Anda di halaman 1dari 35

Ayam goreng percik berkuah

Bahan A 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing) Bahan B (* digiling/tumbuk halus) 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup **** 2 batang serai (dititik) 15 tangkai cili kering (dikisar) 1 biji kelapa (diambil santannya) asam keping (4-5 keping) gula & garam secukup rasa

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak Masukkan santan, ayam goreng, asam keping Masukkan juga garam & gula secukup rasa Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan

Gulai Ayam Pakistan

Bahan-bahan ( 6-8 orang )


6-8 ketul ayam (biasanya Paki guna kambing TAPI umi_e tukar pada ayam sebab tak makan kambing) 1 tin plum tomato (bukan tomato puri) 1 labu besar bawang (dihiris) 5 biji cili hijau (tambah ikut suka pedas) 50gm daun ketumbar 1 sudu makan serbuk jintan manis 1 sudu makan serbuk ketumbar minyak untuk menumis garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
1. 2. 3. 4. Bersihkan ayam terlebih dahulu Blend cili hijau bersama daun korianda/ketumbar Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris hingga naik bau dan layu Masukkan bahan yang di blend tadi, kacau dan masukkan serbuk jintan dan serbuk ketumbar. Kemudian masukkan plum tomato bersama jus nya sekali. 5. Lepas tu baru masukkan ayam, garam dan perasa secukupnya... 6. Masak sampai ayam empuk dengan api perlahan dan kuahnya agak pekat 7. p/s: Resepi ini tak gunakan air atau santan...

Kurma Ayam

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


500 gm ayam di potong sederhana besar 1000ml santan 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 3cm halia 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes 2 biji kentang besar 2 biji cili hijau 1 biji bawang besar dibelah empat 1 biji tomato dibelah dua 1 sudu makan kerisik garam, ajinomoto Klik di sini untuk isi bahan Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan. 2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan. 3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang. 4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto. 5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Gulai kari ayam

Bahan-bahan ( makan 2 orang, mestilah bersama yang tersayang )


ayam 1/2 ekor - dicuci terlebih dahulu dengan asam keping dan garam. perap lebih kurang 10 minit utk hilangkan bau hanyir 1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 1 inci halia - dimayang halus daun kari 2 tangkai - dibuang tangkai terlebih dahulu rempah kari 3 sudu - jadikan pes, bancuh rempah kari dengan segelas air santan 1/2 biji (saya suka guna sedikit sahaja santan untuk menambahkan rasa kari) asam keping, secubit garam & gula kisar 7 tangkai lada kering (ikut suka nak pedas atau tak) 2 biji kentang

Cara-cara
1. Tumis 4 beradik dlu. tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau 2. kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul masak. sekiranya kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar kari tidak hangit. tunggu sehingga kari/cili masak 3. masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut 4. masukkan santan, asam keping & secubit garam 5. tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan

Ikan masam manis

Bahan-bahan ( 3-5 orang )


1 ekor ikan kerapu / ikan bawal 1/2 batang timun dibuang biji 4 keping nenas dipotong panjang 2 biji tomato 3 biji bawang putih 5 sudu makan cili kering / cili boh 6 sudu makan sos tomato 2 sudu sos ikan 1/2 batang lobak merah 2 bji bawang besar 1 tangkai

Cara-cara
1. Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan 2. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya 3. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata 4. Biar sehingga masak, padam api dapur 5. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan

Ikan Stim Halia & Garlic

Bahan-bahan ( 4 org mkn )


1eko Ikan Siakap (ikan ikut suka) 3 ulas bawang putih - cincang halus 1 inci Halia - Hiris Halus 3 biji cili padi - hiris (boleh tambah/ kurangkan) 8 batang Cendawan 1 biji Tomato - belah 6 2 batang serai - Ketuk 1 helai daun lipau purut - hiris halus 3 sudu besar Sos Ikan 2 sudu besar Worcestershire sauce (kite gune brand lea&perrin/Maggi) 3 biji limau kasturi - ambil airnya sahaja Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan kedalam pinggan besar/ bekas tahan panas 2. Kukus selama 15minit / sehingga masak 3. Hidang panas.. sedia untuk dimakan... Selamat Mencuba!

