Anda di halaman 1dari 28

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya yang begitu saya hormati, Cik Rohana Binti Lat. Setelah beberapa minggu saya bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini akhirnya saya telah mendapat hasil yang setimpal dengan usaha saya itu. Sesungguhnya, tanpa seorang pembimbing yang bergelar pensyarah, saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan masa yang diperuntukkan. Beliau telah bersungguh-sungguh memberi penerangan bagi tugasan ini kepada saya. Sebarang permasaalahan yang telah dihadapi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas telah beliau terangkan dengan terperinci sehingga pelajar-pelajar memahami tentang apa yang tidak difahami. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakan-rakan kelas seperjuangan. Sesungguhnya tanpa mengenal erti jemu mereka telah membantu saya ketika saya buntu dan tidak faham beberapa perkara semasa menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budimu itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Tidak lupa juga kepada isteri dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Saya amat menghargai sokongan mereka yang tidak henti-henti itu. Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan saya ini akan memberi manfaat dari segi penambahan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan juga kepada sesiapa yang membacanya kelak.Sekian terima kasih.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1|Page

Tajuk Tugasan Kebolehan menilai dan mentaksir adalah sangat penting bagi seorang guru keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan

pendidikan khas. Kemahiran menilai dan mentaksir ini dikatakan mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan pembelajaran di dalam kelas. Seseorang guru perlu mengetahui cara mengumpul

maklumat yang dikehendaki, membuat analisis tentang maklumat yang telah dikumpul dan membuat pentafsiran tentang maklumat tersebut untuk membantunya membuat perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Sub Tugasan 1 (30%) Berdasarkan kepada rujukan ilmiah, sumber-sumber dalam internet atau jurnal, anda dikehendaki mengumpul maklumat mengenai satu jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid Pendidikan Khas. Pilih satu kategori Pendidikan Khas (masalah pendengaran, masalah pembelajaran, masalah penglihatan), bincangkan cara mengatasi masalah berkenaan. Anda dikehendaki menulis satu huraian (antara 4-5 muka surat) berdasarkan maklumat yang didapati di bawah tajuk-tajuk berikut : a. Satu jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid Pendidikan Khas (pilih satu jenis kemahiran untuk satu kategori sahaja). b. Strategi yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah tersebut. Bahan-bahan maklumat yang relevan hendaklah dikumpulkan dalam bentuk folio sebagai bukti rujukan telah dibuat.

Huraian Berdasarkan Rujukan Ilmiah, Sumber-sumber Dalam Internet Atau Jurnal


PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2|Page

Jurnal yang bertajuk Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan Murid-murid bermasalah bermasalah Bermasalah pendengaran. pendengaran Pendengaran Alat bantuan membincangkan pendengaran tentang kepentingan kanak-kanak membantu penggunaan alat bantu pendengaran dalam perkembangan bahasa murid-murid yang membantu dan mendengar bunyi-bunyi pertuturan

mempelajari pertuturan (Clark 1989;Romanik 1990). Kebanyakan kanak-kanak masalah pendengaran masih mempunyai sisa pendengaran tetapi mereka hanya boleh mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja. Disebabkan oleh masalah pendengaran, kanak-kanak kategori ini mengalami masalah menguasai pertuturan dan bahasa. Menurut Gatty (1992), kanak-kanak belajar pertuturan secara spontan melalui interaksi harian dengan orang dewasa. Penggunaan alat bantuan pendengaran amat perlu bagi kanak-kanak masalah pendengaran untuk membantu mereka memahami dan menguasai bahasa serta pertuturan. Alat bantuan pendengaran yang digunakan oleh kanak-kanak masalah pendengaran di sekolah tidak dijaga dengan baik dan sebahagiannya mengalami kerosakan. Terdapat juga guru-guru yang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai penjagaan asas alat bantuan pendengaran. Penggunaan alat bantuan pendengaran yang rosak boleh mengakibatkan pemakainya mengalami tambahan kehilangan pendengaran sebanyak 30dB lagi. Guru perlu memantau penggunaan alat bantuan pendengaran agar ia dapat berfungsi dengan baik. Alat bantuan pendengaran itu merupakan alat elektronik yang berbentuk kecil dan digunakan untuk membantu menguatkan bunyi persekitaran bagi yang bermasalah pendengaran. Terdapat tiga komponen utama dalam alat bantuan pendengaran iaitu alat penerima, penguat suara, dan corong suara. Alat bantuan pendengaran mempunyai empat jenis alat bantu dengar iaitu di belakang telinga, di dalam telinga, dipakai pada badan, dan alat bantuan pendengaran cermin mata. Berdasarkan dapatan kajian, seramai 24 orang murid daripada 141 orang di empat buah sekolah di kawasan Lembah Klang, Selangor yang hanya memakai alat
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

3|Page

bantuan pendengaran. Hasil daripada pemeriksaan juga, didapati bahawa 38.5 % daripada alat bantuan pendengaran menggunakan bateri yang lemah dan menghasilkan bunyi yang tidak jelas. 35.9 % daripada murid tersebut didapati acuan telinga alat bantuan pendengaran merreka adalah kotor dan tersumbat. Murid-murid masalah pendengaran yang sangat teruk hampir tidak dapat mengesan bunyi-bunyi pertuturan yang dituturkan kecuali dengan bantuan alat bantu pendengaran. Perhatian dan kaedah pengajaran terhadap kanak-kanak masalah pendengaran ini adalah berbeza dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang lain kerana terdapat perbezaan dalam masalah dan keperluan mereka. Hanya 39 alat bantuan pendengaran yang digunakan oleh 24 orang murid yang terlibat dalam kajian ini. Alat pendengaran tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdapat beberapa masalah seperti bunyi-bunyian yang tidak jelas, bateri lemah, acuan telinga kotor dan tersumbat dan sebagainya. Masalah kurangnya pengetahuan oleh guru-guru dan ibu bapa mengenai alat bantuan pendengaran menyebabkan mereka tidak dapat membaiki alat tersebut apabila berlaku kerosakan. Tidak semua jenis kerosakan alat bantuan pendengaran perlu dihantar kepada pakar. Guru-guru dan penjaga perlulah mempunyai pengetahuan mengenai alat bantuan pendengaran bagi meningkatkan kualiti penggunaannya, malah murid-murid juga perlu dibimbing mengenai penjagaan dan mengesan sendiri seandainya alat tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Alat bantuan pendengaran amat penting bagi murid-murid masalah pendengaran kerana ia dapat membantu murid-murid tersebut menguasai pertuturan dan bunyi-bunyi persekitaran. Guru-guru boleh mengikuti kursus-kursus pendek agar dapat memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan terkini dan meningkatkan perkhidmatan pendidikan kepada anak-anak murid mereka.

Jurnal yang bertajuk Kemudahcapaian Perisian Pendidikan Multimedia Untuk Pengguna Masalah Pendengaran pula membincangkan mengenai kajian awal terhadap keperluan merekabentuk perisian pendidikan multimedia untuk meningkatkan
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

4|Page

kemudahcapaian orang kurang upaya masalah pendengaran. Penggunaan internet amat penting dan memberi kesan dalam kehidupan orang masalah pendengaran kerana ia memudahkan mereka untuk mendapat capaian maklumat dan pengetahuan dan jaringan komunikasi dalam pelbagai aspek. Bukan sahaja orang normal, malah orang masalah pendengaran juga mempunyai hak yang sama dalam penggunaan ICT , alat bantu pendidikan, dan perisian berbantukan komputer (PBK). Peggunaan teknologi dalam pendidikan dan juga pembelajaran berbantukan komputer mampu meningkatkan peluang pendidikan kepada ramai pelajar kerana ia memberi banyak faedah kepada pelajar seperti mempercepatkan proses pembelajaran, meningkatkan daya ingatan, berinteraksi dengan komputer secara aktif, pembelajaran yang lebih fleksibiliti dan juga pembelajaran kendiri. Selain itu, kajian mendapati bahawa motivasi pelajar dapat ditingkatkan dengan penggunaan teknologi multimedia dan juga ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Proses pembelajaran bahasa dapat ditingkatkan dengan adanya Computer-Assisted Language Learning (CALL). Pelajar masalah pendengaran pada tahap severe hingga profound dapat dibantu dengan penggunaan bahan bacaan bergambar pada tahap awal pemerolehan bahasa berlaku. Di Malaysia, bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran bagi orang-orang masalah pendengaran dalam proses pembelajaran adalah masih terlalu kurang. Perisian kursus dalam Bahasa Melayu untuk komuniti pekak di Malaysia juga amat sukar didapati. Terdapat juga menerbitan dalam bentuk CD-ROM tetapi ia hanya dalam bentuk video . Efthimiou dan Fotena (2007) turut berpendapat bahawa peralatan dalam pendidikan untuk komuniti pekak ini masih kurang. Teknologi animasi boleh digunakan untuk persembahan komprehensif

perututuran kiu bagi kemudahcapaian orang masalah pendengaran. Kajian dan pembangunan perisian pendidikan MudahKiu ini menggunakan kaedah penggabungan antara pertuturan kiu dan pengaplikasian prinsip kemudahcapaian dan teknologi multimedia. Kemudahcapaian itu bermaksud orang kurang upaya boleh menggunakan sesuatu produk tersebut. Produk multimedia yang telah dibangunkan lebih mudah untuk dimasukkan ciri-ciri kemudahcapaiannya berbanding diberikan kemudahan itu semasa
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

