Anda di halaman 1dari 21

Sekolahku

Beberapa CORETAN dan FOTO berkaitan aktiviti di Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) Rantau, tempat saya bertugas.
Apakah pendapat anda tentang aktiviti sekolah ini?

HEBAT, lagi cemerlang. cakap. VoteView ResultsPolldaddy.com

SEDERHANA, bolehlah tahan.

ENTAHLAH, tak tahu nak

39. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 38. Kejohanan Merentas Desa SMRA Rantau 2011 37. Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Rantau 36. Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 35. Majlis Perpisahan Puan Noormaah 34. Jasamu dikenang anjuran Kelab Staf

33. Kursus Pengawas 32. Penyampaian hadiah Minggu Orientasi Tingkatan Satu 2011

31. Lawatan pegawai BPI, 5 Januari. Kami dikunjungi oleh Us. Mohd Yaakob dan Us. Faisal dari Bahagian Pendidikan Islam, KPM Cyberjaya.

30. Minggu Orientasi Tingkatan Satu: 3-7 Januari

29. Pendaftaran murid Tingkatan Satu 2011: 30 Disember 2010 (Khamis), seramai 104 murid memohon dan setakat hari ini 67 orang ditawarkan. Proses taklimat, pendaftaran, agihan buku teks dan jualan keperluan berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

28. Ujian Kelayakan Ke Tingkatan Satu, 9 Disember: Buat pertama kalinya SMRA Rantau
mengadakan ujian kelayakan bagi menapis kemasukan murid. Sebanyak 97 permohonan diterima, sedangkan tempat hanya 70 sahaja. Diharapkan ujian ini sebagai permulaan memartabatkan sekolah agama dan dalam masa yang sama tidak melupakan matlamat penubuhannya.

27. Haflah Aidil Adha 1431H, 11 Zulhijjah/18 November:

Permulaan yang kecil

Sementara menanti hasil

26. Program Lepas PMR & Peperiksaan Akhir Tahun:


a. Zikir Al-Mathurat dan menghafaz Al-Mathurat: Foto b. Ceramah Jabatan Bomba & Demonstrasi Memadam Kebakaran: Foto

25. Majlis Restu Ilmu, 1 Oktober:

Bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Hisham Mustafa.

Calon-calon membaca Yasin

Antara penjaga yang hadir

"... kami akan berusaha sehabis baik bagi menaikkan nama sekolah."

"... kami khuatir jika titik peluh kami tidak membuahkan hasil... Doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat."

"... di sekolah guru telah curah segala ilmu yang ada... Jika berjaya dalam PMR, yang dapat faedah ialah murid-murid... Jangan lupakan jasa ibu bapa... Penentu kejayaan adalah kamu sendiri... Jangan gopoh. Jangan ambil mudah... Selamat menghadapi PMR, semoga dapat keputusan cemerlang... Jaga nama baik sekolah."

En. Shamsudin menyampaikan cenderamata kepada calon PMR

Bersama cenderamata masing-masing

Kami doakan kejayaan anda semua...

24. Ziarah Raya: Sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan warga sekolah, program ziarah raya telah disusun, Cik Farah bertindak sebagai penyelaras. Rumah Pn. Rozita mendahului senarai rumah yang dikunjungi oleh guru-guru dan staf sokongan. Semoga usaha ini diberkati Allah dan meningkatkan lagi taaruf antara warga sekolah. Saya berkesempatan ziarah beberapa rumah sahaja. Maaf banyak-banyak kepada tuan rumah yang tidak dapat saya penuhi undangannya. (Kualiti gambar kurang baik, sebab dalam rumah dan guna handphone. Jadi la kan? Daripada takde langsung!) Di rumah Pn. Noormaah;

Terima kasih Ustazah, kami balik dulu...

Dua sahabat...

Pn. Wan Mahanum bersama anaknya, Tn. Hj. Zuhaidi sendirian sahaja!

Pn. Fakhriah turut hadir bersama anaknya

Bujang bertiga, ditemani En. Shamsudin. Mereka puasa...

Pn. Noormaah melayan tetamu. Moga diberkati dan murah rezeki.

Di rumah Pn. Rozita;

Pn. Rozita sedang melayan tetamu. Ustaz yang dua orang tu, sedang menambah..!

Dari kiri; Pn. Najah, Zairus, Pn. Noormaah dan Pn. Norliza. Nampak gaya, masing-masing macam dah selesai... Yang puasapun datang sama, meraikan undangan tuan rumah.

Dari kiri; Us. Faizal, Farid dan Hisham. Bersemangat betul! Maklum la, nak tolong kawan habiskan makanan yang dia sediakan!

23. Majlis Penutup Bulan Patriotisme, 22 September: Dikelolakan oleh Panitia Sejarah sebagai menyambut ulang tahun Kemerdekaan Kali ke 53. Tiga teks ucapan dibaca: Titah SPBYDP Agong, TPM dan KPPM.

Tn. Hj. Mohd Zuhaidi, PK1: "Kemerdekaan menurut Islam ialah memerdekakan diri dari hawa nafsu"

"Disini lahirnya sebuah cinta, Yang murni abadi sejati, Disini tersemai cita cita, Bercambah menjadi warisan..." Warisan (Sudirman)

"Aku bukanlah seorang perwira, Gagah menjunjung senjata, Namun hati rela berjuang, Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini..."

Juara kelas 'paling patriotik' - 4 Shafie

22. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri, 17 September: Kelab Staf dengan kerjasama PIBG telah berjaya menganjurkan sambutan aidil fitri. Selain jamuan, turut diselitkan ucapan wakil pelajar, ucapan YDP dan persembahan pelajar. Tahniah dan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan majlis.

Kenangan; sebahagian murid yang hadir

Pesanan YDP PIBG: Nama baik sekolah terletak pada murid-murid... Bukan sahaja jadi orang berjaya, tapi jadi orang berguna... Jangan persiakan harapan ibu bapa.

Berdendang mari berdendang, Berdendang di seluruh alam, Bergema suara bergema, Nazam lebaran...

Lelong! Banyak kuih lebih untuk dibawa pulang...

21. IHYA RAMADHAN Sempena Ramadhan, sekolah menyusun beberapa aktiviti. Sesuai dengan bulan memperbanyakkan ibadah dan menghampirkan diri kepada Allah, agar di akhir Ramadhan lahir sebagai insan bertaqwa. Moga usaha kerdil ini diberkati Allah. Tahniah kepada Us. Hisham, Ust. Faridah dan semua guru serta murid yang terlibat menjayakan Ihya Ramadhan. (Foto akan menyusul, insya Allah) a. Program Tilawatul Quran dipimpin oleh Us. Hisham. Bergema sekolah dengan bacaan anak-anak murid.

b. Tazkirah Ramadhan

c. Solat Dhuha d. Bacaan Al-Mathurat

Anda mungkin juga menyukai