Anda di halaman 1dari 17

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Sejarah Melayu Yang Hilang


(The Lost of Malay History)
Catatan Oleh Muallij Mustaqim Ibnu Najib Al-Husaini http://klinik-muallij.blogspot.com/ Tiada Hak cipta Perkongsian Ilmu Apa yang terkandung di dalam buku tesis mini ini hanyalah pendapat melalui kajian secara peribadi melalui buku sejarah, fakta, lisan, artifak dan rujukan dari internet.

1 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Sejarah Melayu Dalam Pendidikan Malaysia Berdasarkan sukatan pelajaran dari mata pelajaran sejarah, kita hanya diperkenalkan dengan sejarah yang berlaku sekitar era Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan juga era Pra Kemerdekaan. Ini bermakna pengetahuan asas sejarah bagi sejarah yang melibatkan negara kita sendiri berada pada sekitar sebelum tahun 1511 Masihi dan juga 1930-an Masihi ke atas. Itu sahaja sejarah yang betul-betul diberitahukan kepada kita. Ke mana perginya sejarah atau dokumen yang melibatkan sejarah negara kita sekitar tahun 1000 hingga 1929? Kalau dikira dari segi tahun, hampir 1000 tahun punya dokumen sejarah, kita TIDAK TAHU! Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini. Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah: * Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah. * Persamaan adat resam Melayu dan Assam. * Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong. Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik. Perkataan Melayu sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang bermaksud Gunung; dan Gunung itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya Pnom. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur.

2 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang). Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai hora-sastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik). Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai Li dan Chang (kirakira 10 kaki, unit Inggeris - Melayu yang berasal dari istilah Inggeris berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16. Untuk lebih jelas lagi tentang kerajaan yang terbentuk di Tanah Melayu, boleh rujuk di website: http://melayuonline.com/ind/history/dig/10/kerajaan-melayu-di-malaysia pada setiap Kesultanan. Ada lapan kesultanan kesemuanya.

Peta Tahun 1500 menunjukkan Melaka sebuah pelabuhan


3 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Peta Tahun 1601 Menunjukkan Seluruh Tanah Melayu sudah memiliki kerajaan sendiri. Kedatangan Islam Tamadun Melayu Mengikut ahli Sejarah, orang-orang Gujirat mengislamkan Melayu. Jadi sepatutnya orang-orang Melayu mestilah fasih berbahasa Gujirat dan bermazhab Hanafi. Tapi pelik kita bermazhab Syafii. Adakah sejarah diselewengkan? Siapakah yang Islamkan orang Melayu? Sahabat? Tabiin? Keluarga Nabi? atau pedagang Gujirat? Rentetan dakwah ahli keluarga wali songo juga merentas dari Yaman - Nasar Abad Kemboja Thailand Kelantan - Jawa. Untuk pengetahuan, wali songo adalah keturunan nabi dan kesembilan wali songo itu berada di Jawa Pada kurun ke-14 di mana datuknya telah berada di Champa selama 13 tahun. Pedagang mula berdakwah di negeri mana? Kalau diikut sejarah lisan, pedagang Arab yang menyebarkan Islam pada Parameswara (Permaisura) dan penyebaran Islam pun bermula. Kalau nak ambil fakta dan auta, sejarah boleh dibahagi kepada dua iaitu lisan dan artifak. Kalau ikut lisan, tanah Melayu antara yang terhebat sehingga telah menjajah sehingga ke negara-negara Arab termasuklah sehingga kepulauan Australia tetapi sejarah kesultanan Melayu langsung tak diiktiraf oleh sejarawan sebab tiada bukti-bukti artifak. Soal di mana dan siapa tidak boleh dibincangkan kerana tiada bukti yang boleh disangkal kan, cuma boleh dibanggakan hanyalah terdapat perkataan Me lau you dalam arkib penulisan di negara China. Namun penulis
4 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

