Anda di halaman 1dari 9

Pada akhir sesi ini, pelajar akan dapat: Mengenalpasti ciri-ciri falsafah Islam Membincangkan ciri-ciri pendidikan Islam

am Menghuraikan konsep falsafah pendidikan Islam Membezakan falsafah pendidikan Islam dengan falsafah pendidikan moden. Menghuraikan pendapat beberapa ahli falsafah Muslim tentang manusia dan pendidikan.

Ciri ciri Falsafah Islam Berlandaskan pemikiran yang sistematik Merangkumi sejarah Islam yang dibina oleh kaum Muslimin dalam keadaan jiwa yang murni terhadap manusia, alam fizikal dan metafizik. Ia wujud dalam lingkungan dan batasan yang dibenarkan oleh Al-Quran dan Sunnah untuk mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM Merupakan bimbingan kepada rohani dan jasmani berdasarkan hukum-hukum Islam. Ia membimbing kepada pembentukan keperibadian yang berlandaskan syariah Islam. Ia merangkumi semua aspek kehidupan Penyebaran pendidikan dan pengetahuan dilaksanakan dalam bentuk: > Kemahiran secara teknikal Pengalaman berasaskan nilai-nilai yang tetap seperti yang terdapat dalam syariah. Ia berpegang kepada konsep bahawa manusia adalah Khalifah Allah dan tanggung jawab utamanya adalah:

> Beribadat kepada Allah swt. > Melaksanakan syariat Allah swt. yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.

> Memelihara dan memakmurkan bumi ini berlandaskan syariat Allah swt. Dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Pendidikan menurut Islam ialah penghayatan manusia untuk melaksanakan tugasnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dalam keadaan manusia tunduk dan patuh pada perintah Allah swt. Dasar Pendidikan Islam Asas utama pendidikan Islam ialah Rukun Iman, iaitu ia berlandaskan menurut: Keesaan Allah swt Kepercayaan kepada pesuruh-pesuruh Allah swt. Kepercayaan terhadap wahyu Allah swt. Seseorang itu secara semulajadi tidak berdosa dan suci serta mempunyai potensi yang tidak terbatas. Bertanggung jawab terhadap setiap tindakannya sendiri. Kehidupan sesudah mati Persamaan dan persaudaraan

Matlamat Pendidikan Islam Melahirkan manusia yang bertaqwa Melahirkan manusia yang taabbudi dengan mencari keredhaan Allah swt. Membentuk manusia yang bercita-cita tinggi dan menjadikan AlFalah (kejayaan) sebagai tujuan hidup.

Membentuk individu yang beriman, berakhlaq tinggi, berpengetahuan dan beramal soleh Tujuan Pendidikan Islam Menyiapkan dan melengkapkan generasi muda untuk memainkan peranan mereka di dunia dan di akhirat.

Menanamkan keimanan yang kuat kepada Allah swt dalam jiwa. ii. Menanamkan rasa cinta terhadap Al-Quran

Menyemai sifat-sifat berikut:

rasa rela, optimis dan kepercayaan diri memikul tanggung jawab menghormati tugas kerjasama atas tugas dan taqwa kasih sayang inginkan kebaikan pada orang lain kesabaran berjuang untuk kebajikan berpegang teguh kepada prinsip suka berkorban membela agama dan tanah air

Melalui pendidikan, proses pengadaban dapat dilaksanakan.

Rasulullah saw. bersabda: Tuhanku telah mendidikku dan Dia telah mendidikku dengan sebaik-baiknya.

Ia menjelaskan dua unsur penting dalam pendidikan Islam: Pendidikan hendaklah mempunyai asas ketuhanan. Pendidikan hendaklah mempunyai unsur kebaikan.

Tujuan pendidikan Islam menurut Dr. Muhammad Atiyah Al Abrashi: ....... pembentukan akhlaq dan budi pekerti yang sanggup menghasilkan orang-orang berakhlaq, lelaki mahupun perempuan, jiwa yang bersih, kemahuan yang kuat, cita-cita yang besar dan akhlaq yang tinggi, tahu erti kewajipan dan perlaksanaannya, menghormati hak-hak manusia, tahu membezakan baik dan buruk dan mengingatkan Tuhan dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Dalam Islam, ilmu pengetahuan mampu mendidik akhlaq, lebihlebih lagi apabila ia dibawa oleh guru yang baik akhlaqnya.

