Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN MENGAJAR

1. Tema Pelajaran / Topik

Tema : 12.0 Pepejal dan Isipadu (I) Tajuk : 12.1 Memahami ciri-ciri geometri bentuk kubus dan kuboid 1. Menamakan bentuk-bentuk geometri 2. Menyatakan ciri-ciri geometri bentuk kubus dan kuboid

2. Objektif Pembelajaran / Konsep 3. Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran pelajar-pelajar dapat: 1. Menamakan bentuk bentuk geometri iaitu kubus, kuboid, prisma, silinder, piramid, kon dan sfera.. 2. Menyatakan ciri-ciri bagi kubus dan kuboid iaitu bilangan muka, tepi dan bucu.

4. Penilaian / Refleksi

1.

Adakah pemilihan topik ini bersesuaian dengan pengintegrasian TMK? 2. Adakah pengintegrasian TMK memudahkan proses P&P di dalam kelas? 3. Adakah pembentangan slaid MS PowerPoint serta penerangan secara lisan telah digunakan dengan berkesan untuk memudahkan pemahaman para pelajar tentang tajuk ini? 4. Adakah guru/murid merasa puas hati dengan pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan pengintegrasian TMK? 5. Adakan objektif hasil pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya oleh pelajar-pelajar? 6. Adakah pelajar merasakan lebih mudah dan cepat untuk menyiapkan tugasan yang lengkap dengan menggunakan aplikasi MS Excel dan menghantarnya terus dengan menggunakan e-mail kepada guru? 7. Adakah semua pelajar dapat menggunakan TMK sepenuhnya di dalam kelas? 8. Adakah perancangan yang telah dibina oleh guru dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna? 9. Adakah guru berpuas hati dengan hasil laporan tugasan yang telah dihantar oleh pelajar melalui e-mail? 10. Adakah pelajar-pelajar merasa gembira semasa melalui proses pembelajaran ini? 11. Adakah tugasan pelajar dapat dihantar dengan jayanya melalui e-mail? 12. Adakah pengintegrasian TMK memudahkan serta mempercepatkan proses P & P dalam bilik darjah ? 60 minit

5. Peruntukan Masa 6. Ciri-Ciri Kelas a) Tingkatan /

Tingkatan 1

Tahun b) Pengetahuan Sedia Ada 1. Pelajar-pelajar pernah melihat bentuk-bentuk geometri di sekeliling mereka. 2. Pelajar-pelajar telah mempelajari bentuk-bentuk tiga matra semasa di sekolah rendah. 3. Pelajar sudah mahir menggunakan perkakasan dan perisian computer. Meliputi isi kandungan pelajaran, pedagogi serta penilaian seperti yang dikehendaki dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). 1. Buku teks dan buku rujukan pelajaran. 2. Model bentuk-bentuk geometri TMK digunakan dalam bentuk kumpulan P & P koperatif: 1. Membina BBM menggunakan perisian MS Power Point. 2. Membuka fail MS Excel untuk menyiapkan latihan interaktif berkaitan tajuk dan menghantarnya kepada guru menggunakan e-mail. 3. Melayari internet untuk memperoleh maklumat berkaitan contoh-contoh objek 2 dimensi. 4. Membuka fail movie yang diintegrasikan dengan slaid MS PowerPoint untuk menunjukkan aplikasi bentuk-bentuk geometri di persekitaran. 1. 2. Menempah bilik komputer dan projector LCD Memastikan sistem rangkaian dan internet berfungsi (sekurang-kurangnya 6 PC) Set soalan dalam MS Excel. Set slaid bentuk-bentuk geometri sebagai Bahan Bantu Mengajar di dalam MS PowerPoint URL berkaitan contoh-contoh objek 2 dimensi

7.

Liputan Kurikulum

Persediaan Guru (Bukan TMK) 9. Penerapan TMK

10. Persediaan TMK

3. 4.
5. 11. Aktiviti Pelajaran

1. Sebagai set induksi, pelajar diminta menyatakan contoh-contoh


bentuk geometri yang terdapat di sekeliling mereka.

