Anda di halaman 1dari 33

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan kepada semua ahli kumpulan yang bersama-sama

menyumbang ke atas penghasilan laporan ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih

kepada pensyarah DBK 1222 Teknologi dan Masyarakat, Pn. Azmanirah bt Ab. Rahman

di atas tunjuk ajar dan bimbingan dalam menghasilkan laporan ini.

Diharap laporan ini dapat membantu memberi input yang berguna kepada semua.
ISI KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat
Pendahuluan
1. Perspektif Sejarah Historical

1.1 Kronologi Perkembangan Teknologi 4

1.1.1 Masyarakat Pra Sejarah

1.1.2 Masyarakat Tamadun Purba

1.1.3 Masyarakat Zaman Pertengahan dan Moden

1.2 Masyarakat industri dan sistem teknologi: satu


perspektif dari Revolusi Perindustrian hingga kini.
13

2. Perspektif Sosiologi

2.1 Pengenalan Sosiologi 17

2.2 Konsep Asas Sosiologi 18

2.2.1 Pengaruh teknologi terhadap interaksi antara


manusia
2.2.2 Pengaruh teknologi terhadap status dan kelas
sosial
2.2.3 Pengaruh teknologi terhadap organisasi sosial
2.2.4 Pengaruh teknologi terhadap interaksi
sosialisasi

2
3. Perspektif Falsafah

3.1 Masyarakat berteknologi Perspektif Falsafah Kuno 22

3.2 Masyarakat berteknologi Perspektif Falsafah Moden 23

3.3 Masyarakat berteknologi Perspektif Falsafah Islam 26

3.4 Masyarakat berteknologi Perspektif Falsafah 27

Pendidikan Kebangsaan
29
3.5 Masyarakat berteknologi Perspektif Falsafah
Pendidikan Guru
Kesimpulan 30
Rujukan

3
PERSPEKTIF MASYARAKAT BERTEKNOLOGI

Pengenalan

Masyarakat pada abad ke 21 kini telah menjadikan teknologi sebagai satu tatacara

kehidupan. Teknologi pada masa kini bukanlah bersifat eksklusif yang hanya

digunakan dalam komuniti berstatus sosial tinggi sahaja. Perkembangan teknologi

bermula dengan pesatnya selepas berlakunya Revolusi Perindustrian bermula di

Britain seterusnya ke negara-negara Eropah yang lain. Secara amnya, teknologi

merupakan inovasi manusia untuk memenuhi keperluan manusia sendiri. Oleh

sebab itu, perkembangan teknologi tidak sahaja melibatkan kekayaan tetapi juga

berasaskan kepada proses, pengetahuan dan konteks.

Proses merupakan tindakan-tindakan yang diambil oleh manusia untuk mencipta,

melakukan penemuan, merekabentuk, mengubahsuai, menghasilkan,

mengawal,mempertahankan serta menggunakan produk serta sistem. Proses ini

melibatkan aktiviti manusia dalam merekabentuk dan membangunkan sistem

teknologi.

Manakala pengetahuan pula melibatkan kebolehan untuk memahami, menilai dan

memberi justifikasi perkaitan antara sebab dan dan akibat hasil daripada proses

yang dijalankan untuk penghasilan sesuatu sistem teknologi tersebut.

Konsep pula bermaksud keadaan atau situasi mengenai tujuan dan sebab

mengapa sesuatu teknologi dibangunkan. Manusia pada dasarnya mereka dan

4
membangunkan teknologi mempunyai satu sebab yang ketara; membangunkan

dan membina satu sistem yang boleh menyelesaikan masalah-masalah mereka

serta boleh mempertingkatkan kemampuan manusia itu sendiri.

1. Perspektif Sejarah (Historical)

Sebahagian daripada perspektif sejarah teknologi adalah pemahaman mengenai

penerokaan teknologi yang memberi impak yang besar terhadap peradaban

manusia. Manusia memerlukan pengetahuan dan perspektif sejarah dalam

membantu mereka memahami dan menganalisa isu- isu dan situasi terkini

seterusnya membuat keputusan yang berkaitan dengan teknologi.

1.1 Kronologi perkembangan teknologi

Teknologi wujud seawal wujudnya manusia di dunia ini. Ini adalah disebabkan oleh

fitrah manusia yang sentiasa menginginkan sesuatu yang lebih baik untuk

memudahkan kehidupan mereka.

1.1.1 Masyarakat Pra Sejarah

Masyarakat Pra Sejarah dianggarkan telah wujud sejak 2.5 juta tahun yang lalu.

Era pra sejarah ini di bahagikan kepada tiga iaitu Zaman Paleolitik, Mesolitik dan

Neolitik. Masyarakat pra sejarah ini mengamalkan cara hidup nomad yang

berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Cara hidup mereka ini

berasaskan kepada cara mereka memperolehi makanan. Struktur masyarakat

5
mereka juga ringkas yang terdiri daripada ketua dan pengikut sahaja atau tiada

ketua langsung. Oleh sebab aktiviti mereka memperolehi sumer makanan adalah

dengan cara memburu dan mengumpul tumbuh- tumbuhan yang boleh dimakan,

teknologi yang mereka perlukan pada masa itu adalah alat- alat untuk memburu

dan memotong, pakaian yang dibuat daripada kulit binatang atau sumber tumbuh-

tumbuhan serta teknik nyalaan api.