berhujah, ada artifaknya iaitu batu bersurat Terengganu bertarikh 22 Februari 1303. Dalam batu tersebut tertulis "Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus tua" (700 tahun setelah wafat nabi) dan Islam memang sudah tersebar di Terengganu semasa batu bersurat ditulis dan fakta ini sangat bercanggah dengan sejarah yang kita belajar kat sekolah, Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409. Fakta mengatakan Melaka menerima Islam dahulu tertolak 100%. Ini unsur seleweng pertama dalam buku teks sekolah. Ada yang memberitahu tarikh tiada sebenarnya dalam batu bersurat tersebut. Tarikh itu cuma dianggap berumur dalam lingkungan sekiansekian, yang ada hanyalah piagam kerajaan Terengganu. Namun begitu, tarikh itu disahkan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas boleh rujuk di http://ms.wikipedia.orang/wiki/Batu_Bersurat_Terengganu. Bercakap mengenai sejarah yang ada dalam buku teks sekolah, memang banyak auta salahnya (luahan guru sekolah Malaysia) memang tak boleh dipertikaikan lagi. Pedagang Arab yang sebarkan Islam? Menurut pendapat lisan dipercayai ketika itu, setiap kapal-kapal pedagang akan membawa imam-imam dan juga penyebar-penyebar agama untuk ditinggalkan di setiap persinggahan perdagangan mereka untuk menyebarkan Islam. Pedagang bukanlah pendakwah. Contoh pendakwah ialah orang yang diarahkan oleh nabi/khalifah/ulama untuk berdakwah. Cara mereka berbeza, ada yang pergi berperang, ada yang menakluki, dan ada yang berhijrah. Cuba kaitkan dengan Islam di Kedah, ingat balik sejarah Kedah. Bilakah bermula tamadun Melayu? Kebanyakan bangsa Arab mahupun Gujirat bermazhab Hanafi. Tetapi kenapa orang Nusantara majoriti bermazhab Syafii? ini soalan hebat ditujukan kepada pengkaji sejarah yang tidak pernah mengaitkan Islam dalam sejarah buku teks sekolah Malaysia bagi membuktikan bahawa bukan pedagang Arab yang sebarkan Islam di tanah Melayu. Mengikut sejarah juga, soal mazhab ini berasal dari empat orang utama yang membawa setiap mazhab. Jadi, apabila pengikut atau penuntut yang menuntut dengan salah orang imam ini, maka secara teorinya akan menyebarkan mazhab yang mereka pelajari dia negara asal mereka. Maksudnya, penyebar agama Islam di Tanah melayu lebih kepada pengikut dan penuntut yang mempelajari ilmu agama daripada Imam Syafii secara asasnya. Adakah tiada bukti yang sah mengenai batu bersurat itu. Adakah batu bersurat hanya tesis pengkaji sejarawan negara dan beratus kajian dari tuan/puan/Dr/Prof yang membuat tesis PhD? Berbalik cerita batu bersurat, ada tulisan Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus tua. Jadi tahun 1409 tak tepat berbanding tahun 1303. Dan yang penting, Parameswara bukanlah orang Melayu, dia lari ke tanah Melayu dan peluk Islam pada 1409. Ini membuktikan tanah Melayu memang sudah Islam masa tu. Parameswara asalnya bukan Islam tetapi beragama hindu yang berasal dari kerajaan Srivijaya, apabila kalah perang, maka larilah ia ke tanah Melayu yang mana ketika itu tidak bertamadun. Adakah tanah Melayu tidak bertamadun? Jadi adakah kedatangan