5|Page

orang kurang upaya telah menggunakan media tersebut. Pembangun boleh meningkatkan kemudahcapaian perisian pendidikan kepada pengguna dengan cara menyediakan semua maklumat audio dalam bentuk visual, menyediakan sari kata bagi semua persembahan multimedia, dan maklumat penting mestilah mampu menarik perhatian pengguna.Rekabentuk yang perlu diambilkira dalam merekabentuk perisian pendidikan untuk mereka yang mempunyai masalah pendengaran ialah kawalan dan navigasi, rekabentuk skrin, elemen multimedia, rekabentuk dokumen HTML, dan lainlain. Model pembangunan perisian pendidikan dapat dibangunkan untuk orang-orang masalah pendengaran dengan menggunakan faktor-faktor HCI. Model ini mengambil kira aspek yang berkaitan dengan pendidikan seperti persekitaran pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, kaedah membaca, pendekatan errorless, model Scaffolding, teori pembelajaran dan juga matlamat pembelajaran. Kebanyakan bahan pendidikan dalam eletronik masa kini direkabentuk untuk pengguna normal. Sesuatu bahan pendidikan yang direkabentuk dengan mengambil kira isu-isu kemudahcapaian sejak dari awal lagi dapat mengurangkan kos dan meningkatkan bilangan pengguna. Perisisan kursus perlu dibangunkan dan ditingkatkan lagi bilangannya bagi melahirkan lebih ramai golongan yang berilmu, mampu berdikari, dan merapatkan jurang antara orang normal dengan orang masalah pendengaran.

Sub Tugasan 2 (50%) 6|Page

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Anda dikehendaki melaksanakan satu kajian kes terhadap seorang murid yang menghadapi masalah atau lemah dalam SATU jenis kemahiran sama ada bahasa, matematik, pengamatan atau tingkah laku. Fokus kajian adalah tentang masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Anda perlu mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut melalui kaedah pemerhatian, temu bual, dan juga meneliti hasil kerjanya. Selepas itu anda dikehendaki membina ujian diagnostik dan melaksanakan ujian tersebut terhadap murid berkenaan. Anda juga dikehendaki membuat analisis ujian diagnostik tersebut dan membuat huraian/rumusan tentang kelemahan/masalah murid berdasarkan analisis ujian diagnostik tersebut. Setelah itu berikan cadangan-cadangan yang munasabah bagaimana membantu mengatasi kelemahan/masalah murid tersebut. Pelaporan projek yang dihasilkan harus mengandungi perkara-perkara berikut : a. b. c. d. e. f. Profil murid Perkembangan murid dari aspek fizikal, kognitif, sosial-emosi, kesihatan, dan lain-lain yang relevan. Huraian tentang masalah yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik dan analisis ujian diagnostik Rumusan/huraian hasil analisis ujian diagnostik. Cadangan untuk mengatasi kelemahan/masalah murid.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

7|Page

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik

PKU 3106 PENTAKSIRANtentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran gambaran DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya

8|Page

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

9|Page

Kemahiran 3 M :

kemahiran membaca - membaca maklumat dan latihan & mencari bahan-bahan pembelajaran untuk melakukan ulangkaji. kemahiran menulis - untuk menulis nota pelajaran dan melakukan latihan. kemahiran mengira - penting bagi mata pelajaran yang melibatkan kira-kira tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian mereka. PEMBELAJARAN ASAS Kemahiran pengurusan diri : keupayaan menguruskan diri sendiri (membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpa bantuan, makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air. supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain.

Tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. Aspek dalam kemahiran sosial -kemahiran berkomunikasi, asertif, bergaul, menyelesaikan masalah. Tujuan pentaksiran - mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka. membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan.

Kemahir an sosial

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

10 | P a g e

Kemahiran Tingkah Laku

melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu membawa penampilan dirinya. karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri.

Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Walaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran.

Menguasai penggunaan lambang-lambang pertuturan untuk berkomunikasi

Kemahiran bahasa
Memerlukan pemahaman simbol dan maksud perkataan untuk mengintrepetasikan maklumat dan idea.

Keupayaan menguasai pengetahuan tentang perkara asas Matematik seperti nombor dan operasi mudah

Kemahiran matematik

Penting dalam membantu dalam pelajaran dan aktiviti seharian

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

11 | P a g e

1.0

PENDAHULUAN Pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya Untuk menjalankan pentaksiran terhadap seseorang murid, ujian diagnostik perlulah dijalankan untuk mengetahui tahap keupayaan intelektual seseorang murid secara terperinci. Ujian diagnostik akan dijalankan kepada murid setelah murid selesai menjalani ujian saringan yang dilaksanakan terlebih dahulu oleh guru untuk menentukan situasi seseorang murid sama ada layak ataupun tidak untuk terlibat dengan ujian diagnostik.