Gambar 1: Alat –alat untuk memburu dan memotong dari Zaman Paleolitik

Gambar 2: Alat-alat untuk memburu dan memotong dari Zaman Neolitik

6
Berdasarkan dua gambar di atas, jelas menunjukkan masyarakat Zaman Neolitik

mempunyai hasil kerja yang lebih kemas dan halus berbanding masyarakat zaman

Paleolitik. Ini membuktikan yang manusia sentiasa berusaha untuk memperbaiki

kehidupan mereka dengan teknologi. Evolusi teknologi adalah bermula daripada

kesedaran dan keperluan manusia kepada kehidupan yang lebih baik.

Zaman Gangsa

Ahli sejarah berpendapat wujudnya Revolusi Neolitik yang mengubah cara hidup

masyarakat dari berpindah randah kepada penempatan tetap, daripada memburu

dan mengutip tumbuh- tumbuhan kepada sistem pertanian yang lebih sistematik.

Selepas berlakunya Revolusi Neolitik, penemuan gangsa telah merubah

kehidupan manusia yang pada masa itu digelar sebagai Zaman Gangsa oleh ahli

sejarah. Alat- alat memotong, pembinaan tempat tinggal dan pembinaan kota

(forts) kebanyakannya diperbuat daripada gangsa. Perkembangan ini memangkin

kemajuan teknologi melentur dan membentuk logam dan teknologi pembinaan.

Selain daripada itu, masyarakat pada masa itu mula mencipta senjata untuk

peperangan.

7
Gambar 3: Senjata pisau (dagger) yang diperbuat daripada gangsa

Zaman Besi

Apabila manusia mula menjumpai besi sebagai satu hasil bumi, mereka mula

menggunakan besi untuk menggantikan gangsa. Kebanyakan alat-alat pertanian,

penternakan dan pembinaan menggunakan besi. Ini adalah disebabkan oleh besi

lebih mudah dilentur dan dibentuk berbanding gangsa. Selain daripada itu, sifat

besi yang mempunyai ketahanan (durability) yang tinggi menyebabkan ia menjadi

pilihan berbanding gangsa. Pengubahsuaian untuk pembesaran kota- kota (forts)

yang dibina dengan gangsa sebelum ini, diperbuat daripada besi.

8
Gambar 4: Kapak yang diperbuat daripada besi

1.1.2 Masyarakat Tamadun Purba

Masyarakat tamadun purba dilihat mempunyai teknologi yang hebat yang mana,

hasil peninggalan pembinaan pada zaman tersebut masih wujud sehingga ke hari

ini. Perkembangan ketamadunan pada masa itu menyebabkan penghasilan

teknologi hebat yang merentasi masa.

Tamadun Mesir mencipta teknologi yang ringkas seperti ramp untuk membantu

proses pembinaan mereka. Walaubagaimanapun, dengan teknologi pembinaan

mereka yang merentasi masa tersebut, mereka telah mendirikan monumen besar

yang mampu bertahan hingga ke hari ini iaitu piramid.

9
Tamadun Indus, dikatakan bermula di Lembah Indus berpusat di india seterusnya

ke Pakistan. Pencarian artifak sejarah tamadun ini juga dijumpai di

Afghanistan,Turkmenistan dan juga Iran. Tamadun ini terkenal dengan perintis

kepada perancangan bandar dan teknologi sanitasi. Mohenjodaro pula telah

mencipta sebuah kapa layar pada masa itu. Ini adalah disebabkan kedudukan

Mohenjodaro yang berada di tepi laut berdasarkan kepada peta India purba.

Gambar 5: Kawasan carigali Tamadun Purba Indus

10
Tamadun China juga tidak kurang sumbangan mereka terhadap perkembangan

teknologi. Penemuan dan penciptaan pengesan gempa, mancis api, kertas, pam

piston dwi tindakan dan banyak lagi telah membuka laluan kepada perkembangan

teknologi dunia.

Tamadun Rom menujukkan kemajuan teknologi mereka dalam bidang

kejuruteraan awam lebih ketara. Pembinaan ampiteater, tempat mandian umum

dan juga aqueducts yang bertahan sehingga hari ini menunjukkan kemajuan

teknologi mereka dari segi rekabentuk dan kualitinya.

Gambar 6: Aqueducts di Pont du gard, Perancis: tinggalan Tamadun Rom

Kemahiran kejuruteraan Tamadun Maya dan Inca dikatakan hebat walaupun jika

dibandingkan dengan teknologi masa kini. Pada masa tersebut, masyarakat

kampung membangunkan teknologi terusan, pengairan dan perparitan yang maju

menjadikannya sangat efisien untuk pertanian. Walaupun tamadun Maya dan Inca

ini tidak mempunyai teknologi roda, mereka telah maju dalam penulisan dan ilmu

astrologi. Secara amnya, kemajuan teknologi kedua-dua tamadun ini sama

11
hebatnya kecuali, kemajuan teknologi pembinaan di tamadun Inca dipelopori oleh

kaum wanita kerana kepercayaan kaum Maya yang percaya wanita

bertanggunggjawab kepada pembinaan dan penciptaan perkara baru.

1.1.3 Masyarakat Zaman Pertengahan dan Moden

Pada kurun ke 8, masyarakat Arab Islam mengalami perubahan yang besar dalam

bidang teknologi yang digelar sebagai Revolusi Pertanian Muslim, Revolusi

Perindustrian Arab ataupun dikenali juga dengan nama Revolusi Hijau. Pada masa

tersebut, fenomena ekonomi global masyarakat Arab muslim di Timur Tengah

telah membawa kepada pembangunan teknologi seperti pembinaan kincir air,

kincir angin, kilang kayu dan kilang kertas. Tokoh terkenal yang digelar Bapa

Robotik oleh masyarakat Barat, Al Jazari telah memanipulasi kuasa hidro untuk

merekabentuk sebuah mesin yang mempunyai pergerakan secara mekanikal.