Kari kepala ikan merah

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


2 kepala ikan merah 3 biji terung di belah 4 Sedikit rempah helba campur Sedikit serbuk kas kas (kalu tak letakpun tak pe) 1 batang Kulit kayu manis Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang Daun kari 3 ulas bawang merah di mayang halus 1 biji bawang besar warna merah di mayang halus 2 cawan santan 3 sudu besar susu cair 2 sudu besar serbuk cili 2 sudu basar tomato pure 1 asam keping Garam secukup rasa dan serbuk perasa 1 inci halia di hiris halus Minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak letak helba, daun kari,kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang. 2. Letak serbuk kari ikan, serbuk cili masak sehingga naik bau (sehingga garing) 3. Kemudian tambah sedikit air dan tomato pure serta serbuk kas-kas masak sehingga garing 4. Tambahkan santan , susu cair dan sedikit air, kacau. selepas 4 minit masukkan kepala ikan. 5. Tambahkan terung, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga terung itu lembut. Di kuali lain seperti biasa panaskan minyak goreng bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan kemudian masuk kedalam kari tadi dan kacau.

Steamboat Istimewa

Bahan-bahan ( 4 - 5 org )

A. BAHAN2 UNTUK SUP : Air - 4 liter Tulang / kerangka ayam Garam secukup rasa B. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH : 6 biji cili merah - dimesin 1 ulas bawang putih - ditumbuk 1 sudu minyak bijan 3 sudu besar sos ikan cuka makan air gula C. BAHAN2 UNTUK ISI : Bebola ikan/ayam/sotong/ketam/hotdog udang/ayam/sotong/cuttlefish kobis cina/cendawan tiram/pak choy telur ayam

Cara-cara

1.

Rebus bahan2 A selama 11/2 jam. Masukkan garam. Apabila sudah, asingkan tulang/kerangka ayam

2. Masak bahan2 B didalam periuk sehingga pekat. Boleh ditabur kacang tumbuk jika suka

3. Didalam bekas steamboat, masukkan air rebusan tulang/kerangka ayam. Pecahkan telur ayam & masukkan bahan2 C

4.

Gulai Ayam Kampung

Bahan-Bahan: 1 ekor ayam kampung(dipotong) 1 sudu lada kisar 5 ulas bawang merah(dikisar) 2 ulas bawang putih(dikisar) 1 inici halia(dikisar) 1 inici sengkuas(dikisar) 1 inci kunyit hidup(dikisar) sedikit rempah ratus santan 1 biji kelapa minyak sedikit gula melaka ajinomoto garam secukup rasa setengah cawan air asam jawa 1 sudu rempah gulai 1 sudu rempah kari ayam adabi 1 sudu rempah gulai Ros(boleh didapati di terengganu) 1 sudu kecil rempah masak Ros(juga terdapat di terengganu) kerisik Cara: panaskan minyak tumis cili kisar + rempah ratus+bahan kisar hingga garing masukkan garam + ajinomoto+gula melaka masukkan semua rempah masukkan ayam kampung tadi masukkan 2 cawan air. tutup periuk tunggu hingga ayam tadi empuk masukan santan,kacau sehingga didih kecilkan api biarkan sehingga naik minyak. angkat Cadangan Hidangan: masukkan ubi kentang jika suka.

Gulai Ikan Keli Kampung

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 3 ekor ikan keli segar- siang, cuci bersih dengan asam jawa dan limau nipis- kerat 2 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dihiris halus 2 tangkai daun kari 5 tangkai kacang bendi 1 peket kecil rempah kari ikan dibancuh dengan 1/2 cawan air 2 cawan santan sederhana pekat 1 sudu besar air asam jawa cair garam secukup rasa minyak untuk menumis Cara membuatnya: 1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga keperangan. 2. Masukkan daun kari dan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacang bendi. Biar mendidih. 3. Apabila bendi lembut, masukkan ikan keli. masukkan garam, air asam jawa dan biar mendidih. Rasa garamnya. Jika cukup rasanya, bolehlah ditutup api dan sedia dihidang. *** hari ke-4 di kampung A.Jis bawak pulak ikan puyu (segar juga dari ladang)... buat gulai juga.. tapi liciiin juga..

