Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Nursyakirah Binti Hamidi 890814-14-5880 Nur Asyilah Binti Mustaain 890606-10-5024 8 PISMP PJ/PK/PSK
PENGENALAN
Wawasan 2020
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
GURU ?
GURU ialah mereka yang dianggap sebagai orang yang telah terdidik untuk mendidik dan membimbing orang lain supaya mengenali Tuhannya, dunianya dan kehidupannya.
Maksud Etika
Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Etika Perguruan
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
Piagam pelanggan
Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
MOTIVASI PERGURUAN
bermaksud daya rangsang seseorang untuk muncul sebagai seorang yang memiliki hati, akal, watak, minat dan bakat mendidik, pembimbing/fasilitator dan pemimpin supaya berkemampuan melahirkan sifat-sifat kemanusiaan optimum dengan sifat-sifat negatif yang paling minimum.
PROFESIONALISME
Pekerjaan yang memerlukan latihan yang khusus, Mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi, Mempunyai autonomi dalam bidang tersebut, Mempunyai badan atau lembaga yang menjaga kepentingan ahli.
tanggungjawab profesional)
Keadilan dalam Pendidikan. Prasangka dalam perkauman. Salah laku guru. Akauntabiliti guru dari aspek moral (selari dengan falsafah
PRINSIP
BENAR
BIJAKSANA
BERSYUKUR DEDIKASI
IKHLAS PENYAYANG
Amanah Bertanggungjawab terhadap pihak yang berkepentingan (pelajar, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat). Contoh - empati pada pelajar, rasuah, masa bekerja.
Benar Melakukan sesuatu tanpa agenda tersembunyi. Contoh perkongsian ilmu, menjalankan tanggungjawab.
Bijaksana Kesedaran bahawa wujud perbezaan antara pelajar. Menggunakan seluruh tenaga, keupayaan dan kepakaran untuk melaksanakan tugas. Menjalankan tugas dengan profesional, bukannya mengikut emosi.
Bersyukur Tidak membandingkan pendapatan dengan persekitaran. Menghargai nikmat (cuti, kerja separuh hari).
Dedikasi Timbul dari minat yang mendalam. Kesediaan untuk menjalankan tugas tanpa helah. Sabar dalam mengharungi cabaran.
Ikhlas Melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat organisasi, bukannya pangkat dan kedudukan.
Tatasusila Profesion Perguruan (Tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion perguruan). Akauntabiliti Guru (pekerjaan, sekolah, tingkah laku, pelajar, profesion).
Kami guru malaysia berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta
Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan