Anda di halaman 1dari 10

MENGKAJI SIKAP MURID TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS BERBANDING MATAPELAJARAN LAIN DI SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI, 34520 BATU KURAU,

PERAK.

ABSTRAK

Kajian ini adalah memberi fokus kepada menilai sikap murid-murid terhadap pembelajaran sains,berbanding mata pelajaran lain. Saya telah melalui proses kutipan data dengan menemubual pelajar, merujuk pada boring soal selidik dan keputusan peperiksaan membantu saya mengumpul data kajian. Kajian saya ini adalah mengkaji sejauh mana murid-murid menyukai subjek Sains terutama di sekolah rendah. Saya berminat menjalankan kajian ini kerana saya merasakan minat dan sikap merupakan salah satu elemen yang penting bagi memastikan seorang pelajar itu berjaya dalam matapelajaran tersebut atau peperiksaan yang didudukinya nanti. Menurut kajian dijalankan oleh Kementerian Pelajaran, minat dan sikap yang positif terhadap sesuatu pembelajaran tersebut merupakan salah satu factor penting yang menyebabkan seseorang pelajar itu lulus cemerlang dalam peperiksaan. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dibuat di salah sebuah sekolah di luar Bandar. Kebanyakan guru menggunakan jenis pembelajaran yang berpusatkan guru. Bagi pembelajaran sains, pembelajaran berpusatkan guru tidak sesuai. Ini kerana murid-murid akan berasa bosan dalam sesi pembelajaran. Pembelajaran sains haruslah menekankan kepada kemahiran sains. Ini bermakna setiap sesi pembelajaran sains haruslah ada aktiviti yang membuatkan murid-murid bergerak. Aktiviti yang dilakukan haruslah menimbulkan minat untuk membolehkan seseorang murid faham apa yang ingin disampaikan. Minat yang timbul dari sanubari pelajar itu sendiri akan membolehkan seseorang murid faham apa yang ingin disampaikan. Minat yang timbul dari sanubari pelajar itu sendiri akan membolehkannya menguasai kemahiran saintifik yang terdapat dalam setiap sesi pembelajaran sains. Walaupun banyak guru yang menekankan proses mengingat tetapi ini tidak berjaya jika murid tersebut tidak minat untuk mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Kajian saya tentang sikap pelajar terhadap pembelajaran sains sedikit sebanyak dapat membantu mencari factor-faktor yang menyebabkan murid ingin mengikuti pelajaran tersebut. Secara tidak langsung, kajian ini membolehkan kita mengetahui cara-cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan minat pembelajaran sains. Saranan yang disampaikan mungkin boleh digunakan untuk subjek lain seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

METADOLOGI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1

LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Jelai, Batu Kurau merupakan sebuah sekolah kecil Gred A yang terletak di kawasan luar bandar. Sekolah ini terletak kira-kira 28 kilometer dari Bandar Taiping. Sekolah ini mempunyai 28 orang guru dan 3 orang staf bukan akademik. Bilangan murid di sekolah ini lebih kurang 261 orang murid. Kebanyakan murid terdiri daripada kaum Melayu dan 6 orang murid sahaja dari kaum India. Dari segi ekonomi , lebih kurang 90% daripada murid sekolah ini berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kebanyakan ibu bapa bekerja kampong atau bekerja sendiri. Walaupun begitu sebenarnya mereka mereka ini mempunyai semangat yang kuat untuk belajar. Pencapaian akademik murid-murid sekolah ini agak membanggakan kerana ada peningkatan dari tahun ke tahun dalam keputusan UPSR. Pada tahun 2011, pencapaian Sains dalam Peperiksaan UPSR telah mencapai 100% lulus dengan 5 orang memperoleh A bagi matapelajaran tersebut. Itulah pencapaian yang terbaik yang pernah dicapai oleh matapelajaran Sains sepanjang saya bertugas di sekolah ini.

1.2

LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIAN Subjek kajian saya adalah murid-murid tahun 6 yang asalnya terdiri daripada 47 orang murid. Seramai 20 orang pelajar lelaki manakala selebihnya 27 orang pelajar perempuan. Umur mereka dalam lingkungan 12 tahun. Segelintir murid menunjukkan sikap kurang berminat kepada matapelajaran Sains, manakala kebanyakan murid bersemangat semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Daripada segi pemerhatian saya, mereka agak pasif dan kurang memberi respon kepada proses pengajaran dan pembelajaran Sains sewaktu saya mengajar di dalam kelas.

