Anda di halaman 1dari 7

AKTIVITI PRATULISAN

1. Kemahiran jari dan tangan murid Arahan : Ikut bentuk ini dengan jari kamu. 2. Gunakan jari kamu dan cuba ikut urutan warna ini. Aktiviti kemahiran tangan. 3. Murid boleh menyambung titik berikut bagi memahirkan koordinasi tangan dan mata. Arahan : Sambungkan titik-titik. 4. Aktiviti menyambung titik ke arah membentuk huruf Arahan : Sambungkan titiktitik yang membentuk huruf 5. Murid boleh menyambung titik berikut bagi memahirkan koordinasi tangan dan mata. Arahan : Sambungkan titik-titik. 6. Ini di antara aktiviti menyambung titik, aktiviti pra tulisan Arahan : Sambungkan titik-titik. 7. Aktiviti pra tulisan. Arahan : Rasakan dengan jari anda dan ikut bentuk huruf ini

Pernyataan masalah

Masalah yang paling ketara dikalangan murid-murid semasa peringkat pramenulis adalah koordinasi mata dan tangan. Koordinasi mata dan tangan murid masih belum kukuh. Kadang-kala murid menulis tidak teratur dan tidak kemas. Bagi memperbaiki kelemahan ini, latihan adalah diperlukan. Berikut merupakan cara untuk membuat bahan bantu mengajar bagi Aktiviti sambung titik.

Langkah penyediaan bahan bantu mengajar 1) Memulakan aktiviti dengan menyambung titik-titik secara lurus.

2) Seterusnya menyambung titik-titik mengikut bentuk corak.

3) Menyambung titik-titik mengikut corak yang ada.

4) Akhir sekali menyambung titik mengikut huruf bermula A sehingga Z

Bagaimana Bahan bantu mengajar yang dibuat dapat membantu murid-murid mengatasi kelemahan koordinasi mata dan tangan. Aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti menyambuing titik akan mendatangkan banyak manfaat kepada murid-murid. Kanak-kanak pada peringkat pra tulisan ini mempunyai kelemahan yang ketara semasa mula menulis. Koordinasi tangan dan mata kanakkanak pada peringkat ini masih lagi tidak teratur dan perlukan banyak latihan bagi memperkukuhkan dan memperbaiki tulisan. Aktiviti ini merupakan latihan di mana kanak-kanak akan menulis mengikut garisangarisan dari kiri ke kanan. Kanak-kanak akan mengerakkan tangan mereka dengan menyambung titik-titik dan membentuk satu garisan lurus atau corak campuran bulatan yang lengkap. Kanak-kanak juga akan dapat mempelajari dan mengenali huruf melalui aktiviti menyambung titik-titik mengikut huruf yang telah disediakan bermula dari huruf A sehingga lah huruf Z. Aktiviti yang dijalankan akan membantu kanak-kanak untuk mengatasi kelemahan yang mereka ada. Latihan daripada aktiviti ini akan memperbaiki kemahiran menulis mereka. Kanak-kanak Aktiviti ini merupakan aktiviti bagi kanak-kanak untuk melakukan latihanlatihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. Selain itu aktiviti yang dijalankan juga akan membantu kanak-kanak dalam proses melatih keselarasan iaitu koordinasi di antara mata dan tangan.

Lembaran kerja 1

Lembaran kerja 2

Anda mungkin juga menyukai