5 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Parameswara dalam beberapa tahun sahaja berjaya membuka satu tamadun baru? Atau adakah beliau cuma menyambung kegemilangan tamadun atau menaiktarafkan tamadun? Tamadun Melayu Tanah Melayu telah memulakan perniagaan, bertamadun dan ada tulisan sendiri. Rujuk Langkasuka, Pan pan dan Srivijaya. Parameswara cuma memajukan Melaka, sebagaimana kerajaan Malaysia sekarang membangunkan Kuala Lumpur sejak 50 tahun kebelakangan ini. Tamadun Melayu tidak diiktiraf sebab tiada bukti artifak, yang ada hanyalah sejarah lisan. Tulisan Melayu juga tiada kerana apa yang kita tulis sekarang sebagai contoh ABC bukan dari tulisan Melayu tetapi diambil dari British. Manakala alif, ba, ta itu dari Arab. Sanskrit pula berasal dari tulisan hindu, tiada unsur tulisan Melayu. Revolusi tulisan Melayu ialah tulisan Sanskrit kepada tulisan jawi. Tulisan jawi dihapuskan pada hari kemerdekaan Malaya. Kita sebenarnya hasil dari cetakan setiap kerajaan yang berkuasa pada masa itu dan keadaan tersebut masih kekal hingga sekarang (Malaysia). Penulis menasihati, kajian sejarah jangan dikaji setelah melawat atau melancong Melaka dan KL sahaja, penulis menasihati, pergilah Kedah dan kita akan tahu, Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Tanah Melayu. Kita juga sudah terlalu lama di bawah penjajah. Penjajah boleh hapuskan sejarah sebagaimana terjadi kat Babilon (satu artifak pun tidak ditemui), dan lain-lain negara hebat yang disebut dalam al-Quran, semuanya habis lenyap. Yang ada sekarang cuma Washington dan KLCC. Mempercayai kehidupan manusia iaitu bermula macam orang asli (teori Darwin) adalah kesalahan fatal. Lihat al-Quran, berapa banyak Allah sudah hapuskan manusia yang hebat malah Allah menggambarkan seolah-olah mereka lebih maju dari umat Muhammad. Ke mana artifak mereka? Hanya sedikit sahaja yang Allah tinggalkan sebagai iktibar dan tazkirah diri kita. Ini bukti bahawa sejarah boleh dipadamkan. Malah boleh diputar belit hingga menukar nama-nama penting menjadi nama Inggeris seperti avicenna dan lain-lain lagi. Manusia memang telah berilmu dan bertamadun sejak dahulu lagi. Jadi kebarangkalian Portugis, Belanda dan British melenyapkan sejarah Tamadun Melayu adalah 99.9%. Bangsa Melayu Dari Sudut Lisan 1. Malai (Orang Bukit) ialah bangsa yang merujuk kepada bangsa Melayu yang berasal dari Kemboja dan bukan Sumatera. 2. Melayu diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon) , dan sementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Ibrahim a.s. , iaitu berhampiran dengan kota Babylon. Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. (Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala/Mon.)

6 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

3. Jawi sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua Ulama agama di kalangan Bani Israel. Kaum Jawi adalah bangsa Jawa sekarang. Jika orang jawa itu orang Melayu, maka komuniti orang Melayu memang berasal dari bangsa Bani Israel (bukan rakyat negara Israel/zionis sekarang) kerana Bani Israel itu sendiri bermakna orang yang merantau di tengah malam. Yahudi merujuk kepada rakyat Israel yang kebanyakan dari keturunan dari anak Nabi Yaakob bernama Yahuda/Yahudza/ Judah iaitu abang kepada Nabi Yusuf. Dalam surah al-Araaf ayat 160 disebutkan,Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar, yakni menjadi jemaah yang banyak. Anak Nabi Yaakob ialah: a. Reuben (Rabi/Rubil) Ibunya Layya b. Simeon (Syamun) Ibunya Layya c. Levi (Lavi) Ibunya Layya -keturunannya sampai terus kepada Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa dan Nabi Isa d. Yahuda (Yahuza/Judah) Ibunya Layya -keturunannya sampai terus kepada Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dan keturunan mereka ini menyebar ke berbagai negara di Eropah Timur, Poland, Hungary dan Rusia. e. Issachar (Yakasir/ Yasyjur) Ibunya Layya f. Zebulun Ibunya Layya g. Daan Ibunya Balhah h. Naphtali (Nafrali/Naifatali)) Ibunya Balhah i. Jad (Yad) Ibunya Zulfah j. Asher (Asyir) Ibunya Zulfah k. Yusuf Ibunya Rahil -menurut pendapat ulama, Yusuf tidak dikurniakan anak. Keturunannya terhenti. l. Bunyamin Ibunya Rahil - moyang nabi Yunus

