Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN (SATU) JALAN BATU TIGA, KLANG JALAN PEKAN BARU, TAMAN ENG ANN, SELANGOR DARUL

EHSAN

KERTAS KERJA

MEMBAIK PULIH & MENAIK TARAF BILIK SAINS


DISEDIAKAN OLEH : EN AHMAD HISHANUDDIN BIN RAMLI PANITIA SAINS SEK KEB JALAN BATU TIGA, KLANG

SENARAI NAMA PANITIA SAINS SK (1) JALAN BATU TIGA, KLANG 2012

Pengerusi Naib Pengerusi Ketua Panitia Guru Sains 1 AJK

: Pn. Hajah Mazanah Bt Dawi : Pn Violet Pushparani : Pn Norhayati Bt Sanusi : En Ahmad Hishanuddin B Ramli : Pn Anida Pn Siti Zaliah Pn Kogilavani

- Guru Besar - Penolong Kanan 1

PENGENALAN BILIK SAINS

1. Bilik Sains Sekolah Kebangsaan (Satu) Jalan Batu Tiga, Klang adalah sebuah bilik darjah biasa yang diubahsuai menjadi bilik sains bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 2. Bilik ini digunakan untuk semua kelas dari tahun 1 hingga tahun 6 untuk matapelajaran Sains 3. Keluasannya adalah sama dengan bilik darjah lain yang terdapat di sekolah ini. 4. Di dalam bilik ini juga terdapat beberapa peralatan dan perabot yang telah lama dan usang. 5. Bilik ini juga digunakan untuk matapelajaran Pendidikan moral dan sebagai bilik tumpangan untuk banyak aktiviti.

PERALATAN SEDIA ADA

1. Meja Murid 2. Kerusi 3. Papan Hitam 4. Layar putih 5. LCD Projektor

- 34 buah - 34 buah -1 -1 -1

6. Sinki dan paip air - 1 7. Table top 8. Almari besi 9. Almari pameran 10. Rak buku -1 -1 -1 -1

PERMASALAHAN

1. Meja murid yang kurang sesuai i. Meja dan kerusi murid adalah kurang sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran sains yang memerlukan meja yang sesuai untuk membuat eksperimen. ii. Meja dan kerusi murid juga menyebabkan keadaan menjadi sempit dan menyukarkan pergerakan.

2. Almari Kabinet ( table top) i. Pintu almari kabinet telah tercabut dan tidak dapat diperbaiki lagi kerana sudah reput. ii. Selain itu ianya juga menjadi sarang tikus dan lipas kerana pintunya tidak dapat ditutup.

3. Almari pameran dah peralatan i. Seringkali berlaku kehilangan peralatan/radas dan kerosakkan hasil kerja murid kerana almari pemeran yang telah usang dan tidak berkunci. 3

ii.

Ini kerana murid dengan mudah dapat membuka dan mengambil bahanbahan tersebut.

4. Papan Hitam i. Papan hitam masih lagi menjadi medium utama untuk guru menulis yang menyebabkan banyak habuk dan menjejaskan kesihatan guru dan murid.

5. Kabel LCD projektor i. Kabel LCD Projektor yang kurang kemas dan selalu tersadung kaki murid. Ini kerana kabel yang lama sudah tidak dapat digunakan lagi kerana sudah berkarat.

6. Sinki dan Paip air i. Paip air telah berkarat dan seringkali bocor kerana kehausan getah. Ini menyebabkan pembaziran.

7. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan gambar tentang keadaan bilik sains SK (1) Jalan Batu Tiga, Klang. (Sila rujuk lampiran B)

CADANGAN MEMPERBAIKI KEROSAKAN / MENAIK TARAF BILIK SAINS

1. Kabinet (Table top) Menggantikan / menukar pintu kabinet yang baharu. Menambahkan kabinet bahan merbahaya ( Lampiran A)

2. Almari radas/ pemeran Menukar almari baharu yang lebih sesuai dan berkunci.

3. Mengganti / menukar meja murid dengan yang lebih sesuai Meja yang lebih sesuai untuk kegunaan bilik sains

4. Menggantikan paip air yang baharu. 5. Menggantikan kabel Projektor yang baharu

ANGGARAN KOS

Bil 1 2 3 4 5

Perkara Penukaran pintu kabinet 25 x 2.5 ft Tambahan kabinet bahan merbahaya 5 x 3 ft Penggantian almari radas/ pameran Paip air Kabel Projektor JUMLAH

Anggaran kos RM3000.00 RM1500.00 RM800.00 RM30.00 RM120.00 RM5450.00

LAMPIRAN A

Cadangan Penambahan kabinet bahan merbahaya Papan Maklumat Bilik Sains

Cadangan Penambahan kabinet bahan merbahaya di belakang Bilik Sains

LAMPIRAN B

Pintu almari yang sudah rosak dan reput

Almari Pameran/ Radas yang usang dan sudah rosak serta tidak berkunci

Meja dan kerusi murid yang kurang sesuai

Sinki dan paip air yang berkarat dan bocor

Kabel Projektor yang tidak boleh digunakan

10

Meja dan kerusi murid yang kurang sesuai serta menyukarkan pergerakan

Disediakan oleh; -----------------------------------------------(AHMAD HISHANUDDIN RAMLI) Guru Sains SK (1) Jalan Batu Tiga, Klang

11

Anda mungkin juga menyukai