Yong- Tau-Fu

Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang) 5 tangkai cili kering- resepi asal guna 10 tangkai- pedas sangat plak rasanya 1 sudu besar minyak masak 1 sudu besar bijan- disangrai hingga wangi 1 keping gula melaka 2 cawan air garam secukup rasa (resepi asal letak serbuk perasa)- K.An ganti dengan 1 sudu besar sos tiram gula pasir jika perlu 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air 1 sudu teh belacan Cara membuatnya: 1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng cili dengan api perlahan hingga garing. Proses dalam 23 minit je... nanti hangus pulak. Cepat-cepat angkat. 2. Masukkan cili ke dalam pengisar bersama 1/2 cawan air. Kisar halus. 3. Masukkan gula melaka dengan 2 cawan air ke dalam periuk. Masak hingga gula cair. Masukkan cili kisar tadi bersama belacan, sos tiram dan garam. Kacau hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung gandum, Perlahankan api. Tambah gula pasir jika belum cukup manis. Kacau kuah di atas api sehingga kuah pekat. Bila siap, bolehlah ditabur bijan dan hidangkan dengan bahan-bahan kesukaan anda.... Selamat Mencuba...

Mee Hailam ala Gadisz_Malayu


Bahan-Bahan: Mee kuning basah(dicelur separuh masak) Bahan-bahan tumis : Minyak masak-3 sudu besar biji bawang besar-dicincang halus 3 ulas bawang putih-dicincang halus 1 inci halia-dihiris halus 5-6 tangkai cili padi (diketuk) Sos tiram-3 sudu besar Kicap pekat-4 sudu besar Kicap masin-secukup rasa Stok ayam cair Maggi-secukup rasa 1 sudu teh lada hitam-ditumbuk halus Sedikit gula Perencah : Ayam /daging Udang Fishcake / fishball Pucuk jagung(Sayur jagung kecil) Lobak Merah Kobis Lada Benggala hijau dan merah (Semua bahan perencah adalah mengikut citarasa masing2) Air Tepung jagung-anggaran 2 sudu besar dibancuh dengan air(untuk memekatkan kuah) Cara: 1. Tumis bawang besar,bawang putih,halia sehingga garing. 2. Masukkan ayam/daging.Goreng sehingga separuh masak.Kemudian masukkan fishcake/fishball serta udang dan goreng sehingga separuh masak juga. 4. Masukkan sos tiram,kicap pekat,stok ayam dan kicap masin.Kacau sos tersebut. 5. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa.Cili api yang telah diketuk dimasukkan sekali. 6. Tambahkan air mengikut banyak kuah yang dikehendaki. 7. Tambahkan sedikit gula.Jangan terlalu manis.Masukkan secukup rasa sahaja. 8. Masukkan sayur-sayuran apabila kuah sudah mendidih. 9. Sebelum menutup api, bolehlah dimasukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah. 10.Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dengan menuangkan kuah ke atas mee yang sudah dicelur. *(Mee dicelur bagi mengelakkan kuah diserap terlalu cepat) * Tidak perlu menambah garam kerana kicap masin dan stok sudah sedia masin. Cadangan Hidangan: Boleh ditabur daun sup dan bawang kering. Tambahan: Mee hilam ini sungguh sedap dimakan panas2.Sekali cuba pasti nak tambah lagi.

Ikan patin masak tempoyak Ibundaku (",)

Bahan-bahan ( 2 org mkn )


1 ekor ikan patin (dipotong selebar 2 jari) ***nak guna ayam pun boleh*** 10 tangkai cili api (kalu nk pedas bley lebihkan cilinyer) 3 sudu besar tempoyak (kalu nk pekat tambah lg) daun kesum dan bunga kantan asam keping (bile perlu sahaja) 1 inci kunyit hidup

Cara-cara
1. basuh ikan patin sehingga bersih dan rendam 5 minit dlm air asam jawa (nk buang hanyir ikan je).. 2. cili api dimesin bersama kunyit hidup dan tempoyak..kemudian masukkan dlm periuk tambah kan 2 cawan air..masukkan ikan patin dan masak atas dapur ngan api yg sedang2 jer.. 3. bila sudah mendidih masukkan garam n perasa (cukup rasa)..bile sudah cukup masam tak perlu masukkan asam keping (sebab tempoyak dah cukup rs masamnyer)... **kalu tak rs masamnyer br letak asam keping** 4. last sekali masukkan daun kesum dan bunga kantan..biar mendidih selama 5 minit dan boleh dihidangkan.. **sedap dimkn bersama ulam-ulaman**

Tom Yam

Bahan-bahan ( 3-4 org )


ekor ayam (dipotong kecil) 2 biji bawang besar (dihiris bulat) 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar) 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar) 2 batang serai (dititik) 1 sudu besar pes tom yam 4 helai daun limau purut 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya) 3-4 cawan air garam & perasa sedikit minyak sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara
1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang. 2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar). 3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau. 4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. 5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap. 6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api. 7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

Tom Yam Paste

ahan-bahan ( 2 mangkuk lauk )


35 tangkai lada kering - dicuci dan toskan 12 ulas bawang putih* 25 ulas bawang kecil* 2-3 sb gula melaka* 3 sb sos ikan* 1/2 cawan minyak makan*(guna minyak lebihan goreng cili kering) sedikit air utk mengisar bahan* Bahan2 tambahan untuk masakan tom yam :serai,lengkuas,daun limau,limau kasturi atau air asam,cili padi,garam,gula dan perasa jika suka

Cara-cara

1. Panaskan minyak makan dlm kuali dan goreng cili kering sebentar.Jangan hangus nanti pes jadi pahit.

2. Kisar cili kering goreng bersama kesemua bahan2 yang bertanda * hingga halus.

3. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak hingga mendidih dan kering sedikit.Matikan api. 4. Sejukkan pes dan simpan di dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.Pes akan lebih tahan lama jika disimpan di dalam peti ais.

5.

Daging Black Pepper

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )


500gm daging batang pinang 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas 1 biji lada benggala hijau 1 biji lada merah 3 sb kicap manis 2 sb sos tiram 1 cawan air 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng. 2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada 3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. 4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram

5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Sup Daging Berempah

Bahan-bahan ( - )

1 kilo daging (dipotong kecil) 1.8 liter air *1 biji bawang besar *7 biji bawang kecil *7 biji bawang putih *2 inchi halia *2 sudu makan ketumbar *1/2 sudu makan jintan putih *1 sudu kecil jintan manis 1 sup bunjut Garam Minyak masak

Cara-cara
1. Daging dalam keadaan suhu bilik agar tidak masak terlalu lama untuk empuk. Rebus dengan air bersama sup bunjut sehingga air rebusan menjadi separuh atau daging empuk. 2. Blender bahan bertanda * dan tumis dengan minyak sehingga hampir garing. 3. Kemudian tuang tumisan tadi ke dalam sup daging. 4. Letak garam secukup rasa dan serbuk perasa (aji no moto) untuk perasa tambahan. 5. Bila dah siap, bolehlah dihidang...

Udang Goreng Bersalut Telur

Bahan-bahan ( 1 - 2 Orang )

>> Bahan-bahan Utama << Udang besar 8 - 10 ekor yang siap dibersihkan (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya). 2 biji telur 2 sudu besar tepung ubi 1/2 sudu teh serbuk lada berperisa 1/2 sudu teh gula 1 sudu teh kicap Minyak untuk menggoreng Garam secukup rasa >> Sos Pencicah << 4 biji cili merah besar ditumbuk/dikisar 2 sudu besar gula ditumbuk/dikisar 2 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar 1 sudu besar perencah udang bercili (Maggi) 4 biji limau kasturi (boleh diganti dengan 1 sudu besar cuka)

Cara-cara
1. Gaul udang dengan tepung ubi sampai sebati. 2. Gaulkan serbuk lada, gula, kicap dan garam secukup rasa bersama telur. 3. Setelah itu, campurkan telur dan bahan-bahan campuran tadi dengan udang yang bersalut tepung ubi. Gaulkan hingga sebati. 4. Goreng satu persatu udang tersebut. Kalau nak ekspress, just tuang aje semuanya ke dalam kuali. 5. Untuk penyediaan sosnya pula, bahan-bahan sos pencicah tadi ditumis dan masukkan perencah udang bercili Maggi. Kemudian rembeskan limau kasturi. Kacau sekejap. Itu saja!

