Anda di halaman 1dari 3

Contoh Soalan Kertas Dua Bahagian A

BAHAGIAN A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah]

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar:

Contoh 1:

Aktiviti / Kata Kerja - Mengutip - Mencangkul - Mencabut - Membuang - Menyorong

Contoh 2:

Teknik: - Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. - Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut - Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama dan kata adjektif yang dicatatkan. - Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea. - Membina lima ayat.

Contoh 3: Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. Teknik: - Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. - Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut. - Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja,kata nama dan kata adjektif yang dicatatkan. - Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat (huraian) dalam ayat yang akan dibina. - Membina lima ayat.

Mencatatkan Perkataan:

Membina lima ayat: 1. Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. 2. Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan. 3. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang. 4. Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan. 5. Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada Hari Penyampaian Hadiah.

Anda mungkin juga menyukai