2.0

DEFINISI PENTAKSIRAN
12 | P a g e

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Seterusnya, maklumat yang diperolehi hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.(Akta 550) Penaksiran mengikut Ronald L. Taylor ( 2000 ) merujuk kepada proses mengumpul maklumat yang berkaitan untuk membantu individu membuat keputusan. Penaksiran pendidikan dan psikologi kanak-kanak khas melibatkan pengumpulan maklumat yang berkaitan dalam membuat keputusan berkaitan dengan matlamat dan objektif yang bersesuaian, strategi pengajaran dan program penempatan.Menurut Raymond ( 2000 ) pula penaksiran digunakan sebagai alat membuat klasifikasi bagi menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas ataupun tidak.Manakala David Lambert & David Lines ( 2000 ) menyatakan penaksiran adalah proses mengumpul, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Sementara itu , Mc Cluhan ( 1994 ), mendefinisikan
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

13 | P a g e

pentaksiran adalah satu proses sistematik mengumpul data dan maklumat yang relevan bertujuan untuk membuat keputusan, pembelajaran dan perundangan berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Manakala Gearheart & Gearheart ( 1990 ) pula menyatakan penaksiran satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan mengintepretasikan data untuk tujuan keputusan intervensi dan penempatan pelajarpelajar khas. Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan, potensi murid bagi memperkukuhkan dan mempertingkatkan perkembangan mereka serta membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dalam mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,afektif dan psikomotor. 3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 3.1 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh 3.2 Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh 3.3 Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. 3.4 Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid 3.5 Mengesan keberkesanan pengajaran 3.6 Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur 4.0 LAPORAN KAJIAN 4.1 Profil murid
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

14 | P a g e

NAMA JANTINA BANGSA AGAMA TARIKH LAHIR NO SIJIL KELAHIRAN BIL. ADIK BERADIK ANAK YANG KE JENIS KEPERLUAN KHAS NO. KAD OKU SEKOLAH KELAS ALAMAT NAMA BAPA PEKERJAAN PENDAPATAN 5.0 PERKEMBANGAN MURID

: AWSHARIQ@ERRICZHA BIN AWANG KECHIK : LELAKI : ASLI : TIADA : 13.01.1999 : AJ 68559 : 3 ORANG : KEDUA : BERMASALAH PENDENGARAN : DD 0403758 : SK. PENDIDIKAN KHAS KUANTAN, PAHANG : 6 JAYA BAWAH : KAMPUNG BUKIT SEROK, 26900 BANDAR TUN RAZAK, PAHANG : AWANG KECHIK BIN SIKANG : PENEROKA : RM 1000.00

5.1 Perkembangan Dari Aspek Fizikal

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

15 | P a g e

Awshariq@Erriczha atau lebih mesra dengan panggilan Eric adalah merupakan seorang dan kanak-kanak seperti yang dikategorikan normal sebagai yang kanak-kanak bermasalah ini juga pendengaran. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas menarik kanak-kanak lain. Kanak-kanak mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, Eric didapati lebih suka untuk bersendirian dan tidak gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan normal yang seusia dengannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Eric lebih selesa untuk bergaul dengan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran sepertinya. Eric mengalami masalah pendengaran sejak kecil lagi. Jenis kecacatannya ialah jenis Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) iaitu Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga. Kategori kecacatan pendengaran yang dialami oleh Eric ialah pada tahap teruk (profound). Ciri-ciri kecacatan pada tahap teruk ialah pada tahap ini, kehilangan pendengaran Eric adalah antara 90 dB ke atas. Pada tahap ini, Eric tidak dapat mendengar apa-apa bunyi melainkan dengan memakai alat bantu pendengaran (ABD).

5.1 Perkembangan Dari Aspek Kognitif Perkembangan kognitif ini boleh dikaitkan dengan cara hidup dan keadaan persekitaran murid itu sendiri. Ini dapat dilihat dari segi pemakanan Eric dimana ianya tidak mencukupi dan tidak seimbang. Walaupun Eric tinggal di asrama, namun dia tidak makan makanan yang disediakan oleh pihak asrama. Oleh itu, disini saya boleh membuat kesimpulan bahawa perkembangan kognitif merujuk kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memahami dan mengurus dunia mereka sendiri. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya. Kelambatan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran turut melambatkan perkembangan kognitif mereka. Berikut merupakan pencapaian Eric sewaktu berada dalam tahun 6 Jaya Bawah (2012):
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

16 | P a g e

Bulan Februari % Gred Bahasa Melayu Penulisan 8 E Bahasa Melayu Pemahaman 20 E Bahasa Inggeris 32 D Matematik 38 D Sains 26 E Pendidikan Moral 50 C Jadual Keputusan akademik responden.