Penciptaan Kugiran Robot Muzikal (Musical Robot Band) iaitu sebuah bot

terapung yang akan memainkan lat muzik apabila suis hidrauliknya digerakkan

dengan bantuan kuasa hidro.

Gambar 7: Musical Robot Band oleh Al Jazari.

12
Zaman Pertengahan Eropah mengalami perubahan teknologi yang agak perlahan

jika dibandingkan dengan Revolusi Pertanian Muslim. Hal ini disebabkan oleh

sekatan yang dikenakan pihak gereja pada masa tersebut. Pihak gereja yang

berfikiran sempit menganggap penciptaan dan penemuan sains dan teknologi

adalah bertentangan dengan ajaran Bible. Walaubagaimanapun, teknologi untuk

peperangan dan pertanian terus dimajukan seperti kincir angin dan jam

mekanikal. Selain daripada itu, teknologi peperangan terus berkembang bermula

dari penciptaan trebuchet hingga ke penciptaan meriam.

Renaissance merupakan satu era di mana berlakunya kelahiran semula budaya.

Pada waktu ini, pemindahan ilmu dari negara-negara Timur Tengah ke Eropah

berlaku. Para cendekiawan Eropah menuntut ilmu di tamadun Islam yang ternama

di Cordova. Oleh yang demikian, pembangunan teknologi pada masa tersebut

lebih bertumpu kepada kesenian dan kesasteraan. Penciptaan printing press dan

teknologi pembinaan serta senibina turut berkembang. Tokoh- tokoh seperti

Leonardo Da Vinci dan Taccola digelar sebagai artis-jurutera oleh para sejarawan.

13
1.2 Masyarakat industri dan sistem teknologi: satu perspektif dari Revolusi

Perindustrian hingga kini

Revolusi Perindustrian bermula dengan industri tekstil di Britain. Pada masa

tersebut, hanya tekstil sahaja yang dikeluarkan dengan cara perindustrian.

Beberapa penemuan dan penciptaan baru membantu perniagaan tekstil untuk

menghasilkan kain dan pakaian dengan cepat. Pemilik perniagaan tekstil membina

bangunan besar untuk menempatkan mesin besar yang dikuasakan dengan air

yang kemudiannya dikuasakan dengan enjin stim apabila enjin stim dicipta. Pada

masa yang sama, kemudahan pengangkutan juga dipertingkatkan dengan

penciptaan bot enjin stim, jalanraya yang diturap agar kereta kuda tidak tersangkut

dalam selut dan lumpur. Apabila enjin stim keretapi dicipta maka pembinaan jalan-

jalan keretapi telah meninggalkan kesan yang besar kepada masyarakat Britain

pada masa tersebut. Sebagai contoh, penghijrahan masyarakat dari kampung ke

bandar-bandar untuk mencari pekerjaan menggunakan kemudahan pengangkutan

keretapi.

Satu Corak Perubahan

Revolusi Perindustrian membuktikan bahawa perindustrian merupakan satu corak

perubahan, samada baik atau buruk sebagaimana yang dinyatakan oleh William

Kornblum(2005) yang memperkenalkan konsep Technological Dualism. Teknologi

perindustrian dilihat memperbaiki taraf kehidupan masyarakat Eropah dan Amerika

Syarikat pada masa itu. Mereka menggunakan arang batu untuk memanaskan

rumah mereka di musim sejuk, mudah untuk bergerak dari kampung ke kawasan

14
bandar tanpa perlu menunggang kereta kuda yang memenatkan serta memakai

pakaian yang lebih baik. Walaubagaimanapun, penghijrahan masyarakat kampung

ke bandar telah menjadikan bandar merupakan satu kawasan sesak yang

mempunyai kepadatan populasi yang tidak mampu ditanggung oleh

perkembangan teknologi. Sebagai contoh, sistem sanitasi dan perparitan yang

tidak mampu menanggung beban dari pengguna. Selain dari itu, sistem Kapitalis

yang bermaharajalela yang mementingkan keuntungan semata telah memaksa

pekerja-pekerja bekerja lebih masa tanpa mementingkan kualiti kehidupan

pekerja. Peristiwa-peristiwa tragik seperti kemalangan di kilang dan kes-kes

terbunuh di tempat kerja bertambah. Keselamatan pekerja juga terancam dengan

pencemaran udara dan air disebabkan oleh asap dari pembakaran arang batu dan

pewarna pakaian. Tidak dapat dinafikan, monopoli dalam bidang industri juga

wujud sebagaimana pada zaman pertanian. Sekiranya pada zaman pertanian

sistem feudalism dilihat menzalimi orang biasa (commoners), perindustrian juga

memperhambakan manusia sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik-pemilik

kilang terhadap pekerja-pekerja mereka.

Penyebaran Perindustrian ke seluruh dunia

Perindustrian juga tersebar ke seluruh dunia. Keadaan ini menunjukkan bahawa

perindustrian adalah sesuatu yang aktif dan dinamik, ia tidak statik di sesuatu

kawasan sahaja. Ia bermula dengan tersebarnya perindustrian ke Amerika

Syarikat, negara-negara Eropah seperti Belgium dan Jerman.

