Anda di halaman 1dari 22

Isu keruntuhan moral pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama wujud dan dikatakan semakin serius.

Sudah banyak laporan yang diketengahkan oleh pihak media yang berkaitan dengan salah laku pelajar seperti kes gangsterisme dan buli dalam kalangan pelajar. Gejala ponteng mungkin dianggap kurang memberi impak kepada tercetusnya permasalahan dalam kalangan pelajar pada masa kini. Tanpa disedari, gejala inilah yang akan menjadi titik tolak kepada permasalahan yang lebih besar seperti gangterisme, dadah, mat rempit, ragut serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

Terdapat pelbagai punca kepada gejala ponteng sekolah ini. Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah bermula dari masalah keluarga pelajar. Rata-rata pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah ini datang dari keluarga yang bermasalah dan kurang bahagia. Pertelingkahan yang timbul antara ibu bapa ini telah menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala perilaku anak-anak di luar rumah dan sekolah tidak di ambil peduli.

Anak-anak ini berasa mereka tidak diberi perhatian dan diabaikan. Ini menyebabkan pelajar-pelajar sanggup melakukan sesuatu yang melanggar peraturan demi untuk mendapatkan perhatian ibu bapa mereka. Selain itu, ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar yang datang dari keluarga yang bermasalah akan menyebabkan mereka melakukan perkara negatif. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh yang besar kepada masalah disiplin di kalangan pelajar.

Walaubagaimanapun, ibu bapa tidak wajar disalahkan seratus peratus dalam gejala ponteng sekolah ini. Terdapat banyak lagi faktor yang menjadi punca kepada gejala ponteng sekolah termasuklah rakan sebaya, guru, sekolah dan pengaruh sekeliling pelajar. Pengaruh alam sekeliling pelajar di kawasan kampung berbeza dengan pelajar di kawasan bandar. Kegagalan pelajar mengawal diri mereka sendiri hanya akan merugikan diri mereka sendiri dan hanyut dalam aktiviti tidak bermoral.

Isu gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar bukanlah sesuatu perkara yang baru. Sejak zaman dahulu lagi gejala ini sudah wujud dan ianya kelihatan semakin menular di kalangan pelajar. Bukan itu sahaja, gejala ponteng sekolah ini biasanya akan berkait dengan masalah-masalah disiplin lain. Ini termasuklah isu pelajar merokok, melawan, kurang ajar, melepak di kafe siber dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di bandar atau luar bandar, sekolah biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Ini kerana, sikap para pelajar sekarang kebanyakannya menjangkau fikiran kita.

Apakah yang sebenarnya pelajar-pelajar ini lakukan di pusat membeli belah dan kafe siber ini. Mereka ditangkap semasa mereka sedang berpeleseran dan melepak di pusat membeli-belah. Mereka berpeleseran dan merayau tanpa arah tujuan

sehinggalah waktu persekolahan tamat. Di kafe siber pula pelajar khusyuk dengan permainan video internet dan melayari laman internet termasuklah melayari laman web yang tidak bermoral.

Terdapat dua sebab utama mengapa pelajar-pelajar yang ditahan ini ponteng sekolah. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, penyebab utamanya ialah pengaruh rakan sebaya dan sebab kedua pula ialah kebosanan di dalam kelas. Ini memperlihatkan besarnya pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan remaja pada masa kini. Mereka sanggup menipu ibu bapa dan penjaga semata-mata untuk mengikut rakan rakan sebaya untuk berpeleseran di tempat yang tidak sepatutnya.

Kebanyakan pelajar-pelajar yang ditahan ketika operasi tersebut takut kepada ibu bapa mereka. Di rumah mungkin mereka berlakon menjadi anak yang baik dan taat kepada ibu bapa. Tetapi agak menyedihkan apabila anak-anak yang baik di rumah ini menjadi sebaliknya apabila keluar dari rumah. Pelajar-pelajar ini mahu kebebasan tanpa ada kongkongan orang lain. Ini ditambah lagi dengan pengaruh kawan-kawan yang memberi impak lagi besar terhadap diri mereka.

