Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ISI KANDUNGAN
TAJUK ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN BIODATA IBN SINA PENDIDIKAN IBN SINA PERIBADI IBN SINA HASIL KARYA SUMBANGAN PERANAN DALAM PEMBANGUNAN TAMADUN INTRAKSI ANTARA TAMADUN RUMUSAN BIBLIOGRAFI REFLEKSI MUKA SURAT 1 2 3 5 5 6 7 8 9 10 11 12 13-14
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan:
Assalamualaikum..... Syukur alhamdulillah, dengan berkat Ilahi, akhirnya saya dapat melaksanakan tugasan pada masa yang ditetapkan. Segala penat lelah dan usaha yang berterusan talah membolahkan saya menghasilkan kerja kursus ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih sayai tujukan kepada pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya dan rakan sekelas sepanjang proses menyiapkan kerja ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan seperjuangan yang sudi mambantu walaupun masingmasing sibuk menyelesaikan tugasan. Kerjasama dan komitmen dari kalian sebenarnya telah membakar semangat saya bagi menempuhi segala kesulitan dan kesusahan yang menimpa. Penghargaan teristimewa ini juga ditujukan khas buat kedua ibubapa saya yang jauh. Sesungguhnya doa dan harapan kalian menjadi teman paling setia buat saya di perantauan ini. Akhir sekali terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan idea serta kritikan bagi melengkapkan tugasan ini.
Sekian
Nama lengkap Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Huseyn Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina. Ibnu Sina lebih dikenali di barat dengan pangggilan Avicenna. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Beliau juga telah dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Dilahirkan di sebuah desa bernama Afshanah Bukhara, Turkistan. Ibnu Sina bertugas sebagai pakar perubatan di Wilayah Rai dan penasihat agong Amir Ala al Daulah, di Ashfan. Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan 1037 Masihi di Hamadan ketika umur beliau 58 tahun.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ibnu Sina mula mempelajari Al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaz ketika berumur 10 tahun. Mempelajari ilmu feqah dan tawaduk daripada Ismail Al-Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masah, ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Al-Natali serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni. Semasa berumur 16 tahun beliau telah mula menguasai ilmu perubatan. Pada usia 17 tahun beliau telah menjadi doktor pakar dan mahir semua ilmu dalam zamannya. Beliau juga telah diperkenalkan dengan ilmu politik ketika usia masih muda dan telah mengikut aliran politik Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah serta membentuk satu teori politik terkenal dengan nama al-Madinah al-Fadilah.
Beliau seorang yang tekun mempelajari ilmu. Beliau membaca buku berkenaan metafizik hasil karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah terutamanya ketika menghadapi kebuntuan. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Selain itu Ibnu Sina juga seorang yang sangat pintar. Ini kerana beliau mampu menguasai pelbagai ilmu nakliah dan akaliah ketika berumur 18 tahun lagi. Seorang yang berinovatif kerana beliau melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya bidang perubatan. Beliau juga berbakat dalam kepimpinan dan pernah dilantik sebagai Perdana Menteri.
10
Saya telah memilih Ibnu Sina sebagai tokoh yang dikehendaki dalam tugasan ini. Ibnu Sina merupakan bapa perubatan dunia. Beliau sangat berpengaruh di Barat dan dikenali sebagai Avicenna di Barat. Beliau mendapat pendidikan awal dengan mempelajari Al-Quran. Beliau juga mempelajari ilmu feqah, tawaduk, ilmu hisab geometri, ilmu falsafah ilmu sains dan ilmu astronomi Semasa berumur 16 tahun beliau telah mula menguasai ilmu perubatan. Pada usia 17 tahun beliau telah menjadi doktor pakar dan mahir semua ilmu dalam zamannya. Ibnu Sina telah mengarang buku dari pelbagai sudut ilmu termasuklah bidang perubatan, falsafah, politik dan agama. Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan. Hasil karyanya ini banyaka member sumbangan kepada perkembangan Tamadun Islam. Jika dilihat dan dikaji tentang sumbangan yang telah dilakukan oleh Ibnu Sina, sumbangannya lebih banyak kea rah bidang perubatan seperti penemuan penyakit baru dan kaedah baru dalam perubatan. Sumbangan beliau tersebut msih digunakan sehingga ke hari ini. Ibnu sina juga banyak member peranan kepada pembangunan tamadun. Ini keranan sumbangan beliau yang terlalu banyak khususnya dalam bidang perubatan dan penghasilan karya menyebabkan tamadun pada zaman tersebut semakin berkembang. Selain itu sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau juga menyebabkan tamadun Islam dapat berinteraksi dengan tamadun lain. Ini kerana ilmu yang telah disumbangkan oleh Ibnu Sina turut digunakan oleh masyrakat yang berada di tamadun lain contohnya tamadun barat. Oleh hal yang demikian, Ibnu Sina merupakan tokoh yang begitu banyak memberi sumabangan ke arah pembangunan dan perkembangan tamadun Islam. Ilmu yang terdapat pada beliau digunakan sepenuhnya untuk membangunkan tamadun. Oleh itu ilmu pengetahuan amat penting dalam pembinaan sesuatu tamadun tersebut.
11
BUKU 1) Ab. Aziz Mohd Zain, A. W. (2006). Tamadun Islam Dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2) Mohd Zaini Bin Yahya, Z. B. (2003). Pendidikan Islam Tingkatan 5/Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Mustafa, A. K. (2003). Sulayman Fayyad Ibn Sina Pakar Perubatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan PUstaka. INTERNET 1) http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah.html
12
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek bagi matapelajaran Tamadun Islam dan Asia ini tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah penasihat iaitu Ustaz Mohamed bin Ayob yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada dan rakan sekelas selama menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung. Pelbagai kebaikan dan manfaat yang telah saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuhi sebelum dan sepanjang menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Daripada cabaran tersebutlah saya jadikan titik tolak untuk saya berusaha dengan lebih gigih lagi agar tugasan ini dapat disempurnakan dan dapt memuaskan hati semua pihak. Antara kebaikan dan manfaat yang telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini ialah saya telah dapat mempelajari pelbagai perkara berkenaan tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dalam tugasan ini kami telah ditugaskan untuk memilih salah seorang tokoh pembangunan Tamadun Islam atau Tamadun India atau Tamadun Cina seterusnya menganalisa biodota, pendidikan, peribadi, sumbangan, karya, peranan dan menganalisa intraksi tokoh tersebut dengan tamadun-tamadun tersebut. Saya telah membuat tokoh Islam iaitu Ibnu Sina bapa perubatan dunia. Setelah menganalisis keperibadian beliau, beliau telah banyak menyumbangkan sesuatu yang baru dalam pembentukan tamadun. Daripada keperibadiaan beliau tersebut, saya telah mempelajari pelbagai perkara seperti keperibadian beliau yang gigih dalam menulis karya, rajin dalam menghasilkan penemuan baru, berdedikasi dan yang penting sekali beliau tidak pernah meninggalkan kewajipan agama dalam kehidupan beliau walaupun beliau seorang yang ternama dan dikenali oleh masyarakat sehingga dikenali di Eropah.keperibadian beliau ini amat sesuai 13
Disediakan oleh :
14