Anda di halaman 1dari 34

ISI KANDUNGAN

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 Tajuk Pasta Sos Pasta Tuna dan Sayur-Sayuran Spaghetti Bolognaise Mac and Cheese Henwood Style Creamy Shrimp Penne Pasta Ayam Homemade Ayam Popcorn Rangup Homemade Nugget Taufu Resepi II Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi Rendang Ayam Lada Kering Daging Potato Cronquette Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Daging Rempah Garam Masala Daging Masak Rempah Daging Masak Kicap Daging Masak Lada HItam Kari Daging Jintan MAnis Bakso Makanan Laut Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Lengkuas Honey Prawns Ketam Masak Cili Sayur Goreng Kailan Ikan Masin Begedil Minuman & Pencuci Mulut Teh C Peng/ 3 Layer Tea Bubur Anak Lebah Puding Pelangi Aidilfitri Aiskrim Choc Baked Custard Homemade Aiskrim Pulut Mangga Puding Roti Marble Muka Surat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 27 28 29 29 30 30 31 32

2
Sos Pasta Tuna dan Sayur-Sayuran Bahan-bahan ( untuk 5 ke 6 orang ) 1 tin tomato dalam tin ( nak guna tomato puree pun boleh) 2 tin kecil tuna flakes 1 sudu besar serbuk parmesan cheese 3 ulas bawang putih 4 sudu besar olive oil 1/2 biji bawang besar 2 biji tomato 1/2 batang carrot sedikit gula sedikit garam 2 sudu besar tomato ketchup sedikit dry oregano 1/2 tin cendawan butang 1/2 batang celery 1 biji kentang 4 biji shitake 1/2 paket maitake 1/2 paket kinoko ( kalau kat malaysia susah nak cari maitake, shitake dan kinoko tu, boleh terus guna 1 tin cendawang butang ya) Caranya 1. Batang celery, kentang dan carrot di potong beberapa bahagian dan rebus sebentar, pastikan sayur separuh masak dan toskan. 2. Kemudian di dalam blender, masukkan, bawang putih, bawang besar, tomato, segala jenis cendawan, tomato, tuna flakes dan sayur yang direbus tadi, masukkan juga satu tin tomato, kisar sehingga semuanya hancur dan sebati. 3. Di dalam fry pan, panaskan olive oil, masukkan bahan yang di kisar tadi, biarkan kuah mereneh seketika, masukkan pula dry oregano serta parmesan cheese, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, setelah kuah agak pekat dan naik minyak, angkat dan boleh lah di toppingkan atas spaghetti atau ape jua jenis pasta kegemaran anda. Selamat Mencuba. - Sos pasta yang kita akan dapat nanti ni, banyak juga kuantitinya, sos nye boleh difrozen kan dengan cara masukkan sos pasta di dalam bekas plastic ziplock, dan simpan di dalam sejuk beku, apa bila nak makan, panaskan sahaja. Nota: Jika mahu masukkan seafood bolehj juga, namun jika mahu masukkan daging cincang atau ayam, pastikan ia tidak dicampur dengan ikan, takut lari rasanya nanti. dan boleh juga dimakan bersama meatball dan topping sedikit dengan hirisan daun pasley.

3
Spaghetti Bolognaise Bahan-bahan ( untuk 5 ke 6 orang ) 1 tin tomato puree ( 340gram) 400gram daging cincang 1 sudu besar serbuk parmesan cheese 4 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang kasar) 4 sudu besar olive oil 2 biji bawang besar 2 biji tomato 1/2 biji carrot sedikit gula dan garam 5 ikat spaghetti 2 sudu besar sos tomato sedikit dry oregano Caranya 1. Rebus spaghetti pasta mengikut arahan dan masa yang terdapat pada paket, tos dan ketepikan, ( pastikan air rebusan di campur dengan garam dan beberapa titik minyak). Potong atau hiris nipis carrot, bawang besar dan tomato, masukkan di dalam blender bersama 1 cawan air dan kisar halus. 2. Bawang putih di ketuk dan dicincang halus, Panaskan olive oil dan tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan tomato puri, daging kisar, oregano, bahan yang dikisar, pamessan cheese dan sos tomato, kacau sebati. 3. Biarkan kuah mereneh seketika, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, setelah kuah agak pekat angkat dan boleh lah di curahkan di atas spaghetti , sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