7 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

m. Dinah anak tunggal perempuan Nabi Yaakob, lahir dari Layya. Sejarah Kedah Kalau ikut sejarah Kedah pula, Islam sudah bertapak tahun 1136. Lebih awal dari yang tercatat di Batu Bersurat Terengganu. Mengenai sejarah Kedah, terdapat tujuh kerajaan utama yang memang diakui sejarahnya pada masa lalu iaitu kerajaan awal iaitu Angkor, Funan, Champa, Chihtu, Srivijaya, Majapahit, Langkasuka dan kemudian Kedah Tua sebelum wujudnya Kedah. Nama Kedah tidak lagi wujud sebaliknya nama yang dikenali adalah lembah bujang, dan apa yang ditemui adalah candi iaitu untuk agama hindu. Ini adalah kerajaan awal Kedah. Untuk pengetahuan sejagat, Sultan Kedah dan kerajaan Kedah adalah diiktiraf dunia sejak dahulu lagi. Cuba buang dahulu pemikiran 'Melaka' dalam fikiran, dan tumpukan pada Kedah sebentar. Selidik dahulu baru boleh buat pendapat. Bukti artifak tidak ada, tetapi catatan pelayar antarabangsa tetap ada terutama dari China kerana China satu-satunya negara yang tidak berjaya dijajah sepenuhnya di dunia. Banyak penulisan ahli pelayaran mereka kekal tercatat. Bukti Artifak Kesultanan Melaka Juga Tiada Masalahnya bukan tidak diiktiraf kerajaan Kedah dan kedatangan Islam jauh lebih awal dari tarikh yang dicadangkan tetapi tiada bukti-bukti artifak yang menyatakannya. Yang ada hanyalah lisan dan juga pendapat-pendapat pengkaji jika nak bukti artifak. Kalau begitu, sama jugalah Melaka. Melaka tidak meninggalkan satu pun bukti artifak dan yang ada cuma bangunan Portugis dan Belanda. Penulis sudah 11 tahun tinggal melaka, tidak pernah jumpa bukti artifak di Melaka tentang gahnya Kesultanan Melaka tetapi tahun 2007 penulis telah pergi Kedah, dari Jitra ke Alor Setar, barulah penulis terasa jati diri orang Melayu kerana dapat melihat kesan peninggalan kerajaan Kedah. Memang ramai pengkaji Malaysia kaji tentang ini dan sehingga sekarang, hanya perkataan me lau yue sahaja ditemui dan tidak dinyatakan tempat yang tepat di mana lokasi me lau yue itu. Ini bermakna tidak boleh juga diguna-pakai dan status itu tetap tergantung sehingga sekarang. Ada fakta mengatakan Melayu dari perkataan malai bermaksud orang bukit iaitu komuniti yang berasal sama ada Yunan atau Kemboja. Kerajaan Melayu Tidak Diiktiraf Dari awal lagi kita fahami bahawa kerajaan Melayu memang tak pernah diiktiraf sebab tiada bukti artifak. Soal Kedah tua pula, yang ditemui hanyalah dari kesan kerajaan siam yang ketika itu mengamalkan agama hindu. Mengenai lembah bujang, ada pendapat menyatakan, kawasan itu merupakan tempat persinggahan pedagang-pedagang ketika itu yang mana berlindung dari tiupan angin monsun. Jika kita faham berlindung dari tiupan angin monsun, tiada bezanya sekarang di mana Malaysia masih menjadi pelabuhan singgah sebelum kapal terus ke Jepun dam China begitu juga sebaliknya. Ini kerana laluan yang mudah di Selat Melaka, tidak berombak walaupun kapal zaman sekarang sudah tidak menggunakan layar lagi.

8 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Pusat perdagangan utama ketika itu adalah China yang mana terdapat laluan sutera dan pusat perdagangan utama sekarang pun masih tetap sama, iaitu China dan negara jirannya jepun. Komuniti Melayu sudah tersebar sejak dari awal lagi seluruh dunia, sebab itulah kita boleh temui Melayu dari benua Australia sehinggalah ke Afrika sebagaimana orang Cina. Ini juga menandakan bahawa orang Melayu juga terlibat dengan pelayaran samudera dan pelayaran merentas dunia. Sedikit sebanyak menggambarkan sebenarnya Melayu sudah ada tamadun walaupun tamadun Melayu adalah tamadun yang ditiru sebagaimana Malaysia sekarang. Merong Mahawangsa Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah (Langkasuka), sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 Masihi. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136M dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Tiada siapa yang tahu bila Hikayat Merong Mahawangsa pertama kali dikarang. Pembayang utamanya mungkin terletak dalam mukadimahnya yang berbunyi: "Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, " Sultan Muazzam Shah sebenarnya memerintah dari tahun 11791201. R.O. Winstedt mula-mulanya mengusulkan tahun 1612 sebagai tahun asalnya, namun beberapa sejarawan Kedah meragui anggapan ini kerana sastera Melayu belum berkembang ketika itu. Nampaknya ramai sejarawan berpendapat bahawa
9 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