Sebenarnya semua pihak perlu bertanggungjawab tentang masalah ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan. Sejak kebelakangan ini, kita dapati apabila berlaku sesuatu insiden melibatkan pelajar, masyarakat kita umumnya dengan mudah menuding jari ke arah guru. Sepatutnya setiap kes yang berlaku diteliti supaya punca kejadian itu dapat dikenalpasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti dibuat bagi mencari punca masalah yang berlaku hingga ke akar umbi agar faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin pelajar masa kini dapat dikenal pasti.

Faktor- faktor berlakunya gejala ponteng sekolah

i) Ibu bapa Faktor utama berlakunya gejala ponteng sekolah ini ialah masalah keluarga. Pada zaman yang serba moden ini, kebanyakan ibu bapa leka bekerja mencari wang sehingga mengabaikan tanggungjawab utama mereka terhadap anak-anak.

Kebanyakan ibu bapa masa kini terutamanya di kawasan bandar, anak masih belum bangun pagi lagi mereka sudah pergi ke tempat kerja dan balik lewat malam tatkala anak sudah tidur. Mereka langsung tiada masa untuk bertemu dengan anak-anak apatah lagi berbual dan mengambil tahu perkembangan anak di sekolah. Ini menyebabkan anak-anak berasa diabaikan serta tidak disayangi lagi oleh ibu bapa mereka. Masalah ini membawa kesan buruk sehingga memberikan tekanan emosi kepada anak-anak. Apabila masalah ini membebani mereka, konsentrasi terhadap akademik semakin menurun dan tidak minat lagi untuk belajar. Pelajar beranggapan dengan ponteng sekolah dan melepak dapat melupakan masalah yang sedang dihadapi.

Masalah kewangan keluarga juga merupakan salah satu faktor mengapa masalah ponteng sekolah semakin berleluasa. Sebagai contoh, ibu bapa tidak berkemampuan

untuk memenuhi perbelanjaan sekolah anak-anak mereka seperti tidak dapat melunaskan pembayaran yuran sekolah atau tidak berkemampuan untuk membeli peralatan-peralatan sekolah dan buku-buku pelajaran yang hendak digunakan. Guru pula asyik bertanyakan tentang pembayaran yuran. Ini menyebabkan mereka rasa malu dan tertekan untuk berhadapan dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Untuk melarikan diri dari tekanan masalah ini, pelajar mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah.

Untuk membina keluarga bukanlah suatu perkara yang mudah. Untuk membina sebuah keluarga yang kukuh ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan keibubapaan. Tetapi kebanyakan ibu bapa pada masa kini mempunyai tahap pengetahuan keibubapaan terlalu cetek dan ia mengakibatkan keruntuhan rumahtangga. Ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan kadang-kala melepaskan tanggungjawab mereka kepada pengasuh anak-anak. Keruntuhan institusi keluarga ini akan meleraikan rasa tanggungjawab dan hormat antara anak, ibu bapa dan seterusnya menyebabkan mereka terjerumus ke lembah yang tidak diingin.

ii)Persekitaran Faktor persekitaran turut mempengaruhi para pelajar kita dalam melakukan perkara negatif termasuklah ponteng sekolah. Jika kita lihat dipersekitaran kita,

kemudahan- kemudahan untuk berhibur terlalu banyak bukan sahaja ratusan malahan mungkin ribuan pusat-pusat hiburan seperti pusat permainan video, pusat permainan snooker, kafe-kafe siber dan pusat membeli-belah. Kadang-kala kita dapat lihat terdapat pusat membeli belah yang didirikan berdekatan dengan sekolah. Ini menyebabkan pelajar lebih mudah untuk lari dari sekolah dan merayau-rayau di pusat membeli-belah.

Selain itu, program-program berbentuk hiburan dan konsert tempatan mahupun diimport dari barat sangat melalaikan. Banyak juga rancangan-rancangan realiti tv pada masa kini yang mengagung-agung hiburan dan menyimpang jauh dari sudut ilmiah.