Ini dijelaskan oleh Dr. Abdul Halim Al -Muhammady:

Pendidikan sebagai proses mendidik dan melatih aqliah, jasmaniah dan rohaniah manusia berasaskan wahyu (Al-Quran) dan Sunnah (Hadith) bagi melahirkan manusia yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Prof. Faisal Osman pula berpendapat: Dengan melalui proses pendidikan berasaskan Islam, manusia akan sentiasa mengingati status dan peranannya di dunia sebagaimana dijelaskan oleh Al Quran. Ini bermaksud: Status manusia yang kekal abadi sebagai makhluk dan hamba Allah swt. Status manusia sebagai Khalifah Allah Manusia diizinkan oleh Allah swt. Untuk memanfaatkan alam ini dengan syarat diusahakan sebaik mungkin berdasarkan konsep keadilan Islam.

Pendidikan sebagai satu institusi sosial; harus berkembang secara berperingkat mengikut keperluan masyarakat. Pendidikan berlaku jika ada ketaatan yang timbul dari penghormatan, kepercayaan, kemesraan dan kekenalan. Melalui wahyu, manusia telah diajak berfikir oleh Allah swt. Rasulullah saw. telah menggariskan dalam hadis-hadisnya, antaranya:

Tiada beragama orang yang tidak mahu berfikir. Berbicaralah mengikut kemampuan fikiran orang yang diajak berbicara. Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu. (Bermaksud - dalam perkara-perkara teknikal atau cara perlaksanaan yang menggunakan fikiran).

Konsepsi Pendidikan Islam Ibnu Sina menyarankan: Seseorang itu seharusnya membiasakan diri dengan akhlaq yang baik. Melatih daya intelek bermula dengan membaca Al-Quran. Selepas itu barulah dididik mengikut bakat masing-masing.

Pendidikan sebagai satu institusi sosial; harus berkembang secara berperingkat mengikut keperluan masyarakat.

Pendidikan berlaku jika ada ketaatan yang timbul dari penghormatan, kepercayaan, kemesraan dan kekenalan. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Takrifan FPI Hassan Langgulung (1994) menjelaskan:

> FPI ialah falsafah yang menentukan tujuan, maksud, objektif dan nilai yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh Falsafah Islam dan dilaksanakan oleh proses pendidikan. FPI menekankan kepentingan konsep jantung, iaitu ia merupakan nadi kepada penghidupan dan punca kepada pengenalan kebenaran dalam pendidikan. > Mengikut Imam Al Ghazali: Apabila kita memperkatakan tentang jantung, kita mengatakan tentang realiti manusia. Ia merupakan ruh (spirit) dan kadang-kadang nafs (soul). Ia merupakan raja kepada seluruh badan, kewujudan Tuhan dan persepsi berkenaan denganNya merupakan fungsinya. Pra-Syarat Membina FPI Menurut Al-Syaibani (1979). Ia perlulah sesuai dengan ruh (jiwa) Islam, memahami dan menyedari tentang aqidah, ajaran dan syariahnya. Mempuyai kaitan dengan realiti masyarakat, kebudayaan, sistem sosial, ekonomi dan politik. Bersifat terbuka kepada segala pengalaman kemanusiaan yang baik. Dibina juga atas pengalaman lampau dengan kajian terhadap faktor dan aspek kehidupan, ilmu dan cabang pengetahuan. Bersifat sejagat dengan mengambil kira faktor-faktor rohaniah, budaya, sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan psikologikal yang mempengaruhi proses dan usaha pendidikan. Bersifat memilih (selective) terhadap sumber-sumber ilmu dan jenis-jenisnya dengan memastikan susunan keutamaan dan baik serta sesuai dengan Islam.

Bebas daripada pencanggahan antara prinsip-prinsip dan kepercayaan-kepercayaan. Benar dan sejahtera dalam andaian, contoh dan fikiranfikiran menjadi asasnya, sekaligus mempunyai klasifikasi, jelas terperinci hingga ke akar umbinya. Ada kerjasama secara kolektif dari pakar-pakar, para pendidik dan setiap individu yang berminat dengan pendidikan. Bersifat dinamik dan fleksibel, boleh berubah dan dikembangkan bersesuaian dengan perkembangan penyelidikan dan kajian dalam bidang-bidang pendidikan dan perkembangan ijtihad dalam hukum-hukum agama. Kepentingan FPI FPI sangat penting dan berperanan dalam memberikan alternatif penyelesaian bagi masalah-masalah pendidikan. Hala tujunya jelas, baik dan ideal: FPI berusaha memahami masalah yang dihadapi oleh umat Islam secara lebih terperinci disamping usaha menyelesaikannya dengan alternatif yang sesuai. FPI memberikan pandangan sebenar tentang hakikat manusia dan tujuan hidupnya, seterusnya membentuk objektif perlaksanaannya. FPI membentuk kurikulum yang membimbing manusia untuk mengembangkan dan melaksanakan potensi fitrah mereka bersesuaian dengan kehendak Allah swt. FPI menganalisis masalah-masalah pendidikan semasa untuk melihat sejauhmanakah perlaksanaan falsafah pendidikan telah dijalankan dengan jayanya.