Sotong Goreng Tom Yam

Bahan-bahan ( 4 org )

300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar 1 labu bawang besar - mayang 1 inci halia - mayang 5 biji bawang putih - mayang 3 batang serai - ketuk daun limau purut cili api sos tiram kunyit & garam minyak masak

Cara-cara
1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit. 2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api. 3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan. 4. Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini. Dan guna daun bawang utk hiasan. Terpulang pada citarasa masing2.

Siakap Stim

Bahan-bahan ( 2 atau 3 orang makan. )


Seekor ikan siakap - sedarhana besar. 3 sb sos tiram - saya guna sos tiram nona. 2 inci halia - dipotong halus memanjang. Cili kecik 5 biji - dipotong. 2 biji perahan limau nipis. 1/2 sk serbuk lada sulah. 1/2 sk gula. 1/2 sk garam. 1/4 cawan air untuk kuah. 3 ulas bawang putih dicincang halus. Sedikit daun bawang dan daun sup.

Cara-cara
1. Bersihkan ikan, untuk hilangkan hanyir ikan rendam bersama perahan limau nipis selama 5 minit. 2. Letakkan ikan ke dalam pinggan leper. 3. Potong daun bawang dan daun sup letakkan di sekeliling ikan sehingga serata.- akar daun sup jangan dibuang cuci bersih dan letak sekali dgn ikan tadi. 4. Taburkan halia dan bawang putih di sekeliling dan dia atas ikan, juga kedalam bahagian perut dan kepala. 5. Potong cili kecik n taburkan. Curahkan sos tiram keatas dan tepi . Perahkan air limau nipis ke seluruh ikan tadi. 6. Kemudian masukkan air, curahkan perlahan-lahan.Dan masukkan serbuk lada sulah, garam, dan gula. 7. Kukus selama 15 minit atau hingga ikan masak. Hidang bersama nasi putih ketika panas2.

Rendang Ayam

Bahan-bahan ( 4 orang makan )


1 ekor ayam (potong 8) 15 tangkai cili kering 4 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 sudu teh kunyit 1 kiub pati ayam knorr Santan dari sebiji kelapa Gula dan garam secukup rasa 2 helai daun kunyit yang disimpul 3 helai daun limau purut diracik kasar Air kerisik

Cara-cara
1. Bersihkan ayam (Untuk mengelakkan bau yang tidak enak pada ayam,lumurkan ayam dengan tepung gandum dan ramas utk seketika.Kemudian bersihkan ayam tersebut dgn air.) 2. Kisar cili kering,bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit, kiub pati ayam dan santan. 3. Perapkan ayam dengan bahan kisar sebentar di dalam kuali.Kemudian masak bahan bahan ini di atas api sederhana. 4. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa.Tambahkan daun kunyit dan limau purut.biarkan mendidih dan sedikit kering.Boleh dihidangkan. 5. Sesuai dimakan dgn nasi atau roti.Juga sesuai untuk dinikmati dgn lemang dan ketupat.

Rendang ayam Terengganu

Bahan-bahan ( 1 ekor ayam(potong 12 bahagian dan perap dengan serbuk kunyit kemudian goreng sekejap dan toskan )

3 sudu cili boh 2 keping asam keping 1/4 keping gula melaka 1 biji kelapa santan 3 helai daun kunyit - hiris halus 5 helai daun limau purut - hiris halus 5 batang serai - di titik garam (ikut suka) perasa (ikut suka) bahan mayang : 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci halia bahan kisar : 20 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 inci lengkuas 2 sudu kerisik 10 tangkai cili kering 7 tangkai cili besar 7 tangkai cili padi (kalau suka pedas boleh tambah)

Cara-cara
1. panaskan minyak,tumiskan bahan mayang dan serai hingga naik bau. 2. masukkan cili boh,gula melaka dan asam keping.kacau rata sampai pecah minyak 3. masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak.kemudian masukkan ayam yg dah digoreng tadi.kacau rata. 4. masukkan santan,garam dan perasa.kacau rata dan biarkan sampai mendidih dan pecah minyak kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut.kacau dan biarkan hingga kering macam sambal.dan bolehlah dihidang...

