Anda di halaman 1dari 10

FAEDAH PERMAINAN TRADISIONAL Pendahuluan - permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat

itu untuk satu tempoh yang tertentu Pada era pascamodenisasi ini, pelbagai warisan nenek moyang kita yang dahulunya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas namun kini semakin dipinggirkan oleh generasi muda . Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden dan bercorak hedonistik ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Persoalannya , sedar kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

ISI Isi utama: Menandakan /merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. -ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. -Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. -juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. - Tamsilannya , wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian memperlihatkan kesenian dan nilai kemasyarakatan . -Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

ISI 2 Isi utama:daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. -Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni.

permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, Tak kenal maka tak cinta,

Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa.

dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara.

hotel- hotel dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita.

memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, serampang dua mata/menyelam sambil minum air.

ISI 3 Isi utama : mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa. -Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai.

-Misalnya , terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak dan berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat.Semangat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dapat dipupuk .

ISI 4 Isi utama : Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang.

Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang.

Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan.

Jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain Kesimpulan

. merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai dan banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara.

Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini.

Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini.

segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya tidak terhanyut oleh arus globalisasi.

Kesedaran untuk mempertahankan warisan .kata peribahasa melayu , biar mati anak , jangan mati adat.

VANDALISME gejala vandalisme ialah sikap suka merosakkan atau memusnahkan harta benda awam. Kemelut vandalisme semakin bermaharajalela di negara kita.Perbuatan mebinasakan kemudahan awam bukan perkara yang hangat dan segar. Antara perbuatan vandelisme yang boleh kita lihat setiap hari di dada media ialah menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam . Vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tiada nilai etika dan hanya mahu mendapatkan kepuasan diri sendiri. Golongan yang bertindak mengikut nafsu ini persis peribahasa beraja di hati , bersultan di mata.

Persoalannya , ..

Peribahasa Ikut hati mati, ikut rasa binasa () Berani buat berani tanggung ( ) Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali() Melentur buluh biar dari rebungnya Sesat di hujung jalan , balik ke pangkal jalan() Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas Kesan campur

Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan. Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula

LANGKAH

TELEFON BIMBIT -Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. -Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit,

-tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. -Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. -Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar/di sekolah ? - Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. ISI 1 ISI UTAMA: sememangnya menjejaskan pelajaran dan pembelajaran mereka. -Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. -Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. -Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. -Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

ISI 2 ISI UTAMA : menjejaskan kualiti pengajaran guru di sekolah . - apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. -Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain.

-Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. -Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat

ISI 3 ISI UTAMA : Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. -Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. - Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. - Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. -Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. - Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. -Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? ISI 4 ISI UTAMA : Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran.

Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit.

Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser.

Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

KESIMPULAN - Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. -Pelajar seyogianya(harus) memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. -Kata peribahasa melayu , genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan jangan sekadar hangathangat tahi ayam .

Diharapkan bahawa isu ini ditangani dengan bijak supaya sekolah dapat berfungsi sebagai institusi yang melahirkan remaja yang berwawasan kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Prepared by HO

Anda mungkin juga menyukai