Anda di halaman 1dari 10

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan telah menempah nama di persada antarabangsa dalam pelbagai

bidang khususnya sukan mahupun kemajuan sains dan teknologi. Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang bertunjangkan sains dan teknologi, namun ada kalanya kita alpa dengan perkembangan sosial semasa malah ada dalam kalangan masyarakat yang tidak pernah mengambil peduli akan hal tersebut. Akibatnya, sering kali kita mendengar berita sedih yang melibatkan pembuangan bayi yang tidak berdosa. Mereka menjadi mangsa pembuangan kejam individu yang tidak bertanggungjawab. Hal ini demikian kerana masyarakat pada hari ini hanya mementingkan keseronokan semata-mata.

Anak merupakan anugerah paling berharga bagi setiap manusia yang telah berumah tangga. Namun krisis sosial yang melanda masyarakat telah menyaksikan banyak kes pembuangan bayi berlaku dalam ruang lingkup masyarakat kita pada hari ini. Kerana terlalu taksub mengejar kenikmatan hidup, ada dalam kalangan masyarakat di luar sana yang terjebak dengan perzinaan dan seks bebas sehingga mengandungkan anak luar nikah. Apabila menyedari perbuatan yang dilakukan salah, individu tidak bertanggungjawab ini mengambil jalan mudah menggugurkan kandungannya ataupun membuang bayi baik yang masih hidup atau mati di kawasan seperti tong sampah, parit, mangkuk tandas dan sebagainya.

Ironinya, kes pembuangan bayi tidak akan selesai dengan hanya menuding jari terhadap golongan pesalah. Menurut kebanyakan masyarakat, pergaulan bebas adalah punca kepada berlakunya kes pembuangan bayi. Tanggapan seperti itu harus dikikis bagi menangani masalah tersebut daripada terus berleluasa. Kita sepatutnya memberikan pandangan positif serta teguran yang membina kepada mereka dan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Sikap hanya berpeluk tubuh dan mengabaikan isu tersebut turut menjadi punca gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Tidak kurang juga sikap suka menghukum turut menjadi penyumbang kepada berlakunya kes pembuangan bayi. Sebagai contoh, kita suka menyalahkan wanita yang mengandung tanpa suami. Kita sering kali menganggap mereka melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang semakin menjurus kemelut itu berlaku. Pemikiran masyarakat yang sedemikian menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka daripada dipandang jijik oleh masyarakat.

Arus kemodenan terutamanya melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari negara barai contohnya yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual bebas. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi suatu yang lumrah. Langkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan tempat perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini. Tempat perlindungan ini memberikan bantuan kaunseling dan penjagaan kepada remaja dan bayi sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil. Kewujudan rumah perlindungan ini memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara profesional menyelesaikan masalah mereka.

Jika kita lihat dari segi pemikiran, jelas menunjukkan bahawa pemikiran serta mentaliti individu yang melakukan perbuatan kejam membuang bayi adalah sangat rendah. Nilai negatif yang mereka miliki itu mencerminkan pemikiran serta daya intelek mereka yang masih berada di takuk lama tanpa sebarang kesedaran. Masyarakat juga melihat tanggungjawab menangani masalah pembuangan bayi adalah tanggungjawab pihak polis semat-mata. Tanggapan seperti itu adalah salah kerana dalam menangani masalah ini daripada terus berlaku adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak. Di samping itu juga, ianya adalah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri dalam menjaga disiplin dan nilai baik moral mereka. Perjuangan individu itu sendiri adalah amat penting untuk menjaga keselamatan masingmasing. Batas pergaulan antara satu sama lain individu haruslah dijaga bagi mengelakkan berlakunya sesuatu perkara yang di luar kawalan.

