Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1: Huraikan perkembangan sistem masyarakat Feudal yang diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17.

A) Pendahuluan Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. Abad tersebut memperlihatkan era masyarakat yang digelar masyarakat feudal. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan. kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan. Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak mi menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem masyarakat feudal. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan iaitu baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf

B) Isi-Isi Penting: 1) Golongan Raja Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485 1603). Walaupun raja-raja mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah meliputi pusat segala kekuasaan. Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja. Raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan bukan kepada rakyat. Rakyat tidak mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan oleh Tuhan. Rakyat perlu memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Mereka tidak mempunyai hak untuk membantah walaupun raja tidak menjalankan pemerintahannya dengan baik. Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah mi memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan. Era pemerintahan Raja Henry VII (1485 1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Dasar pemerintahan Raja Henry VII: Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undangundang menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera persendirian, dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Raja Henry juga menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan mi menjadi popular dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.

2)

Golongan Bangsawan atau baron Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron (lord), dan vassal. Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau serf yang mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh golongan bangsawan. Tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan sangat luas. Dianggarkan kira-kira 400 golongan bangsawan memiliki 3 peratus tanah pertanian di England. Golongan bangsawan mi tidak mengusahakan tanah yang dimiliki untuk mengekalkan kekayaan mereka. Oleh itu, golongan bangsawan mi telah memajak tanah tersebut atau disewa untuk mendapatkan pendapatan. Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan dikenakan cukai ke atas tanah, memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja. Tanah yang diberi oleh raja boleh diwarisi oleh keluarga golongan bangsawan. Misalnya, William de Conqueror telah membina rumah di kawasan yang luas yang dipenuhi oleh pahiawan yang terdiri daripada golongan bangsawan. Golongan bangsawan juga menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada raja dan kumpulan yang mengiringi raja sewaktu raja melawat sekitar kerajaannya. Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan mengagihkannya kepada knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara mi, ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan. Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga tahun 1485 antara golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam golongan bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut telah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti Tudor yang memerintah England. Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh England.

Pengukuhan dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan kepada raja tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja. Kini raja-raja bertanggungjawab mengawal golongan bangsawan. Apabila golongan bangsawan semakin lemah dengan meningkatnya kekuasaan raja dan perkembangan ekonomi wang dalam kawasan luar bandar, para petani tidak lagi terikat dengan golongan bangsawan. Penguasaan mi membolehkan raja mengawal keseluruhan pemerintahan dan berkuasa mutlak tanpa dibayangi oleh golongan bangsawan. Oleh kerana sokongan dan segi kewangan daripada golongan bangsawan masih diperlukan oleh raja, maka raja telah memberikan gelaran dan anugerah kepada golongan bangsawan untuk mengekalkan taraf kebangsaan golongan bangsawan. Penganugerahan mi membolehkan kedudukan golongan bangsawan diiktiraf oleh masyarakat feudal tanpa menggugat kuasa raja.

3)

Golongan Knight Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja.Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa. Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya. Kehidupan knight dalam masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja dan baron. Oleh itu, mereka akan menumpukan masa mereka dengan meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan seperti mempelajari strategi peperangan, teknik pengepungan, dan penggunaan senjata. Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan mi dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan infantri.

4)

Golongan Rakyat biasa yang dikenali sebagai petani atau serf Golongan ini berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat Feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan Berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian dan Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain. Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor (institusi manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Di bawah sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada tanah digunakan dalam manor dan mewakili ekonomi primitif. Dalam sistem mi, kehidupan petani tertutup dan mereka tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar selain daripada tuan tanah. Keperluan para petani seperti pakaian, makanan, peralatan, dan keagamaan semuanya disediakan dalam institusi manor. Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Pada abad ke- 16, banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada man tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan. Petani keluar dan desa dan mencari pekerjaan di bandar. Kesannya, hubungan antara tuan tanah dengan petani pada abad ke- 16 hingga ke- 17 tidak begitu rapat. Tuan tanah hanya menyifatkan petani sebagai buruh upahan dan hubungan adalah antara majikan dengan pekerja.

C) Penutup Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight dan rakyat biasa. kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan.