Anda di halaman 1dari 9

Suamiku Vampire 31

ikap Danish berubah seratus peratus disebabkan pertemuannya dengan perempuan yang ditemuinya di dalam lif beberapa hari lepas. Sikapnya berubah menjadi baik, bukan pembuli, bukan juga kaki perempuan seperti selalu. Dia berubah menjadi seorang yang tegas dan bijak dalam menghadapi masalah. Hidayah ujar Danish perlahan. Dia menggelarkan perempuan yang ditemuinya itu sebagai Hidayah. Danish termenung panjang. Cuba mengingati raut wajah perempuan yang ditemuinya tadi. Namun, wajah itu tidak terlayar di retina matanya. Kenapa boleh lupa? Danish mula bercakap sendirian. Lupa apa? soal Novela yang sudah berdiri di muka pintu. Mata Danish tepat memandang Novela. Dadanya diurut-urut perlahan.

SorryApa yang bos lupa? Novela senyum simpul. Vela, I lupa wajah perempuan yang buat I berubah, kata Danish sambil memejamkan matanya. Bahaya betul tu, bos. Novela berkata dengan nada yang lembut. Kenapa? soal Danish dengan hairannya. Muda-muda lagi dah jadi pelupa kata Novela sambil melangkah keluar dari bilik Danish setelah meletakkan beberapa fail yang dipegangnya tadi di atas meja Danish. Vela! Suara Danish sedikit meninggi. Konon nak marahklan Novela, namun sudahnya dia tersenyum dengan gurauan Novela. Hatinya benar-benar tenang. Dia melihat wajahnya di cermin. Pucat. Novela tidak jadi keluar. Tombol pintu yang sudah dipulasnya, masih dalam genggaman. Wajahnya ditala ke arah Danish. Walaupun muka pucat, masih ada gadis yang tergila-gilakan bos. Novela berkata agak perlahan sebelum menutup pintu bilik majikannya itu. Apa you cakap? soal Danish kurang dengar apa yang dikatakan Novela Novela tayang gigi. Tanpa kata, dia terus berlalu pergi. Meninggalkan Danish tanpa menjawab soalan yang ditanya. daMia melambakkan tawanya selamba. Dia tidak mempedulikan orang sekeliling. Tiba-tiba, pandangannya terarah ke satu sudut. Tak patut. Tak patut gaduh sebab komik. Macamlah dah tak ada jual kat kedai lain. Gimik betul. Lucu. Damia menggelengkan kepalanya. Dia menuju ke

32 Ria Natsumi

kaunter bayaran dan membayar buku-buku yang dipilihnya. Di sini ada jual buku bagaimana memikat perempuan tak? tanya seorang lelaki. Damia yang mendengar, hanya ketawa. Ada juga orang macam ni? Nak pikat perempuan pun nak kena rujuk buku. Damia terus membuat bayaran sebaik lelaki yang bertanya soalan pelik itu meninggalkan kaunter. Selepas bayaran dibuat, segera dia keluar dari kedai buku itu dan mengatur langkah ke tandas awam yang berdekatan. Dalam Damia kalut mengatur langkah, tubuhnya terlanggar seseorang. Besarnya badan mamat ni. Dah macam King Kong aku tengok. Lelaki yang berdiri di depan Damia memandang Damia tunak. Tanda tidak puas hati. Sudahnya, dia berlalu pergi.Terus meninggalkan Damia. Dania mencebik. Dia kembali mengatur langkah ke arah tujuan asalnya. Tidak dikisahkan lagi lelaki yang melanggarnya tadi. haris tercengang saat Sarah mencium pipinya. Dia yang terkejar-kejar mahu menjemput Sarah di lapangan terbang, tergamam saat Sarah melakukannya begitu. Adab mana yang diamalkan Sarah ni? Tak pernahpernah dibuatnya sebelum ni. Setahu aku, Sarah sangat sopan. Apa kena minah ni? Haris bermonolog sendiri. I missed you, kata Sarah. Manja sangat. Sah! Lain macam aje minah ni? Berjangkit dengan siapalahHaris mengerut dahi. Bimbang. I know. Selamba sahaja Haris menjawabnya. Sebenarnya dia masih fikirkan tentang perubahan sikap