Walaubagaimanpun, Jerman agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Amerika

Syarikat dan Belgium kerana pada masa tersebut kuasa politik Jerman terbahagi

kepada dua. Tersebarnya perindustrian ke seluruh dunia juga dilihat sebagai salah

15
satu proses imperialisme oleh negara-negara Eropah. Ini boleh dilihat sendiri

dengan sejarah Malaysia yang dijajah oleh British dan Indonesia yang dijajah oleh

Belanda. Mereka memperluaskan jajahan mereka untuk memenuhi keperluan

bahan mentah bagi memastikan perindustrian terus kukuh dan berkuasa. Sistem

penjajahan yang halus ini lama kelamaan bertukar menjadi satu perebutan tanah

jajahan antara negara-negara Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Zaman Perubahan

Perindustrian juga membawa reformasi kepada ideologi, struktur sosial, ekonomi

dan politik dunia. Ideologi laissez faire terbentuk apabila para ahli ekonomi

berpendapat kerajaan seharusnya membiarkan para ahli perniagaan dengan

bebas, tanpa kawalan demi perkembangan ekonomi negara. Mereka membantah

apabila kerajaan cuba melindungi hak-hak pekerja pada masa itu. Pandangan

laissez faire ini dibangkang oleh kumpulan Utilitarian yang mempertikaikan pekerja

seharusnya dibebani kerana kesan terhadap kualiti kehidupan mereka terbukti

merosot sedangkan, kesan perbuatan tersebut ke atas perkembangan ekonomi

belum dapat dipastikan lagi. Kemudian, wujud pula ideologi sosialis yang

mementing kesama rataan dalam memperjuangkan pertumbuhan ekonomi.

Ideologi sosialis ini diasaskan oleh Karl Marx di Jerman.

Rantaian perhubungan

Perkembangan teknologi pada dasarnya menjadikan manusia lebih bergantung

kepada peralatan-peralatan dan mesin-mesin yang tidak bernyawa. Tanpa sedar,

pergantungan manusia sesama manusia dilihat semakin jauh.

Walaubagaimanapun, pergantungan sesama manusia tidak boleh dinilai dengan

16
kuantiti dan kualiti interaksi, sosialisasi, perbualan dan hubungan-hubungan

berbentuk fizikal yang lain. Dalam hal ini, pergantungan sesama manusia

terbentuk melalui jaringan keperluan. Sebagai contoh, sekiranya seorang wanita

ingin memberi makan kepada anaknya, jika pada zaman pra sejarah dahulu,

beliau hanya perlu keluar memburu atau mengutip hasil tumbuh-tumbuhan. Tetapi,

pada zaman industri dan pasca industri ini, beliau perlu membeli di kedai. Jaringan

yang terbentuk untuk menghasilkan bahan makanan seperti petani- pemborong-

peruncit-pembeli merupakan satu jalinan yang kompleks, ditambah lagi dengan

jaringan untuk wanita tersebut mendapatkan wang iaitu bahan mentah-pengilang-

majikan-pekerja. Oleh sebab itu, pada zaman kini, sekiranya salah satu daripada

jaringan yang terbentuk ini mempunyai masalah maka, keseluruhan jaringan turut

merasakan akibatnya. Akibat ini yang digelar akibat rantaian ataupun chain effect.

17
2. Perspektif Sosiologi

2.1 Pengenalan Sosiologi

Sosiologi adalah kajian mengenai segala aspek yang berhubung dengan

masyarakat dan tingkah laku sosial manusia yang merangkumi ilkmu tentang sifat,

perilaku dan perkembangan masyarakat. Ia bertujuan untuk menyelidik,

mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat, faktor-faktor menyatu,

melemah dan mengubah kehidupan masyarakat.

Sosiologi menekankan perhubungan di antara berbagai-bagai jenis institusi,

individu dan kelompok manusia. Ia adalah salah satu kajian disiplin sains

kemasyarakatan yang mencari pengetahuan asas tentang masyarakat dan

tingkahlaku sosial manusia secara saintifik dan berdisiplin.

Mohd Salleh Lebar (1998) menyatakan bahawa secara umumnya sosiologi

bermaksud bidang yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau

pergaulan masyarakat dan hubungan antara manusia. Menurut beliau,

perhubungan ini termasuklah dari segi budaya, stratifikasi, populasi dan

sebagainya. Ia bertujuan memahami dan meramal perubahan masyarakat.

Vander Zanden (1996) dengan ringkas menyatakan sosiologi sebagai kajian

saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. Menurut Giddens (1993) pula,

sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-

kumpulan dan masyarakat. Sosiologi akan memberikan manusia pemahaman

bagaimana pengaruh-pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan mereka.

18
Secara umumnya sosiologi ialah bidang yang mengkaji secara saintifik tentang

tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia, termasuk dari

segi budaya, populasi, politik dan sebagainya. Ia bertujuan memahami dan

meramal perubahan masyarakat.

2.2 Konsep asas sosiologi.

Secara asasnya konsep asas sosiologi masyarakat terdiri daripda empat iaitu dari

segi interaksi antara manusia, sosiolisasi, status dan kelas sosial dan organisasi

sosial. Menurut Ibn Khaldun, masyarakat sebagai suatu organism yang bersifat

hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya

perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat dilakukan. Maksud

berkembang maju di sini adalah dari segi perkembangan teknologi dan ia saling

berkaitan rapat dengan perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun.

Ini bermaksud, konsep dan nilai yang berkaitan dengan masyarakat banyak

dipengaruhi oleh perkembangan teknologi. Dengan erti kata lain, hasil perubahan

dan perkembangan teknologi itu sendiri menyebabkan faktor sosial dan budaya

masyarakat berubah.

2.2.1 Pengaruh teknologi terhadap interaksi antara manusia.

Interaksi antara manusia telah mewujudkan budaya, bahasa, nilai, adat resam dan

kepercayaan yang berbeza dalam masyarakat. Penemuan baru atau

perkembangan teknologi membawa perubahan budaya dan sosial dalam

19
masyarakat. Gillin menyatakan bahawa perubahan sosial merupakan variasi cara

hidup yang telah diterima baik kerana perubahan geografi, kebudayaan material,

komposisi penduduk, ideologi, ataupun penemuan baru dalam masyarakat.

Sebagai contoh, pada zaman nenek moyang kita memasak makanan dengan cara

membakarnya, sekarang di zaman moden memasak makanan menggunakan alat

moden seperti oven atau membeli makanan yang diawetkan.

Selain daripada itu, kesan penggunaan teknologi menyebabkan masyarakat

berinteraksi bukan sekadar dari kalangan kelompok yang mempunyai bahasa

yang sama tetapi bergaul dengan masyarakat luar yang berbeza bahasa.

Penggunaan teknologi telefon yang pantas menyebabkan manusia lebih suka

menggunakan bahasa yang ringkas terutama penggunaan bahasa melalui

pesanan ringkas (sms). Kesan interaksi dan penggunaan alat yang berteknologi

ini, mengubah gaya bahasa, nilai dan adat resam resam masyarakat kini

2.2.2 Pengaruh teknologi terhadap status dan kelas sosial.

Status ialah kedudukan seseorang dalam sesebuah masyarakat. Status dan kelas

sosial ini terbentuk berdasarkan harta yang dimiliki. Perubahan teknologi

menyebabkan wujudnya jurang besar kelas sosial golongan masyarakat tertentu.

Erikson (1994) menyatakan masyarakat miskin, minoriti dan pekerja yang duduk di

kawasan industri terdedah kepada pencemaran udara, air dan pembuangan

pepejal berbanding orang kebanyakan.

20
Keadaan ini dapat dilihat apabila berlakunya revolusi industri yang bermula pada

1870-an wujud golongan capitalism yang berkuasa kerana golongan ini

mempunyai harta dan kuasa. Apabila golongan yang berkedudukan tinggi atau

berjawatan tinggi mempengaruhi tingkahlaku masyarakat yang berada di dalam

keadaan harmoni, maka ahli-ahli masyarakat terbabit berkemungkinan tidak sedar

akan sistem kawalan atau kuasa yang sedang mempengaruhi mereka (Sharifah

Alwiyah , 1985).

2.2.3 Pengaruh teknologi terhadap organisasi sosial.

Organisasi sosial dalam sesebuah negara itu telah mewujudkan perbezaan

masyarakat, komuniti dan institusi. Corak keperluan kesihatan, keselamatan dan

keperluan hidup yang lain berbeza bagi setiap organisasi sosial yang berbeza.

Dari segi keperluan kesihatan, persepsi masyarakat terhadap keperluan kesihatan

berubah daripada satu zaman ke satu zaman. Jika dahulu, masyarakat Ancient

Greece berubat dengan cara pergi ke kuil Ascelpius apabila mengalami penyakit

kronik. Apabila ahli sains perubatan, Louis Pasteur dan Robert Koch menemui

ubat-ubatan, kegunaan anesthesia, patologi dan teknik pembedahan, masyarakat

pada zaman itu mula mengubah persepsi mereka tentang cara menjaga

kesihatan.

Tanggungjawab dalam memenuhi keperluan hidup antara kaum lelaki dan wanita

berbeza pada antara masa dahulu dan sekarang. Sebagai contoh, kaum laki-laki

bekerja dengan cara berburu atau pekerjaan lainnya, sedangkan kaum

perempuan tinggal di rumah mengurus rumah tangga dan mengasuh anak.

21
Sekarang, kaum perempuan dapat juga keluar bekerja kerana terdapat banyak

peluang pekerjaan.

Persepsi masyarakat terhadap keperluan kesihatan, keselamatan dan keperluan

hidup berubah akibat perkembangan teknologi perubatan.

2.2.4 Pengaruh teknologi terhadap sosialisasi.

Sosialisasi adalah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia

memperolehi personaliti atau sahsiah dan belajar cara hidup bermasyarakat.

Teknologi menyebabkan manusia berubah dari segi cara hidup bermasyarakat.

Winston (2003) menyatakan perkembangan teknologi terhadap masyarakat

menyebabkan etika dan adat resam manusia berubah. Kanak-kanak zaman

dahulu banyak bercampur gaul bermain bersama-sama dengan rakan-rakan

sebaya. Sebaliknya, pada zaman kini, kanak-kanak kurang menjalankan aktiviti

sosial kerana lebih berminat dengan aktiviti di rumah seperti menonton telivesyen,

bermain permainan elektronik (Play Stattion) dan internet.

Hasil perkembangan teknologi dirasai oleh semua golongan masyarakat.

Perubahan sosial masyarakat berteknologi terjadi dalam pelbagai aspek

kehidupan seperti gaya hidup, sistem kemasyarakatan, peralatan dan

kelengkapan hidup, bahasa, kesenian dan sistem pengetahuan.