manuskrip asli Hikayat ini ditulis pada abad ke-19, apatah lagi sekitar tahun 1821, berasaskan peristiwa pembakaran salinan buku Hikayat ini atas perintah kerajaan Siam pada tahun itu. Ada 7 versi Hikayat Merong Mahawangsa. Merong Mahawangsa ialah orang Rom (Itali) dan ada yang mengatakan baginda bangsa India. Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Pattani (dahulunya Kedah). Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi. Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisantulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani. Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books. Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka. Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropolog berasal dari suku Jawa - Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang. Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masihi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.

10 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha. Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu - Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang. Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang di kumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah. Wali Songo Penulis bersetuju mengenai Wali Songo. Pengkaji bahasa Melayu, susur galur bahasa Melayu dan kewujudan Melayu itu sendiri. Apakah tiada kepentingannya Islam dengan kaitan sejarah Melayu, dan apakah kita akan mendapat jawapan jika kajian dibuat dari sudut perspektif sejarah Islam? Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik - wali songo pertama) lahir di Samarkand adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro. Dua batu bersurat berbahasa Arab dengan jelas menzahirkan kewujudan kelompok Islam di Champa pada tahun 1000 Masihi membuktikan bahawa Kemboja telah didatangi Islam lebih awal malah Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Champa selama tiga belas tahun sejak tahun 1379.

11 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Catatan Abu Dulaf (940M) Dalam tahun 940, Abu Dulaf al-Muhalhil berasal dari Bukhara singgah sendiri di Kalaha (Kedah) dan meriwayatkan bahawa: "Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bungan dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang "qala'I" iaitu pedang Hindi yang tulenseperti di Negara China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda". "Mereka makan gandum, buah kurma, sayur-sayuran yang ditimbang bila dijual dan roti yang dilonggok-longgok sahaja bila dijual. Mereka tidak mempuyai hamam tetapi mandi di sungaisungai yang mengalir deras. Wang mereka ialah dirham perakyang dipanggil 'fahri'. Mereka memakai kain 'al firand' (sutera) yang sangat mahal seperti orang-orang China dan menyebut Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun mengadap ke arah Maharaja itu" (Paul Wheatley, 1961:217) Abu Dulaf menyebut orang-orang di Kedah telah pandai menggunakan tepung gandum, buah kurma, roti dan sayur seperti orang-orang Arab. Tergambar bahawa kebudayaan Arab telah sedikit sebanyak terserap dikalangan orang-orang Melayu di sini. Mengikut Paul Wheatley dalam nota kecilnya di muka surat yang sama, dirham perak yang dipanggil "Fahri" itu ialah matawang yang digunakan di Khurasan, Utara Iran. Di Kedah dipraktikkan sistem 'barter' atau sistem hebah barang dengan barang dan "fahri" itu digunakan ketika amat perlu sahaja. Pedang
12 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