4
Mac and Cheese Henwood Style

Ingredients 1/2 (16 ounce) package fusilli (spiral) pasta ) 1/4 cup margarine 1 tablespoon minced onion 1/4 cup all-purpose flour 2 cups milk 4 ounces processed cheese food 1/4 cup blue cheese crumbles 1/4 cup cubed Cheddar cheese 1 teaspoon salt 1 pinch ground black pepper 1/4 teaspoon dry mustard Directions 1. Fill a large pot with lightly salted water and bring to a rolling boil over high heat. Once the water is boiling, stir in the fusilli, and return to a boil. Cook the pasta uncovered, stirring occasionally, until the pasta has cooked through, but is still firm to the bite, about 12 minutes. Drain well in a colander set in the sink. 2. Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Lightly grease a casserole dish. 3. Melt the margarine in a large saucepan over medium heat; cook the onion in the melted margarine until translucent, about 5 minutes. Whisk the flour into the onion mixture; cook 1 minute more. Slowly pour the milk into the mixture while whisking until the milk is entirely incorporated. Add the cheese food, blue cheese, Cheddar cheese, salt, pepper, and mustard; cook and stir continually the cheese has melted and the mixture is thick; fold the pasta into the mixture. Pour the mixture into the prepared casserole dish. 4. Bake in the preheated oven until the top begins to brown, about 20 minutes.

5
Creamy Shrimp Penne Pasta

Bahan-bahan 150gram Penne Pasta ( rebus ikut arahan pada paket) 6 ekor udang harimau- dicincang halus 1 sudu besar serbuk parmesan cheese 1 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang kasar) 2 sudu besar olive oil sedikit hirisan daun pasley+2 sudu kecil dry oregano 1/2 cawan susu segar ( kalau nak lagi creamy boleh tukarkan susu segar pada nama cream ( whipping cream) dan gantikan serbuk parmesan cheese pada cream cheese)

Caranya 1. Rebus Penne pasta dan ketepikan, dalam fry pan panaskan olive oil dan tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan udang yang dicincang, kacau sebati. 2. Selepas itu, masukkan susu, serbuk parmesan cheese dan hirisan daun pasli serta oregano, biarkan mendidih baru masukkan pasta penne, kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit lada sulah dan garam, sedia untuk dihidangkan, makan panas-panas dan taburkan sedikt dry pasley. Selamat Mencuba.

7
Homemade Ayam Popcorn Rangup

Bahan-bahan 400gram daging ayam bahagian dada ( tanpa tulang) 1 biji putih telur 1/2 cawan tepung kanji kentang ( katakuriko) buleh ganti dengan tepung beras 1/4 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung goreng ayam ( cap ape2 pun boleh) sedikit lada sulah sedikit garam Cara-Caranya 1. Potong dada ayam kecil-kecil, basuh dan toskan. 2. gaul ayam dengan garam dan lada sulah serta tepung gandum, ketepikan, pastikan ayam disalut dengan tepung gandum. 3. Campurkan tepung goreng ayam bersama tepung kanji kentang, kemudian celup ayam bersama putih telur, akhir sekali gaulkan ayam bersama adunan tepung kanji kentang dan tepung goreng ayam tadi, buat satu-satu supaya adunan betul-betul menyaluti permukaan ayam popcorn. 4. Susun di atas pinggan dan masukkan dalam ruang sejuk beku, biarkan seketika lebih kurang 1 jam, setelah beku baru masukkan dalam bekas plastik atau boleh digoreng terus. Ini bagi mengelakkan ayam melekat antara satu sama lain setelah dipacking nanti. Selamat Mencuba. Nota: Masa dah selesai salut ayam popcorn ni, bila nak masuk peti ais sejuk beku tu, pastikan ayam tidak ditindah satu sama lain supaya ia tidak melekat, bila dah betul-betul beku baru boleh di satukan di dalam plastik atau bekas.

8
Homemade Nugget Taufu Resepi II

Bahan-bahan ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh) 400gram daging ayam kisar 250gram taufu lembut 1/2 biji telur sedikit garam 200gram serbuk roti warna putih (boleh guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus) lada sulah 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe) *Untuk Coating* 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu 180gram serbukroti warna oren Cara-Caranya 1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu. 2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya. 3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.

4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

9
Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahany 1 ekor ayam kampung 2 biji kentang dipotong sederhana ( x nak letak pun takpe) 2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik 6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah) 2cawan santan+1 cawan air 1 keping asam gelugor sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk sedikit garam caranya 1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk bersama ayam kampung dan masukkan serai yang telah dititik tadi, masukkan juga sedikit air, untuk proses pengecutan ayam, kacau sebati dan biarkan sebentar. 2. Masak sehingga ayam betul-betul empuk, kemudian masukkan 2 cawan santan masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk masukkan pula asam gelugor sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. kacau selalu. 3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

10
Rendang Ayam Lada Kering

Bahan-bahan 1/2 ekor ayam ( potong jgn terlalu kecil) 2 batang serai ( satu diblender dan satu lagi potong dua ) 1/2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 8 tangkai lada kering ( nak pedas leh tambah cili padi) 2 inci halia 1 sudu kecil jintan manis dan 1 sudu kecil jintan putih 1 cawan santan pekat 2 sudu besar kerisik 1 batang kulit kayu manis dan 2 kuntum bunga lawang satu helai daun kunyit ( diracik halus) Caranya 1. Mula-mula blender cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, jintan manis dan jintan putih. 2.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, setelah naik bau baru masukkan kerisik dan bahan kisar tadi, setelah garing masukkan serai yang dibelah dua. 3.Kemudian masukkan ayam dan santan, sesuaikan rasa ( masuk garam), biar mendidih dan kacau sekali sekala, bila kuah pecah minyak dan pekat baru masukkan daun kunyit yang telah dihiris. Siap untuk dihidang, sedap dimakan bersama nasi putih atau pun ketupat. Selamat Mencuba.

11

12
Potato Cronquette

Daging Mince 500gram Bahan-bahan ( 8 ketul ) 4-5 biji ubi kentang 1 sudu mentega 1/2 biji bawang besar 50g daging cincang sedikit garam dan serbuk lada sulah 2 biji telur dipukul bread crumbs secukupnya sedikit tepung minyak untuk mengoreng Cara-cara 1. Rebus ubi kentang sehingga masak 2.Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu 3.Potong dadu bawang besar. 4.Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau. 5.Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah. 6.Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati 7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis. 8.Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs 9.Goreng dalam minyak penuh.

-masukan juga 1 sudu besar telur dalam adunan kentang dan daging tu, telur sebagai agen pelekat, adun sebati dan bentuk-bentukan nye.

13
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan 400gram daging batang pinang yang siap disalai dan dihiris nipis 2 biji kentang dipotong sederhana ( x nak letak pun takpe) 2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik 6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah) 1 cawan santan+1 cawan air 1 keping asam gelugor sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk sedikit garam caranya 1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar. 2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu. 3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

14
Daging Rempah Garam Masala

Bahan-bahan 400 gram daging tanpa tulang 2 sudu kecil rempah garam masala 1/4 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 2 inci halia 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu besar serbuk rempah kari 2 sudu besar serbuk rempah korma 1 cawan santan pekat 2 biji kentang 1 cawan air 6 tangkai cili kering 1 batang kulit kayu manis+2 kuntum bunga lawang 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat Caranya 1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar halus bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau. 2. Kemudian ambil, rempah kari, rempah korma dan garam masala, jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, dan biarkan bahan tumisan agak garing, selepas itu masukkan daging. 3.Akhir sekali, masukkan santan,air, kentang serta kicap pekat dan kicap manis. Masak sehingga daging dan kentang empuk. Biarkan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula . Angkat dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

15
Daging Masak Rempah Bahan-bahan 350 gram daging sedikit daun kari 1/4 biji bawang besar 2 biji bawang putih 2 inci halia 1 sudu kecil jintan manis 2 sudu besar serbuk rempah kari 2 sudu besar serbuk rempah korma 1 cawan santan pekat 1 batang serai 1 cawan air 7 tangkai cili kering 4 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri) 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat Caranya 1. Potong daging sederhana, jangan nipis sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi. 2. Setelah naik bau, rempah kari dan korma jadikan pes dan curah dalam kuali, kacau sebati, kemudian masukkan serai yang telah dititik, tomato ketchup dan daging. 3.Kemudian masukkan santan dan air serta kicap. Biarkan daging lembut dan kuah pecah minyak dan menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula sikit. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

16
Daging Msak Kicap Bahan-bahan ( ikut keperluan isi rumah) 400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil) 3 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat 1/2 biji bawang besar 2 inci halia 1 biji bawang putih 2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh) 1 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 1/2 cawan air sedikit minyak untuk menumis 1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar) Caranya 1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing. 2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba. ( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)

17
Daging Masak Lada Hitam Bahan-bahan 350 gram daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus hingga empuk) 2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 ulas bawang putih 2 inci halia 1/4 bawang besar ( dipotong bentuk ring) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis sedikit katakuriko atau tepung jagung dibancuh dengan sedikit air Cara-caranya 1. Mula-mula cincang halus bawang putih dan halia ( kalau nak tumbuk lumat pun boleh) , panaskan minyak. Tumis bahan tadi hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar, sos tiram, kicap serta daging yang telah direbus tadi. kacau sebati. sesuaikan rasa, masukkan garam. jika terlalu kering masukkan sedikit air. 3. Setelah semua sudah sebati masukkan bancuhan tepung jagung dan bawang besar, bila bawang besar sudah layu, tutup api dan buleh lah dihidangkan bersama nasi panas. Hias ikut kreativiti masing-masing . Selamat mencuba.

18
Kari Daging Jintan Manis Bahan-bahan 350gram daging boneless ( hiris nipis) 1 biji bawang putih 1/4 biji bawang besar 2 inci halia 2 sudu besar jintan manis 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar serbuk kari daging 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang sedikit daun kari 3 biji buah pelaga 1 cawan santan 1 cawan air 1 biji tomato 1\3 batang carrot 2 biji kentang 3 sudu besar minyak masak ( untuk menumis) Cara-caranya 1. Blender halus halia, bawang putih, bawang besar dan jintan manis dengan sedikit air. 2. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, 1/2 biji tomato ( tomato dipotong kecil) serta serbuk kari yang telah dijadikan pes. Tumis hingga betul-betul garing. 3. Masukkan daging, kacau sebati, kemudian masukkan santan dan air, masak hingga daging empuk, selepas itu masukkan carrot dan kentang, akhir sekali baru masukkan lebihan tomato tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam. Angkat dan sedia untuk dihidangkan,selamat mencuba.