Pelajar telah didorong untuk mengamalkan cara hidup berhibur semata-mata dan seterusnya menanamkan semangat lemah diri tanpa iltizam untuk belajar dan menuntut ilmu di sekolah. Mereka disogokkan bahawa kemewahan dan populariti dapat dicapai dengan mudah seandainya mengikuti arus industri hiburan. Ini menyebabkan mereka tiada minat untuk belajar dan berpendapat mereka boleh maju dan berjaya tanpa perlu hadir ke sekolah menimba ilmu.

Selain itu, hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada salah laku yang lebih serius seperti amalan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Diri, bangsa dan negara tidak akan maju seandainya konsep untuk berhibur sebagai landasan melepaskan lelah diatasi dengan berhibur sebagai pemuas hawa nafsu.

Personaliti-personalti dunia hiburan ditonjol-tonjolkan sebagai idola yang harus dicontohi oleh remaja. Penerbitan-penerbitan yang terlalu menumpukan kepada tema cinta remaja hanya menarik golongan muda kepada keseronokkan dan keindahan hidup berpasang-pasangan. Ini semua menghayalkan dan mempengaruhi pemikiran pelajar.

Selain itu penerbitan yang berbentak hiburan seperti URTV dan media hiburan, secara langsung meruntuhkan usaha melahirkan remaja berakhlak yang berasaskan kehendak agama. Pendidikan di sekolah yang menekankan akan ketinggian nilai moral dan akhlak seolah-olah menjadi sia-sia sahaja kerana segala yang berada di luar sekolah itu menafikan apa yang diajar di sekolah.

iii)Pelajar Pelajar sekolah menengah terutamanya adalah masih dalam proses yang tumbesaran yang agak kritikal. Ketika ini mereka sudah mula bertukar menjadi remaja. Sama ada sedar atau pun tidak, ibu bapa kadang-kala mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka. Masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anakanak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa.

Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya. Pada zaman kanak-kanak skrip hidup hariannya ditentukan oleh ibu bapa dan kita dapati perbuatan mereka dibuat secara spontan tanpa dipengaruhi oleh fikiran dan emosi. Apabila anak melangkah ke alam remaja, ia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya.

Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkan konflik nilai dalam dirinya. Perubahan emosi dan fikiran remaja telah mendorongkan remaja memperluaskan dan memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakan sosial ini dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama.

Pada ketika remaja ini pelajar berhadapan situasi genting dalam memilih rakan-rakan. Sekiranya mereka tersalah pilih, maka mereka akan cenderung kearah negatif termasuklah ponteng sekolah dan melakukan perkara tidak bermoral. Ketiadaan bimbingan menyebabkan mereka merasa berada dijalan yang benar dan tiada siapa yang boleh menghalang mereka. Pada pandangan mereka,apa saja yang mereka buat adalah betul.

iv)Sekolah Salah satu alasan paling popular pelajar yang ditangkap ponteng sekolah ialah kurang berminat terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan

tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar mengira seperti mata pelajaran matematik, fizik, matematik tambahan dan sebagainya. Ditambah lagi dengan pelaksanaan bahasa inggeris bagi subjek tersebut menyebabkan pelajar semakin tidak berminat untuk belajar.

Proses p & p di dalam kelas yang tidak menarik juga menjadi punca pelajar kurang berminat untuk ke sekolah. Kebiasaannya ini terjadi bagi sesetengah guru yang kurang proaktif dalam menarik minat pelajar. Guru masuk ke kelas untuk mengajar sahaja tanpa melibatkan unsur-unsur menarik seperti unsur kecindan, multimedia, gerak kerja berkumpulan dan nasihat. Ini menyebabkan pelajar bosan dan tidak berminat untuk belajar.

Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua selepas ibu bapa di rumah. Kebanyakan sekolah diperuntukan dengan jumlah kewangan yang besar bagi memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat,ceria dan kondusif. Tetapi malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan peruntukan ini bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria dan kondusif. Sebagai contoh, ada sekolah yang gagal memastikan pagar berada dalam keadaan baik. Pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak dibaiki segera. Ini menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan keluar masuk sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan menyukarkan tugas guru untuk mengawal pelajar.