"qala'i" yang ditempah di Kedah menjadi barangan eksport yang dikenali oleh orang-orang Arab sebagai "al-sayf al-Hind" Abu Dulaf menimbulkan kekeliruan apabila menyebut bahawa Raja Kalah "menyebut nama Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun Mengadap ke arah Maharaja itu" Abu Dulaf keliru melihat penduduk di Kedah yang beragama Islam tidak menyebut nama Khalifah Al-Muttaqi (940 - 944) yang baru bersemayam di Damsyik pada masa itu di dalam Khutbah mereka. Berita begitu belum sampai ke sini lagi. Mungkin orang Kedah menyebut nama Maharaja Sribuza (Sri Wijaya) atau lain yang didengarnya sebagai nama Maharaja China. Maksud qiblat mengarah ke negara China ialah qiblat Raja Kalah atau Kedah dan bukan orang bersembahyang. Abu Dulaf memungkinkan bahawa agama Islam belum lagi dianuti oleh Raja Kedah sungguhpun rakyatnya telah Islam. Catatan Abu Zaid (916M) Zaid (916M), seorang penduduk Siraf menulis dalam tahun 916 bahawa : "Kalah menjadi wilayah Maharaja al-Zabaj (Sri Wijaya) terletak di antara China dan Tanah Arab Pelabuhan Kalah menjadi tumpuan kapal-kapal dari Uman dan dari sini kapal-kapal bertolak ke Tanah Arab Kalah ialah pusat perdagangan kayu gaharu, kapur barus, kayu cendana, gading gajah, bijih timah, kayu arang, kayu sepang, pelbagai jenis rempah ratus dan lain-lain barangan yang amat banyak hendak dihitungkan" (Paul Wheatley, 1961:218) Catatan Masudi (943M) Mas'udi yang menulis dalam tahun 943 Masihi mengenai penghijrahan saudagar-saudagar Arab dan Iran dari Kanton pada 877 Masihi ke negeri Kedah adalah seorang pengembara Islam yang banyak menulis. Dalam kitabnya bernama "Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-Jawhar" tertulis pada 943, beliau berkata : "di sekitar Kalah (Kedah) dan Sribuza (Sri wijaya) terdapat lombong-lombong emas dan perak, ikut jalan laut, Kalah terletak lebih sedikit dari setengah perjalanan antara Negara Arab dan Negara China. Hari ini Kalah menjadi tempat tumpuan saudagar-saudagar Islam dari Siraf dan Uman. Dari sini mereka menaiki kapal China untuk pergi ke Negeri China. Laut Kalah cetek dan sukar dipelayari serta banyak pula pulau-pulau kecil dan selat-selatnya." (Paul Wheatley, 1961:218-219) Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kedah ialah sebuah pelabuhan besar yang disinggahi oleh saudagar-saudagar Islam Arab dan Iran dalam KM 9 dan awal KM 10 Masihi. Apabila

13 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

memasuki pelabuhannya kapal-kapal hendaklah menggunakan jurumudi tempatan yang arif dengan laut Kedah. Sejak 877 Masihi Kedah menjadi sebuah dari pelabuhan Sri Wijaya yang amat sibuk. Saudagarsaudagar Islam dan bukan Islam berkumpul di Kedah sebelum meneruskan pelayaran ke Negara China atau Palembang. Bagaimanapun, Raja Kedah tetap mengekalkan hubungan baik - politik dan ekonomi dengan Negara China. Selepas penghijrahan 877 Masihi itu, orang-orang China bertindak melayari sendiri kapal-kapal mereka membawa dagangan keluar negeri. Dalam KM 8 dan KM 9 ini, ahli-ahli pelayaran China tidak belayar lebih jauh dari Kedah. Dibawah Dinasti Song dan Ming yang muncul kemudian barulah kapal-kapal China belayar ke tempat yang lebih jauh dari Kedah. Penduduk Kedah Sudah Islam Sejak 877 Masihi Orang-orang Arab dan Iran membuka tempat kediaman di tempat mereka berurusan. Begitulah yang terjadi di Kanton, Champa, India, Afrika dan lain-lain tempat. Mereka menjadi orang-orang yang dihormati dan berpengaruh dengan semua lapisan masyarakat. Tidak dapat diragukan bahawa Islam telah sampai di Kedah dalam KM 9 dan mempunyai penganutnya dikalangan orang-orang Kedah. Dr. Syed Naguib al-Attas membuat andaian bahawa: "Setelah orang-orang Islam membentuk kawasan kediaman yang agak besar di Kanton (sejak kurun Hijrah pertama atau KM 7 lagi) dan mereka menikmati kebebasan yang luas mengendalikan hal ehwal agama dan undang-undang awam sesama mereka, tentulah senang mereka mengekalkan urusan-urusan penempatan atau perkampungan mereka dan membentuk pula masyarakat Islam di Kedah dan juga di Palembang tempat mereka juga telah berhijrah dari Kanton itu. Penghijrahan ini wajar dikata sebagai satu petanda kedatangan Islam yang paling awal di Nusantara". (Syed Naguib al-Attas, 1969:11) Pengembara China pernah menulis bahawa di Kedah didapati ramainya orang yang mempunyai nama berpangkalkan "Pu". Ahli kaji bahasa China bersetuju "Pu" itu ialah "Abu". Ini membuktikan bahawa Kedah mempunyai ramai orang Islam. Kesan-kesan Awal Islam Wujud Di Kedah Sebatang nisan di perkuburan Kampung Tanjung Inggeris di Mukim Langgar berhampiran Alor Star terpahat nama "Syeikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah" bertarikh 903 Masihi telah ditemui. Langgar ialah perkataan Iran Tua yang bererti sekolah atau surau tempat belajar agama. Syeikh Abdul Qadir ialah orang Iran. Perkataan "Alirah" itu tidak jelas jawinya mungkin "Shah Alam", atau mungkin "Syah Al-Yara" dan mungkin "Syah Kalahar". Jelas sudah ada
14 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