Paradigma masyarakat harus berubah dalam menangani masalah ini. Kita perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat golongan remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka. Pandangan masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka. Walaupun saban hari masyarakat disajikan dengan berita berkaitan pembuangan bayi, namun kita sebagai masyarakat yang prihatin harus berani menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama membendung gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja daripada terus menular.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi perlu dikaji semula secara telus. Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak wajib memikul kesan yang timbul kerana kita mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin

Tangani kes buang bayi 2010/03/12 Penjenayah mungkin ulangi perbuatan PEMBUANGAN bayi dilakukan oleh wanita hasil perhubungan luar nikah dan dilakukan lantaran si ibu bukan saja tidak mengingini bayi itu sebaliknya tekanan diterima masyarakat berhubung status anak berkenaan. Pengarah Institusi Pemulihan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Ustaz Masridzi Sat, berkata kes berkenaan dikesan dilakukan di kalangan remaja yang terdesak akibat perhubungan bebas antara lelaki dan wanita dan tidak tahu ke mana arah untuk mengadu nasib. Katanya, perbuatan pembuangan bayi di lakukan sejak zaman Jahiliah lagi, tetapi apabila ia berlaku pada zaman ini, membuktikan penyakit sosial itu sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera. Hari ini pembuangan bayi dilakukan mengikut dua cara iaitu sopan dan biadap. Sopan apabila dilakukan menerusi pengguguran haram di klinik atau tempat tertentu ketika janin masih dalam kandungan dan diletakkan di masjid atau rumah orang, tetapi dalam kes pembuangan yang dikategorikan sebagai biadap pula apabila bayi berkenaan dibuang bagaikan sampah. Dalam kes biadap tadi, bayi dijumpai selalunya mengalami kecacatan kerana ada tanda-tanda ia kesan pemakanan ibu yang ingin menggugurkan kandungan itu menerusi pengambilan arak dan sebagainya. Bagaimanapun pembunuhan yang tragis seperti memotong anggota tubuh, membakar dan sebagainya, besar kemungkinan di lakukan oleh ibu di bawah pengaruh dadah menjadikan tindakan diambil itu tidak waras, katanya ketika ditemui baru-baru ini. Katanya, perbuatan zina hingga melahirkan bayi dilakukan akibat pergaulan bebas. Dan dalam kebanyakan kes didapati di Perkid, 90 peratus daripada remaja mengatakan perbuatan melampau mereka berpunca daripada ibu bapa yang tidak berperanan dalam mendidik anak-anak ke jalan yang diredai Allah. Perkid, berjuang lebih 15 tahun membantu ibu bapa, guru serta pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha menyelamatkan anak-anak umat Islam daripada bencana penyakit sosial dengan menubuhkan lima institusi pemulihan yang terbukti berjaya. Ia ditubuhkan bukan hanya merawat kes yang parah, sebaliknya turut turun padang menjalankan usaha dakwah dan cegah mungkar di lokasi remaja melakukan maksiat. Ia turut menawarkan program pencegahan khusus untuk membantu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat mendidik anak atau pelajar melalui beberapa pakej program ditawarkan. Menerusi operasi dakwah dan cegah maksiat pula, ia dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa agama, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan sebagainya.

Masridzi berkata, filem Anakku Sazali arahan Tan Sri P Ramlee, merungkai sikap ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu mendidik anak-anak. Lebih malang apabila anak berkenaan tersilap langkah, ibu bapa yang melahir dan membesarkan itu dianggap tidak memahami serta gagal hingga menjadikan mereka sebegitu. Apabila anak-anak bebas melakukan apa saja tanpa batasan, atas alasan kebebasan manusia dan hak remaja, maka mereka akan membesar sebagai remaja yang memberontak untuk mencari keseronokan. Remaja yang rosak akhlaknya di sini, kebanyakan disebabkan dalam keluarganya mengamalkan sifat keakuan. Ibu ayah sibuk dengan hal duniawi cenderung memenuhi keinginan anak-anak dengan telefon bimbit, internet di rumah sebagai membuktikan mereka sayangkan dan manjakan anak. Sedangkan remaja yang tidak tahu menghargai pemberian itu akan leka dan membina keseronokan sendiri. Saya menyifatkan telefon bimbit sebagai senjata pemusnah diri anak-anak walaupun ramai yang menyatakan ia satu keperluan, tetapi berapa ramai ibu bapa yang mengambil kisah apa yang ada dalam telefon bimbit anak-anak mereka? Hari ini membuat dosa, bukan perlu berada di kelab-kelab malam atau berfoya-foya di luar rumah, sebaliknya ia boleh berlaku di dalam rumah dan hanya di hujung jari, katanya. Mengambil satu kes di mana seorang remaja perempuan yang didakwa baik oleh ibu bapanya, tetapi apabila diperiksa dalam telefon bimbitnya, terkandung gambar separuh bogel yang dihantar kepada teman lelakinya sedangkan sebelum itu ibu bapanya bukan saja membenarkannya menggunakan telefon bimbit, tetapi tidak mengawal atau memeriksa kandungannya. Malangnya teman lelakinya itu menggertak meletakkan gambar itu di You Tube, remaja ini sanggup menjadi hamba seks teman lelakinya atas alasan takut diketahui ibu bapa. Perhubungan ini boleh menjurus berlaku kehamilan dan apabila berlaku, kandungan itu besar kemungkinan akan dibuang sama ada menerusi pengguguran haram. Sekiranya kandungan tidak berjaya digugurkan, maka bayi yang lahir itu akan dibuang dan jangan terkejut sekiranya kehamilan dan pembuangan bayi boleh dilakukan lebih daripada sekali sekiranya ia tidak dibendung daripada awal, katanya. Mengumpamakan didikan anak-anak bagaikan bermain layang-layang, ibu bapa boleh melepaskan anakanak terbang tinggi ditiup angin, tetapi benangnya tetap berada di tangan. Malangnya dalam setiap kes pembuangan bayi, penjenayah itu tidak boleh dikenal pasti justeru pendekatan baru yang lebih canggih boleh diambil seperti menerusi DNA. Perkid boleh dihubungi di talian 03-90213730 atau 03-4280 0730 .