19
BAKSO Bahan-bahan 60g bihun - celur dan toskan 1 sudu makan bawang goreng 1 sudu makan daun sup - cincang

Utk Kuah@Sup
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu 4 ulas bawang putih - cincang 1 sudu makan kicap cair 1 sudu makan btg saderi - cincang 1 sudu makan minyak - utk menumis 1 sudu teh garam 1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)

Utk Bebola Sapi@Bakso


400g daging lembu hancur 1 sudu makan tepung gandum 2 sudu makan tepung ubi 1 biji putih telur 1/4 sudu teh serbuk lada sulah 1/4 sudu teh garam

Bahan sampingan
Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau kicap manis ABC

Cara-cara Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso) Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

20

21
Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Lengkuas Bahan-bahan 300gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya) 2 inci lengkuas 1 batang serai 7 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah) 2 cawan santan sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk sedikit garam 1 helai daun kunyit caranya 1. Kisar halus cili padi, lengkuas, bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar. 2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan udang, biarkan sebentar, selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam. 3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba

22
Honey Prawns Bahan-bahan 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing) 1 labu bawang besar* 1 biji cili merah* 3 ulas bawang putih* 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air) 2-3 biji cili api (diketuk) 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren) sedikit daun ketumbar (dihiris) 1/2 sudu besar kicap pekat Cara-cara 1. Kisar bahan2 bertanda *. 2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. 3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. 4.Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan. 5. boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

23

Ketam Masak Cili Bahan-bahan 2 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos cili 1/2 bi ji bawang besar 1 biji bawang putih 1 batang kayu manis 1 sudu besar madu 1/2 cawan air daun ketumbar sebagai hiasan 2 sudu besar tepung gandum ( untuk disalut pada ketam sebelum digoreng) Caranya. 1. Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan, gaul ketam bersama sedikit garam dan salut kan dengan tepung gandum, goreng hingga agak masak dan angkat. 2. Kisar bawang besar, dan bawang putih, panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bahan kisar tadi, setelah naik bau baru masukkan cili kisar, selepas itu masukkan madu dan sos cili kering dan air, setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. 3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

24

25
Goreng Kailan Ikan Masin

1 Paket baby kailan (atau se-ikat kailan) 2 keping isi ikan masin kurau ( saiz kecil) sedikit minyak bijan( ni tak letakpun takpe) - untuk menaikkan lagi aromanye 2 ulas bawang putih 1 biji cili merah ( dihiris nipis) 4 biji cili padi Minyak masak secukupnya untuk menumis serta sedikit garam sedikit sos tiram Cara-cara 1. Potong baby kailan pada 4 bahagian, basuh, tos dan ketepikan, tumbuk lumat, bawang putih, cili padi dan isi ikan kurau. 2. Panaskan minyak, dan tumis bahan yang ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan. 3. Masukkan garam dan sos tiram. Kacau sebati, akhir sekali masukkan kailan dan hirisan cili merah. titik kan juga sedikit minyak bijan. ( kalau kailan saiz biasa, masukkan batang kailan dahulu baru daunnye). 4. Gaul rata dan kacau sehingga sayur layu, jika mahukan sedikit kuah, masukkan suku cawan air, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, Selamat Mencuba.

26
Begedil Bahan-bahan 3 biji kentang saiz sederhana sedikit daging hancur ( boleh diganti dgn daging ayam) 1 sudu kecil jintan manis 1 biji telur sedikit hirisan bawang besar lada sulah garam daun celery atau daun sup Cara-caranya 1. Kupas kentang dan potong kecil2, goreng hingga empuk, angkat dan lapikkan kentang tadi dengan kitchen towel, bagi menyerap lebihan minyak. biarkan sejuk seketika. 2. cincang bawang besar dan, tumis bawang besar tadi hingga layu, baru masukkan daging hancur, kemudian masukkan jintan manis yang telah dichopping halus, kacau sebati. Angkat dan ketepikan. 3. Ambil kentang tadi, dan ramas hancur, masukkan bahan tumisan tadi dan gaul sebati, masukkan sedikit telur, ( telur ni agak-agak je, jgn sampai sebijik terus, cuma dlm 1/3 kuantiti 1 biji telur, bakinya akan digunakan untuk coating nanti, fungsi masukkan sedikit telur ini hanya sebagai agen penyatu. 4. Akhir sekali masukkan daun celery yang telah dihiris halus, sesuaikan rasa, masukkan lada sulah dan garam, bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit, celup pegedil tadi dengan baki telur dan goreng dengan minyak panas, tak perlu lama, ( pastikan api tidak terlalu perlahan) dan pastikan minyak betul-betul panas, setelah pegedil perang angkat dan toskan. Sesuai dijadikan pelengkap untuk bihun sup, mee sup dan di makan begitu sahaja, selamat mencuba.