1.3

PERNYATAAN MASALAH Murid Kelas Tahun 6 ini merupakan murid yang saya ajar sejak mereka dari Tahun 4 lagi. Ada segelintir murid yang kurang berminat untuk mempelajari Sains. Ini dapat dilihat daripada keputusan PKSR mereka bagi tahun 2010 yang dijadikan TOV mereka untuk tahun 2011kurang memuaskan. Masalah kurang minat dalam Sains ini telah menimbulkan banyak permasalahan pembelajaran dalam Sains. Murid yang tidak berminat ini akan diam dan tidak member sebarang respon kepada pengajaran saya. Keadaan sedemikian telah menyebabkan prestasi murid tersebut tidak begitu memuaskan. Oleh itu, saya cuba mencari factor-faktor yang menghalang minat murid untuk meminati matapelajaran Sains. Saya telah cuba menjalankan pembelajaran koperatif bagi kelas ini dengan tujuan untuk memberi harapan atau motivasi untuk menaikkan minat seterusnya meningkatkan prestasi murid dalam matapelajaran Sains. Di samping menjalankan aktiviti pembelajaran koperatif, saya juga banyak menjalankan eksperimen untuk topic-topik Sains Tahun 6 melalui Penilaian Kerja Amali (PENA).

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: 1. Mencari faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak minat terhadap pembelajaran Sains. 2. Mengkaji sikap-sikap pelajar terhadap pembelajaran Sains. 3. Mewujudkan situasi belajar Sains yang lebih senang serta meningkatkan lagi minat mereka terhadap matapelajaran Sains melalui kaedah dan teknik belajar yang berkesan serta menyeronokkan.

KAEDAH ANALISIS DATA Data Temubual 1. Membuat temubual dengan beberapa orang murid di sekolah. 2. Menyemak maklumat hasil daripada temubual dengan murid-murid secara terperinci dengan membaca semula catatan yang dibuat kemudian menggariskan maklumat penting dalam catatan. 3. Membuat kesimpulan terhadap dapatan tersebut. 4. Contoh-contoh soalan dalam sesi temubual adalah seperti berikut: i. ii. Adakah anda minat belajar subjek Sains? Adakah anda rasa subjek Sains susah untuk lulus?

Data Soal Selidik 1. Satu boring soal selidik disediakan untuk dijawab oleh murid dalam mengenal pasti sikap mereka terhadap pembelajaran Sains. 2. Setelah itu, jawapan murid diteliti serta skor jawapan mereka dikira. 3. Kategori sikap murid ditentukan berdasarkan skor pemerolehan dikira. 4. Membuat kesimpulan. Data Senarai Semak 1. Senarai semak digunakan oleh guru itu sendiri dalam menilai keberkesanan penggunaan kad kocek dalam pembelajaran. 2. Pemerhatian dapat dibuat semasa P&P dijalankan.

KAEDAH-KAEDAH Untuk kajian ini saya telah menggunakan beberapa cara untuk mendapatkan maklumat seperti: i. ii. Pemerhatian Temubual

iii. Borang kaji selidik iv. Senarai Semak

TEMUBUAL 1) Adakah kamu selalu berangan-angan semasa sesi pembelajaran? A) Ya B) Tidak

2) Adakah kamu lebih suka belajar Matematik daripada Sains? A) Ya B) Tidak

3) Kamu berasa bosan semasa pengajaran Sains? A) Ya B) Tidak

4) Adakah kamu rasa matapelajaran Sains senang untuk lulus? A) Ya B) Tidak

5) Adakah kamu rasa matapelajaran Sains susah untuk gagal? A) Ya B) Tidak

6) Kamu rasa aktiviti Sains sangat bosan? A) Ya B) Tidak

7) Adakah kamu belajar Sains kerana untuk lulus peperiksaan? A) Ya B) Tidak

8) Adakah kamu berasa seronok membuat aktiviti berkumpulan bersama-sama? A) Ya B) Tidak

9) Adakah kamu mendapat markah yang baik dalam pembelajaran Sains kerana takut kepada guru anda? A) Ya B) Tidak

10) Adakah kamu rasa aktiviti Sains sangat menarik? A) Ya B) Tidak

ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %
SBLM NO
1 2 3 4 5 6 7 8 9

SLPS

ITEM
Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran Sains. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains yang sangat membosankan. Matapelajaran Sains sangat susah untuk lulus. Bahan untuk pembelajaran Sains yang tidak cukup di sekolah Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja berkumpulan. Murid0murid hanya belajar untuk peperiksaan. Murid minat Sains kerana meminati guru Sains tidak seronok seperti pembelaran Pendidikan Jasmani. Matapelajaran Sains sangat susah untuk difahami.