2. Bersoal-jawab berkaitan tajuk


3. Pelajar-pelajar diminta berada di dalam kumpulan masingmasing.

4. Membuka fail persembahan MS Power Point untuk


menunjukkan pelbagai bentuk geometri dan ciri-cirinya.

5. Menayangkan movie untuk menunjukkan aplikasi bentukbentuk geometri di persekitaran.

6. Aktiviti kooperatif.

7. Menjawab soalan interaktif di dalam MS Excel dan menghantar


latihan tersebut menggunakan e-mail kepada guru. 8. Mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan tajuk. 9. Membuat penilaian rakan sebaya. 12. Aktiviti Guru 1. Guru meminta pelajar menyatakan objek-objek 3 dimensi yang ada di sekeliling mereka. 13. Aktiviti Pelajar 1. Pelajar menyatakan contoh-contoh objek 3 dimensi yang terdapat di dalam bilik darjah. 2. Pelajar-pelajar memerhati, berfikir dan memberi maklum balas.

2. Guru menghubungkaitkan objekobjek 3 dimensi yang disebutkan oleh pelajar-pelajar dengan topik pengajaran dan pembelajaran serta menunjukkan bentuk-bentuk geometri secara maujud.

3. Guru mengarahkan pelajar-pelajar


untuk bergerak ke komputer dalam kumpulan masing-masing.

3. Pelajar-pelajar bergerak ke dalam kumpulan masing-masing (1 komputer-5 orang) 4. Pelajar-pelajar melihat persembahan slaid MS PowerPoint dan mengenali bentukbentuk geometri. 5. Pelajar melihat movie berkaitan aplikasi bentuk-bentuk geometri di sekeliling mereka. 6. Pelajar-pelajar menyatakan secara lisan kepada rakan bentuk-bentuk geometri yang ditunjukkan di dalam movie. 7. Pelajar-pelajar mengakses internet menggunakan alamat laman web yang telah disediakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan topik. 8. Pelajar menyiapkan latihan pengukuhan dan menghantarnya kepada guru dengan menggunakan e-mail. 9. Pelajar-pelajar mendengar rumusan pembelajaran yang diterangkan oleh guru.

4. Guru membuka fail slaid MS Power


Point untuk menunjukkan bentuk-bentuk geometri.

5. Guru membuka fail movie untuk


menunjukkan aplikasi bentuk-bentuk geometri di sekeliling pelajar.

6. Guru mengarahkan pelajar untuk


mengenalpasti objek-objek geometri yang ditunjukkan di dalam movie dan menyatakannya secara lisan kepada pelajar lain.

7. Guru mengarahkan pelajar-pelajar


untuk mengakses internet dan mendapatkan maklumat tambahan berkenaan bentuk-bentuk geometri.

8. Guru mengarahkan pelajar


menyiapkan latihan pengukuhan dan menghantarnya kepada guru dengan menggunakan e-mail.

9. Guru membuat rumusan berkenaan


topik yang diajar.

14. 15.

Keperluan Khusus Laman Web

Tidak berkenaan http://www.hopepaul.com/kids/solidgeo/solidgeo.htm https://www.library.gatech.edu/mensuration http://www.mathleague.com/help/geometry/3space.htm

16. 17. 18.

Literasi Numerasi Bahan Rujukan TMK dan bukan TMK

Kubus, Kuboid, Piramid, Kon, Sfera Bilangan tepi, bilangan permukaan, bilangan bucu Buku Rujukan Matematik Tingkatan 1, Sasbadi 2. MyMath Form 1 VCD 3. Buku teks Tingkatan 1 4. Internet 1. Bekerjasama dalam menggunakan perkakasan dan menjawab soalan latihan pengukuhan. Kemahiran menyenarai Bersoaljawab dan sumbangsaran Membanding dan membeza Memerhati

19. Penerapan Nilai Murni 20. Kemahiran Berfikir ( Thinking Skills )

Anda mungkin juga menyukai