Faktor disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada pelajar untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara yang negatif yang lain. Badan disiplin sekolah termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi membanteras kegiatan yang melanggar disiplin. Selain itu,tugas guru bukan saja mengajar dan mendidik, mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan pelajar. Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar berasa tidak diambil peduli dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru mereka.

Cadangan & Kesimpulan

Untuk membasmi secara total permasalahan ponteng sekolah adalah agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan secara menyeluruh disetiap peringkat.

Pelajar Pelajar sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran terhadap mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang terjamin. Dengan keadaan semasa sekarang di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ianya dicapai dengan pengetahuan, usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu, bagaimana seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.

Pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu menolak ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara negatif kerana ianya hanya akan membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik mungkin.

Sewajarnya ketika masa usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang baik, ikuti ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia remaja tidak akan kembali lagi.

Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.

Ibu Bapa Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak kehidupan anakanak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi oleh ibu bapa.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya sekali-sekala ibu bapa menghubungi pihak sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing ketakutan apabila mereka ditangkap atas sesesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka akan melanggar peraturan sekolah. Anakanak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan berbeza ; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan anak mereka sendiri.

Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga, maka akan membawa pincangnya negara. Keluarga memberi keadaan persekitaran yang mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika yang seterusnya akan berkembang baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan

wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.

Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan ekonomi dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka sangat rapuh dan terdedah dengan segala penyakit sosial. Kita mahu dalam keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi kekeluargaan tidak harus dikesampingkan.

Guru dan Sekolah Dalam penyelesaian kepada permasalahan ponteng sekolah ini, guru juga perlu memainkan peranan mereka. Antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan. Guru seharusnya mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru juga perlu meluangkan sedikit masa, biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah-laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Dengan ini, guru mungkin sudah dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan sendirian.

Guru janganlah tunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua bidang, pengetua, pegawai pendidikan bahagian, pengarah, lakukan sahaja apa yang baik untuk pelajar. Sekolah juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.

Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya .

Kementerian Pelajaran Kementerian Pelajaran mempunyai peranan dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Sepertimana dalam keratan akhbar yang dilampirkan, kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.

Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian ilmu

pengetahuan. Kementerian juga dapat membantu guru dengan mengurangkan

bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada proses p&p dan perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain iaitu pertama;mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan

kelima; urusan hal ehwal murid. Dengan kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat membimbing pelajar dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut dengan permasalahan mereka.

Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

Kesimpulan Meskipun ada banyak cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-

undang agar mereka gementar dengan hukuman.

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di

atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

The issue of moral decay is not new students. It has long been said to be getting serious. There have been many reports highlighted by the media related to the case of student misconduct gengsterism and bullying among students. Truancy may be considered less of an impact on the onset of problems among students at the present time. Without realizing it, the symptoms would be the starting point to bigger problems such as gangterisme, drugs, illegal racing, grazing and immoral activities.

There are a variety of causes to this school truancy. One of the main source of truancy from school is a family problem students. On average students involved with truancy problems come from broken families and less happy. Differences arising between parents has led to neglect the welfare of children. All children behavior outside the home and school is not in care.

These children feel ignored and neglected. This causes the students are willing to do something to break the rules in order to get the attention of their parents. Additionally, bereft of love and boom pressure on myself a student who came from a troubled family makes them do the wrong things. This shows the collapse of the family has a great influence on the students' discipline problems.

However, parents should not blame one hundred percent in this school truancy. There are many more factors that causes school truancy, including peers, teachers, schools and students around the influence. Environmental influences students in rural areas in contrast to students in urban areas. Failure to regulate themselves will only hurt themselves and drift in immoral activities.