27

28
Teh C Peng/ 3 Layer Tea Teh Pekat Susu Cair ( ros susu sejat jenama ideal) Gula melaka pekat ( letak simpulan daun pandan dalam air gula melaka ni) ketulan ais Cara-cara 1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. Kalo nak manis letaklah bebanyak. Hehehe! 2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair. 3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan2... 4. Bismillahirrahmanirrahimmmmm... Kita minommm duluuuu!!

BUBUR ANAK LEBAH 500g tepung beras kisar - cap ros/gajah/bunga raya 500 ml santan pelat 1 kg gula pasir + gula melaka - pilih salah 1 pun boleh. sedikit garam daun AIR kapur sebagai pengental adunan bancuh tepung beras dengan sedikit air dan masukkan air kapur ke dalam adunan tepung. gaulkan adunan sehingga menjadi seketul doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. kemudian sangatkan kepada acuan yang banyak lubang seperti kita membuat cendol. ketepikan dulu. dalam periuk lain: masaklah santan, gula, daun pandan, gula merah jika suka hingga mendidih. perlahankan api dan parutlah tepung anak lebah tadi terus ke dalam periuk berisi santan tadi. guna acuan cendol seperti buat maruku tu lagi senang.. kacau. tunggu hingga tepung anak lebah tu masak sepenuhnya. anggaran 10minit >. * kalau boleh bancuhan kuah cairkan sikit sebab adunan tepung itu sendiri akan memekatkan kuahnya nanti. * sedap di makan bersama sedikit pulut putih -gaulkan seperti kita makan cendol.

29
Puding Pelangi Aidilfitri

Bahan Lapisan Plain

10 gm serbuk agar-agar 220 gm gula pasir 1000 ml air 2 helai daun pandan

Bahan Lapisan Santan

2 helai daun pandan 10 gm serbuk agar-agar 220 gm gula pasir 700ml santan ( buleh ganti dengan susu soya, susu sejat

ataupun susu segar)

1/2 sudu kecil garam 300ml air 3 sudu besar susu pekat manis

Bahan Pewarna

Pewarna Biru, Ungu, Hijau dan Merah Jambu

Cara Membuatnya

1. Masukkan ke semua bahan lapisan plain di dalam periuk dan masak hingga mendidih, pada masa yang same juga, di dalam periuk yang berasingan, masukkan bahan bahagian santan. Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa di kacau. ( kedua-dua adunan ni mesti sentiasa di atas api yang perlahan dan sentiasa panas sebelum proses melapis). 2. Sediakan acuan bulat atau petak, ros gunakan acuan silicon bentuk bunga, pastikan acuan di bilas dengan air terlebih dahulu, ambil 3/4 cawan agar-agar santan, dan warnakan dengan warna biru, kacau sehigga warna sekata, curah di dasar acuan dan biarkan agak keras. 3. Setelah keras, ambil hujung garpu dan lorekkan sedikit di permukaanye, ambil pula 3/4 cawan bahagian agaragar plain, dan warnakan juga dengan warna biru, curahkan di atas bahagian agar-agar santan tadi, biarkan keras, ulang langkah melapis tadi dengan menggunakan warna yang berlainan, sehingga kedua-dua bahagian adunan agaragar habis. 4. Sejukkan dahulu agar-agar di dalam peti ais sebelum dihidangkan, selamat Mencuba. contoh melapis Lapisan pertama dan kedua adunan agar-agar santan warna biru, atasnya adunan agar-agar plain warna biru juga Lapisa ketiga dan ke-empat adunan agar-agar santan warna ungu atasnya adunan agar-agar plain warna ungu juga. Lapisan ke-empat dan kelima adunan agar-agar santan warna merah jambu atasnya adunan agar-agar warna merah jambu juga Lapisan kelima dan ke-enam adunan agar-agar santan warna hijau atasnya agar-agar plain warna hijau juga Nota: Pastikan lorekkan menggunakan hujung garpu tidak terlalu dalam supaya lapisanya cantik, langkah lorekkan ini bagi memastikan setiap lapisan melekat dan tidak lerai apabila di potong nanti.

