Anda di halaman 1dari 2

Petikan Apai Saloi

Pada suatu hari, Apai Saloi diajak kawannya Apai Seumang-umang pergi ke hutan mencari harta kerana niatnya ingin mempergunakan Apai Saloi yang terkenal dengan sifat lurus bendul tersebut. Kerana bercadang untuk merantau sebulan, mereka menyediakan bekal yang mencukupi sebelum meninggalkan rumah panjang. Keesokkan harinya, mereka berdua pun berangkat meninggalkan rumah panjang dengan menyusuri Sungai Rajang. Setelah agak lama bersampan melalui sungai, mereka pun naik ke darat. Apai Saloi hanya mengikut Apai Seumang-umang dari belakang. Mereka berjalan terus berjalan di dalam hutan . Bila penat mereka berehat dan kembali meneruskan perjalanan. Sehinggalah pada suatu hari mereka terjumpa sebuah gua. Apai Saloi tetap mengikut Apai Seumang-umang memasuki gua tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat cahaya yang

bergemerlangan dari timbunan emas dan permata. Seronoknya Apai Seumang-umang kerana bertemu dengan harta karun yang banyak seperti yang diingininya. Tetapi Apai Seumang-umang baru tersedar mereka tidak membawa bekas untuk mengisi harta karun tersebut.

Apai Seumang-umang meminta Apai Saloi menunggu di dalam gua sementara dia keluar mencari rotan untuk dibuat bakul. Apabila Apai Seumang-umang keluar dari gua, tinggallah Apai Saloi seorang diri. Kerana menunggu terlalu lama, Apai Saloi pun tertidur. Tiba-tiba Apai Saloi terjaga apabila terdengar suara dari beberapa orang lelaki yang bersenjata tombak dan parang. Apa yang

kamu buat di sini? tanya salah seorang dari lelaki tersebut. Aku menjaga harta karun ini jawap Apai Saloi. Harta siapa yang punya? tanya lelaki tersebut lagi. Tentulah raja yang punya jawap
Apai Saloi.Bawa orang ini bersama harta ke istana, perintah seorang lelaki lain yang seperti seorang ketua. Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah dan pujian dari raja kerana beranggapana Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama ini.

Anda mungkin juga menyukai