perkampungan orang Islam dengan langgarnya di Langgar ini pada masa itu. Dan jika seorang Syeikh meninggal di sini tentulah ada pesantrennya. Patut benar kita menemui kampung orang-orang Islam di Langgar ini kerana letaknya berhampiran dengan Sungai Kedah yang menjadi jalan rentas dari Kuala Kedah ke Patani dan terus ke China. Di Lembah Bujang khususnya di Tapak 14, telah ditemui dirham perak zaman Khalifah alMutawakkil. Dirham yang ditemui tidak lengkap sekeping dirham, satunya tinggal separuh dan satu lagi cuma sesuku. Di atas sekeping separuh itu tertera tarikhnya 234 Hijrah, yang dikira sebagai 848 Masihi, zaman al-Mutawakkil di Baghdad. Di Lembah Bujang juga, iaitu di Tapak 18 ditemui serpihan kaca yang apabila dicantum-cantum menyerupai setolop, lampu orang Arab KM 10. Banyak kaca yang ditemui dan mungkin banyak setolop dan corong-corong yang dibawa oleh orang Arab ke situ. Beribu-ribu butir manik dalam pelbagai rupa dan bentuk dipungut oleh pengkaji purba di Lembah Bujang dan di Sungai Emas. Diantaranya terdapat juga manik-manik dari Timur Tengah. Selain dari merupakan perhiasan manik ialah juga alat penghebahan atau pertukaran barangan masa itu. Diantara barangan yang dibawa oleh saudagar Arab dan Iran selalunya ialah kain tenunan atau sulaman, barang-barang kemas dari emas dan permata, cermin muka dari logam yang berkilat, rempah perubatan dan bau-bauan seperti narwastu dan ambar kasturi. Seketul batu pejal berukuran 19 sm x 37 sm ditemui diantara longgokan batu-batu candi yang tersimpan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, di Merbok Kedah. Di atas batu tertulis dengan huruf Jawi "ibnu Sardan 213". Adakah batu ini serpihan dari batu nisan atau petanda sempadan tanah tidak dapat dipastikan. Tarikh 213 bersamaan 829 Masihi. Ibnu Sardan ialah nama satu keluarga Arab yang dikenali sebagai ahli ilmu, ahli pelayaran dan pendakwah Islam. Antara nisan-nisan lama yang menarik di Kedah ialah nisan Tok Jambi di Bukit Tinggi, Tok Lidah Hitam di Langgar, nisan Makam Purba di Langkawi, nisan Tok Pasai di Kuala Kedah, nisan yang dikatakan kepunyaan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Kedah yang pertama di Pengkalan Bujang - tetapi di Bukit Hijau, Baling; dan nisan-nisan lain di Siputeh, di Langgar, di Tualang dan di Sik, di Anak Bukit dan di lain-lain lagi. Yang paling menarik ialah makam lama di Kampung Seberang Toh Soh berhampiran Pinang Tunggal, 9 kilometer dari Sungai Petani. Makam itu juga tiada bertarikh dan tiada bernama tetapi
15 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

