam subjek EDU 3108 ini telah memberi ilmu baru buat saya. Saya dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan sebuah penulisan ilmiah yang betul di mana setiap penulisan perlu disokong oleh rujukan ilmiah. Di samping itu, saya juga memperoleh kemahiran baru iaitu dapat membina sebuah blog. Walaupun saya sudah mempunyai blog peribadi, namun ia tidak sama kerana blog yang perlu dibina lebih kepada satu ruangan laman ilmu. Hal ini amat bertepatan dan sesuai buat saya sebagai seorang bakal pendidik kelak.

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa tugasan ini amat bermanfaat dan berfaedah kepada saya. Ulasan dan analisis terhadap artikel berkaitan isu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah banyak membantu dan menambahkan ilmu pengetahuan saya. Pengetahuan ini akan membantu saya untuk digunakan apabila berada di sekolah kelak supaya saya tidak akan menjadi seorang guru yang cetek ilmu mengenai dunia pendidikan. Selain itu, proses pembelajaran mengenai penghasilan blog juga telah banyak membantu saya. Blog seperti ini dapat digunakan kelak sebagai satu ruang untuk berkongsi ilmu dengan pembaca-pembaca di internet. Ia juga akan menjadikan kita sebagai seorang guru yang mengintegrasikan teknologi ICT dalam dunia pendidikan selaras dengan perkembangan teknologi kini.

Akhir kalam, saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menimba pengalaman yang sangat berharga ini. Saya berharap kerja kursus yang telah saya siapkan ini bukan sahaja memberi faedah kepada diri saya sendiri namun juga kepada sahabat-sahabat serta individu yang lain. Semoga perkongsian ilmu ini mendapat restu dan keredhaan dari Allah s.w.t. InsyaAllah. Sekian, wassalam...

Disediakan oleh: Nurul Hana bt Daud 890711-14-5060 14

BIBLIOGRAFI BUKU: Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Prof Dr Sidek Baba. Sistem Pendidikan Negara Perlu Transformatif. Majalah Pendidik Bil 59 / April 2009.

Rohaya Talib. (2009). Pembinaan Dan Pengesahan Ujian Literasi Pentaksiran. Diakses dari http://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1. pdf

Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. (2011). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

6 Tunjang Transformasi Kurikulum Kebangsaan. Kertas Kerja Pembentangan Teras 2 PIPP oleh Ali Ab Ghani. Majalah Pendidik Bil 59 / April 2009.

15

SUMBER INTERNET:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan _binamodalinsanberkesan/Article/index_html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0130&pub=utusan_mala ysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120806/pe_01/Pentaksiransecara-holistik

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0925&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/peperiksaan-vs-pentaksiran.html

http://www.tutor.com.my/dunia.asp?y=2010&dt=0112&pub=DuniaPendidikan&se c=Isu_Semasa&pg=is_01.htm

http://www.malaysiakini.com/letters/26994

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1287978975.pdf

http://kssr.bpk.my/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0420&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

16