The issue of school truancy among students is not a new thing. Since time immemorial these symptoms already in existence and it looks more and more widespread among students. Not only that, truancy problem will usually associated with other discipline problems. This includes the issue of student smoking, fighting, rude, hang out in cyber cafes and so on. This problem occurs regardless of whether in rural or urban, common school or boarding school. This is because, the attitude of the students now mostly beyond our thoughts.

What exactly are these students do in shopping centers and cyber cafes. They were arrested while they were loitering and hanging out at the mall. They have fun and to wander without direction until the end of the school day. In cyber cafe humble student with video games and surfing the internet, including internet browsing immoral.

There are two main reasons why the detained students are absent from school. As a result of a survey conducted, the main culprits are the influence of peers and the second reason is boredom in the classroom. This shows the large influence of peers in the lives of young people today. They are willing to deceive their parents and caregivers simply to follow their peers to have fun in places they should not.

Most of the students who were arrested during the operation of the fear of their parents. At home they may pretend to be a good boy and obey their parents. But sadly the good kids in this house be otherwise when out of the house. These students want freedom without restraints of others. This coupled with the influence of friends that impact more heavily on them.

In fact, all parties should be responsible about this issue, including the students themselves, teachers, parents, community and government. Recently, we find in the event of an incident involving students, our society generally easily blame the teachers. Should occur every case examined so that the cause can be identified. After that a

more comprehensive study must be done to find the cause of problems that occur to the grassroots so that the factors that contributed to the present disciplinary problems can be identified.

Factors occurrence of truancy problem

i) Parents Main factor for this school truancy is a family problem. In this modern age, most parents work to make money so careless neglect their primary responsibility to their children. Most parents nowadays especially in urban areas, children have yet to wake up in the morning they have to go to work and return late at night when the kids are in bed. They simply do not have time to meet with their children let alone chat and with the development of children in schools. This causes children to feel neglected and unloved by their parents anymore. These problems have an adverse effect to provide emotional stress to their children. When these problems overwhelm them, concentrate on declining academic interest and not to study. Students assumed by skipping school and hanging out can forget about the problems that are being faced.

Family financial problems is also one of the factors why the truancy problem is more widespread. For example, parents are unable to meet their school expenses for their children like you can not settle the payment of school fees or can not afford to buy school equipment and textbooks to be used. Teachers kept asking about payment. This causes them to feel embarrassed and depressed to deal with teachers and other colleagues. To escape from the stress of this problem, the students take the easy way to play truant.

To build a family is not a simple matter. To build a strong family parents should have knowledge of parenting. But many parents currently have the knowledge of parenting too shallow and it resulted in the collapse of marriage. Parents fail to perform their responsibilities well and sometimes have abdicated their responsibility to careproviders. The collapse of the family institution will dissolve the sense of responsibility

and respect between children, parents and, consequently, they do not fall into the valley desired time.

ii) Environmental Environmental factors also affect our students in doing the wrong things, including truancy. If we look at the confines of our facilities to enjoy too much is not only possible but also hundreds of thousands of entertainment centers such as the video game, snooker game center, cyber cafes and shopping centers. Sometimes we can see there is a shopping center which was set up near the school. This causes students a lot easier to get away from school and wandering the mall.

In addition, the form of entertainment programs and concerts both locally and imported from the west very reckless. Many plans also reality tv nowadays that mengagung-entertainment general and far from scientific angle. Students were encouraged to adopt a purely entertainment life and the next weak instilled themselves without commitment to learning and studying in school. They bribed that wealth and popularity can be easily reached if the currents of the entertainment industry. This causes them to have no interest to learn and think they can thrive and prosper without having to go to school to gain knowledge.

In addition, extreme entertainment can lead to more serious misconduct such as sexual practices and drug free. Self, the nation will not progress if the concept of entertainment as a platform to unwind with entertainment as overcome with lust.

Showbiz personalities on personality highlighted as idols to be emulated by the youth. Publications are overly focused on the themes of love only attract young teen to pleasure and beauty of life in pairs. This all intoxication and influence the thinking of students.

iii) Students Especially secondary school students are still in the formative process is quite critical. Currently they have begun to turn into teenagers. Whether consciously or not,

sometimes parents take their hands off attitude and let their children cross the realm of teenagers just happen without taking cognizance turbulence faced by their children. Adolescence is a time of transition from childhood to adulthood. At this time the children are no longer considered a child nor an adult.