YA

SBLM SLPS KADANGKADANG

SBLM

SLPS

TIDAK

Borang Senarai Semak Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Sains

Nama : Kelas : Arahan: Baca setiap pernyataan dengan teliti. Lengkapkan ruang di bawah dengan memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataan berdasarkan skala berikut. SS (Sangat Setuju) 5
BIL

S (Setuju) 4

TP (Tidak Pasti) 3
ITEM

TS (Tidak Setuju) 2
SS 1

STS (Sangat Tidak Setuju) 1


S 4 TP 3 TS 2 STS 1

A 1 2 3 4 B 5 6 C 7 8 9 10 11 12 13 14 15

MINAT Saya lebih berminat belajar matapelajaran seperti Muzik. Saya dapat menyiapkan banyak tugasan jika saya melakukannya bersama murid lain. Saya lebih suka belajar secara persendirian. Matapelajaran Sains sangat membosankan. GAYA PEMBELAJARAN Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam kumpulan. Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN Saya berasa sangat takut apabila eksperimen terutama berkaitan dengan mengkaji serangga. Matapelajaran yang sangat susah untuk lulus Terlalu banyak jawapan dan sukar menentukan jawapan yang tetap. Banyak yang perlu diingati semasa sesi pembelajaran Sains. Saya rasa sangat memahami istilah Sains. Matapelajaran yang menghiburkan. Sangat seronok kerana banyak menjalankan eksperimen. Matapelajaran yang senang untuk lulus. Matapelajaran yang menyeronokkan kerana saya sendiri yang menjalankan kajian tentang sesuatu topik.

PERINGKAT KEDUA

KAJIAN KEDUA KAEDAH : 1) Temubual 2) Borang senarai semak 3) Borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH 1) Pembelajaran Koperatif 2) Pengaplikasian Kemahiran Saintifik dalam setiap sesi pengajaran 3) Menjalankan aktiviti Penilaian Kerja Amali PEMBENTUKAN KUMPULAN Masalah kurang minat dalam matapelajaran Sains telah menyebabkan timbulnya banyak masalah dalam pembelajaran Sains. Oleh itu, saya cuba menjalankan pembelajaran secara koperatif bagi kelas ini dengan harapan dapat mencapai objektif untuk menaikkan motivasi murid-murid dan seterusnya prestasi Sains kelas ini dapat ditingkatkan. PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM SETIAP SESI PENGAJARAN Setiap sesi pembelajaran murid-murid telah disarankan untuk menguasai kemahiran saintifik dalam menjalani proses P&P. Saya juga melekatkan nota tentang kemahiran saintifik di dalam bilik darjah supaya murid mengetahui tentang apa yang diperlukan di dalam setiap kemahiran. KEPUTUSAN Setelah hamper 8 bulan saya mengajar murid-murid Tahun 6, saya telah menemubual beberapa orang murid secara rawak, mengedarkan boring senara semak, boring analisis sebelum dan selepas kajian tindakan. Secara tidak langsung, saya juga membuat pemerhatian sepanjang saya menjalankan sesi P&P. PEMERHATIAN Pada Jun 2011, saya telah menjalankan aktiviti pembelajaran secara koperatif bagi tajuk Geseran. Saya telah menyuruh murid membawa bahan yang diperlukan. Aktiviti dijalankan di luar kelas. Walaupun kelas agak bising semasa aktiviti dijalankan, namun hasilnya amat memberangsangkan. Murid telah bekerjasama untuk melaksanakan kerja amali mereka. Mereka berasa gembira dan begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Ada berlaku perubahan tingkah laku dalam kalangan murid-murid yang dahulunya kurang memberi respon kepada pengajaran saya. TEMUBUAL Saya telah menemubual murid-murid yang dahulunya kurang berminat dengan Sains. 100% daripada mereka menyatakan mereka amat gembira dan seronok pada sesi matapelajaran Sains. Ada juga murid yang menyarankan saya agar terus mengajar mereka. Ini bermakna saya telah Berjaya menarik minat mereka dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Sains.

Anda mungkin juga menyukai