Suamiku Vampire 33

Sarah. Dia pelik sebenarnya. Kenapa you jawab macam tu? Sarah sudah menarik muncungnya. Haris diam. Masih memikirkan perubahan sikap Sarah. Sarah yang melihat Haris tidak mempedulikan pertanyaannya, mula geram dengan sikap Haris. Dia menyiku perut Haris. Ouch! Haris mengaduh sambil menggosok perutnya yang terasa sakit. Whats wrong with you? soal Sarah dengan nada yang marah dalam merajuk. Sorry, darling. I missed you too. Haris cuba memujuk. Bunga yang dibelinya tadi, diberikan kepada Sarah. Sarah tersenyum. Haris tersenyum senang. danish mengamuk pada pagi itu. What the hell?! marah Danish apabila melihat tajuk surat khabar yang bertajuk, Anak Pengarah Syarikat Vampire Holding Menjadi Ustaz. Danish marah sememangnya marah dengan penyataan tersebut. Jadi baik pun nak tulis macam ni, perlu ke? Tak perlu, bos, jawab Novela perlahan. Dia meletakkan secawan teh yang dibawanya untuk majikannya itu. Air teh adalah minuman kesukaan Danish. Simple gila. Bos nak saman dia orang ke? soal Novela. Taklah sampai macam itu. Saya ni baik hati tau! Danish memuji dirinya sendiri.

34 Ria Natsumi

Novela senyum senang. Sejak bosnya berubah baik, marah bosnya cepat surut. Marahnya sekejap saja. Yang kamu senyum-senyum ini ada apa-apa ke? soal Danish sambil mendongakkan mukanya melihat wajah Novela yang berseri-seri. Tak ada apa-apa, cuma I nak tanya satu benda. Apa? Kenapa bos suka minum teh? tanya Novela. Wajahnya penuh pengharapan. Sangat mengharap Danish akan menjawab soalannya. Oh, I ada terbaca yang air teh ini boleh mengurangkan risiko keracunan makanan, memperkuatkan daya ingatan, menyegarkan tubuh, mencegah tekanan darah tinggi dan banyak lagilah. Banyak khasiatnya. Tambah-tambah lagi kalau minum yang masih panas. Memang syok! jelas Danish panjang lebar. Macam tu rupanya. Baiklah, saya nak ke bilik papa kejap. Kalau ada apa-apa hubungi saya, pesan Danish. Dia bangun dan menuju ke bilik Dato Akil. Novela hanya mengangguk. Dia melangkah seiring dengan Danish. Okey, saya nak jumpa papa dulu. Apa-apa, cepat hubungi saya ya. Okey, bos! Danish terus mengatur langkah mendapatkan papanya. Beberapa ketika, dia sudah berdiri di hadapan bilik papanya.Terus dipulas tombol pintu itu. Papa Manja sahaja suara Danish. Kenapa dengan anak papa ni? Pagi-pagi muka dah macam lembu nak beranak aje, kata Dato Akil sambil ketawa. Papa, janganlah ketawakan Danish. Adakah patut

Suamiku Vampire 35

Danish dikatakan seperti ustaz? adu Danish tanda kurang sennag dengan apa yang dinyatakan di dalam akhbar yang dibacanya tadi. Patut dan amat sesuai. Malam saja pergi masjid, dengar ceramah. Rajin betul anak papa, puji Dato Akil. Dia membaca dokumen yang ada di atas mejanya. Tidak diendahkan aduan anaknya itu. Tapi papa, Danish kan pergi bersama papa. Apasal nama Danish aje yang naik? Tak puas hati betul! Dahlah itu Danish. Perkara kecil aje. Baik Danish pergi tengok tapak projek kita di Tanjong Malim. Dah siap ke pembinaan jambatan yang dibuat. Semak bahan binaan cukup atau tak. Lagi bagus. Ada kerja juga, kan? Kerja mudah saja itu, papa. Okeylah, Danish pergi dulu. Danish terus berlalu meninggalkan papanya yang sudah mula khusyuk membaca dokumen-dokumen yang berada di atas meja. Lidya membuka surat khabar. Dia begitu tertarik dengan satu tajuk yang dipaparkan. Anak Pengarah Syarikat Vampire Holding Menjadi Ustaz. Lidya hanya tersenyum. Ini syarikat yang aku pergi temu duga hari tu. Bagus juga dapat majikan yang alim ini. Mudah nak bekerjasama nanti. Pagi-pagi dah buat amal, Cik Lidya, tegur Salina. Dia duduk di hadapan Lidya. Baru sampai cik adik? Amal apa yang saya dah buat? soal Lidya hairan.