FAKTA: Apa yang perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Punca : Kehamilan tidak diingini Perhubungan seks rambang dan luar nikah Kesan : Sudut Perubatan Kadar kematian bayi lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna Kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah; jangkitan kuman; kecederaan sewaktu bersalin; psikologi dan sosial. Sudut psikologi dan sosial Murung Hilang keyakinan diri Rasa bersalah Resah atau gelisah Masalah emosi dan hubungan interpersonal Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi. Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi? Elakkan kehamilan jika anda belum: Berkahwin Bersedia membesarkan anak Bersedia membina keluarga. Semua agama utama di Malaysia: Melarang seks sebelum kahwin Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin: Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin. Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin. Selalu tanam dalam fikiran, badan anda adalah tanggungjawab anda, justeru jagalah badan anda dengan baik. Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.

Babitkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela.

Sekiranya anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin: Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam. Dapatkan bantuan jika anda hamil. Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat. Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan: Terdapat pelbagai agensi yang boleh membantu anda. Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi. Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil? Dapatkan bantuan dari: Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka. Kaunselor sekolah. Guru sekolah. Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan. Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611: Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah. Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code: Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

Sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan beberapa berita yang amat memeranjatkan semua pihak iaitu isu pembuangan bayi. Gejala ini amat devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar motivasi, Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, terdapat pelbagai sebab mengapa dan kenapa berlakunya peningkatan kes pembuangan anak. Sebab kes ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu sosial, spiritual atau rohani dan era globilasasi dan pembangunan teknologi. "Faktor sosial merupakan salah satu daripada penyumbang utama berlakunya kes buang anak ini. Antaranya, pergaulan bebas tanpa had terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya barat yang yang mengamalkan seks itu adalah sebahagian daripada proses percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh mengelakkan daripada mengandung jika melakukan hubungan seks," katanya. Di samping itu, ibu bapa tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka hingga menyebabkan mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa sebarang pemantauan. Dr. Mohammad Shatar menambah, didikan agama yang kukuh adalah dinding terbaik untuk mengelakkan diri remaja daripada sebarang kes jenayah dan salah laku. Namun, ilmu agama amatlah tipis dalam kalangan remaja pada hari ini hingga menyebabkan kes pembuangan anak tidak menjadi kesalahan kepada mereka. Ilmu agama Justeru itu, kurang ilmu agama menjadi faktor golongan ini tidak dapat menilai halal dan haram. "Era globalisasi dan pembangunan teknologi (ICT) pada hari secara langsung atau tidak telah menyumbang kepada kes pembuangan anak. Jika kita kaji, kemudahan telefon bimbit telah menyebabkan remaja boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa untuk sebagai titik permulaan kepada kes yang tidak bermoral ini. Kesukaran membuat pemantauan oleh ibubapa terhadap penggunaan internet juga menyumbang kepada gejala kes ini," jelasnya. Secara tidak langsung, kes pembuangan bayi ini mempengaruhi kesihatan sosial pada hari ini.

