Anda di halaman 1dari 35

Inovasi Kurikulum

KHSR

Teori perubahan, teori inovasi dan konsep inovasi dalam kurikulum Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum Teknik dan konteks inovasi kurikulum Membuat keputusan dalam inovasi kurikulum Pembangunan dan Pemupukan Pemikiran Dalam Inovasi Kurikulum

Apakah Inovasi?
Sesuatu yang baru diperkenalkan (kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru) Kamus Dewan, Edisi 4 terbitan DBP
sesuatu pembaharuan untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik dan berkesan

Apakah Inovasi Kurikulum?


kurikulum yang sedia ada akan diperbaharui menjadi lebih berkesan dengan memasukan elemen-elemen baru yang tidak tedapat pada kurikulum terdahulu.

Teori Disiplin Mental

Teori Kurikulum

TEORI PERUBAHAN / INOVASI KURIKULUM

Teori Fungsi

Teori Kurikulum Saintifik

Teori Kurikulum
Budaya dan ilmu pengetahuan sentiasa berkembang maka kurikulum perlu diubah agar dapat merentasi masa dan sesuai dengan konteks sosial, politik dan ekonomi semasa
Inovasi terhadap kurikulum KHSR dilakukan dengan memperkenalkan aktiviti amali yang berunsurkan teknologi

Teori Disiplin Mental


Kurikulum perlu sentiasa diperhalusi / diperbaharui untuk membolehkan apa jua ilmu pengetahuan dapat diajar kepada kanak-kanak sebagai latihan pembinaan disiplin, keupayaan menaakul.
Perubahan terhadap kurikulum KHSR menambaikbaik beberapa matapelajaran berkaitan seperti ketukangan, keusahawanan serta pengurusan diri dan keluarga

Teori Kurikulum Saintifik


Franklin Bobbit: sekolah merupakan kilang yang memproses murid sebagai bahan mentah agar menjadi output yang bersedia dan berupaya memikul peranan dalam kehidupan
Teori ini menegaskan kepentingan kanakkanak dibezakan mengikut darjah kecerdasan, agar mereka mendapat latihan yang spesifik selaras dengan peranan mereka dalam masyarakat

Teori Fungsi
Kurikulum yang digubal perlu ke arah penyediaan kemahiran pekerjaan sesuai dengan keperluan tenaga manusia melibatkan pelbagai jenis pekerjaan yang melibatkan latihan peningkatan kemahiran dari semasa ke semasa Inovasi terhadap kurikulum matapelajaran ini dilakukan dengan tumpuan utamanya adalah kepada penguasaan kemahiran dalam bidang Reka Bentuk Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan.

KONSEP INOVASI KURIKULUM

Perkembangan Sains Dan Teknologi

Keperluan Masyarakat dan Negara

Perkembangan Falsafah Psikologi dan Teori Pendidikan

Kewujudan ilmu-ilmu yang baru, atau perkembangan atau penemuan ilmu baru
Keperluan masyarakat dan negara yang berubah

Perkembangan Sains dan Teknologi Perkembangan dasar kerajaan

Pedagogi

Keperluan Sumber Manusia

Kelemahan pelaksanaan kurikulum sedia ada

Kewujudan ilmu-ilmu yang baru, atau perkembangan atau penemuan ilmu baru
Kurikulum yang telah dibentuk perlu sentiasa dikemaskini supaya murid-murid tidak akan mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman Pengaruh inovasi untuk memperbaiki kurikulum yang sedia ada mengambil kira atau memasukkan ilmu-ilmu yang terakhir ditemui kedalam kurikulum itu

Keperluan Masyarakat dan Negara yang berubah


KHSR telah diterapkan atau dimasukkan dengan satu matapelajaran yang dapat memberi kemahiran kepada murid-murid iaitu RBT Membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasakan kepada idea-idea yang kreatif Kehendak masyarakat dan Negara melatih lebih banyak tenaga mahir

Kurikulum KHSR turut diperbaharui dengan memasukan pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi membentuk minda kreatif dan inovatif

Perkembangan Sains dan Teknologi


Memberi tumpuan kepada matapelajaran yang dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran murid-murid Komputer didapati banyak kurikulum yang telah sedia ada dibentuk, dirombak untuk membawa masuk ilmu komputer ke dalam kurikulum Ilmu keusahawanan, perniagaan, perkebunan dan perindustrian turut diperkenalkan

Pembentukan masyarakat yang produktif tumpuan negara mencapai matlamat Wawasan 2020

Perkembangan Dasar Kerajaan


Ingin melahirkan murid yang seimbang dari semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah Kurikulum KHSR telah dimasukkan unsur-unsur dari segi perkembangan individu memenuhi naluri ingin tahu murid terhadap alatan, bahan dan mesin Memberi peluang untuk mencuba, mereka cipta, mengubahsuai, mengendali dan meneliti hasil teknologi, sesuai dengan perkembangan intelek murid

Pedagogi
Sebarang perubahan dalam strategi p & p mempengaruhi reformasi kurikulum Kaedah pengajaran baru diperkenalkan dan dipelbagaikan apabila KBSR dan KBSM diwujudkan Dahulunya kaedah pengajaran hanya berpusatkan guru kini berubah kepada berpusatkan murid Penyusunan tempat murid penglibatan murid dalam p & p dipertingkatkan dengan wujudnya suasana yang kondusif bagi merangsang pemikiran murid

Keperluan Sumber Manusia


Wawasan 2020 Menjadikan negara kita sebagai sebuah negara perindustrian setanding negara maju Tenaga rakyat berilmu, berwibawa dan berketrampilan perlu dilatih bagi memenuhi kehendak wawasan Kurikulum KHSR turut mengalami perubahan bagi memenuhi kehendak ini.