Transition period of childhood to adulthood is an important time to teenagers because at this time they will determine the concept itself. In childhood script daily life is determined by the parents and we find that their actions made spontaneously without being influenced by the thoughts and emotions. When children move into adolescence, they begin to know how to think, to assess mood, studying scripts parents live, to try new things and daydreaming about the beauty of life adult world that is far from him.

Emotions and thoughts change this raises anxiety in teenagers because they can not afford to be independent and to follow the footsteps of adults are also not able to. This raises a conflict value in itself. Adolescent mood swings and thoughts have been teenagers jostle to expand and enlarge the social partners. They expand the social partners by joining a group or form a new group based on age peers, the same hobbies, the same principle of life or the same social status.

At the time this teenage students face critical situations in choosing friends. If they chose the wrong, then they will tend toward the negative, including skipping school and doing immoral things. Cause they feel the absence of guidance on the right path and no one can stop them. In their eyes, what they do is right.

iv) School One of the most popular reasons that are caught skipping school students are less interested in teaching and learning in schools. This situation may arise from the content of the syllabus many to focus on subjects that require students to count as mathematics, physics, advanced mathematics, and so on. Coupled with the implementation of the english language for the subject causes more students are not interested in learning.

Teaching and learning process in the classroom that are not attractive also become less interested students to attend school. Usually this happens for some teachers that are less proactive in attracting students. Teachers enter the classroom to teach without involving elements attract like elements multimedia, motion teamwork and advice. This causes the students bored and not interested in learning.

School is a place to give instruction and education second parent in the home. Most schools are provided with substantial financial amount to ensure the school environment are safe, fun and conducive. But unfortunately there are a number of schools failing to make use of this provision to ensure that the school is in a safe, fun and conducive. For example, there are schools that fail to make sure the fence is in good condition. Fences existing damaged but not repaired immediately. This results in easy to play truant students and in and out at will. Damage fence around the school will be difficult for the teachers to control the students.

Recommendations & Conclusions

To totally eradicate truancy problem is quite difficult to achieve. This is because it involves a commitment to multi-party and comprehensive action to each state.

Student Students themselves should be aware of the importance of their education. Without education, a person usually will not get a good job and a less secure future. With the current situation now where everyone is chasing wealth and materialism and this is achieved with the knowledge, effort, knowledge and experience. For that matter, how a student who often skipping school a bright future although they had left behind knowledge.

Students need to be tough and have a high sense of identity so they do not drift current progress and luxury cruises available. They need to know how to think and decide

between positive values and negative values. Students should also reject invitation of friends to do the wrong things because it will only waste time and trouble for others. Students should realize that their responsibility is to learn and gain knowledge as possible.

Naturally when the youthful age of this person is concerned about education. Do not be easily influenced by friends or strangers intent on corrupting. Students should follow the example of the good, follow lectures or motivation of learners, should play with your family, active in sports clubs of interest and kokorikulum school and had an intensive religious upbringing and complete. Teens will not come back again. Therefore, students should use the time as best as possible for the sake of youth secure future.

Parents Institutional family to start the role of parents in shaping children's lives. The child is born like a clean white cloth. The first teacher in the life of a human being is a parent and a child. Parents play an important role in combating school truancy. Parents should pour enough love to their children. Love is not to just give wealth to their children, but the attention and good breeding. Disciplined nature, moral character, sense of character and obedience to the teachings of all religions have in seedling from home by parents.

Parents must ensure that children actually go to school. What is wrong with the occasional parents contact the school to determine whether their children actually go to school or otherwise. Parents also need to have good relationships with teachers for the benefit of their children. Sometimes the children are well in front of the parents but rather in school. Each fear when they arrested on whether any offense and they are usually told not to appeal to their parents. Parents often do not believe and deprive their children would violate school rules. Troubled children will usually take two different character; well at home but naughty at school. Therefore, parents should carry out their responsibilities as much as possible for the future of their own children.

The family is a small unit in society, but it gives a great contribution in building a nation. Breakdown in a family, it will bring pincangnya country. Family give value to environmental awareness, manners, morals and ethics that will grow well in the next generation. Family is responsible for the attitude, character and vision for themselves and the human person is a key element in the construction of nation excellent.

We should make what is happening in the West as a lesson learned. World will recognize their progress in the field of science and technology, economic and technological sophistication and military. Still, the family institution they are very fragile and vulnerable to all social ills. We want the community enthusiasm pursue basic luxury, value and strength of the family institution should not be ruled out.

Teachers and Schools In the solution to the problems of truancy, the teacher must also play their part. Among one of the reasons given by students who skip school is a boring class. Teachers should take this as a challenge that reason they are trying to do something so that the process of teaching and learning (T & L) runs with good and interesting. Teaching process interesting not only make students interested in school but will facilitate their understanding of the subject. The school has to create a conducive school environment, dynamic and exciting to the teaching and learning process.

In addition, teachers also need to spend a little time, let in a busy with what kind of work is, to take cognizance of the problem students, observing the character and behavior of students under control. With this, the teacher may have been able to detect in advance the troubled student. Appropriate action should be taken to ensure that students who do not continue to drift problems and be left alone.

Teachers do not wait appointed as teacher discipline or counseling teachers then to take care of the background and problem students. Do not wait command chief field, the principals, the education officer, director, do only what is good for students. Schools

also must jointly create a positive atmosphere to the development of self-esteem of students who reach adolescence and adulthood.

Disciplinary body must move in parallel and in conjunction with other bodies that exist in schools. This is because the performance of a student in a good field of academic or non-academic fields depending on the level of the students' own disciplinary teams. Students who succeed in life are often associated with their disciplined. Formation of discipline in schools is seen as important as the diffusion of knowledge. Thus, the disciplinary body should move in a planned and systematic manner to curb the problems that will arise, as the saying goes "containment and prevention is better than cure him."

Ministry of Education The Ministry of Education has a role in addressing this problem of truancy. As in the attached newspaper clipping, the ministry can create a special team to arrest students who skip school. The Ministry may also cooperate with the police in combating truancy problem is. This is because students who skip school will probably be involved in other criminal cases such as theft and snatching. With the assistance of the police, this can be eradicated negative symptoms earlier.

In addition, the ministry hopes to help teachers by channeling more funds to teacher to be more creative and innovative in carrying out the p & p. This will increase the effectiveness of the delivery of knowledge. The ministry also helps teachers to reduce teacher workload side to be able to focus on the process of teaching and learning and student development. At present, the teachers not only teach but also burdened with other tasks of the first five; manage data, files, books and records of reports, secondly, the administration, the third curricular activities, the fourth and fifth curriculum; affairs student affairs. With the least burden of this task, the teacher will be able to guide students better and not let students wander with their problems.

Ministry can also make a thorough study of the system of school education and the existing regulations. Currently the school system more focused on academic excellence but lacks character towards excellence. This can be seen discipline and moral problem is also visible in boarding schools even though they are learning there are those who selected.

Conclusion Although there are many proposals on how to overcome the problem of truancy, but it just ends up on the table discussions, forums or seminars. There is a structured program for teens and students, but it is only beneficial to only a handful of those and more commercialized. Parents, teachers, and the community should join hands and work together to take on the responsibility to educate their children and students. It is desirable that students will be exposed adverse effects in the community through their interactions at school. These people also need to be exposed to the knowledge of the law so that they tremble with punishment.

Students and young people are a group of people that will shape the country's future. They are the natural wealth that will hold an important role in the political, economic and social conditions in the country. However, discipline problems among teenagers is one of the threats to human resources to the detriment of the country in the long run. Thus the social problems faced by teens should be contained and resolved so that it does not directly create the greatest threat to this invaluable asset.

Anda mungkin juga menyukai