MATA PELAJARAN

% 10 32 28 42 30 40

Bulan Mei Gred E D E C D D

Berdasarkan jadual di atas, dapat lihat bahawa Eric sangat lemah dalam membina ayat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dengan hanya mendapat 8% pada bulan Februari dan graf mula naik sedikit kepada 10% pada bulan Mei. Tidak kurang juga dalam mata pelajaran yang lain seperti Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Inggeris. Walaupun dengan keputusan yang sedemikian, Eric merupakan pelajar yang berjaya mendahului pelajar-pelajar lain di dalam kelasnya. Berdasarkan jadual tersebut juga, dapat dirumuskan bahawa Eric mempunyai masalah dalam mata pelajaran yang melibatkan bahasa kerana dia boleh melakukan ujian dalam mata pelajaran Matematik dengan lebih baik berbanding subjek-subjek bahasa.

5.2 Perkembangan Dari Aspek Sosio-Emosi Eric merupakan seorang murid yang sangat ceria ketika berada di sekolah. Dia juga mudah mesra dengan kenalan baru dan mudah ketawa. Namun begitu, ada ketikanya, dia akan berada dalam keadaan yang sangat murung. Menurut kata pembantu pengurusan murid (PPM) dan guru kelas Eric, dia akan menunjukkan emosi yang tidak stabil sekiranya beliau mengambil ubat. Untuk makluman, Eric mempunyai masalah kesihatan yang lain iaitu menghidap penyakit sawan. Oleh itu, dia akan mengambil ubat sawan seperti yang diarahkan oleh doktor beberapa kali dalam satu minggu. Apabila keadaan ini terjadi, lazimnya Eric akan lambat menunjukkan respons dan tindak balas apabila dalam sesuatu perbincangan. Dia juga kelihatan seperti berkhayal atau terawang-awang di dunia lain sekiranya baru mengambil ubat. Dengan itu, ianya menjejaskan Eric untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya sewaktu guru sedang mengajar. Hal yang sebaliknya pula akan berlaku jika dia tidak mengambil ubat
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

17 | P a g e

kerana dia akan bertukar menjadi seorang murid yang sangat aktif apabila di dalam kelas. Walaupun dia sangat aktif ketika di dalam kelas, itu tidak bermakna dia merupakan seorang murid yang nakal. Eric jelas mempunyai personaliti yang ramah dan gemar berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya yang dirasakan selamat bersama.

5.3 Laporan Kesihatan Doktor mengesahkan bahawa Eric mempunyai masalah pendengaran iaitu pada tahap teruk (profound). Oleh disebabkan pengesahan tersebut, Eric ditempatkan untuk belajar di sekolah pendidikan khas. Selain daripada mempunyai masalah berkenaan dengan pendengaran, Eric juga menghidap satu lagi penyakit iaitu penyakit sawan. Apabila penyakit tersebut menyerang, Eric tidak sedarkan diri dan separuh bahagian badannya akan berada dalam keadaan yang kaku. Ada kalanya juga badan Eric akan terhentak-hentak. Serangan sawan ini akan menyebabkan Eric tidak dapat bernafas dengan sempurna. Pernah juga Eric muntah sewaktu diserang sawan ketika berada di sekolah.

6.0 MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan jadual di atas menunjukkan pencapaian akademik Eric sewaktu berada di dalam tahun 6 Jaya Bawah tahun 2012. Berdasarkan jadual tersebut, saya dapat membuat satu kesimpulan bahawa Eric jelas mempunyai masalah dalam kemahiran berbahasa. Melalui temubual dan pemerhatian yang saya lakukan terhadap dirinya, saya dapati bahawa Eric benar-benar mempunyai masalah dalam membina ayat pendek dan juga membaca. Seperti contoh, apabila disuruh untuk membaca sepotong ayat dengan menggunakan bahasa isyarat, Eric akan mengambil masa yang lama untuk membaca kerana dia lebih cenderung untuk membatang suku kata atau pun dalam erti kata lain, dia akan mengeja huruf satu persatu dengan menggunakan bahasa
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