Rendang Daging

Bahan-bahan ( 20-30 orang )


a) Bahan tumbuk - 3 ulas bwg putih - 3 biji bwg merah - 1 inci kunyit hidup - 1 inci halia b) Bahan kisar - 2 sudu besar ketumbar - 1 sudu besar jintan putih c) 3 sudu besar lada kering d) 3 batang serai dititik e) 2 sudu besar kerisek f) santan pekat 1 biji kalau bsr.. g) 1 helai daun kunyit dihiris halus h) air asam jawa ikut suke masamnye.. i) 1 kg daging batang pinang j) garam, gula, ajinomoto (optional) Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. 1. mula2 panaskan minyak. tumis bahan2 tumbuk n kisar serta lada kering.. masukkan serai n daun kunyit. 2. kalau da garing masukkn asam jawa pastu santan. kacau jgn bg pecah minyak.. masukkan daging. 3. da pekat masukkan garam n gula.. rase ikut selera. 4. kalau santan da tinggal separuh masukkan kerisek. kacau lagi sampai pekat. 5. biar sampai santan kering n daging sebati ngan rempah2 nye.. pastu adjust la mane yg patot... 6. ok.. selamt mencuba ye..

Paprik

Bahan-bahan ( 4 )

ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis bahan2 perasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. 3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Ayam Coca Cola

Bahan-bahan ( 4 )

2 ketul paha ayam (yang besar) 1 tin coca cola 3 batang serai (diketuk) 4 inci halia (diketuk)

Cara-cara
1. Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam pan yang ada penutup. 2. Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam. 3. Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.

Black Pepper Chicken Chop

Bahan-bahan ( 2 orang )

*UNTUK DIPERAP* 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye) 2 ulas bawang putih (cincang) 1 cm halia (cincang) 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos Lee & Perrins 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap masin 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar madu garam secukup rasa *SOS BLACK PEPPER* 1/2 botol sos lada hitam 2-3 sudu besar sos tiram 3-4 cendawan butang (cincang) 1/2 biji bawang besar (cincang) garam/gula secukup rasa

Cara-cara
1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok. 2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. 3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy). 4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap. 5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas. 6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?

Lasagna

Bahan-bahan ( 6 orang )

300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa) 1 botol prego (yang kecil) 2-3 batang celery cendawan butang (sebanyak yang suka) 2 biji tomato (potong dadu) 1 biji lobak merah (dihiris halus) 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas) 2-3 ulas bawang merah (cincang halus) 2-3 ulas bawang putih (cincang halus) Sedikit lada sulah Garam secukup rasa Gula secukup rasa Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu) 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup) 2 sudu besar mentega 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian. 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair) Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak) Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C 2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. 3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. 4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian) 5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

14. 15.

16.

17.

Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api. Sediakan sauce pan, panaskan. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi) Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut) Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :) Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp :D Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye).

Homemade Pizza

yummiez@myresipi.com resepi diambil dr blog skyblue.. hehe same dgn resepi kat bungkusan tepung roti Defiance..

Bahan-bahan ( 2 biji pizza: saiz 8" )


500 g tepung roti 12 g garam 8 g yeast 16 ml olive oil (atau minyak sayuran) 250 ml air suam Topping: shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella) pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2. tomato paste secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.

2. Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik. 3. Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.

4. Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.

5. Letak kan topping pilihan.

6. Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka. 7. Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair. 8. Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.

Rendang ayam

Bahan-bahan ( sekeluarga )

1 ekor ayam 2 biji kelapa parut ( diambil santannya ) 2 helai daun kunyit (disimpul atau dihiris halus2) 5 batang serai (diblender) 1 cm halia (diblender) 5 cm kunyit hidup (diblender) 3 biji bawang besar (diblender) 2 biji bawang putih (diblender) 10 biji cili api (diblender) 6 sudu besar cili kering yg dah diblender 2 sudu besar kerisik Cara-cara

1. 2. 3. 4. 5. 6.

potong dan bersihkan ayam blender bahan2 untuk diblender masukkan santan dan bahan bahan yg dah diblender masukkan ayam dan kacau hingga separuh kering kuahnya.kemudian masukkan kerisik apabila kuah tinggal sedikit,masukkan daun kunyit kacau-kacau sekejap boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama nasi impit atau nasi putih Tag

Anda mungkin juga menyukai