Anda di halaman 1dari 2

LEFTENAN ADNAN

Kedatangan Jepun ke Tanah melayu amat meresahkan rakyat. Tentera Jepun suka menindas rakyat jelata. Tentera Jepun bertindak sewenang-wenangnya. Rakyat Negara ini hidup sengsara.Semangat untuk menentang Jepun mula menjiwai setiap rakyat. Adnan Saidi, anak kelahiran Kajang ini tidak terkecuali. Beliau telahmenyertai angkatan tentera dan berjaya ditauliahkan sebagai leftenan dalam BrigedPertama Askar Melayu.

Suatu ketika, beliau mengetuai pasukannya menentang Jepun di Pasir Panjang, Singapura. Tentera Jepun lebih banyak berbanding dengan pasukan yang dipimpinnya. Dalam pertempuran itu, banyak askar Melayu yang terkorban.Sebagai seorang pejuang yang berani, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah. Walaubagaimanapun , serangan Jepun terlalu hebat sehingga beliau terpaksa menukar strategi dan berundur ke Bukit Chandu. Ketabahan beliau memberikan semangat kepada anggotanya untuk terus melancarkan serangan dari Bukit Chandu . Namun, nasib tidak menyebelahi beliau.Beliau cedera parah. Walaupun tercedera , beliau terus menyerang tentera Jepun.Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berjuang biarlah sampai ke titisan darahyang terakhir. Beliau terus membedil tentera Jepun walaupun pelurunya semakinberkurangan. Beberapa orang askar Jepun mati hasil daripada tembakan beliau.

Akhirnya , Leftenan Adnan pasrah. Beliau sudah tidak berdaya lagi. Darahnya membasahi bumi. Tentera Jepun yang begitu marah menangkap Leftenan Adnan dan mengikatnya pada sebatang pokok. Beliau ditembak bertubi-tubi. Keadan dirinya amat menyayat hati. Kekejaman askar Jepun terserlah apabila mereka turut menikam mayat Leftenan dengan bayonet.

Begitulah kisah menyayat hati tentang seorang pejuang yang sanggup menggadai nyawa demi membebaskan Negara daripada cengkaman musuh. Gugurnya pahlawan yang mempunyai jati diri ini sukar dicari ganti. Apabila disebut sahaja nama Leftenan Adnan, seluruh rakyat Malaysia dapat membayangkan keperitan dan kesengsaraan yang dialaminya ketika menentang penjajah. Kita patut mempunyai semangat patriotik.Jasa Leftenan Adnan akan terus diabadikan dalam sejarah.

Anda mungkin juga menyukai