Kelemahan Pelaksanaan Kurikulum Sedia Ada


Pelaksana kurikulum gagal memilih objektif atau isi kandungan kurikulum dengan sempurna bersesuaian dengan keadaan semasa Alat yang digunakan untuk memilih objektif kurikulum tidak lagi sesuai digunakan dan dengan itu menyebabkan objektif yang dicapai oleh sesuatu kurikulum tidak tepat

Inovasi Kurikulum Dan Reformasi Pendidikan


Reformasi pendidikan membawa maksud sistem pendidikan yang sedia ada dengan tujuan menjadikannya lebih mantap dan sempurna Reformasi pendidikan ini melibatkan perubahan dasar, matlamat dan sistem pendidikan termasuk kurikulumnya

Perkembangan Sistem Pendidikan Serantau


Pada peringkat awal sistem pendidikan dilaksanakan mengikut pengubahsuaian berdasarkan sistem pendidikan ditinggalkan oleh penjajah Menitikberatkan pelajaran akademik dan berorientasikan kepada usaha melahirkan pelajar untuk peperiksaan sahaja. Dekad 80an : perkembangan maklumat, perubahan sosio-ekonomi serta perkembangan sains dan teknologi yang berlaku

Reformasi Pendidikan di Malaysia


Sistem pendidikan negara memperkenalkan beberapa perubahan seperti berikut:

Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga
Meningkatkan kualiti pendidikan dengan melatih cukup tenaga Memperkenalkan matapelajaran teknik dan vokasional

Perubahan Homeostatik

Perubahan Metamorphistik

TEKNIK DAN KONTEKS INOVASI KURIKULUM

Perubahan Perkembangan

Perubahan Neomobilistik

Perubahan Homeostatik
Perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna Contohnya: Guru Besar B menggantikan Guru Besar A disebabkan Guru Besar A telah bersara Perubahan homeostatik ini membawa perubahan yang berciri atau bersifat kebiasaan

Perubahan Perkembangan
Perubahan ini bercorak pembaharuan kepada yang lama dan dalam konteks bentuk kurikulum yang telah dibentuk Dilaksanakan untuk mengatasi aktivitiaktiviti yang lemah setelah dikenalpasti Contoh: Penukaran dalam beberapa objektif kurikulum tersebut

Perubahan Neomobilistik
Wujud berdasarkan faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru Idea-idea atau pengetahuan baru itu perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang sedia ada Kurikulum tersebut akan selari dengan keadaan semasa serta lebih berfaedah

Perubahan Metamorphistik
Wujud disebabkan kemasukan idea-idea baru kepada kurikulum Faktor-faktor perubahan: Terdapat orientasi baru atau persepsi baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan Perubahan kurikulum : perkembangan mental atau kognitif kepada penekanan ke atas bidang-bidang afektif, psikomotor dan kerohanian

Proses penting untuk kesempurnaan dalam bidang kurikulum Bukan hanya wujud dalam bidang kurikulum tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja

Proses Membuat Keputusan

Kenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah Diagnosis & Analisis Sebab

Pembentukan Alternatif
Pemilihan Alternatif Pelaksanaan Alternatif Penilaian & Maklum Balas

Kenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah

Kepentingan Darjah kepentingan masalah tersebut Kerumitan Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian Masa Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan masalah tersebut Sumber Sumber yang diperlukan

Diagnosis & Analisis Sebab


Dalam menganalisis sesuatu masalah, kita boleh mengumpulkan semua data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat keputusan dalam inovasi kurikulum

Pembentukan Alternatif

Kita boleh mengembang atau satukan alternatif atau mencipta alternatif baru. Dicadangkan supaya membincangkan setiap idea dan juga mempertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang sama

Pemilihan Alternatif

Kesesuaian Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut? Faedah Adakah ia berfaedah? Kebolehterimaan Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

Pelaksanaan Alternatif

Kebolehterimaan Bagaimanakah kita boleh mendapatkan penerimaan dari orang lain? Jangkaan Apakah tentangan yang boleh kita jangka kepada alternatif ini? Bantuan Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan dari orang atau kumpulan lain?

Penilaian & Maklum balas

Ukuran Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan? Ujian Apakah ujian atau trial run yang akan kita awasi untuk melihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah akan kita menilai keputusannya? Keputusan Apakah kriteria yang akan kita gunakan? Apakah bukti alternatif kita berkesan?

Anda mungkin juga menyukai