30
Aiskrim Choc Bahan-bahan 400ml whipping cream 100gram coklat masakan 2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco 1/2 cawan gula 2 biji telur 2 biji kuning telur 50ml susu segar Cara-caranya 1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan. 2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar. 3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.

Baked Custard Ingredients ( menghasilkan 3 acuan remekin saiz kecil bentuk love) 1 egg ( ros guna telur saiz L) 1 cup milk ( 150ml susu segar) 3 tablespoons sugar 3/4 teaspoon vanilla extract 1/8 teaspoon salt 1/8 teaspoon ground nutmeg ( ros gantikan dengan serbuk cinnamon) Directions 1. In a bowl, lightly beat the egg. Stir in the milk, sugar, vanilla and salt until combined. Pour into two ungreased 6-oz. custard cups. Sprinkle with nutmeg. Place in an 8-in. square baking dish; add 1 in. of hot water to the pan. Bake at 350 degrees F for 35 minutes or until a knife comes out clean.

31
Homemade Aiskrim Bahan-bahan 3 biji telur 200 ml whipping cream 80gram gula 2 sudu kecil esen vanila ( ni ros tambah) Cara-caranya 1. Asing putih dan kuning telur, kemudian pukul putih telur hingga menjadi meringue. 2. Di dalam bekas lain pukul pulak whipping cream sehingga menjadi krim, tapi tak perlu terlalu kental. 3. Kemudian pukul pula kuning telur dan gula, hingga kembang dan putih, akhir sekali campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan masukkan esen vanila, gaul dengan spatula atau handmixer, pastikan sebati. Simpan di dalam peti ais sehinga aiskrim keras dan sedia untuk dihidangkan. - Bahagi dua adunan aiskirm ni, satu letak perasa strawberry dan satu lagi perasa vanilla

Pulut Mangga Bahan-bahan 1 cawan beras pulut - rendam 1-2jam @ semalaman 1 cawan santan 1/4 sudu kecil garam 3-4 sudu makan gula perang 1 sudu makan tepung jagung ( ros guna katakuriko) daun pandan mangga - kupas dan hiris Cara-cara 1.Panaskan kukusan. Kukus beras pulut hingga setengah masak. 2.Masukkan 1/4 cwn santan yg telah digaul dengan garam. Masukkan skali daun pandan. Kukus lagi hingga pulut masak. 3.Periuk lain, satukan baki santan, daun pandan dan juga gula perang (kemanisan ikut selera masing2). Masak hingga mendidih. Masukkan tepung jagung utk kuah yg agak pekat. 4.Utk hidangan - Sendukkan pulut ke dalam bekas. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga. 5.Siap untuk dinikmati.

32
Puding Roti Marble Bahan-bahan 4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat (ros kurangkan jd dua sudu besar jer) 170ml susu cair 8gram serbuk agar-agar 1/2 cawan gula - bleh kurangkan 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 3 1/2 cawan air 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) ( nak tambah satu lagi warna pon boleh) Cara-cara 1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. 3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. 4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2! 5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk

Anda mungkin juga menyukai