Anda di halaman 1dari 3

Bab 6:Mengenakan Sapura

Amri menunggu Sapura di tempat meletak basikal ketika waktu persekolahan sudah tamat pada hari itu. Sapura hairan melihat gelagat Amri.namun,Amri meminta maaf kepada Sapura kerana bersikap sombong pada waktu rehat tadi. Apabila Sapura memaafkannya,Amri menunggang basikal beriringan dengan Sapura.dia mengatakan bahawa dia telah berubah sikap dan tidak seperti dulu lagi. Sapura berasa pelik dengan perubahan tingkah laku Amri,namun dia terus berkayuh beriringan dengan Amri. Ketika melalui jalan sempit di sebelah bendang,Amri berada di hadapan Sapura.Amri membrekkan basikalnya secara tiba-tiba.hal ini menyebabkan Sapura terjatuh kedalam sawah kerana hendak mengelak daripada melanggar basikal Amri.habis pakaian seragam sekolahnya bermandikan lumpur.amri mentertawakan Sapura. Sapura memarahi diri sendiri kerana membiarkan diri terpedaya dengan helah Amri.Sapura ingin membalas perbuata Amri juga.

Bab 7; Bersimpati
Apabila sampai di rumah,amri terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak. Emaknya menangis dan dahi emaknya berdarah. Menurut emaknya, dia terhantuk ketika menghalang ayah amri daripada mengambil satu-satunya barang kemas yang tinggal. Amri terlalu marah atas perbuatan ayah terhadap emaknya. Emak amri tetap memintanya bersabar. Segala hal yang berlaku di rumah amri ketika itu diketahui oleh Sapura secara kebetulan.sapura datang ke rumah amri dengan niat untuk mengadukan kenakalan amri kepada ibu-bapa amri. Namun,apabila Sapura terdengar perbualan antara amri dan ibunya,Sapura bersimpati terhadap amri.rupa-rupanya amri tidak senakal seperti yang difikirkanya.malah,Sapura menganggap amri sebagai anak yang baik.sapura memahami sebab-sebab amri menjadi nakal.sapura membatalkan niatnya untuk memberi tahu mak amri tentang perbuatan amri terhadapnya. Sebaliknya,Sapura berasa bahawa dia sepatutnya membantu amri.

Anda mungkin juga menyukai