Anda di halaman 1dari 18

PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN

DIBENTANGKAN OLEH KUMPULAN 1


MOHD AMIR ASHRAF NUR IZZATI

PERMAINAN BATU SEREMBAN


DEFINISI SEJARAH CARA BERMAIN PERATUR AN

DEMONSTRA SI BERMAIN

DEFINISI BATU SEREMBAN


Batu Seremban adalah satu permainan

tradisional yang juga dikenali sebagai Selambut atau Serembat. Permainan ini menggunakan bahan objek seperti batu kerikil, guli kaca, biji getah atau objek lain yang sesuai. dimainkan di kalangan kanak - kanak perempuan dalam berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Dimainkan di waktu lapang di kawasan lapang seperti serambi rumah atau di mana sahaja kawasan yang memerlukan

SEJARAH PERMAINAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau

Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.

PERATURAN PERMAINAN
1. Giliran ditentukan dengan menimbang buah.

2. Buah tidak boleh disentuh atau bergerak

antara satu sama lain. 3. Permainan terbatal sekiranya buah anak jatuh atau bergerak. 4. Semasa menimbang : a) cara kaut /mencangkuk buah dapat berganda b) cara menyambut buah di kira tambah

CARA PERMAINAN DIMAINKAN


1. Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

2. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

3. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buahbuah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung

4. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. 5. Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. 6. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

7. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. 8. Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. 9. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

10. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

11. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya. 12. Menentukan pemenang Pemain yang berjaya memperolehi mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.

DEMONSTRASI PERMAINAN

KEPENTINGAN PERMAINAN BATU SEREMBAN TERHADAP :


A. Perkembangan fizikal

Permainan batu Seremban membantu perkembangan fiz ikal apabila kanak-kanak menabur, melambung dan menyambut batu. Dengan ini murid - murid dapat membina kekuatan pada jari dan tangan serta menambah daya koordinasi antara mata dan tangan. Sentuhan semasa melambung dan menyambut batu dapat meningkatkan deria rasa kanak-kanak. Karryn Wellhousen (2002 m/s. 253) mengatakan bahawa antara kebaikan dan juga manfaat yang diperolehi daripada permainan ini ialah ia dapat merangsang rasa vestibular iaitu maklumat sensori yang diterima berkaitan dengan gerakan keseimbangan dan perubahan posisi.

B. Perkembangan intelek
Dapat belajar cara menabur, melambung dan

menyambut batu yang betul. Mempelajari pelbagai kemahiran semasa bermain dan dapat mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka serta memperkembangkan kecekapan berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Berfikiran kreatif dalam melakukan sesuatu kerja. Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat)

C. Perkembangan sosioemosi

Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain). Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran). Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan. Meningkatkan kesabaran dalam diri.

RUMUSAN
Bermain merupakan proses pendewasaan yang

harus dilalui oleh semua kanak-kanak. Memang tidak dinafikan bahawa pendidikan akademik adalah amat penting bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna di kemudian hari. Namun begitu, kepentingan bermain juga merupakan pelengkap ke arah itu. Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. Pilihlah permainan untuk anak anda dan bukannya melarang mereka daripada melakukan aktiviti bermain kerana pengalaman itu dapat mendewasakan seseorang.

SEKIAN SAHAJA DARIPADA KAMI