22
3 Perspektif Falsafah

3.1 Masyarakat Berteknologi daripada Perspektif Falsafah Kuno

Sepertimana yang telah kita ketahui, dua aliran falsafah kuno iaitu Idealisme dan

Realisme mempunyai pandangan yang amat bertentangan antara satu sama lain.

Para idealis mendokong pemikiran bahawa setiap benda mempunyai roh dan

kehendak roh mesti dipenuhi dan mereka menolak keperluan material semata-

mata. Ahli falsafah idealisme menyatakan teknologi tidak mempunyai roh dan

bersifat material. Hakikat ini menunjukkan para idealis kurang bersetuju dengan

perkembangan teknologi. Ini kerana teknologi merupakan suatu kebendaan yang

tidak mempunyai kerohanian. Teknologi dilihat sebagai suatu punca kealpaan

manusia terhadap keperluan rohani. Dapat dilihat daripada penciptaan televisyen

yang menjadi punca kelalaian manusia dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Berbeza dengan pemikiran realisme yang mementingkan aspek kebendaan dalam

kehidupan manusia, para realis mempercayai peri penting teknologi dalam

kehidupan seharian manusia. Teknologi dapat memudahkan aktiviti kehidupan

manusia seharian. Disebabkan para realis mengukur ketinggian darjat seseorang

berdasarkan kebendaan, maka ciptaan teknologi seperti komputer, telefon bimbit

dan televisyen dianggap sebagai suatu pencapaian yang tinggi tamadun manusia.

Kepunyaan seseorang terhadap instrumen berteknologi tinggi mengangkat

23
martabat individu tersebut. Pencapaian manusia turut dinilai melalui kemajuan

teknologi yang dipunyai oleh sesuatu bangsa. Dari aspek nilai, bagi para ahli

falsafah realisme, tiada sekatan pada perkembangan teknologi walaupun ia

mencetuskan isu moral seperti penciptaan pil perancang, trans-jantina dan

pengklonan.

3.2 Masyarakat Berteknologi daripada Perspektif Falsafah Moden

Bagi pemikir falsafah abad ke-20, mereka berhadapan dengan isu teknologi

dengan lebih getir. Ini kerana ledakan teknologi amat terasa menjelang kurun ke-

20 di mana ramai ahli saintis dan teknologis lahir seperti Alexander Graham Bell

dan Thomas Alva Edison.

Bagi pragmatis seperti John Dewey, beliau merasakan teknologi adalah suatu nilai

neutral (neutral-value) di mana teknologi tidak mempunyai sebarang nilai etika dan

moral, samada baik atau buruk. Menurut beliau, yang menentukan nilai kepada

teknologi ialah para pengguna dan tanggungjawab tersebut bukan digalas oleh

pencipta atau pereka teknologi. Ini jelas menunjukkan dalam falsafah

Pragmatisme, John Dewey tidak menentukan aspek nilai kepada teknologi. Isu

moraliti adalah bergantung kepada penggunanya. Sebagai contoh, dalam

penciptaan pil perancang kehamilan, pada asalnya ia diciptakan oleh ahli sains

bertujuan untuk mengawal populasi penduduk serta memberi peluang kepada

suami dan isteri untuk merancang keluarga untuk disesuaikan dengan pendapatan

keluarga serta faktor kesihatan. Namun bagi pengguna pil perancang yang

menyalahgunakan teknologi untuk aktiviti pelacuran dan seks rambang, mereka

harus dipertanggungjawabkan di atas tindakan mereka terhadap penggunaan pil

24
perancang kehamilan tersebut. Ahli sains yang mencipta pil perancang kehamilan

tidak akan memikul tanggungjawab tersebut kerana idea asal penciptaannnya

adalah untuk kebaikan sarwagat. Dasarnya pragmatis beranggapan teknologi

tidak mempunyai aspek nilai.

Walau bagaimanapun, ini amat bertentangan dengan pandangan ahli falsafah

Pragmatisme seperti Charles Sanders Pierce. Beliau menyatakan teknologi dibina

daripada asas yang nyata dan kukuh termasuk dari aspek moraliti. Setiap

kebenaran yang wujud di dunia mempunyai hubungan di antara objek, kefahaman

dan petandanya. Ini termasuklah aspek nilai. Pendokong aliran pragmatisme ini

menyatakan teknologi baru mampu mencetus masalah moral yang hanya dapat

diselesaikan dengan pendekatan teknologi juga. Ini dapat difahami dengan

mengambil contoh teknologi penciptaan telefon bimbit. Walaupun pada asalnya,

telefon bimbit diciptakan bagi memudahkan perhubungan dan komunikasi sesama

manusia, namun tidak dapat dinafikan kesan negatif yang boleh timbul daripada

penggunaannya. Kesan negatif tersebut boleh diramal sejak di peringkat awal

penciptaannya. Ahli sains dan teknologi harus sedar akan kebarangkalian

penyalahgunaan teknologi ciptaannya dan bersedia bertanggungjawab di atas

penyelewangannya kelak. Dewasa ini penyalahgunaan telefon bimbit amat

membimbangkan. Antaranya ialah penyebaran sistem pesanan ringkas yang

berunsurkan fitnah. Ini mungkin telah dijangka oleh pencipta telefon iaitu

Alexander Graham Bell. Pragmatisme berpendapat, Bell harus bertanggungjawab

di atas penciptaannya. Pendekatan yang boleh diambil bagi membaiki keruntuhan

moraliti masyarakat adalah melalui teknologi juga. Ini beerti, telefon bimbit harus

dilengkapi dengan kawalan atau sekatan bagi mengekang gejala tersebut.

