Anda di halaman 1dari 17

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

TAJUK 5

Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

5.1

Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 5. Tajuk-tajuk dalam unit ini

membincangkan tentang analisis kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

merupakan dokumen rasmi yang penting bagi seseorang guru Pendidikan Islam. Analisis sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran merupakan satu dokumen yang tidak dapat dipisahkan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Para pelajar akan dapat menguasai dan mengaplikasikan aspek-aspek penting dalam organisasi kandungan Pendidikan Islam KBSR.

5.2

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i. Memahami dan menghurai matlamat, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

ii.

Memahami dan menghuraikan bidang, tajuk,isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

iii.

Menguasai kemahiran terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan pendidikan Islam KBSR.

57

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Pelajar-pelajar sekelian! Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk menjadi seorang pendidik yang professional anda perlulah mengetahui, memahami dan menguasai isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam ,

Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda memahami dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam: i. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran ii. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain iii. Pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh syariat iv. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

58

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

5.4 Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan alSunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

5.5. Objektif Pendidikan Islam

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat : 1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan harian.

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami

maksud

beberapa

surah

yang

dipelajari

dan

menghayati

pengajarannya kearah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8. Membaca dan menulis jawi bangsa.

sebagai kecintaan terhadap warisan budaya

59

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

5.6 Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Kandungan Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang seperti berikut iaitu:

Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah alQuran

Bidang Pelajaran Jawi

Bidang Asas Ulum Syariyah

Bidang Asas Akhlak Islamiah

Rajah 1 : Bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Rajah 1 di atas menunjukkan kandungan bidang-bidang mata pelajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam sekolah rendah. Manakala Jadual 1 di bawah menerangkan dengan lebih terperinci tentang bidang-bidang tersebut .

Bil.

BIDANG

OBJEKTIF

TUMPUAN

Asuhan Tilawah Al-Quran

1. Membaca Surahsurah terpilih daripada juzuk Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca AlQuran. 2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah

1. Membaca ayat-ayat al-Quraan dengan Betul dan fasih. 2. Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan betul dan fasih

60

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Bil.

BIDANG harian.

OBJEKTIF

TUMPUAN

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

3. Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

Asas Ulum AsSyariah

1. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan 2. Mengamalkan ibadah-ibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam 3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

1. Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah 2. Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya 3. Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W 4. Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

3.

Asas Akhlak Islamiah

Mengamal adab dan 1. Kepatuhan terhadap menghayati nilai-nilai akhlak perturan dan cara hidup dalam kehidupan seharian Muslim dalam hubungan dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W 2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan Negara

61

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Bil.

BIDANG

OBJEKTIF

TUMPUAN

4.

Pelajaran Jawi

Membaca dan menulis jawi serta 1. Menulis tulisan jawi mencintainya sebagai warisan dengan baik budaya bangsa. 2. Membaca jawi dengan lancar 3. Menghayati seni tulisan jawi.

5.7

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Anda telah pun memahami secara terperinci Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR melalui unit yang lepas, Insyaallah, semoga dengan pemahaman dan pengamatan yang telah anda berikan itu, memudahkan anda meneruskan pembelajaran seterusnya.

Baiklah, sekarang marilah kita meneruskan perbincangan ini mengenai Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

Dalam unit ini anda akan dapat mengetahui secara lebih terperinci mengenai matlamat, objektif dan bidang yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dari tahun 1 hingga tahun 6. 5.7.1 Pendahuluan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) merupakan satu daripada dokumen utama

kurikulum Pendidikan Islam. Dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) khususnya dimuatkan maklumat mengenai keperluan kurikulum Pendidikan Islam. Berikut ini dihuraikan konsep HSP , struktur HSP, organisasi isi, bahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta keperluan penilaian Pendidikan Islam. Bahagian Pengenalan HSP Pendidikan Islam merupakan satu bahagian yang penting daripada dokumen HSP ini. Ia menerangkan bagaimana kandungan Pendidikan Islam perlu dikembangkan dan disempurnakan kepada murid.

62

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

5.7.2 Konsep Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran ialah memperjelaskan

satu dokumen yang memperkembangkan dan

maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Ia juga merupakan

keutamaan hampir setara dengan Sukatan Pelajaran dan perlu dibaca bersama-sama. Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk: Menentukan skop sukatan Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau sumatif

5.7.3 Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan dipersembahkan dalam bentuk lajur seperti berikut :.
Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Aras 1 : Aras 2 : Aras 3 : Cadangan Pengalaman Pembelajaran

63

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Keterangan lajur Lajur Kandungan dalam Lajur

Lajur Bidang Pembelajaran

Mengandungi tajuk-tajuk seperti dalam kandungan sukatan pelajaran. Berkaitan dengan hasil pembelajaran yang mesti dicapai oleh murid. Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implisit) atau luaran ( eksplisit). Hasil pembelajaran yang mesti dicapai bagi setiap tajuk telah dibahagikan kepada 3 aras iaitu aras 1, aras 2 dan aras 3 bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid. Aras 1 : Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid berpencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling rendah atau paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras ini, iaitu tahap yang paling minima. Aras 2 : Aras sederhana atau pertengahan yang perlu dikuasai oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% - 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini . Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu dikuasai oleh murid-murid pencapaian tinggi. Selalunya 15 % - 20% murid yang