PERBEZAAN DI ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN (FPM) FPI berasaskan kepada ketuhanan sementara FPM merupakan hasil dari pemikiran manusia yang terhad dan tidak melihat kepada kebenaran mutlak.

FPM tidak berkekalan dan boleh dikritik, menidakkannya dan akhirnya akan diganti dengan FPI. FPM bercelaru dalam menentukan tujuan dan objektif pendidikan. > Terdapat krisis dalam membentuk sistem nilai Dalam zaman moden, tujuan wujudnya manusia tidak jelas. > Oleh itu, sukar untuk mendapatkan satu pendekatan dalam pendidikan. FPM menekankan aspek rasional manusia dan mengabaikan pentingnya jantung dalam pendidikan. > Ia mengabaikan jantung dan hanya menekankan kepentingan kepala (minda). Dari segi pandangan ini, pendidik moden yang menekankan pragmatisme sukar untuk dicontohi kerana penekanan terhadap kebenaran mutlaknya adalah melalui aspek amalan sahaja. PENDAPAT AHLI FALSAFAH MUSLIM MENGENAI PENDIDIKAN Al Farabi

Berpandangan bahawa manusia tidak boleh hidup bersendirian; mereka mesti tahu menyesuaikan diri dalam masyarakat. Merupakan pengasas epistemologi berdasarkan penaakulan sejagat (universal reasoning). Berusaha menyatukan dunia Islam dengan menggunakan falsafah politik. Tujuan utama pengetahuan adalah pengetahuan terhadap Tuhan. Iaitu p pengetahuan yang: D Dapat membentuk moral individu Membantu mencari sebab kewujudannya > Aspek ini memajukan intelek individu dan membolehkannya mencapai hikmah. Falsafah dan agama adalah ekspresi kepada satu kebenaran. Kaedah golongan elit adalah melalui demonstrasi Ia dilaksanakan melalui pertuturan dan penguasaan nilai teoritikal.

Proses perbincangan dan dialog merupakan aktiviti utama. Ibnu Sina Merupakan pakar perubatan fizikal dan jiwa; juga merupakan seorang ahli sains, matematik dan sasterawan. Pengarang kitab berkaitan kesihatan fizikal dan pikologikal iaitu Qanun Fi Al Tibb (The Canons of Medicine). Berpendapat bahawa sesuatu penyakit itu boleh diubati melalui pengubatan jiwa jika cara pengubatan biasa tidak berkesan. Mempercayai bahawa setiap rangsangan ada tindak balasnya oleh itu tindakan-tindakan dan perbuatan-perbuatan yang dilakukan juga boleh menyembuhkan penyakit. Pengalaman pancaindera amat mempengaruhi seseorang manusia yang menentukan berbagai fungsi jiwa manusia, cth: rasa ingin memiliki dan membinasakan. Abul Hassan Al Mawardi Berpendapat bahawa satu masyarakat mesti mempunyai pertalian bagi menghasilkan perpaduan dikalangan ahlinya. Pertalian yang dimaksudkan adalah: P P Pertalian darah keturunan Pertalian berasaskan perkahwinan, agama atau kecintaan terhadap sesuatu benda atau hala tuju. Pertalian yang dicapai akan membentuk satu akhlaq yang sempurna. Dalam masyarakat perlu ada pemimpin untuk meyelaraskan tugas-tugas. Imam Al Ghazali Pengarang kitab Ihya Ulumuddin Berpendapat bahawa tingkah laku atau aktiviti psikologi seseorang itu bergantung kepada minat dan penggerak (motivasi). > Semakin kuat pengetahuan dan minat, maka semakin kuat kemahuan seseorang melaksanakan kerja atau tugasan. Beliau mementingkan pendidikan akhlaq manusia

Percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua. Pernah mendirikan sekolah untuk menyampaikan pengajarannya. Beliau juga melihat kepada pengalaman langsung dalam proses pendidikan. Syed Qutb Pendidikan pada pendapatnya mempunyai tujuan yang besar dan komprehensif. Pendidikan mengambilkira keseluruhan hidup manusia dari aspek fizikal, rohani, intelek, akhlaq dan keindividuan. Pendidikan berperanan meyediakan insan yang soleh Agama tidak boleh dipisahkan dari pendidikan ilmu dunia dan akhirat berjalan serentak. Tamat

Anda mungkin juga menyukai