25
Penggiat teknologi harus mencari formula bagi menyekat penyelewangan

kemudahan telefon bimbit dengan menggunakan kaedah teknologi juga seperti

pemasangan gajet khas bagi mengesan penyebar sms fitnah.

Namun, bagi ahli falsafah Eksistensialisme mempunyai pandangan yang

berkecuali tentang teknologi. Mereka tidak menilai sesuatu samada baik atau

buruk dengan pandangan mata kasar masyarakat sahaja. Pada pendapat mereka,

asalkan teknologi dapat menyumbang kepada kesejahteraan hidup, ia tidak

menimbulkan isu. Eksistensialis menentukan nilai kepada teknologi berdasarkan

kesan teknologi terhadap perilaku individu yang menggunakannya. Pendokong

aliran falsafah ini mempertikaikan perkembangan teknologi sekiranya ia

menyebabkan manusia mengelak daripada bertanggungjawab terhadap pilihannya

dan berasakan mereka tidak punyai pilihan lain. Sebagai contoh, dalam suatu

situasi di mana seorang guru tidak dapat menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran nya kerana projektor rosak. Guru tersebut dilihat mengelak

tanggungjawabnya (iaitu mengajar) akibat daripada kegagalan teknologi (iaitu

projektor). Beliau cuba menggunakan helah kegagalan teknologi di atas

ketaakurannya dalam kerja. Beliau juga merasakan bahawa beliau tidak

mempunyai pilihan lain yang boleh dilakukan. Maka pada pandangan

eksistensialis, ini adalah nilai tidak baik yang disumbangkan oleh teknologi. Ia

seharusnya meningkatkan kualiti hidup bukan menjadikan manusia malas dan

berhelah.

26
3.3 Masyarakat Berteknologi daripada Perspektif Falsafah Islam

Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-

Sunnah. Dalam ajaran Islam, agama dan sains teknologi tidak dapat dipisahkan.

Ini jelas sepertimana firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran, jika dikaji kedua-dua

tersebut akan berlaku pertemuan.

Berbanding dengan Barat di zaman feudal di mana gereja mempunyai pengaruh

yang kuat, sains terpaksa dipisahkan dengan agama. Ini berikutan penemuan

sains pada ketika itu bertentangan dengan ajaran agama Kristian. Pihak gereja

berasa terancam daripada segi kedudukan dan pengaruh mula mengecam ahli

sains. Natijahnya, ramai ahli sains dibunuh akibat daripada kebimbangan pihak

gereja terhadap perkembangan bidang tersebut. Pihak gereja yang ingin

mengekalkan pengaruh dan kepercayaan masyarakat perlu mempertahankan

ideologi asal. Antaranya ialah Galileo Galile mengemukakan teori tentang matahari

sebagai pusat alam semesta, sekaligus menyangkal ajaran gereja bahawa bumi

adalah pusat alam semesta. Ini menimbulkan kemarahan pihak gereja dan segera

menghukum beliau. Walau bagaimanapun, sekarang dunia Barat ingin kembali

kepada penyatuan antara sains dan agama, apabila perkembangan sains dan

teknologi dilihat banyak memberi impak negatif daripada kesan positif

penciptaannya.

Islam tidak pernah menolak kemajuan sains dan teknologi, bahkan semasa zaman

Kegelapan di Barat, ramai tokoh sains serta tokoh ilmuwan islam lahir seperti Ibnu

27
Sina, Al-Farabi dan Al-Khindi. Pelbagai ciptaan sains dan teknologi terhasil

merentasi bidang perubatan sehingga ke bidang astronomi. Walau bagaimanapun

perkembangan sains dan teknologi harus mempunyai landasan agar

kesejahteraan sarwagat dapat dikekalkan. Landasan ini, menerusi perspektif

Islam, merupakan kod etika yakni akhlak. Berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,

setiap penganut agama Islam diwajibkan menuntut ilmu. Ilmu itu hendaklah

dimanfaatkan. Namun aplikasinya mestilah dibatasi dengan teras nilai yang baik.

Sebagai contoh, dengan pengetahuan sains, terciptanya racun arsenik yang boleh

membunuh. Tanpa garis panduan etika, teknologi boleh membawa kebinasaan

kepada manusia. Oleh yang demikian, falsafah Islam tidak menolak kemajuan

sains dan teknologi namun aplikasinya ke dalam kehidupan manusia haruslah ke

arah kebaikan dan bukannya kebinasaan.

3.4 Masyarakat Berteknologi daripada Perspektif Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan kepada kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

28
Sistem pendidikan di Malaysia bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Sejajar dengan seruan “memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu”, jelas menunjukkan Kerajaan Malaysia tidak

menafikan penggunaan teknologi, bahkan ia melihat teknologi ebagai satu

medium memperkembangkan potensi pelajar. Ini dapat dilihat, mata pelajaran

Sains dan Teknologi sudah dipelajari di peringkat sekolah rendah lagi.

Pendedahan kepada bidang sains dan teknologi sedari peringkat awal pendidikan

lagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memperkembangkan lagi potensi

individu. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi amat drastik. Dijangkakan

menjelang tahun 2020, ledakan k-ekonomi dan masyarakat berpengetahuan akan

berlaku. Oleh yang demikian, kerajaan berpandangan jauh dalam melahirkan

generasi celik pengetahuan dan teknologi.