18 | P a g e

isyarat sewaktu membaca. Keadaan ini tidak menunjukkan perkembangan yang begitu baik untuk seorang murid Tahun 6. Dalam usia begitu, Eric sewajarnya sudah mampu untuk terus membaca perkataan-perkataan pendek dengan menggunakan bahasa isyarat yang betul tanpa perlu mengeja seperti mana rakan-rakannya yang lain. Seterusnya, adalah masalah daripada segi kelancaran untuk berbahasa. Eric mempunyai masalah pendengaran yang sangat teruk, jadi dia tidak dapat mendengar sebarang bunyi melainkan memakai alat bantu dengar (ABD). Oleh itu, penguasaan bahasa Eric sangat terhad. Eric juga tidak dapat menguasai penggunaan bahasa isyarat dengan lancar. Sebagai contoh, jika dia ingin mengatakan sesuatu kepada guru, dia akan memanggil cikgu berulang-ulang kali sehinggalah dia boleh membuat isyarat yang menyatakan kehendaknya. Selain itu, Eric juga mengalami masalah dalam pragmatik yang mana dia menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa dalam konteks hubungan sosial. Sebagai akibat, Eric akan mempunyai masalah dalam mengambil giliran untuk berisyarat atau berkomunikasi dalam sesuatu perbualan atau tidak dapat menunjukkan ciri-ciri atau tanda minat mereka tentang perkara yang dibualkan. Perkara ini sudah pun dapat dilihat oleh saya kerana Eric lebih cenderung untuk melihat tempat lain apabila seseorang berisyarat dan memberikan maklum balas yang kurang logik untuk diterima akal. Eric turut mengalami masalah dalam komponen morfologi, di mana dia tidak dapat menggunakan imbuhan dalam perkataan dengan betul. Selain itu, dia juga mempunyai masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil di pangkal dan tengah perkataan. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan markah yang diperolehi dalam kertas penulisan. Masalah terakhir yang dikenal pasti adalah penguasaan yang rendah dalam memahami sesuatu perkataan atau petikan karangan dan juga ayat pendek dalam pengajaran yang disampaikan. Masalah ini berkait rapat dengan semantik di mana sesuatu makna dalam perkataan adalah amat penting bagi seseorang individu.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

19 | P a g e

7.0 UJIAN DIAGNOSTIK DAN ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK Seperti yang telah dimaklumkan, Eric juga menghidap penyakit sawan di samping masalah pendengaran. Penyakit sawan terjadi apabila aliran cas elektrik dalam otak seseorang terganggu. Biasanya ia berlaku secara tiba-tiba dan menjejaskan fungsi saraf di bahagian otak. Oleh itu, pencapaian akademik Eric sebenarnya terganggu disebabkan oleh penyakit sawannya itu. Menurut En Norhisham, iaitu guru kelas tahun 6 Jaya Atas, beliau mengatakan bahawa keadaan kognitif Eric semakin merosot dari hari ke hari. Faktor pengambilan ubat sawan juga telah memberikan kesan negatif yang sama terhadap otaknya. Daripada segi pembacaan Eric sebenarnya mempunyai masalah yang begitu merisaukan di mana dia masih membuat isyarat ejaan sebelum dia membuat isyarat perkataan secara penuh. Keadaan ini tidak sepatutnya terjadi untuk seseorang kanakkanak bermasalah pendengaran yang berada dalam tahun 6. Kanak-kanak yang mengalami masalah semantik agak sukar untuk memahami maksud petikan, perenggan, perkataan dalam pengajaran yang disampaikan. Mereka juga mengalami masalah untuk memahami simpulan bahasa atau bahasa kiasan. Selain daripada itu, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan hilang minat atau tumpuan kepada pelajaran kerana mereka tidak dapat memahami makna dan konsep penyampaian maklumat bahasa. Keadaan tersebut yang dialami oleh Eric juga menjejaskan tumpuannya dalam memberikan maklum balas seperti yang dikehendaki. Tempoh yang diperlukan olehnya untuk memberikan respons adalah tidak normal biarpun untuk seorang kanak-kanak yang mempunyai kecacatan. Masalah yang paling ketara dan membimbangkan adalah ketidakupayaan Eric untuk membaca secara normal dan bukan dengan membatang suku kata lagi. Hal ini adalah kerana ia memberikan impak yang negatif terhadap kelancaran pembacaannya. Selain daripada itu, ia juga menjejaskan prestasi akademiknya memandangkan dia sangat lambat dalam membaca. Justeru itu, dia akan mengambil masa yang lebih banyak daripada rakan-rakan lain untuk menyelesaikan sesuatu soalan.
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