Dari sudut perubatan, kadar kematian bayi yang lebih tinggi akan menyebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini disebabkan kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan sewaktu bersalin. Selain itu, kes ini turut memberi kesan kepada psikologi dan sosial wanita yang melahirkan bayi tersebut iaitu murung, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah atau gelisah. Bukan itu sahaja, ia akan mewujudkan masalah emosi dan hubungan interpersonal dengan terputusnya hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan. "Terlalu banyak kesan psikologi dan sosial kepada masyarakat. Antaranya, kemajuan dan kemakmuran masyarakat di masa hadapan akan terjejas. Pesan Iman Al-Ghazali, jika kamu mahu melihat senario masa depan masyarakat dan negara kamu, lihatkan senario remaja masa kini. Jika mereka hebat maka akan hebatlah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan, tetapi jika remaja kini rosak akhlaknya dan lemah mindanya. Maka akan rosaklah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan," jelasnya. Dr. Mohammad Shatar menambah, psikologi remaja yang terlibat dengan kes tersebut tidak akan tenang dan tenteram. Perasaan bersalah yang datang di kemudian hari akan memberikan tekanan psikologi dan sosial yang berat serta tumpuan kepada kerjaya akan terjelas. Secara umum, remaja pada hari ini tidak faham dan mengerti secara mendalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Justeru itu, jika mereka berkahwin, perkahwinan itu jarang yang kekal lama kerana mereka tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan kasih sayang itu. "Maksud kasih sayang sesama manusia ialah menyayangi manusia lain sama seperti kita menyayangi diri sendiri. Selain itu, meletakkan diri kita dalam diri mereka, jika kita jadi bayi tersebut apakah perasaan kita. Dari segi psikologi, cinta remaja tidak diikuti dengan tanggungjawab," jelasnya. Beliau menjelaskan, teori sosial mengenai cinta di bawah umur 13 tahun, percintaan yang berlaku hanyalah berdasarkan kepada kecantikan. Manakala, umur 13 hingga 25 tahun, percintaan yang berlaku ketika ini adalah berdasarkan trend iaitu orang lain bercinta kita nak bercinta dan jemu dengan pasangan masing-masing, akan dicuba pasangan lain. Sementara itu, bagi golongan berumur 25 tahun ke atas, percintaan yang sering diikuti dengan tanggungjawab. Dalam membantu masyarakat pada hari ini untuk membendung kes pembuangan bayi, mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar kepincangan dalam institusi sosial tidak berlarutan. "Golongan dewasa juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan remaja kerana golongan inilah yang banyak terlibat dengan isu pembuangan bayi. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan golongan ini berpengaruh dengan keadaan sekeliling. Selain itu, kerjasama masyarakat dengan kerajaan turut memainkan peranan dalam usaha mencapai masalah sosial 'sifar'. Walaupun ia mungkin sukar dicapai tetapi melalui kerjasama di antara masyarakat dan pihak berkuasa mampu menyelesaikan masalah buang anak ini," ujarnya.

Kesedaran Dr. Mohammad Shatar menyarankan masyarakat memberi kesedaran untuk membendung gejala tidak sihat ini. Misalnya, kerajaan boleh melaksana undang-undang terhadap remaja yang berdua-duaan di tempat yang kondusif untuk seks bebas. Selain itu, masyarakat perlu membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini. Aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras mereka yang terlibat. " Ibu bapa juga perlu peka dan mengambil berat terhadap perkembangan dan apa yang dilakukan oleh remaja mereka. Selain itu, guru perlu memantau kehadiran pelajar dalam kelas. Laporkan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak hadir kelas. Ini kerana anak-anak sering melencong ke tempat lain walaupun berpakaian sekolah dari rumah," katanya. Jika ada remaja yang pernah terlibat dengan masalah ini, kita perlu memberi ruang penambahbaikan untuk kembali ke pangkal jalan. "Golongan ini perlu bertaubat dan menyesal dengan sepenuhnya. Mereka yang pernah terbabit boleh memberi kesedaran kepada remaja lain mengenai implikasi yang dihadapi. Ingatlah, kesilapan hari ini bukanlah kesilapan yang berkekalan. Mohon ampun dan maaf kepada Allah dan ibu bapa," ujarnya.

Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.


Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan. Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur. Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh menconteng arang ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan. Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi kesedaran seperti Adab Bergaul dan Dosa-dosa Besar, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa. Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Anda mungkin juga menyukai