Teknologi tidak hanya digunakan, malah ia adalah penciptaan sains. Daripada

aspek penggunaan, teknologi diterima pakai setiap hari dalam kehidupan

seharian, sebagai contoh, telefon bimbit, televisyen, mesin fotokopi, komputer dan

projektor. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan mewujudkan subjek rekacipta

sebagai platfom para pelajar menghasilkan ciptaan-ciptaan baru dalam bidang

sains dan teknologi. Rekacipta ini bukan hanya teoritikal sahaja, malahan produk-

produk tersebut dipertandingkan di peringkat antarabangsa sehingga mendapat

pengiktirafan luar. Insentif berupa wang dan geran dalam bidang penyelidikan dan

pembangunan bagi lapangan sains dan teknologi merupakan antara galakan

daripada kerajaan, selari dengan bait, ”untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek”. Kerajaan sentiasa melihat teknologi daripada

pandangan positif. Berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan, agama dan etika

29
peradaban manusia, teknologi dilihat dapat memudahkan kerja seharian. Justeru

kerajaan menyokong perkembangan bidang sains dan teknologi seiring dengan

“melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,... dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran...dan negara”.

3.5 Masyarakat Berteknologi daripada Perspektif Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu

padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dilahirkan daripada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Jika disoroti pengertian dalam penyataan FPG, kita dapat melihat

guru dituntut untuk mempunyai visi sains dan teknologi dalam mendidik anak

bangsa melalui, “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan

saintifik,... menjamin pembangunan individu”. Maka jelaslah dasar yang ditetapkan

oleh Kementerian Pelajaran juga menekankan aspek teknologi. Namun is mesti

mengangkat aspirasi serta warisan kebudayaan negara melalui,

“..., bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan

negara, ...”

Ini beerti perkembangan ilmu sains dan teknologi tidak harus mengenepikan

warisan budaya negara serta norma masyarakat.

30
KESIMPULAN

Perkembangan teknologi merupakan hasil daripada kehendak dan keperluan

manusia untuk memudahkan kehidupan mereka. Dalam keghairahan penciptaan

teknologi dan penggunaan teknologi yang telah menjadi sebahagian dari

kehidupan manusia, tanpa disedari teknologi telah mengubah cara manusia

menjalani kehidupannya, cara manusia berfikir dan cara manusia tidur dan

bangun.

Perkembangan teknologi dunia pada asalnya bermula dengan teknologi pertanian

terus berkembang sehingga Zaman Revolusi Perindustrian dan perkembangan

teknologi yang pantas kini membawa kepada Revolusi Teknologi Maklumat.

Toffler(1980) melabelkan setiap revolusi sebagai gelombang wave. Beliau

melabelkan Gelombang Pertama berlaku pada 2000 tahun Sebelum Masihi di

mana manusia mula membentuk masyarakat pertanian. Gelombang Kedua pula

berlaku pada Zaman Revolusi Perindustrian pada kurun ke 18 iaitu 1750. Pada

masa buku beliau ditulis, beliau menjangkakan Gelombang Ketiga berlaku pada

abad ke 21.

Apabila kita melihat dari sudut retrospektif, peringkat-peringkat ledakan

gelombang ini akan berlaku apabila manusia terus berusaha untuk membuat satu

anjakan paradigma apabila keadaan ataupun perkembangan teknologi semasa

menjadi tepu atau hampir tepu. Manusia akan terus berusaha untuk memperbaiki

kehidupan mereka. Semangat, keazaman dan keghairahan manusia ini jika tidak

31
dikawal mungkin akan menyebabkan manusia itu sendiri kehilangan nilai-nilai

kemanusiaannya.

Oleh sebab itu, perlu wujudnya kumpulan-kumpulan dalam masyarakat untuk

menjadi “mata” yang memerhati dan “mulut” yang berkata-kata supaya natijah

keinginan dan keazaman menghasilkan teknologi baru tidak memusnahkan

manusia akhirnya. Perspektif sejarah perlu untuk memastikan manusia belajar dari

kesilapan dan kejayaan masyarakat terdahulu dalam memperkembangkan

teknologi. Perspektif sosiologi pula penting untuk menilai sejauh mana kehidupan

manusia mendapat manfaat ataupun terjejas dengan perkembangan teknologi.

Perpsektif falsafah pula penting untuk memastikan manusia tidak melampaui

batas dan tidak meminggirkan nilai-nilai kehidupan dalam usaha

memperkembangkan teknologi.

32
RUJUKAN

James Burke, (2003), The pinball effect, Dalam Morton E. Winston, Ralph D.

Edelbach (Ed), Society, ethics and technology. (pp.33-41) Canada: Thomson

Wadsworth.

Morton Winston, (2003), Children of invention, Dalam Morton E. Winston, Ralph D.

Edelbach (Ed), Society, ethics and technology. (pp.1-19) Canada: Thomson

Wadsworth.

Ruth S. Cowan, (2003), Industrial society and tecnological system, Dalam Morton

E. Winston, Ralph D. Edelbach (Ed), Society, ethics and technology. (pp.54-71)

Canada: Thomson Wadsworth.

William Kornblum, (2005), Sosiology in a changing world, 7th Edition, Canada:

Thomson Wadsworth.

The universals of technology, (n.d.) diambil pada 26 Disember 2008 daripada

http://www.iteawww.org/TAA/taa_RandS.pdf

33