20 | P a g e

8.0 RUMUSAN DAN HURAIAN HASIL ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK Setelah selesai menjalankan ujian pentaksiran Bahasa Melayu bagi murid yang bernama Awshariq@Erriczha, atau lebih mesra dengan panggilan Eric, saya telah membuat analisis berdasarkan hasil ujian yang diperolehi. Saya telah melakukan tiga jenis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu iaitu yang pertama menulis huruf besar dan huruf kecil berdasarkan isyarat guru, yang kedua menulis suku kata KV, KV+KV, KV+KV+KV, V+KV dan yang ketiga membuat padanan gambar dan perkataan. Berdasarkan pentaksiran Bahasa Melayu yang telah dibuat, saya mendapati bahawa Eric mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Eric berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan. Namun begitu, terdapat banyak soalan yang tidak mampu dijawab oleh Eric secara betul. Bagi ujian yang pertama iaitu menulis huruf besar dan huruf kecil di dalam kotak yang disediakan. Saya telah membuat isyarat huruf kemudian memintanya untuk menulis huruf tersebut di dalam kotak yang disediakan. Eric Berjaya menulis huruf besar dan huruf kecil dengan betul. Berdasarkan daripada jawapan yang diberikan oleh Eric dalam soalan pertama ini, saya telah membuat analisis bahawasanya Eric mempunyai keupayaan menulis dan faham apa yang diisyaratkan oleh saya. Hal ini mungkin disebabkan oleh Eric sudah boleh menguasai isyarat huruf dan telah biasa menulis huruf besar dan huruf kecil dengan betul. Namun begitu, Eric mempunyai sedikit masalah dalam menulis huruf besar dan huruf kecil secara sama besar atau seragam. Ujian kedua iaitu menulis suku kata KV, KV+KV, KV+KV+KV dan V+KV, Eric tidak memberi hasil yang baik. Eric tidak dapat menjawab soalan yang diberi dengan betul. Dia masih lagi tidak dapat menguasai suku kata yang mengandungi KV dan KV+KV. Hasil ujian ketiga iaitu membuat padanan gambar dan perkataan, dia boleh menulis huruf-huruf tetapi mempunyai masalah dalam menulis saiz dan orientasi huruf yang betul. Secara keseluruhannya, ujian pentaksiran Bahasa Melayu yang dijalankan ke atas Eric ini menunjukkan bahawa Eric tidak menguasai kemahiran-kemahiran yang
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

21 | P a g e

telah diajarkan oleh guru bahasanya setakat ini. Perkaitan antara kehidupan seharian dan pengajaran guru berkemungkinan akan memberikan pemahaman dan pengukuhan yang lebih berkesan kepada Eric. Sepanjang ujian dijalankan, Eric menunjukkan minat yang penuh dan mengikuti arahan yang diberikan oleh guru dengan baik sekali.

9.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN /MASALAH MURID

Bagi mengelakkan Eric mengalami masalah bahasa yang lebih teruk lagi pada masa akan datang, sesuatu harus dilakukan supaya ianya dapat dibendung. Peranan ibu bapa dan guru yang dimainkan adalah sangat penting memandangkan dua golongan ini merupakan golongan yang paling rapat dengan Eric. Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan aktiviti bacaan. Kaedah membaca juga mestilah betul iaitu dengan mengujarkan terus perkataan tersebut dan bukan dengan mengeja. Guru atau ibu bapa boleh menggunakan kad imbasan yang terdapat perkataan dan ditunjukkan kepada Eric. Apabila diminta untuk membacakan kad tersebut, Eric mestilah diberitahu untuk tidak mengeja dan terus mengisyaratkan perkataan tersebut. Latihan ini mesti dilakukan setiap hari dan dilakukan secara konsisten. Di samping diajar untuk membaca dengan teknik yang betul, guru juga boleh meletakkan gambar pada kad imbasan tersebut atau memberikan penerangan konsep berdasarkan perkataan yang diisyaratkannya itu. Melalui teknik ini, Eric akan lebih memahami apa yang diisyarat berbanding hanya membuat isyarat tanpa mengetahui makna perkataan. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan bahawa mendengar adalah sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Oleh itu, faktor rangsangan pendengaran juga adalah amat penting dalam memberi intervensi kepada Hakim supaya masalah bahasanya dapat diatasi. Ibu bapa terutamanya, perlu banyak berisyarat dan berkomunikasi dengan Eric dan isyarat itu mestilah isyarat yang bermakna. Apabila Hakim sentiasa mendapat input daripada orang sekelilingnya, dia
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