bentuk nisannya seperti kebudayaan pembesar Acheh. nisan kepalanya berpahat dengan Kalimah Syahadah dan beberapa ayat Quran. Orang Kampung Seberang Tok Soh memanggilnya Makam Raja Bersiung kerana letaknya di sisi tapak sebuah kota tanah yang lama. Kepada orang-orang Kedah, apa sahaja yang dikira lama dan misteri dilekatkan nama 'Raja Bersiung' di situ. Bentuk nisan tanpa tarikh dan tanpa nama begini tetap utuh sebagai nisan yang bersejarah. Tahun Sahih Syiar Islam di Nusantara Sekarang kita ada banyak tahun di sini, bukti Islam sudah lama bertapak di Tanah Melayu. Pertama Sultan Mudzafar Shah I sebelum memeluk Islam memakai gelaran "Raja Phra Ong Mahawangsa". Baginda merupakan keturunan dari Merong Mahawangsa. Tempoh memerintah tahun 1136 1179. Sultan Mudzafar Shah I (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua di dunia bermula tahun 1136). Diislamkan oleh Syeikh Abdullah AlYamani dari Yaman. Kedua, menurut catatan sejarah Cina, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa dan membuat penempatan mereka di Pantai Barat Sumatera sekitar tahun 1285. Ketiga, Ibn Battutah pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam. Keempat mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam "telah" tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera dan keadaan sudah pun Islam. Kelewatan Parameswara memeluk Islam, hidayahnya tiba bila dia sampai di melaka. Ini membuktikan bahawa orang Melaka memang sudah Islam ketika itu. Kelima, Parameswara memeluk Islam pada 1409 setelah sampai di Melaka. Keenam, penemuan Batu Nisan Syeikh Abdul Kadir Ibnu Husin Shah Alam di Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah yang tercatat tahun 29 hijrah atau 290 hijrah (651 Masihi atau 920 Masihi) Ketujuh, Batu bersurat Terengganu menunjukan tahun 702h (1302m). Kelapan, sebatang nisan di perkuburan Kampung Tanjung Inggeris di Mukim Langgar berhampiran Alor Star terpahat nama "Syeikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah" bertarikh 903 Masihi telah ditemui.
16 SEJARAH MELAYU YANG HILANG

SEJARAH MELAYU YANG HILANG

Secara logik, ramai orang bukan Islam berkata Islam agama keganasan jadi kita akan adaptasikan kisah ini. Parameswara lari kerana tewas berperang, mungkin saudaranya cuba memberi tekanan dan memaksa baginda memeluk Islam, dia menentang yang mana akhirnya tewas dan berlayar lari ke melaka. Di Melaka, barulah dia nampak sebenarnya Islam bukanlah agama keganasan dan akhirnya memeluk Islam. Ini pendapat sahaja. Kesimpulan 1. Melayu ada tamadun, tetapi telah dipadamkan dari catatan sejarah oleh penjajah. Jika tamadun Rom diiktiraf, kenapa tamadun Melayu tidak diiktiraf? Ini adalah konspirasi. 2. Tanah Melayu ada tamadun sebagaimana Malaysia, iaitu tamadun yang ditiru pada zaman semasa. 3. Islam disebarkan oleh keturunan Rasulullah sendiri iaitu wali songo dan para ulama yang mengikuti kapal pelayaran. 4. Islam telah sampai seawal abad ke-10 di Tanah Melayu dan bukan abad ke-14. 5. Kemungkinan bangsa Melayu berasal dari Kemboja dan ada kemungkinan juga dari keturunan anak Nabi Yaakob serta pengikutnya yang berhijrah ke Nusantara. 6. Parameswara memeluk Islam setelah datang Melaka kerana keadaan sudah pun Islam ketika itu. Paramewara hanya memajukan Melaka yang kebetulan ketika itu Melaka tidak mempunyai pentadbiran berpusat walaupun sudah ada pelabuhan. 7. Sejarah Malaysia perlu dikaji dari negeri Kedah dan bukan dari negeri Melaka. Kedah sering diserang oleh siam, ini membuktikan kerajaan Kedah ialah kerajaan yang kaya (ufti sebagai kedamaian diberikan kepada siam). Sesebuah negara yang kaya pasti negara yang bertamadun. Namun, kedah tidak membangunkan teknologi perang dan tentera sebagaimana Parameswara membangunkan sektor ketenteraan berdasarkan ilmu dan pengalamannya ketika di Srivijaya yang diserang Majapahit. 8. Semasa kegemilangan Kesultanan Melaka, Sultan Kedah mungkin meminta perlindungan dari Melaka dari ancaman siam. Ini sekali gus menurun-tarafkan empayar Melayu yang asal yakni Kedah dan menaikkan empayar Kesultanan Melayu Melaka.

17 SEJARAH MELAYU YANG HILANG