Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi subjek MOP2203M Pendidikan Moral, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Moral amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari material yang berkaitan melalui internet. Di sini, saya dapat mencari signifikasi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada guru serta murid. Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Moral ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang pendidikan moral dari segi kognitifnya dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga merasakan kepentingan Pendidikan Moral ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, kelak semua ilmu ini perlu diterjemahkan untuk melaksanakan tugas harian sebagai guru yang begitu mencabar pada masa sekarang. Selain itu, sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Maka, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya telah perolehi, dengan izin Allah SWT, saya akan praktikkan sebaik mungkin. Di samping itu, dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakanrakan telah membenihkan semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan

siratulrahim antara kami. Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan semua rakan terutamanya rakan kumpulan saya, Cindy Lau En Shing, juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah, sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala antara kami. Tambahan pula, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah subjek Pendidikan Moral iaitu Ustaz Muhd Zawawi ini telah membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada tugasan kerja kursus pendek ini dan memperbaikinya agar tugasan dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Moral ini telah memberikan banyak input dan manfaat kepada saya serta membuatkan saya lebih mencintai profesion keguruan ini dan bersemangat untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang. Di kesempatan ini, saya juga ini merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Ustaz Muhd Zawawi Bin Muhd Ali yang telah banyak membantu kumpulan saya dengan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan ahli kumpulan saya, Cindy Lau En Shing, yang telah sama-sama bertungkus lumus mencari material dan bertukar pendapat bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan sebaiknya.

Disediakan oleh,

.................................................... (SITI KHATIZAH BINTI SAFIYUDDIN) 800129-13-5754

Anda mungkin juga menyukai