Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : SAINS TAHUN 3 MAJU Tarikh : 28/08/12 Masa : 7.45-8.

15 pagi ( 30 minit ) Kelas :3 Maju ( 3M ) Bilangan murid : 24 orang Mata pelajaran : Sains Tema : Menyiasat Alam Fizikal Tajuk : Penyerapan Objektif Pembelajaran : Memahami bahawa sesetengah bahan boleh menyerap air lebih daripada bahan yang lain. Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat : 1) Menyatakan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 bahan-bahan yang berlainan mempunyai kebolehan menyerap air yang berbeza melalui ujikaji secara berkumpulan. Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui beberapa jenis bahan yang menyerap air. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran : Konstruktivisme Strategi : teknik soal jawab, demonstrasi dan aktiviti Hands_on ( eksperimen ) Kemahiran berfikir ,Menjana idea, menghubungkait, menganalisis, membanding beza. Kemahiran proses sains : memerhatikan, komunikasi dan membuat ramalan, membuat inferens Nilai murni : inkuiri, kerjasama, toleransi dan memberikan perhatian. Sumber pengajaran : 3 model kapal, piring petri, kertas, kain, tisu, air, pewarna, jam, lembaran aktiviti.

Fasa pengajaran

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set induksi ( 3 minit )

Menggunakan model kapal bagi mengaitkan tajuk pelajaran pada hari ini.
3 buah model kapal :

Jenis aktiviti : Model kapal 1. Guru menunjukkan 3 buah model kapal yang diperbuat daripada bahan yang berbeza-beza.

BBM : 3 buah model kapal KPS : Komunikasi, membuat inferens Nilai murni : Inkuiri

1) Lipatan kertas Origami


2) Lipatan origami menggunakan tisu 3) Bekas plastik yang diubah suai bentuknya.

2. Guru mengemukakan persoalan Soalan : 1) Antara ketiga-tiga model kapal yang saya tunjukkan ini, kapal manakah yang akan menyerap air? 2) Kenapa kapal plastik tidak menyerap air? dan mengaitkan jawapan murid dengan hasil pembelajaran pada hari ini dengan tajuk yang akan dipelajari iaitu Penyerapan

Pencetusan idea ( 7 minit )

Langkah 1 : Soal jawab dengan murid

Jenis aktiviti : Penyoalan Guru bersoal jawab dengan murid.

KPS : Komunikasi, membuat ramalan, membuat inferens, memerhatikan.

Soalan : 1) Jika saya masukkan model-model kapal ini ke

dalam air, kapal manakah yang akan tenggelam terlebih dahulu? Mengapa? Guru memberikan beberapa minit kepada murid untuk memikirkan jawapan. Langkah 2 : Demonstrasi memasukkan model-model kapal ke dalam air bagi mengetahui bahan yang mana yang akan lebih menyerap air. Kemudian, guru memasukkan model-model kapal tersebut ke dalam air. Murid diminta untuk memerhatikan apa yang berlaku terhadap model kapal-kapal tersebut. Murid dan guru berbincang tentang pemerhatian yang telah dilihat. Guru membetulkan jika terdapat kesilapan Penstrukturan idea ( 12 minit ) Menjalankan ujikaji bagi menguji kebolehan bahan yang berbeza dalam menyerap air.
Langkah-langkah :

KBKK : Menghubungkait, menganalisis, menjana idea. Nilai murni: memberikan Jenis aktiviti : Demonstrasi perhatian.

Jenis aktiviti : Ujikaji ( Fair test ) Guru menerangkan langkahlangkah bagi menjalankan uji kaji tersebut kepada murid.

BBM : Secebis kain, tisu dan kertas, pewarna, jam dan piring petri. Nilai murni : kerjasama, toleransi.

1) Pastikan bahan yang


hendak diuji adalah berbeza iaitu kain, kertas dan tisu.

2) Pastikan bahan-bahan

ujikaji mempunyai saiz yang sama

3) Kemudian, masukkan
air warna ke dalam piring petri dan celupkan bahan-bahan ujikaji secara serentak ke dalam air warna tersebut.

4) Perhatikan aras air


yang telah diserap oleh bahan dan rekod pemerhatian dalam jadual yang disediakan dalam lembaran aktiviti.
Aras air warna yang paling tinggi Aras air warna yang sederhana Aras air warna yang paling rendah

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan melantik seorang ketua kumpulan bagi setiap kumpulan.

Nilai murni : kerjasama, berhati-hati. KPS :

Guru meminta semua ketua kumpulan untuk mengambil bahan aktiviti yang telah disediakan.

Memerhatikan, membuat inferens, KBKK :

Jadual 1.0

Guru memberikan masa yang sesuai untuk murid menyiapkan tugasan yang diberikan Guru membincangkan keputusan eksperimen.

membuat banding beza.

Aplikasi ( 5 minit )

Menguji kefahaman tentang tajuk yang dipelajari sambil menunjukkan bahan-bahan tersebut.

Jenis aktiviti : Soal jawab Guru bersoal jawab dengan murid tentang kebolehan bahan yang diuji menyerap air.

BBM : kain, tisu dan kertas.

Soalan : 1) Berdasarkan eksperimen yang telah kita jalankan sebentar tadi, bahan apa yang paling banyak menyerap air? 2) Bahan yang paling sedikit menyerap air?

Refleksi ( 3 minit )

Berpantun bagi merumuskan topik pengajaran pada hari ini.

Jenis aktiviti : Pantun Teka Teki.

KPS : komunikasi KBKK :

Guru membaca pantun teka-teki dan meminta murid-murid untuk Pantun teka teki :
Pergi ke kedai membeli susu, Membeli susu bersama sirap, Antara kain, kertas dan tisu, Yang manakah air banyak diserap?

Menjana idea

menjawab.