22 | P a g e

akan menjadi mula untuk asimilasi dan adaptasi terhadap benda-benda yang berkaitan dengan dirinya. Cara lain yang boleh dilakukan oleh Eric adalah dengan mendengar bahan rangsangan seperti cerita kanak-kanak yang diisyaratkan oleh guru, dan kemudiannya Eric pula diminta untuk menceritakan kembali cerita yang diisyaratkan oleh guru di hadapan kelas. Perkara lain yang boleh dilakukan oleh guru di sekolah adalah dengan membuat lakonan di mana ia boleh membantu Eric untuk lebih memahami sesuatu perkara dan juga menggalakkan turn taking atau pun giliran untuk berkomunikasi dengan betul. Hal ini penting kerana Eric juga berhak untuk dilayan seperti golongan normal yang lain. Oleh itu, Eric perlu tahu bila masa untuk berkomunikasi, apa yang perlu diisyaratkannya dan dengan siapa dia berkomunikasi supaya laras bahasa yang digunakan juga sesuai. Sebagai kesimpulan, bahasa merupakan satu aspek yang sangat besar peranannya dalam kehidupan. Manusia yang tidak dapat berbahasa adalah golongan yang sangat rugi oleh itu kita sebagai pendidik mestilah memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan sebegini. Kita juga mestilah mengetahui jenis-jenis masalah dengan membuat pemerhatian dan ujian bagi mengumpul maklumat yang boleh membantu dalam memberi intervensi awal kepada mereka.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

23 | P a g e

REFLEKSI

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas dilaksanakan bagi medapatkan gambaran terhadap tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Melalui ujian pentaksiran, guru dapat mengenalpasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program pemulihan kelak. Dalam konteks pentaksiran tingkah laku, keadaan dan suasana sekolah juga kadangkala menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas.
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

24 | P a g e

Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan bagi meningkatkan kemahiran bahasa dan matematik serta mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah. Oleh demikian, pentaksiran haruslah dijalankan dengan lebih kerap dan tersusun, bijak dan teratur agar ia dapat meningkatkan kemahiran yang sepatutnya diperolehi oleh murid-murid dan tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Pertama sekali saya panjatkan rasa kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus panjang ini pada masa yang ditetapkan. Walaupun hasilnya tidak seberapa, tetapi saya berasa sangat bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Setelah hampir empat minggu proses menghasilkan kerja kursus yang diberi, maka inilah yang dapat saya hasilkan dalam tugasan kerja kursus panjang bagi mata pelajaran Pentaksiran dalam Pendidikan Khas. Banyak input yang berguna dan bermanfaat dapat diperoleh untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Pada hari pertama saya menerima tugasan ini, saya menghadapi masalah untuk memahami kehendak soalan tetapi setelah diberi penerangan oleh pensyarah pembimbing iaitu Cik Rohana Binti Lat, saya mulai faham perkara yang dikehendaki oleh soalan. Pemerolehan saya dalam mendapat maklumat telah menyebabkan saya kurang senang hati untuk melakukan perkerjaan lain tetapi dengan kemudahan yang diberikan dan penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing telah menjadikan saya lebih berani dalam melakukan kerja kursus ini. Penhantaran kerja
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

25 | P a g e

kursus ini saya telah berusaha untuk menjadikan kerja kursus ini dihantar pada masa yang telah di tetapkan. Kesempitan masa dan kerja juga turut menjadikan saya kecelaruan emosi dalam menyiapkan tugasan ini. Dari segi pemerolehan ilmu, sedikit sebanyak saya dapat memahami tentang tingkah laku kanak- kanak berkeperluan khas iaitu kanak-kanak bermasalah pendengaran, ciri- ciri yang terdapat pada mereka, masalah pembelajaran asas serta kemahiran sosial mereka. Saya juga dapat mengetahui cara- cara untuk memodifikasikan tingkah laku dan pembelajaran asas kanak- kanak bermasalah pendengaran. Kesulitan yang saya alami sepanjang menyiapkan tugasan, mengajar saya agar bersabar dengan segala masalah yang timbul. Walau bagaimanapun, itu semua tidak mematahkan semangat saya malah ia mengajar erti kesabaran agar kerja yang dihasilkan ini diterima. Melalui tugasan ini saya berpegang pada prinsip berakit ke hulu, berenang- renang kemudian, bersakit dahulu, bersenang kemudian. Saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan berasa bangga kerana dapat mendalami topik ini. Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan. Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

26 | P a g e

mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah memberi saya pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid Pendidikan Khas adalah berbeza mengikut jenis masalahnya. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan merangka intervensi serta strategi yang paling sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi pendidikan yang sepatutnya.

RUJUKAN

Dr. Abdullah Yusof. (2007). Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur. Meteor Doc. Sdn Bhd. Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran KanakKanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia. Salvia Ysseldyke. (1988). Assessment in Special and Remedial Education. Amerika Syarikat. Houghton Mifflin Company. S. Jay Kuder. (2007). Teaching Students with Language And Communication Disabilities. Amerika Syarikat. Rowan University. Stephen N. Elliott. (1988). Assessment of Special Children. Amerika Syarikat. Curriculum Associates, Inc.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

27 | P a g e

Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng.(2004). Integrasi Sosial Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

28 | P a g e