Lajur Hasil Pembelajaran

64

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

diajar boleh menguasai aras ini

Lajur Cadangan Pembelajaran

Pengalaman Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik. Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

5.7.4 Tumpuan mata pelajaran Pendidikan Islam Kekuatan bagi mana-mana mata pelajaran adalah bergantung kepada aspek kandungan pelajaran, pendekatan , kaedah dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran serta kekuatan dan kesan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peruntukan masa bagi mata pelajaran sekolah rendah ialah 150 minit seminggu dan boleh dibahagikan kepada 5 waktu dengan 30 minit setiap waktu. Sebanyak 30 minit atau satu waktu diperuntukkan bagi pelajaran Jawi.

65

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

A. Asuhan Tilawah al-Quran

Perhatikan rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Rajah : Bidang satu Asuhan Tilawah Al-Quran


.Asuhan Tilawah Al-Qurann

1. Bacaan

2 Hafazan

3. Kefahaman

Rajah

di atas , menunjukkan Bidang Asuhan Tilawah Al-Quran, bidang ini

mengandungi tiga bahagian iaitu Bacaan, Hafazan dan Kefahaman seperti berikut; I. Bacaan : i. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii. Membaca kalimah dan potongan ayat iii. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris iv. Membaca surah-surah dengan betul dan fasih : v. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf vi. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

66

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

vii. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah viii. Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah.

Berikut surah-surah yang dicadangkan;

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Surah Al-Fatihah An-Nas Al-Falaq Al-Ikhlas Al-Masad Al-Nasr Al-Kafirun Al-Kawthar Al-Maun Al-Quraisy

Bil 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Surah Al-Fil Al-Humazah Al-Asr Al-Takathur Al-Qariah Al-Adiyat Al-Zalzalah Al-Bayyinah Al;-Qadr Al-Alaq

Bil 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Surah Al-Tin Al-syarh Al-Dhuha Al-Lail Al-Syams Al-Balad Al-Fajr Al-Ghasiyyah Al-Ala Al-Tariq

II

Hafazan : Menghafaz surah-surah berikut :

a. b. c. d. e. f. g. h. i.

Al-Fatihah An-Nas Al-Falaq Al-Ikhlas Al-Kafirun Al-Kawthar Al-Maun Al-Quraisy Al-Fil

l. m. n. o. p. q. r. s. t.

Al-Takathur Al-Qariah Al-Adiyat Al-Zalzalah Al-Bayyinah Al;-Qadr Al-Alaq Al-Tin Al-syarh

67

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

j. k.

Al-Humazah Al-Asr

u.

Al-Dhuha

III Kefahaman :

Pengertian Al-Quraan Kelebihan membaca Al-Quraan Sejarah ringkas al-Quraan Memahami surah-surah berikut secara umum Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7 Surah al-Nas ayat 1-6 Surah al-Falaq ayat 1-5 Surah al-Ikhlas Surah al-Kawthar Surah al-Maun ayat 1-7 Surah al-Qadr ayat 1-5 Surah al-Dhuha ayat 1-11

Lihat rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Bidang Asas Ulum Syariyah

Akidah

Ibadah

Sirah

Rajah 13 : Bidang Asas Ulum Syariyah Perhatikan dengan teliti bidang Asas Ulum Syariyah terdapat di dalam rajah di atas, bidang ini terbahagi kepada bidang Akidah, Ibadah dan Sirah. B . Bidang Ulum Syariah I. Tajuk-tajuk Akidah ialah: Pengertian Rukun Iman Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Maliakat

68

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Beriman Kepada Rasul Beriman kepada Kitab-Kitab Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qadak dan Qadar Pengertian Rukun IslamSifat wajib Allah Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut: Pengertian Dosa dan pahala Pengertian Syirik. Samiyyat : Pengertian Perkara-perkara samiyyat

II

Ibadah Konsep Ibadah Pengertian Jenis-jenis Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Jenis-jenis hukum Bersuci : Pengertian Tanggungjawab bersuci Istinjak Bersuci dari najis Bersuci dari hadas Tayammum Solat: Pengertian Solat Fardu Bacaan dalam solat serta terjemahannya - Takratul Ihram - Surah AlFatihah - iii.Doa Iftitah - Ketika Ruku - Ketika Iktidal - Ketika Sujud - Ketika duduk antara dua sujud - Tahyatul awal dan akhir - Doa Qunut. Pelakuan Solat (Rukun Fili) dan hikmahnya Perkara-perkara yang membatal solat Rukun-rukun Syarat-syarat wajib Syarat-syarat sah Sunat Abadh dan Haiah. Azan dan Iqamah

69

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Solat berjamaah Solat Jumaat Ibadah puasa Solat Hari Raya Aidil fitri dan Aidiladha Solat Jenazah

III Sirah : Tanda-tanda kenabian Salasilah keturunan Nabi Penyusuan dan Pemelihraan Nabi Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni 3.5 Kematian bapa dan ibu Nabi 3.6 Kematian Datuk 3.7 Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara 3.8 Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa 3.9 Pekhawinan Nabi 3.10 Peritiwa Hajarul al-Aswad 3.11 Peristiwa di Gua Hira 3.12 Mukjizat Al-Quraan 3.13 Dakwah Rasulullah (sulit dan terang) 3.14 Hijrah ke Habsyah 3.15 Pembesar Mekah terima Rasulullah 3.1 3.2. 3.3 3.4 3.16 3.17 3.18 3.19 Tentangan terhadap Rasulullah Israk dan Mikraj Perjanjian Aqabah Hijrah kemadinah

3,20 Pembinaan Masjid pertama 3.21 Persaudaraan Muhajirin dan Ansar 3.22 Pembentukan Negara Madinah 3.23 Mempertahankan Madinah 3.24 3.25 3.26 3.27 Piagam Madinah Perjanjian Hudaibiah Pembukaan Kota Mekah Perkembangan Islam Zaman Rasul 3.28 Haji Wida 3.29 Kewafatan Rasulullah S.A.W.

Sebenarnya anda sekarang sedang mengkaji perincian sukatan dalam bidang Ulum Syariah mulai dari tahun 1 hingga tahun 6. Syabas dan tahniah !. C. Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

70

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Adab dan Akhlak Islamiah


Adab dalam Kehidupan Harian
Adab terhadap ibubapa/keluarga

Adab terhadap Kehidupan Sosial Adab Menuntut Ilmu


Adab dengan Al-Quran

Rajah 16 : Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Anda akan meneliti setiap bahagian yang terdapat dalam rajah 16 satu persatu. Adakah anda bersedia sekarang!. a. Adab dalam Kehidupan Harian Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara berikut : 3.1.1 3.1.2 3.1.3 Adab Makan Minum Adab Qada Hajat Adab tidur dan bangun tidur 3.1.4 3.1.5 3.1.6 b. Adab mandi dan bersugi Adab berwuduk Adab berpakaian 3.1.7 3.1.8 3.1.9 Adab berkenderaan Adab masuk dan keluar rumah Adab menghidang makan dan minuman 3.1.10 Adab berjalan 3.1.11 Adab bertanya 3.1.12 Adab mengurus diri

Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga 1.2.1 1.2.2 1.2.3 Adab bercakap dengan ibu bapa Adab menolong ibu bapa Adab bergaul dengan keluarga

c.

Adab dalam kehidupan Bersosial 3.2.1 3.2.2 Adab bergaul dengan rakan Adab di masjid 3.2.12 Adab berkumpul 3.2.13 Adab berjual beli

71

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 3.2.7 3.2.8 3.2.9 3.2.10 3.2.11 d.

dan surau Adab bercakap dengan rakan Adab melayan tetamu Adab menziarah orang sakit Adab menziarah rakan Adab menziarah orang tua Adab dengan orang tua Adab menziarah jenazah kubur Adab makan di majlis keramaian Adab berjiran

3.2.14 Adab bekerja 3.2.15 Adab menziarah jiran 3.2.16 Adab ketika bermaian 3.2.17 Adab terhadap tempat dan harta benda awam 3.2.18 Adab kecintaan kepada Negara 3.2.19 Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar 3.2.20 Adab rehlah 3.2.21 Adab manusia dan makhluk lain 3.2.22 Adab dengan pemimpin

Adab Menuntut Ilmu i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Adab bercakap dengan guru Adab ke sekolah Adab Belajar Adab semasa di sekolah Adab berhujah Adab menolong guru Adab menjaga harta benda sekolah

e.

Adab dengan Al-Quraan 3.5.1 3.5.2 Adab membawa dan menyimpan Al-Quraan Adab membaca Al-Quraan

2. Pelajaran Jawi a. b. c. d. e. f. g. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggal Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambung Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbuka Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutup Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjaman Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek h. Menggunakan tanda baca i. Membaca pelbagai jenis teks bacaan j. Menulis pelbagai jenis teks k. Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rikah.

72

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Rumusan Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari segi penghayatan dan aplikasi, berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan nilai-nilai budaya bangsa. Oleh itu, setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana ia merupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan.

Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan memperjelas maksud serta kehendak sukatan pelajaran. Sukatan ini mempunyai institusi yang tinggi yang hampir setara dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran perlu difahami

bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran. Penguasaan terhadap segala yang terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid.

Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru memulakan tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah

berdasarkan kepada sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran.

Latihan i. Berdasarkan maklumat-maklumat di atas, bincangkan bidang-bidang pendidikan Islam sekolah rendah mengikut susunan?

ii.

Senaraikan Objektif setiap bidang mengikut tumpuan sukatan tersebut.

Syabas! Atas kesabaran anda ..

73