Anda di halaman 1dari 8

1

KEMBARA AMIRA
AMER HAMZAH BIN L. KADIR TEMA Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau. PERSOALAN 1) Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. 2) Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya. 3) Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas. 4) Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah. 5) Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga. 6) Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya. 7) Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. PLOT (i) Permulaan Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii) Perkembangan Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai. Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja OHara yang hilang. Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia. Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan OHara.

(iii) Klimaks Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.

(iv) Peleraian Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau. Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan 1. Pemerian Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur. 2. Dialog tentu tiket tu dah sampai, Amira bersuara antara dengar dengan tidak Apa? Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira. 3. Imbas kembali Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya. 4. Kejutan Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau. 5. Suspens Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.

Apa benda itu? Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku. Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka. Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut OHara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan OHara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan OHara yang berkulit putih. WATAK UTAMA 1. Amira Pelajar sekolah swasta. Anak Profesor Zaidah. Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT. Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya. Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan. Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya. Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

WATAK SAMPINGAN 1. Jacinta Berkulit cerah. Berbangsa Cina. Rakan sebilik Amira di sekolah swasta. Anak seorang jutawan. Telah kematian ibunya empat tahun lalu. Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang. Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit. Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

2. Itai Berkulit gelap. Berbadan tegap Anak orang asli yang bersekolah di bandar

Anak kepada Tau Bakal ketua kampung Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras. Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli. Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

3. Profesor Zaidah Wanita pertengahan usia Ibu kepada Amira Pensyarah university Meminati bidang arkeologi Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

4. Tau Seorang yang tinggi lampai. Berbadan tegap. Bapa kepada Malique dan Itai. Bekas suami kepada Ipah (Jennifer). Adik kepada Ludin. Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka. Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung. Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.

5. Malique (Sabi) Berkulit gelap. Berambut kasar.

Anak Tau dengan Ipah. Abang kepada Itai Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, Ohara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya. Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah

GAYA BAHASA 1) Simile Contoh: Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah. 2) Personifikasi Contoh: Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya 3) Hiperbola Contoh: Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu 1) Sinkope Contoh: Oi... kau tak teringin benda ni? Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta Gaya Bahasa 2) Inversi Contoh: Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan. 3) Kata Ganda Contoh: Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru Samantha 4) Peribahasa Contoh: Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.

LATAR Latar Masa

Tahun 2002 ke atas; waktu pagi (di stesen kereta api), waktu petang (air terjun), waktu malam (kompleks arkelogi)

Latar Tempat

1) Desa Karpus: tapak cari gali artifak / kompleks arkeologi yang dinamakan (secara tidak rasmi) sempena nama tulang karpus yang dijumpai. Lokasinya di belantara Titiwangsa, berhampiran Bukit Mat Raya. Kebanyakan penceritaan novel berkisar di situ. Pesawat Cessna yang dinaiki Ripley, isterinya (Brenda), dan anak (Samantha @ Ipah @ Jeniffer) terhempas di situ menandakan detik bermulanya konflik keluarga Tau. Dianggap sebagai "tapak suci" oleh Tau yang saban malam menjenguknya sejak berbelas-belas tahun. 2) Perkampungan orang Asli di sekitar Bukit Mat Raya: petempatan keluarga Itai, bersama-sama Ludin (ayah saudara, ketua kampung), Tau (adik Ludin), Jidin (bapa Ludin, Tau). 3) Air Terjun Angin: tempat Malique datang berjumpa Amira dan JC, memberikan alamat e-mel. Amira tergelincir ke dalam arus sungai yang berhampiran ketika berharap untuk bertemu Malique buat kali kedua. 4) Gunung Gua Gajah: terdapat dinding lakaran arang yang ditunjuki Tau dan jumpaan kapak batu zaman neolitik oleh Rusdi. Amira pula terpijak mobile disk milik Malique yang terjatuh gaung bersama-sama pacuan empat roda. Peranti itu menjadi petunjuk dalam misi menyelamat Malique yang 'ditawan' oleh makhluk misteri separuh beruang.

5)Bukit Kerengga: sebuah bukit curam yang hanya boleh didaki dengan pacuan empat roda oleh pemandu berpengalaman seperti Roslan yang membawa John O'Hara dan Malique. 6) Stesen kereta api Dahan Hijau: tempat Amira dan JC menunggu Pak Lias menjemput mereka ke Desa Karpus. Amira juga mengqada solat Subuh di situ. Menghubungkan belantara Titiwangsa dengan pekan terdekat. 7) Lata Bukit Hijau, Kulim: lokasi dusun nenek Amira. 8) Batu Feringghi: banglo keluarga Jacintha yang dijaga oleh Baba Teck dan Nyonya Sim setelah bapa JC berkahwin lain.

9) Bilik asrama sekolah sawasta di Pulau Pinang: tempat Amira memancing perhatian JC untuk mengajaknya menyertai rombongan kajian arkeologi Desa Karpus. JC tetap menginap di situ pada waktu cuti persekolahan bagi mengelakkan diri daripada ibu tirinya walaupun disediakan tiket penerbangan ke London. 10) Koc (gerabak kereta api: pertama kali Amira terpandang Malique (berkulit agak gelap), kontras dengan seorang lelaki kulit putih yang nyenyak di sebelahnya. NILAI 1) Nilai bekerjasama Contoh: Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. 2) Nilai kasih sayang Contoh: Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. 3) Nilai keberanian Contoh: Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli. 4) Nilai cinta akan alam sekitar Contoh: Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. 5) Nilai semangat bermasyarakat Contoh: Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. 6) Nilai kesopanan Contoh: Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah. 7) Nilai ketaatan Contoh: Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.

8) Nilai amanah Contoh: Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya. 9) Nilai keikhlasan Contoh: Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.

10) Nilai tolong-menolong Contoh: Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

PENGAJARAN 1) Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. 2) Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. 3) Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. 4) Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. Pengajaran 5) Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

Anda mungkin juga menyukai