36 Ria Natsumi

Pagi-pagi dah senyum manis. Sedekah tu, Lidya. Buat amallah orang panggil, jelas Salina. Lidya hanya tersenyum. Saya tersenyum sebab baca surat khabar ni. Bukan apa pun. Salina dah makan? Belum. Lidya nak belanja ke? Salina bertanya. Baru Lidya mahu menjawab, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi Kejap tau. Salina hanya mengangguk. Lidya terus menjawab panggilan tersebut. Beberapa ketika dia berbual dengan si pemanggil, talian dimatikan. Senyuman di bibirnya bertambah melebar. Kenapa? Ada berita gembira ke? Senyum lebar nampak. Saya dapat kerja di Vampire Holding. Minggu depan dah boleh mula, ujar Lidya senang hati. Tahniah! Lebih senanglah kita jumpa nanti. Kau kerja bahagian mana? Pemasaran. OooTak sama.Tapi tak apalah, yang penting, kita senang jumpa, ujar Salina dengan senyuman meleret. aku tak pernah jumpa dan kenal famili kau. Takat tahu siapa ayah kau aje, yang lain-lain aku tak tahu, ujar Haris sebaik dia dan Danish memboloskan diri ke dalam kereta setelah selsai menunaikan solat zuhur di sebuah masjid. Saja aku nak berahsia dengan kau.Alah, kita kawan aje. Cukuplah kau kenal aku, kata Danish sambil tersenyum. Dia memang susah hendak cerita perihal mengenai keluarganya. Peliklah kau ini. Okey, aku tak tanya dah. Cukuplah aku tahu kau macam mana, duduk mana dan kerja apa.

Suamiku Vampire 37

Danish tersenyum senang. Baik betul kau dengan buah hati ya? Kereta pun bagi pinjam. Danish menumpangkan Haris untuk kembali ke tempat kerja. Kereta Haris dipinjamkan kepada Sarah. Terlanjur terserempak dengan Haris di kedai makan tadi, terus dia menawarkan diri untuk menghantar Haris ke tempat kerja. Boleh juga mereka berbual-bual. Biasa aje. Dia kan bakal isteri aku. Selamba sahaja jawapan Haris. Tapi penyakit tidur berjalan kau tu amat bahaya dan menakutkan. Jaga-jaga, usik Danish dengan tawa yang mengiringi. Hari tu, semasa dia menumpang tidur di rumah Haris, tiba-tiba dia dikejutkan dengan sikap Haris yang pelik. Boleh Haris berjalan dalam tidur dan terus memeluknya tika itu. Haris buat muka. Kau ni! Jangan disebut tentang tu. Malu aku tau! Kau kena ubat penyakit tu. Bahaya kalau terkena kat anak dara orang. Tak pasal-pasal kau kena paksa kahwin. Takkanlah sampai macam tu sekali. Kau jangan nak takutkan aku. Iman aku ni masih kuatlah, kata Haris dengan penuh yakin. Dia tersenyum. Tang iman pula kau sebut. Ini pasal tidur kau. Kau kalau tidur, tak sedar kau buat apa. Betul jugak. Serentak dengan itu, tawa Danish pecah. Geli hati bila memikirkan perangai pelik rakannya itu. Akhirnya tawanya sudah berpadu dengan tawa Haris.

38 Ria Natsumi

Suamiku Vampire 39

idya mempercepatkan langkahnya. Dia su-

dah terlewat 20 minit daripada masa yang telah dijanjikan. Dengan jubahnya, memang sukar untuk dia berjalan lebih laju. Tapi, itu bukan alasan untuk dia tidak mengenakan pakaian itu. EiiJanji Melayu betullah Lidya ni, rungut Salina dengan muka kurang sennag. Lain kali saya buat janji orang putih pula. Janganlah marah. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke sini lebih awal tau. Kalau tak, awak kena tunggu dua jam lagi, balas Lidya yang cuba membuat lawak bodoh. Salina memandang Lidya dengan muka bengang. Yalah, yalahsaya salah. Saya belanja Salina minum hari ni. Macam mana? Lidya cuba memujuk Salina. Salina mula mengukir senyuman manis kepada Lidya.