Anda di halaman 1dari 4

Seni Menjaga Hati Ibu

Apa lagi kehendaknya? Wang sudah dihantar tepat pada waktunya. Setiap bulan tidak pernah culas. Apa masalahnya? Ayah saya terus mendesak. Emak juga begitu. Sekejapsekejap suruh balik. Dua bulan dulu saya dah balik. Sekarang mereka mendesak lagi. Saya sibuk. Dua bulan dulu? , tanya

saya. Pelik. Itu katanya sekejap-sekejap. Sedangkan jarak kampungnya hanya kurang 100km sehaja. Bukan jauh sangat ikut piawaian jarak ICT kini.
Wang tak dapat menebus rindu, desir saya perlahan. Rindu? Ibubapa kita masih rindu? Ada anak?, tanya saya menjawab soalannya.

Dia mengangguk. Seorang di pusat pengajian tinggi dan seorang di sekolah asrama penuh, jelasnya tanpa diminta.
Rindu? Rindu apa? Rindu pada anak-anak? tanya saya berkilas.

Kali ini dia terdiam. Sedar agaknya bahwa dia telah terperangkap. Terperangkap dalam bisikan rasa di sebalik tusukan kata-kata.
Itu lain, anak saya masih budak-budak lagi. Memanglah patut saya rindukan mereka. Tapi bagi mak bapak kita tak seharusnya begitu. Saya sudah berkeluarga. Sudah tua. Oh! Rindu semakin pudar seiring usia. Begitu?

Sebenarnya makin tua, insan jadi semakin sunyi, semakin sunyi hati menjadi semakin rindu. Rindu pada orang tersayang,

tambah saya lagi.

Awak sayang anak? Tak payah jawab, potong saya. Kita tentu sayang. Jadi, begitulah ibubapa kita. Bila saying pasti ada rindu. Dan rindu itu tak dapat ditebus oleh wang ringgit walaupun berjuta banyaknya, tambah saya. Perlukah saya balik tiap bulan? Payah hendak memutuskannya. Tapi fikirlah kerinduan ibubapa. Kenanglah, setiap kali kita rindukan anak itulah petanda ibubapa rindukan kita.

Ah, masakan rindu-soal rasa boleh diubati dengan wang- suatu yang berbentuk benda.

Belajarlah dari alam


Belajarlah dari matahari : Adil menebar cahaya
dan memberikan kehangatan kepada semua semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang

bertebaran di bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat si kejam.. kepada semua makhluk ciptaan Illahi..

Belajarlah

Sentiasa senyum menyebarkan harumannya, menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

dari

bunga

Belajarlah dari lebah : Sentiasa bereganding bahu,


bekerja dengan membara.. hati yang riang dan semangat

Belajarlah dari pokok : Menghadiahkan buah yang


manis dan ssegar sambil menundukkan dahannya..

Belajarlah

Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap..

dari

bulan

Belajarlah dari sungai : Tabah bergerak menuju


destinasi dengan meredah apa sahaja halangan hingga sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang, tapi tiada satu pun yang dapat menghalang kemaraannya..

Belajarlah

Sabar menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali..

dari

daun

yang

luruh

Belajarlah dari hujan : Kehadirannya dinantikan


buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang, dan memberi nyawa kepada tumbuh-tumbuhan..

Lihatlah diri kita, pelajarilah sifat-sifat alam yang dicipta Sang Penguasa Agung kerana kita juga sebahagian daripadanya..

Anda mungkin juga menyukai