Universiti Putra Malaysia Press Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor MOHAMAD FAZLI SABRI & TEOH YONG YONG Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Keprihatinan alam sekitar, kepenggunaan hijau, produk hijau, pengguna ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Seramai 80 orang pekerja daripada syarikat Schmidt BioMedTech Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan sistematik. Maklumat dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan 'SPSS for Windows: Lebih daripada 70% responden mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi tetapi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan responden adalah sederhana. Kebanyakan responden kadangkala menggunakan produk hijau dan sumber utama mereka mendapatkan maklumat tentang produk hijau adalah melalui surat khabar dan televisyen. Responden mempunyai persepsi yang positif terhadap produk hijau. Analisis terperinci mendapati terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau (r=0.301, p:O;O.OI). Ini bermakna semakin tinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakin tinggi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. HasH kajian ini memberi implikasi bahawa pihak kerajaan, pengguna, organisasi perniagaan, persatuan pengguna dan organisasi bukan kerajaan yang lain mempunyai tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaan alam sekitar. ABSTRACT This research was conducted to study the level of environmental concern and practices in green consumerism among consumers in Petaling Jaya, Selangor. A total of 80 working adults at Schmidt BioMedTech Sdn. Bhd. were selected as respondents using systematic sampling method. Data were collected through a self-administered questionnaire. Data collected were analysed using 'SPSS for Windows'. More than 70% respondents have high level of environmental concern but moderate level of green consumerism practices. Most of the respondents use green products occasionally and their main sources of information of such products come from newspaper and television. The study also revealed that in general the consumers have positive perceptions on green products. The findings showed that there is a positive and significant relationship between the level of environmental concern and practices in green consumerism (r=0.301, p:O;O.OI). This indicates that the higher the level of environmental concern, the higher the level of practices in green consumerism among consumers. However, the findings also showed that there is considerable discrepancy between level of environmental concern and level of green consumerism practices. The implication of the study showed that coordinate effort should be taken by various agencies such as government, consumers, business organizations, consumer groups and other non- governmental organizations to enhance sustainable practices among Malaysian consumers. PENDAHULUAN Masalah alam sekitar seperti pencemaran air dan udara bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Sejak dekad yang lalu, peristiwa seperti tumpahan minyak Exxon pada tahun 1990 telah memusnahkan kehidupan liar dan sebahagian Mohamad FazIi Sabri & Teoh Yong Yong pinggiran laut Alaskan. Pada tahun 1991 pula, pembakaran telaga minyak di Kuwait telah membebaskan 200 juta tan gas karbon dioksida ke atmosfera (Winchip 2003). Kemusnahan alam sekitar ini sangat berkait rapat dengan perbuatan manusia sendiri. Pembangunan oleh manusia yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi semata-mata telah menyebabkan penyusutan sumber alam dan pencemaran. Masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius telah mengalihkan gerakan ekologi daripada pinggiran dan meletakkan keprihatinan alam sekitar pada aliran utama (Ottman 1992a). Di negara barat, gerakan hijau telah menjadi salah satu isu penting dalam kalangan masyarakat sejak dekad yang lalu. Pihak peniaga, kerajaan dan pengguna semakin sedar dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar (Martinsons et al. 1996). Perkembangan keprihatinan alam sekitar telah mula mengubah sikap dan tingkah laku manusia terhadap alam sekitar. Semakin ramai individu sedar bahawa pembelian dan penggunaan mereka boleh memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar. Justeru itu, suatu perubahan dalam pola pembelian pengguna telah berlaku dengan semakin banyak pengguna mengalihkan pembelian mereka kepada produk yang lestari atau mesra alam dan mengenepikan produk yang boleh merosakkan alam sekitar (Morris et aL 1995). Trend baru ini telah dikenali sebagai kepenggunaan hijau (green consumerism). Ottman (1992a) telah mendefinisikan kepenggunaan hijau sebagai usaha yang dilakukan oleh sekumpulan individu untuk melindungi diri mereka dan dunia melalui kuasa pembelian. Pengguna hijau akan sentiasa memastikan produk yang dibeli tidak memudaratkan alam sekitar dalam usaha mereka untuk melindungi alam ini. Walaupun amalan kepenggunaan hijau telah lama berkembang di negara barat, konsep ini masih lagi asing bagi kebanyakan pengguna di negara kita. Oleh itu kajian ini akan memberi fokus kepada keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. Selain itu, kajian ini juga akan memberi tumpuan kepada persepsi pengguna terhadap produk hijau (produk mesra alam). Pembangunan ekonomi dan industri di seluruh dunia telah menghasilkan pelbagai masalah sosial yang baru walaupun ia dapat meningkatkan tahap kehidupan dan kemewahan material penduduk dunia (Martinsons et aL 1996). Salah satu masalah sosial ini ialah keadaan alam sekitar yang semakin merosot. Sejak beberapa dekad yang lalu, alam semula jadi telah mula mengalami beberapa perubahan seperti pencemaran air dan udara, pengurangan sumber semula jadi, penipisan lapisan ozon, pengurangan kawasan paya bakau dan hutan rimba, hujan asid dan peningkatan suhu secara global (Mohd Rafi et ai. 2003; Martinsons et ai. 1996). Kesan kemerosotan alam sekitar secara global dapat dilihat melalui kesan rumah hijau yang semakin serius. Aktiviti manusia yang pelbagai telah meningkatkan jumlah gas rumah hijau dalam atmosfera (kebanyakannya ialah karbon dioksida yang terhasil daripada pembakaran arang batu, minyak dan gas; bercampur 'dengan beberapa gas lain yang peratusannya kecil). Pada abad yang lalu, suhu permukaan global telah meningkat pada kadar lebih kurang 0.6C/abad, tetapi kadarnya telah meningkat secara dramatik kepada hampir 20C/ abad dalam masa 25 tahun yang lalu ( ational Climatic Data Center 2002). Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sedang menghadapi cabaran yang besar dalam memastikan pembangunan yang lestari dan mampan. Kualiti udara di bandar, kualiti air sungai, kemusnahan kawasan hutan rimba, sisa buangan isi rumah dan sisa berbahaya merupakan beberapa contoh isu alam sekitar yang dihadapi oleh negara kita (Aini et aL 2003). Pencemaran udara terutamanya di bandar telah berlaku melalui pembakaran bahan api fosil dalam proses perindustrian, pengeluaran tenaga dan pengangkutan, pembersihan tanah dan hutan secara pembakaran terbuka serta pembakaran sisa domestik dan industri (Kualiti Hidup Malaysia 2002). Punca utama pencemaran udara negara yang dikenal pasti adalah kenderaan bermotor. Dianggarkan sejumlah 2 juta tan karbon monoksida, 237,000 tan nitrogen oksida, 111,000 tan hidro karbon, 38,000 tan sulfur dioksida dan 17,000 tan partikulat dilepaskan ke atmosfera kerana pelepasan asap daripada kenderaan bermotor (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Selain pencemaran udara, perairan pantai di negara kitajuga tercemar dengan minyak dan gris yang disebabkan oleh tumpahan minyak di perairan Malaysia (Rancangan Malaysia Kelapan 2001). Pada masa yang sama, air sungai juga tercemar oleh pembuangan sisa domestik dan 96 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara tahun 1995 hingga 1999, bilangan air sungai yang bersih telah berkurang daripada 48 kepada 32 batang, bilangan air sungai yang sedikit tercemar meningkat daripada 53 kepada 75 batang dan bilangan air sungai yang sangat tercemar menurun daripada 14 kepada 13 batang (Rancangan Malaysia Kelapan 2001). Ini menunjukkan bilangan air sungai bersih di negara kita semakin berkurangan dan masalah pencemaran air semakin serius. Masalah pencemaran ini harus diberi perhatian yang sepenuhnya kerana sungai merupakan sumber utama bagi pembekalan air untuk isi rumah (Aini dan Roslina 2002). Bekalan air yang tercemar akan memberi impak yang sangat serius terhadap kesihatan manusia secara langsung. Memandangkan kesan alam sekitar terhadap manusia adalah tanpa sempadan dan kualiti hidup generasi sekarang dan akan datang bergantung pada perlindungan dan penjagaan ekosistem, alam sekitar kita memerlukan keprihatinan oleh seluruh dunia. Pada masa yang sarna, adalah penting untuk pengguna membina rasa bertanggungjawab terhadap ekosistem yang semakin tenat ini dengan membeli dan menggunakan produk yang dapat membantu melindungi bumi kita (Winchip 2003). Ini kerana masalah alam sekitar adalah berpunca daripada pola pengeluaran industri, pola penggunaan dan tingkah laku pengguna sarna ada secara langsung atau tidak langsung. Walaupun gerakan hijau di Malaysia dan negara sedang membangun yang lain sedang berkembang tetapi perkembangannya masih berada pada kadar yang lambat (Mohd Rafi et at. 2003). Sehingga kini sedikit bJian yang telah dijalankan untuk mengkaji amalan kepenggunaan hijau dan persepsi pengguna terhadap produk hijau di Malaysia. Oleh itu kajian ini dijalankan secara khususnya untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut: (i) Apakah profil pengguna yang mengamalkan amalan kepenggunaan hijau?; (ii) Sejauh manakah tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau dipraktiskan dalam kalangan pengguna?; dan (iii) Apakah persepsi pengguna terhadap produk hijau? KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN Keprihatinan tentang alam sekitar telah berkembang sejak 1960an lagi (Straughan dan Roberts 1999). Pada tahun 1970an, keprihatinan terhadap isu alam sekitar terus meningkat berikutan sebilangan inisiatif perundangan yang dibentuk untuk memperbaiki masalah alam sekitar. Walau bagaimanapun, pelbagai tragedi dan peristiwa berkait dengan alam sekitar yang berlaku pada akhir 1980an telah menjadikan isu alam sekitar sebagai tumpuan dunia sekali lagi. Salah satu peristiwa yang berlaku ialah penemuan lubang pada lapisan ozon yang melindungi bumi kita (Ottman 1992b). Di Amerika Syarikat, semakin ramai orang yang melihat masalah alam sekitar sebagai masalah yang serius, semakin teruk dan mengancam kesejahteraan manusia (Dunlap dan Scarce 1991). Dalam satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1991, lebih satu per enam orang dewasa yang ditemu bual memilih alam sekitar sebagai isu paling penting yang sedang dihadapi oleh Amerika Syarikat. Walaupun ekonomi masih merupakan pilihan utama orang ramai, semakin banyak individu enggan mengorbankan kualiti alam sekitar untuk keadaan ekonomi yang lebih baik (Ottman 1992b). Di Malaysia, kajian-kajian awal yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur-PetalingJaya pada tahun-tahun 1970an dan 1980an telah menunjukkan orang ramai semakin sedar tentang kemerosotan alam sekitar tetapi mereka tidak memberikan perhatian yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah alam sekitar. Masyarakat awam pada masa itu masih menumpukan perhatian mereka kepada masalah yang lebih mendesak bagi mereka seperti masalah perumahan, pengangguran dan kemiskinan (Abdul Samad 1990). Satu lagi kajian awal yang dijalankan di Pulau Pinang juga menunjukkan hasil kajian yang hampir sarna iaitu orang ramai didapati Iebih mementingkan isu-isu lain seperti pendidikan, inflasi dan pengangguran berbanding isu alam sekitar (Chelliah 1983). Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa tabap keprihatinan orang ramai terhadap alam sekitar pada ketika itu adalah rendah. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini keprihatinan masyarakat terhadap isu alam sekitar semakin meningkat terutama dalam kalangan pengguna bandar di Malaysia dan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Md. Nor dan Suriyati di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur pada tahun 2000. PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 97 Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong Walaupun gerakan hijau di negara membangun ketinggalan berbanding negara barat, keprihatinan alam sekitar dalam kalangan penduduknya semakin meningkat (Yam-Tang dan Chan 1998). Kesedaran alam sekitar mengkehendaki kita supaya sedar tentang cara kehidupan yang akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar, dan cuba mengubah sikap kepada sikap baru yang ingin mengekalkan dan menggalakkan keadaan alam sekitar yang berkualiti (Soon 1988). Menurut Roarty (1997), "pengguna hijau" boleh ditakrifkan sebagai mereka yang mengambil berat tentang alam sekitar dan berusaha untuk membeli produk yang tidak merosakkan alam sekitar. Sikap pengguna didapati mempengaruhi mereka untuk mengamalkan tingkah laku yang mementingkan keselamatan dan kesejahteraan alam sekitar. Sikap pengguna yang positif terhadap alam sekitar menyebabkan mereka lebih cenderung untuk tidak membeli produk daripada syarikat yang mencemarkan alam sekitar dan sanggup berkorban untuk mengurangkan pencemaran. Chan dan Lau (2000) mendapati bahawa keprihatinan dan pengetahuan tentang alam sekitar (ekologi) juga mempengaruhi pengguna untuk mengamalkan tingkah laku yang mesra alam contohnya amalan membeli produk hijau. Satu kajian tentang persepsi terhadap produk hijau dalam kalangan pengguna telah dijalankan di pantai timur Semenanjung Malaysia oleh Mohd Rafi et al. (2003). Kajian ini mendapati kesedaran dalam kalangan pengguna yang berpendidikan tinggi terhadap produk mesra alam masih berada pada tahap yang rendah. Majoriti responden juga tidak memberi keutamaan kepada produk hijau semasa membuat pembelian. Tambahan juga, majoriti responden tidak bersedia untuk membayar lebih untuk semua produk mesra alam tetapi hanya sanggup berbuat demikian untuk sesetengah produk hijau. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya persepsi responden terhadap kebaikan produk hijau didapati positif. Hasil kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Syuhaily dan Ooi (2003) yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur iaitu majoriti responden mereka iaitu 72% menunjukkan sikap yang positif terhadap produk hijau. Kajian-kajian lepas juga menunjukkan terdapat perkaitan antara angkubah demografi pengguna dengan amalan kepenggunaan hijau mereka. Straughan dan Roberts (1999) mendapati ciri-ciri responden iaitu umur,jantina dan pencapaian pendidikan mernpunyai perkaitan yang signifikan dengan tingkah laku pengguna yang mesra alamo Kajian yang dijalankan oleh Laroche et al. (2001) pula m e n u ~ u k k a n faktor jantina mempengaruhi kesediaan pengguna membayar lebih untuk produk hijau. Kajian ini mendapati 57% responden wanita rela membayar lebih untuk produk hijau tetapi hanya 40% lelaki sanggup berbuat demikian. METODOLOGI Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keprihatinan alam sekitar dan arnalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif. Kajian telah dijalankan di sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Schmidt BioMedTech Sdn. Bhd. yang terletak di Wisma Domain, Petaling Jaya, Selangor. Syarikat ini mempunyai seramai 250 orang pekeIja yang terdiri daripada pelbagai etnik. Seramai 80 orang pekerja telah terpilih sebagai responden kajian dengan menggunakan kaedah pensarnpelan sistematik berdasarkan senarai nama pekeIja yang diperoleh daripada bahagian sumber manusia. Instrumen Instrurnen kajian ialah menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Soal selidik terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama ialah latar belakang responden meliputi maklumat seperti umur,jantina, bangsa, pendapatan bulanan, tahap pendidikan, status perkahwinan, bilangan anak dan saiz isi rumah. Manakala bahagian kedua pula berkaitan tahap keprihatinan alam sekitar. Pengukuran tahap keprihatinan diukur menggunakan skala Environmental Concern yang digunakan dalam kajian Minton dan Rose (1997). Skala ini mengandungi 16 item yang mengukur sikap pengguna terhadap isu alam sekitar seperti pencemaran dan pemeliharaan alam sekitar. Responden diberi pilihanjawapan iaitu 4 = sangat setuju, 3 = setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidak setuju. Terdapat dua item negatif dalam skala ini iaitu item 4 dan item 16. ilai kebolehpercayaan yang didapati untuk bahagian ini ialah 0.74. Bahagian ketiga adalah berkaitan amalan kepenggunaan hijau. Sebanyak 20 item yang berkaitan dengan arnalan penggunaan dan 98 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 Tahap Keprihatinan A1am Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna pembelian produk hijau dalam kalangan pengguna telah diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Roberts (1996) yang dikenali sebagai skala Ecologically Conscious Consumer Behavior (ECCB). Responden dikehendaki memilih jawapan iaitu 3 = selalu, 2 = kadang- kadang dan 1 tidak pernah. ilai kebolehpercayaan untuk bahagian ini ialah 0.85. Bahagian keempat soal selidik adalah mengenai persepsi terhadap produk hijau. Persepsi responden terhadap produk hijau telah diukur dengan 15 item yang telah diubah suai daripada kajian Bendixen dan Sandler (1994). Responden diberi pilihan jawapan iaitu 4 = sangat setuju, 3 = setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidak setuju. Item-item dalam bahagian ini telah dibahagikan kepada lima subskala: produk hijau hanya untuk sementara sahaja (green products are a fad) (item 4, 13, 14 dan 18), produk hijau adalah untuk kebaikan masa depan (green products for a better future) (item 6, 8, 10 dan 12), produk hijau memerlukan usaha yang lebih banyak (green products require extra effort) (item 7, 9 dan 17), produk hijau patut mewakili nilai wang (green products should represent value ofmoney) (item 5, 15 dan 16) dan produk hijau membazirkan masa setiap orang (green products are a waste of time for everybody) (item 11 dan 18). Nilai kebolehpercayaan yang didapati untuk bahagian ini ialah 0.65. Penganalisisan Data Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan 'Statistical Package for the Social Science for Windows' (SPSS for Windows). Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan frekuensi, peratusan dan purata. Statistik inferensi pula menggunakan ujian Korelasi Pearson untuk menentukan perkaitan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan responden. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Latar Belakang Responden ]adual 1 menunjukkan maklumat latar belakang responden. Responden k<Yian ini terdiri daripada 38 orang lelaki (47.5%) dan 42 orang perempuan (52.5%). Kebanyakan responden merupakan etnik Cina (62.5%), diikuti dengan etnik Melayu (22.5%) dan etnik India (15.0%). Responden kajian berada dalam lingkungan umur antara 19 hingga 58 tahun dengan purata umur 32.4 tahun. Kebanyakan responden iaitu 45% berumur di antara 21 hingga 30 tahun. Hampir 60% responden masih bujang manakala 40% responden sudah berkahwin. Purata saiz isi rumah responden ialah 4.7 orang. Purata ini adalah lebih tinggi daripada purata saiz isi rumah di kawasan bandar pada tahun 2000 iaitu 4.3 orang (Kualiti Hidup Malaysia 2002). Tahap pendidikan responden menunjukkan hampir 40% mempunyai kelulusan sehingga peringkat ijazah, diikuti dengan mereka yang mempunyai kelulusan diploma (25%). Purata pendapatan bulanan responden ialah RM2482.29. Purata ini adalah lebih tinggi daripada purata pendapatan bulanan isi rumah kasar di Malaysia iaitu RM2472.00 (Rancangan Malaysia Kelapan 2001). Tahap Keprihatinan Alam Sekitar ]adua12 menunjukkan respons pengguna dalam kajian ini terhadap 16 item mengenai tahap keprihatinan terhadap alam sekitar. Min keseluruhan yang dicatatkan ialah 3.16. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap keprihatinan yang tinggi terhadap masalah alam sekitar dan berpendapat bahawa pihak kerajaan, pihak pengeluar, pengiklanan dan sekolah harus memainkan peranan dalam usaha melindungi alam sekitar. Item 15 mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 3.44 dengan majoriti responden (97.6%) menyatakan mereka marah dan berasa kecewa apabila memikirkan cara industri mencemarkan alam sekitar. ilai min kedua tertinggi ialah 3.43 iaitu untuk penyataan "kerajaan sepatutnya memberi subsidi kepada penyelidikan dalam bidang teknologi mengitar semula produk terbuang". Ini terbukti apabila majoriti responden (95.5%) bersetuju terhadap penyataan ini. Keprihatinan pengguna juga dapat dilihat apabila majoriti responden (93.8%) menyatakan "kita tidak berusaha secukupnya untuk melindungi sumber semula jadi yang terhad". Selain itu, responden juga didapati marah dan berasa kecewa apabila mereka memikirkan kesan buruk pencemaran terhadap haiwan dan tumbuhan (92.5%). Ini jelas menunjukkan bahawa responden tidak hanya mementingkan diri sendiri malah mereka turut sama merasakan kesan pencemaran yang berlaku ke atas flora dan fauna yang terdapat dalam sistem ekologi. Majoriti responden (91.3%) menyatakan kerajaan perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk menyokong program perlindungan alam sekitar. PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 99 Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong JADUAL 1 Maklumat latar belakang responden (n=80) Angkubah Jantina Lelaki Perempuan Etnik Melayu Cina India Umur <30 tahun 3040 tahun > 40 tahun Min : 32.4 tahun Status Perkahwinan Bujang Berkahwin Duda/Janda Tahap Pendidikan Sekolah rendah Sekolah menengah Sijil/diploma Ijazah/Ijazah lanjutan Pendapatan Bulanan <RM2,000 RM2,00D-RM3,000 >RM3,000 Min : RM2,482.29 Kekerapan 38 42 18 50 12 31 37 12 47 32 1 1 18 27 34 18 49 13 Peratus (%) 47.5 52.5 22.5 62.5 15.0 38.8 46.3 15.0 58.8 40.0 1.3 1.3 22.5 33.8 42.6 22.5 61.3 16.3 Tanggungjawab menjaga alam sekitar bukan sahaja terhad kepada kerajaan malah ia juga merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk golongan pelajar. Majoriti responden iaitu 91.3% menyatakan mereka bersetuju sekiranya kursus mengenai alam sekitar dijadikan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah dan nilai min yang dicatatkan ialah (3.28). Pendidikan awal di peringkat rendah dilihat sebagai salah satu kaedah yang dapat memupuk nilai, sikap serta amalan positif mengenai tanggungjawab terhadap alam sekitar. Dapatan ini disokong oleh kajian Hsu dan Roth (1996) yang mendapati tahap pendidikan mempunyai perkaitan yang signifikan ke atas pengetahuan dan sikap manusia mengenai alam sekitar. Beliau juga berpendapat pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengetahuan masyarakat awam terhadap isu-isu alam sekitar. Walaupun penguatkuasaan undang-undang dan akta dilakukan oleh kerajaan, ia tidak akan berjaya sekiranya pengguna sendiri tidak memainkan peranan dan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Dapatan kajian menunjukkan responden memberikan nilai min yang tinggi iaitu 3.29 dengan majoriti bersetuju bahawa pengguna wajar memberi perhatian tentang kesan produk yang dibeli terhadap alam sekitar. Menyedari pengaruh iklan ke atas tingkah laku penggunaan dan pembelian dalam kalangan pengguna, lebih daripada 80.0% responden menyatakan mereka bersetuju sekiranya pengiklanan komersil diwajibkan untuk memberitahu keburukan sesuatu produk terhadap alam sekitar. Terdapat empat item atau penyataan yang mendapat nilai min kurang daripada min keseluruhan iaitu 3.16. Kajian mendapati 78.8% responden bersetuju agar produk yang mencemarkan alam sekitar harus dikenakan cukai dan nilai min item ini ialah 3.10. ilai min bagi penyataan "membayar harga yang lebih tinggi untuk produk yang mencemarkan alam sekitar" ialah 2.74 dan peratusan responden yang tidak bersetuju dengan penyataan ini ialah 40%. Dapatan ini menunjukkan bahawa responden cenderung untuk tidak membeli produk yang 100 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna JADUAL 2 Respons terhadap kenyataan tentang keprihatinan alarn sekitar Penyataan Tidak Setuju Min Setuju 1. Kita tidak berusaha secukupnya untuk melindungi sumber 5(6.3) 75 (93.8) 3.38 semula jadi yang terhad. 2. Sumber semulajadi mesti dilindungi walaupun manusia 6 (7.5) 74 (92.5) 3.28 tidak dapat sesuatu produk. 3. Susah hati kerana kerajaan tidak membantu mengawal 13 (16.3) 67 (83.8) 3.24 pencemaran alarn sekitar. 4. Terlalu banyak aduan telah dibuat tentang pencemaran 47 (58.8) 33 (41.3) 2.23 udara dan air daripada keadaan yang sebenar. 5. Marah dan kecewa apabila memikirkan kesan buruk 6 (7.6) 74 (92.5) 3.34 pencemaran terhadap haiwan dan tumbuhan. 6. Kerajaan patut mengeluarkan lebih banyak wang 7 (8.8) 73 (91.3) 3.31 untuk menyokong program perlindungan alarn sekitar. 7. Pengguna patut memberi perhatian tentang kesan 6 (7.5) 74 (92.6) 3.29 produk yang dibeli terhadap alarn sekitar. 8. Membayar harga yang lebih tinggi untuk produk yang 33 (41.3) 47 (58.8) 2.74 mencemarkan alam sekitar. 9. Bekas yang tidak boleh dikitar semula patut dikenakan 32 (40.0) 48 (60.0) 2.65 cukai. 10. Kerajaan patut memberi subsidi kepada penyeiidikan 4 (5.0)_ 76 (95.5) 3.43 dalam teknologi mengitar semula produk terbuang. 11. Pengeiuar diwajibkan untuk menggunakan bahan kitar 10 (12.5) 70 (87.5) 3.26 semula dalam operasi mereka. 12. Pengiklanan komersial diwajibkan untuk memberitahu 11 (13.8) 69 (86.3) 3.20 keburukan sesuatu produk itu terhadap alam sekitar. 13. Produk yang mencemarkan alarn sekitar harus dikenakan 17 (21.3) 63 (78.8) 3.10 cukai. 14. Pelajar wajib mengambil kursus berkenaan alam sekitar. 7 (8.8) 73 (91.3) 3.28 15. Marah dan kecewa apabila memikirkan cara industri 2 (2.5) 78 (97.6) 3.44 mencemarkan alarn sekitar. 16. Isu alarn sekitar telah diberi perhatian yang terlalu banyak 11 (13.8) 69 (86.3) 3.33 dan ia tidak berkaitan dengan saya. Min Keseluruhan 3.16 mencemarkan alam sekitar. Sementara itu, terdapat 60% responden bersetuju bahawa bekas yang tidak boleh dikitar semula patut dikenakan cukai (min=2.65). Nilai min yang terendah untuk bahagian ini ialah 2.23 iaitu untuk penyataan terlalu banyak aduan telah dibuat tentang pencemaran udara dan air daripada keadaan sebenar." Sebanyak 58.8% tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. lni menunjukkan bahawa terdapat banyak lagi kes berkaitan pencemaran udara dan air yang berlaku masih tidak dilaporkan atau mendapat laporan. Rajah 1 menunjukkan taburan responden mengikut tahap keprihatinan alam sekitar. Purata skor keprihatinan alam sekitar yang diperoleh responden ialah 50.5 sementara skor minimum dan skor maksimum yang diperoleh responden masing-masing ialah 38 dan 61. Kebanyakan responden (72.5%) mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi iaitujumlah skor mereka antara 48-64. Manakala 27.5% responden lagi mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang sederhana dengan jumlah skor mereka antara 32-47. Hasil kajian ini m e n u ~ u k k a n tahap keprihatinan alam sekitar dalam kalangan responden adalah tinggi dan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Md. Nor et aL (2000) terhadap pengguna di bandar serta kajian yang dijalankan oleh Aini et at. (2003). Analisis terperinci yang dilakukan mendapati responden yang mempunyai tahap keprihatinan tinggi terhadap alam sekitar terdiri PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 101 Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong Sederhana 27.5% Tinggi 72.5% Rajah 1: Skcrr tahap keprihatinan alam sekitar pengguna daripada responden lelaki, etnik Melayu, berumur lebih daripada 40 tahun, mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000.00 dan mempunyai pendidikan tertiari. Tahap Amalan Kepenggunaan Hijau Amalan Pembelian Produk Hijau Amalan kepenggunaan hijau akan dibincangkan berdasarkan dua dimensi iaitu amalan pembelian dan amalan penggunaan produk hijau. Nilai min keseluruhan bagi 14 item untuk amalan pembelian produk hijau ialah 2.14. ilai min tertinggi yang dicatatkan ialah 2.68 dengan kebanyakan responden (70%) menyatakan mereka selalu membeli produk yang kurang memberi kesan buruk kepada orang lain dan alam sekitar apabila diberi pilihan. Dapatan ini selari dengan kajian Md. or dan Suriyati (2000) yang mendapati kebanyakan responden memberikan keutamaan yang lebih kepada kenyataan yang mempunyai implikasi terhadap orang lain dan alam sekitar. Hampir dua pertiga responden (58.8%) menyatakan mereka tidak akan membeli produk jika syarikat yang menjualnya tidak mempunyai tanggungjawab sosial dan nilai min untuk item ini ialah 2.48. Nilai min ketiga tertinggi yang dicatatkan ialah 2.36 dengan terdapat 43.8% responden yang menyatakan mereka tidak membeli sesuatu produkjika mengetahui produk itu mempunyai potensi merosakkan alam sekitar. Analisis terperinci mendapati peratus responden perempuan lebih tinggi (44.2%) berbanding responden lelaki (21.9%) yang menyatakan mereka tidak membeli produk yang berpotensi mencemarkan alam sekitar. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Holbert et aL (2003) yang mendapati perempuan lebih cenderung untuk mempraktiskan amalan yang mesra alam (Jadual 3) . Seterusnya majoriti responden (91.2%) didapati berusaha untuk membeli produk yang kurang bahan pencemar. Kajian Juga mendapati lebih daripada satu pertiga responden menyatakan mereka selalunya tidak membeli produk keperluan rumah yang alam sekitar. Dapatan kajian di atas Jelas menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai amalan pembelian produk hijau. Terdapat enam item atau penyataan yang mempunyai nilai min kurang daripada nilai min keseluruhan. Sebanyak 27.5% responden menyatakan mereka tidak pemah membeli kertas tandas yang diperbuat daripada kertas kitar semula dan 21.3% pula didapiti tidak pemah kertas tisu yang diperbuat daripada kertas kitar semula. Nilai min bagi kedua-dua item ini ialah 1.95. Hanya sebilangan kecil sahaja responden (21.3%) menyatakan mereka selalu ahli keluarga atau kawan supaya udak membeli produk yang merosakkan alam sekitar. Nilai min terendah untuk amalan pembelian produk hijau ialah 1.83 untuk item "Tidak membeli produk yang mempunyai pembungkusan yang berlebihan. Hanya 10% sahaja yang menyatakan mereka selalu melakukan amalan ini. Amalan Penggunaan Produk Hijau Jadual 4 menunjukkan respons pengguna terhadap enam item mengenai amalan penggunaan produk hijau. ilai min keseluruhan yang dicatatkan ialah 1.97. Terdapat dua item yang mempunyai nilai min 2.00 dan ke atas. Nilai min tertinggi ialah 2.45 bagi item "Memilih produk yang paling kurang menyebabkan pencemaran". Ini dapat dilihat apabila lebih satu perdua responden dalam kajian Illl menyatakan mereka selalunya memilih produk yang paling kurang menyebabkan pencemaran. . Nilai kedua tertinggi ialah 2.00 dengan leblh danpada dua pertiga responden menyatakan mereka kadangkala sahaja 102 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna JADUAL 3 Amalan pembelian produk hijau Kenyataan Tidak Kadang- Selalu Min pernah kadang 1. Membeli kertas tandas yang diperbuat daripada 22 (27.5) 40 (50.0) 18 (22.5) 1.95 kertas kitar semula. 2. Membeli kertas tisu yang diperbuat daripada 17 (21.3) 50 (62.5) 13 (16.3) 1.95 kertas kitar semula. 3. Membeli produk kertas yang diperbuat 10 (12.5) 58 (72.5) 12 (15.0) 2.03 daripada kertas kitar semula. 4. Meyakinkan ahli keluarga atau kawan supaya tidak 22 (27.5) 41 (51.3) 17 (21.3) 1.94 membeli produk yang merosakkan alam sekitar. 5. Membeli produk yang dibungkus dalam bekas yang 12 (15.0) 38 (47.5) 30 (37.5) 2.23 boleh dikitar semula. 6. Membeli produk yang boleh dikitar semula. 16 (20.0) 53 (66.3) 11 (13.8) 1.94 7. Tidak membeli produk yang mempunyai 22 (27.5) 50 (62.5) 8 (10.0) 1.83 pembungkusan yang berlebihan. 8. Tidak membeli sesuatu produk jika mengetahui 6 (7.5) 39 (48.8) 35 (43.8) 2.36 produk itu mempunyai potensi merosakkan alam sekitar. 9. Membeli sesuatu produk kerana produk itu 11 (13.8) 41 (51.3) 28 (35.0) 2.21 kurang menyebabkan pencemaran. 10. Tidak membeli produk dalam bekas aerosol. 21 (26.3) 47 (58.8) 12 (15.0) 1.89 11. Berusaha untuk membeli produk yang 7 (8.8) 43 (53.8) 30 (37.5) 2.29 mengandungi kurang bahan pencemar. 12. Membeli produk yang kurang memberi kesan buruk kepada 2 (2.5) 22 (27.5) 56 (70.0) 2.68 orang lain dan alam sekitar apabila diberi pilihan. 13. Tidak membeli sesuatu produkjika syarikat yang 9 (11.3) 24 (30.0) 47 (58.8) 2.48 menjualnya tidak mempunyai tanggungjawab sosial. 27 (33.8) 14. Tidak membeli produk keperluan rumah 8 (10.0) 45 (56.3) 2.24 yang merosakkan alam sekitar. Min Keseluruhan 2.14 mengehadkan penggunaan produk yang diperbuat daripada sumber yang terhad. Kajian mendapati terdapat 23.8% responden menyatakan mereka tidak pernah mengitar semula bahan buangan isi rumah dan nilai min untuk item tersebut ialah 1.98. Dapatan kajian ini selari dengan hasil kajian Aini et ai. (2003) yang menunjukkan secara purata responden kadangkala mengitar semula bahan buangan isi rumah. Ini mungkin disebabkan tiada pusat kitar semula yang disediakan di sekitar kawasan tempat tinggal dan amalan ini memerlukan usaha dan tenaga yang banyak. Contohnya, amalan membahagikan sampah isi rumah mengikut jenis memerlukan usaha dan masa daripada pengguna. Nilai min kedua terendah ialah 1.89 bagi item "Menukar produk atas alasan ekologi". Hampir 28% responden menyatakan mereka tidak pernah melakukan amalan tersebut. Lebih daripada satu perdua responden menyatakan mereka tidak pernah mengurangkan pemanduan kereta untuk menjimatkan wang dan nilai min untuk item ini ialah 1.60. Rajah 2 menunjukkan kebanyakan responden (71.3%) mempunyai tahap amalan kepenggunaan hijau yang sederhana. Sementara itu, 21.3% responden mempunyai tahap amalari kepenggunaan hijau yang tinggi dan sebilangan kecil responden (7.5%) mempunyai amalan kepenggunaan hijau yang rendah. Nilai min keseluruhan amalan kepenggunaan hijau ialah 2.09. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepenggunaan hijau pengguna dalam kajian ini adalah sederhana dan ini selari dengan hasil kajian Aini et ai. (2003) yang menunjukkan tingkah laku yang mesra alam hanya diamalkan dengan sederhana oleh pengguna. Analisis terperinci menunjukkan pengguna yang mempunyai tahap amalan kepenggunaan hijau yang tinggi terdiri daripada responden perempuan, etnik Melayu dan Cina, berumur lebih daripada 40 tahun, mempunyai pendapatan PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 103 Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong JADUAL 4 Amalan penggunaan produk hijau Kenyataan Tidak pernah 1. Kurang memandu kereta untuk 42 (52.5) menjimatkan tenaga. 2. Mengitar semula bahan buangan 19 (23.8) isi rumah. 3. Menggunakan detergen (atau sabun) 19 (23.8) kurang fosfat untuk mencuci baju. 4. Mengehadkan penggunaan produk yang 15 (18.8) diperbuat daripada sumber yang terhad. 5. Memilih produk yang paling kurang 5 (6.3) menyebabkan pencemaran. 6. Menukar produk atas alasan ekologi. 22 (27.5) Min Keseluruhan Rendah 7.5% Sederhana 71.3% Kadang- Selalu Min kadang 28 (35.0) 10 (12.5) 1.60 44 (55.0) 17 (21.3) 1.98 47 (58.8) 14 (17.5) 1.94 50 (62.5) 15 (18.8) 2.00 34 (42.5) 41 (51.3) 2.45 45 (56.3) 13 (16.3) 1.89 1.97 Tinggi 21.3% Rajah 2: Skor tahap amalan kepenggunaan hijau pengguna bulanan melebihi RM3,000.00 dan mempunyai pendidikan tertiari. Persepsi Pengguna Terhadap Produk Hijau Hasil kajian mendapati majoriti responden (91.3%) pemah menggunakan produk hijau sebelum ini, tetapi hanya 20% daripada jumlah responden selalu menggunakannya. Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir responden iaitu hampir 10% tidak pemah menggunakan produk hijau. Sumber utama responden mendapat maklumat tentang produk hijau ialah surat khabar atau majalah (41.1%) dan televisyen (34.1%). lni selari dengan hasil kajian Benxiden dan Sandler (1994) dan Mohd Rafi et at. (2003) yang menunjukkan kedua-dua media elektronik dan media cetak memainkan peranan penting sebagai sumber maklumat utama berkenaan produk hijau. ]adual 5 menunjukkan nilai min bagi lima subskala persepsi responden terhadap produk hijau. Kedua-dua nilai min untuk subskala 2 (Produk hijau adalah untuk kebaikan masa depan) dan subskala 4 (Produk hijau patut mewakili nilai wang) ialah 3. lni menunjukkan secara puratanya pengguna dalam kajian ini bersetuju dengan kebaikan jangka panjang produk hijau dan berpendapat bahawa harga produk hijau patut dikurangkan mengikut kemampuan orang ramai serta pengesahan harus diberikanjika produk itu mesra alam (Jadual 5). Sebaliknya, nilai min bagi tiga subskala yang lain iaitu subskala 1 (Produk hijau hanya untuk sementara sahaja), subskala 2 (Produk hijau memerlukan usaha yang lebih banyak) dan subskala 5 (Produk hijau membazirkan masa setiap orang) ialah 2. lni menunjukkan secara puratanya pengguna tidak bersetuju dengan persepsi bahawa produk hijau merupakan suatu ikutan oleh orang ramai untuk sementara waktu sahaja dan usaha yang lebih banyak diperlukan semasa membeli dan menggunakan produk hijau. Selain itu, mereka juga tidak bersetuju bahawa produk hijau tidak memberi sebarang faedah kepada pihak penjual, pengeluar atau terhadap alam sekitar kita. 104 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna JADUAL 5 Persepsi pengguna terhadap produk hijau Penyataan Subskala 1: Produk hijau hanya untuk sementara sahaja i. Produk ini merupakan suatu gimik pemasaran yang bijak. ii. Membe1i produk ini merupakan suatu perbuatan yang mengikut fesyen. iii. Produk ini menjadi pilihan untuk sementara sahaja. iv. Produk ini tidak banyak membantu dalam memelihara alam sekitar. Purata Subskala 2: Produk hijau adalah untuk kebaikan masa depan i. Membeli produk hijau akan memberi tekanan kepada syarikat supaya menjadi lebih sedar terhadap alam sekitar. ii. Produk ini berbaloi dengan wang yang dibelanjakan demi alam sekitar. iii. Produk ini merupakan suatu pelaburan untuk generasi masa depan. iv. Produk ini membantu negara. Purata Subskala 3: Produk hijau memerlukan usaha yang lebih banyak i. Kualiti produk ini lebih baik berbanding produk yang tidak mesra alamo ii. Penggunaan produk ini menyusahkan. iii. Produk ini telah dibe1i oleh kebanyakan pembeli. Purata Subskala 4: Produk hijau patut mewakili nilai wang i. Produk ini terlalu mahal jika dibandingkan dengan jenama lain yang lebih kurang sarna. ii. Produk yang dikatakan mesra alam patut diuji kebenarannya; sekiranya benar, produk ini patut diberi label mesra alam yang khas oleh pihak berkuasa. iii. Produk ini patut dijual pada harga yang lebih murah untuk menggalakkan orang ramai membelinya. Purata Subskala 5: Produk hijau membazirkan masa setiap orang i. Produk ini kurang menguntungkan bagi pihak pengeluar dan pasar raya. ii. Produk ini tidak banyak membantu dalam memelihara alam sekitar. Purata Min Keseluruhan Nilai min 2.68 2.16 2.14 2.14 2.28 2.95 2.98 3.24 3.21 3.10 2.86 1.93 2.45 2.41 2.81 3.46 3.48 3.25 2.16 2.14 2.15 2.71 Nota: I 2 Sangat tidak setuju Tidak setuju 3 4 Setuju Sangat setuju Perkaitan Di antara Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna Jadual 6 menunjukkan terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau (r=0.301, p = 0.007). Ini menunjukkan semakin tinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakin tinggi tahap amalan kepenggunaan hijau yang dipraktiskan oleh pengguna. Pengguna yang memberi perhatian tentang kesan produk yang dibeli terhadap alam sekitar dan menyatakan mereka marah apabila memikirkan cara industri mencemarkan alam sekitar akan selalu memilih produk yang paling kurang memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan tidak membeli sesuatu produk jika syarikat yang menjualnya tidak mempunyai tanggungjawab sosial. Kajian yang dijalankan oleh Minton dan Rose (1997) juga mendapati seseorang yang lebih prihatin terhadap alam sekitar akan lebih cenderung PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 105 Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong JADUAL 6 Perkaitan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan arnalan kepenggunaan hijau Angkubah Tahap keprihatinan alam sekitar Nota:. ** P $ 0.01 untuk membeli sesuatu produk yang boleh dikitar semula atau diperbuat daripada bahan- bahan kitar semula, mencari maklumat tentang produk mesra alam dan mempraktiskan amalan kitar semula. Min keseluruhan yang dicatatkan untuk tahap keprihatinan terhadap alam sekitar ialah 3.08. Analisis terperinci yang dilakukan mendapati terdapat 12 penyataan atau item yang mendapat nilai min melebihi nilai min keseluruhan. Selain itu, majoriti responden didapati menyatakan persetujuan dengan peratusan yang tinggi (>80.0%) terhadap 11 item berkaitan keprihatinan alam sekitar. Misalnya, majoriti responden menyatakan mereka marah dan kecewa apabila memikirkan cara industri mencemarkan alam sekitar, kerajaan patut memberi subsidi kepada penyelidikan dalam teknologi mengitar semula produk terbuang, marah dan kecewa apabila memikirkan kesan buruk pencemaran terhadap haiwan dan tumbuhan, pengguna patut memberi perhatian tentang kesan produk yang dibeli terhadap alam sekitar dan ini menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap keprihatinan yang tinggi terhadap masalah alam sekitar. Min keseluruhan untuk amalan kepenggunaan hijau ialah 2.09. Analisis terperinci mendapati nilai min keseluruhan amalan pembelian (2.14) lebih tinggi berbanding amalan penggunaan produk hijau (1.97). Secara keseluruhan terdapat lapan item atau penyataan yang mempunyai nilai min melebihi nilai min keseluruhan (>2.09). Lebih daripada satu perdua responden menyatakan mereka selalu membeli produk yang kurang memberi kesan kepada orang lain dan alam sekitar, tidak membeli produk jika syarikat yang menjualnya tidak mempunyai tanggungjawab sosial dan memilih produk yang paling kurang menyebabkan pencemaran. Dapatan ini secara keseluruhan menunjukkan bahawa responden mempunyai amalan kepenggunaan hijau yang baik tetapi Amalan Kepenggunaan Hijau .301 ** dalam beberapa aspek masih perlu ditingkatkan amalan seperti mengitar semula bahan buangan isi rumah dan tidak membeli produk yang mempunyai pembungkusan berlebihan. Berdasarkan analisis di atas dapat disimpulkan bahawa walaupun terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau, dari segi amalan kepenggunaan hijau ia perlu dipertingkatkan lagi. Dapatan ini menyokong kajian-kajian lepas (Aini et at. 2003; Straughan dan Roberts 1999; Yam-Tang dan Chan 1998; Martinsons et al. 1996;) yang juga mendapati keprihatinan alam sekitar pengguna tidak ditunjukkan dengan tingkah laku yang mesra alamo KESIMPULAN DAN CADANGAN Secara keseluruhan kajian mendapati pengguna mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi dan mempunyai tahap amalan kepenggunaan hijau yang sederhana. Kajian juga mendapati profil pengguna yang mengamalkan amalan kepenggunaan hijau kebanyakannya terdiri daripada responden perempuan, etnik Melayu dan Cina, berumur lebih daripada 40 tahun, mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM3,000.00 dan mempunyai pendidikan tertiari. Sumber utama pengguna mendapat maklumat tentang produk hijau adalah daripada media cetak dan media elektronik. Kebanyakan pengguna tidak bersedia untuk membayar lebih untuk semua produk hijau tetapi hanya bersedia membayar lebih untuk sesetengah produk. Analisis kajian ini mendapati secara keseluruhannya pengguna mempunyai persepsi yang positif terhadap produk hijau. Terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau pengguna. Walaupun tahap keprihatinan terhadap alam sekitar dalam kalangan pengguna adalah tinggi, 106 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna dari segi amalan kepenggunaan masih boleh dipertingkatkan sejajar dengan kempen alam sekitar yang giat disarankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Oleh itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan, pengeluar, persatuan pengguna dan organisasi bukan kerajaan yang lain perlu memainkan peranan untuk meningkatkan amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. Dicadangkan agar kurikulum di peringkat sekolah rendah mahupun menengah pada masa hadapan perlu menerapkan pendidikan tentang alam sekitar dalam sistern pendidikan. Pendidikan pada peringkat awal ini adalah amat penting untuk membentuk tingkah laku individu apabila dewasa kelak. Dalam aspek ini, guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan menggalakkan generasi muda supaya mengamalkan cara hidup yang lestari atau mesra alamo Pihak kerajaan juga perlu mempergiatkan lagi kempen untuk mendidik masyarakat umum mengenai kepentingan amalan kepenggunaan hijau melalui pelbagai saluran seperti surat khabar, televisyen, radio dan pameran. Kempen sedemikian harns dipergiatkan di seluruh negara supaya para pengguna sedar bahawa tingkah laku pembelian dan amalan kepenggunaan mereka akan membawa impak yang besar kepada alam sekitar. Selain kempen kitar semula yang telah dianjurkan, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan kempen-kempen lain yang memberi tumpuan kepada amalan mengurangkan penggunaan (reduce) dan guna semula (reuse) serta pengetahuan tentang produk mesra alamo Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh menggalakkan pembelian "hijau" dalam kalangan pengguna melalui perundangan. Memandangkan pengguna dalam kajian ini bersetuju bahawa produk hijau perlu diberi pengesahan dan pasaran produk hijau di negara kita belum berkembang lagi, kerajaan dan pihak berkuasa yang berkenaan harns bekerjasama dengan pihak pengeluar dan peniaga untuk membentuk suatu skim pengesahan mesra alam dan garis panduan pengiklanan yang jelas. Ini akan membantu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk hijau yang diiklankan dan dengan itu menggalakkan amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. Persepsi positif terhadap produk hijau dalam kalangan pengguna untuk kajian ini menunjukkan potensi pasaran produk hijau di negara kita. Oleh itu, pihak pengeluar boleh mengeluarkan produk hijau dengan lebih proaktif dan mendidik pengguna tentang kepentingan untuk menggunakan produk hijau. Kajian ini juga mendapati kebanyakan pengguna bersedia untuk membayar lebih untuk sesetengah produk hijau sahaja dan sebilangan lagi yang tidak bersedia. Oleh itu, pihak pengeluar dan peniaga perlu mengenal pasti jenis produk hijau yang sanggup dibeli pengguna dengan bayaran yang lebih tinggi. Selain itu, peniaga juga perlu mengurangkan harga produk hijau kepada yang mampu dibeli oleh majoriti pengguna. Dalam hal ini, pihak kerajaanjuga memainkan peranan penting dengan memberi subsidi kepada penyelidikan dalam teknologi menghasilkan produk hijau. Penyelidikan dan pembangunan ini akan menggalakkan inovasi dalam pembuatan produk-produk hijau yang amat kurang di Malaysia. Di samping itu, pihak peniaga juga perlu mempromosikan produk hijau dengan lebih giat melalui media massa terutama media cetak dan elektronik. Kedua-dua jenis media ini telah dikenal pasti sebagai sumber maklumat utama tentang produk hijau dalam kalangan pengguna dalam kajian ini. Oleh itu, pengiklanan produk hijau melalui surat khabar atau m<yalah dan televisyen boleh membantu menyebarkan maklumat tentang produk ini dan ciri-eirinya kepada orang ramai dengan lebih berkesan. Pada masa yang sarna, promosi produk ini juga boleh memberi tumpuan kepada kumpulan sasaran tertentu berdasarkan profil pengguna yang mengamalkan amalan kepenggunaan hijau yang telah dikenal pasti dalam kajian. Selain itu, persatuan pengguna dan organisasi bukan kerajaan yang lain seperti persatuan pencinta alam perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam mempro- mosikan produk mesra alam dan menggalakkan amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. Persatuan-persatuan ini perlu mendidik pengguna tentang cara-eara untuk mengelakkan atau meminimumkan kesan pembelian dan penggunaan mereka terhadap alam sekitar. Persatuan-persatuan ini juga perlu mendidik pengguna supaya memboikot produk yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar sarna ada semasa pemprosesan, penggunaan atau pelupusannya. PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 107 Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong RUJUKAN ABDUL SAMAD H. 1990. Kesedaran dan tindakan manusia terhadap kemerosotan alam sekitar: Kes Semenanjung Malaysia. Dalam Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Isu dan Pengurusannya, disunting oleh Sham Sani dan Abdul Samad H. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. AI I, M. S. dan M. S. ROSLINA. 2002. Household waste management. Malaysian Journal of Consumer 3: 14-29. AINI, M. S., FAKHRU'L-RAzI A., LAlLY H. P. dan M. JARIAH. 2003. Environmental concerns, knowledge and practices gap among Malaysian teachers. InternationalJournal of Sustainability in Higher Education 4(4): 305-313. Dicapai pada 23 Disember 2003 dari http:// miranda.emeraldinsight.com/vl=3926609/cl=14/ nw=l/fm=docpdfl rpsv/cw/mcb/14676370/v4n4/ sl/P305. BENDIXEN, M. T. dan M. SANDLER. 1994. Consumer perceptions of environmentally friendly products. South African Journal of Business Management 25 (2): 59-65, Dicapai pada 30 Disember 2003 dari http://search.epnet.com/ direct.asp? an=9710161861&db=buh&site=ehost. CHELLIAH, T. 1983. Environmental awareness in Malaysia. Alam Sekitar 9(1): 26-29. Du LAP, R E. dan R ScARCE. 1991. Environmental problems and protection. Public Opinion Quarterly 55(4): 651-672. HOLBERT, R L., N. KWAK dan D. V. SHAH. 2003. Environmental concern, patterns of television viewing, and pro-environmental behaviors: Integrating models of media consumption and effects. Journal ofBroadcasting & Electronic Media, 47(2), 177-197. Dicapai pada 2 Julai 2004 dari http://search.epnet.com/ direct. asp?an=11979672&db=uJh. KERAJAAN MALAYSIA. 1998. Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998. Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. KERAJAAN MALAYSIA. 2002. Kualiti Hidup Malaysia 2002. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. LAROCHE, M.,]. BERGERO dan G. BARBARo-FORLEO. 2001. Targeting consumers who are willing to pay more for environmentally friendly products. Journal of Consumer Marketing 18(6): 503-520. Dicapai pada 29 Disember, 2003, dari http://ceres.emeraldinsight. com/vl=576652/cl=12/ f m=docpdf/nw=1/rpsv/cw/mcb/07363761/v18n6/ s4/p503. MARTINSONS, M. G., LEUNG, K.Y. ANDY dan LOH CHRISTINE. 1996. Technology transfer for sustainable development: Environmentalism and entrepreneurship in Hong Kong. International Journal of Social Economics 23(9): 69-96. Dicapai pada 13Januari 2004, dari http:/ /miranda.emeraldinsight.com/vl=2680340/cl=117/ fm=docpdflnw=l/ rpsv/cw/mcb/03068293/v23n9/ s6/p69. MD. NOR O. dan M. U. SURNATI. 2000. Kesedaran terhadap alam sekitar: Kajian perbandingan antara pengguna Melayu dan Cina bandar. Malaysian Journal of Consumer and Family Economics 3: 42-50. MINTON, A. P. dan R. L. RosE. 1997. The effects of environmental concern on environmentally friendly consumer behavior. Journal of Busines Research 40: 37-48. MOHD RAF'I, Y., S. H. RAzAu dan . I. NIK ROZHAN. 2003. Perceptions of educated consumers on environmentally friendly products in the East Coast of Peninsular Malaysia. MalaysianJournal of Consumer and Family Economics 6: 42-49. MORRIS, L. A., M. HAsTAK, dan M. B. MAziS. 1995. Consumer comprehension of environmental advertising and labelling claims. Journal of Consumer Affair.; 29(2): 328-350. ATIONAL CLIMATIC DATA CENTER. 2002. Dicapai pada 18 Disember 2003, dari http://www.ncdc.noaa.gov/ oa/ncdc.html. OTIMAN,]. A. 1992a. Industry's response to green consumerism. Journal of Business Strategy 13(4): 3-7. OTIMAN,]. A. 1992b. Green Marketing: Challenges and Opportunities for the New Marketing Age. Lincolnwood, Illinois: NTC Business Books. ROARTY, M. 1997. Greening business in a market economy. European Business Review 97(5): 244- 254. Dicapai pada 23 Disember 2003, dari http://iris.emeraldinsight.com/vl=l 004999/cl=109/ fm=docpdflnw=1/rpsv/cw/mcb/0955534x/v97n5/ s6/p244. ROBERTS,]. A. 1996. Green consumers in the 1990s: Profile and implications for advertising. Journal of Business Research 36(3): 217-31. 108 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006 Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna STRAUGHAN, R.D. dan J.A. ROBERTS. 1999. Environmental segmentation alternatives: A look at green consumer behavior in the new millennium. Journal of Consumer Marketing 16(6): 558-575. Dicapai pada 23 Disember 2003, dari http://juno.emeraldinsight.com/vl=11113050/ cl=37/nw=1/fm=docpdf/rpsv/cw/mcb/07363761/ v16n6/s3/p558. SYUHAILY, O. dan S.Y. 001. 2003. Consumer comprehension of environmental claims and attitudes toward recycled products. Malaysian Journal of Consumer 5: 19-32. WHEELER, W.A. 1992. The revival in reverse manufacturing. Journal ofBusiness Strategy 13(4): 8-13. WINCHIP, S.M. 2003. Green design for a healthy and safe environment. Journal ofFamily and Consumer Sciences 95(2): 26-35. Dicapai pada 15 Januari 2004, dari http://gateway.proquest.comopenurl? ctx_ ver=z39. 88-2003&res_id=xri:pqd&rft vaLfmt=Dri:fmt:kev:mtx:journal&genre=article&rft_ id=xri:pqd:did=000000330547641 & svcdat=xri:pqi1fmt=html&req_dat=xri:pqi1plJ-clntid =36652. YAM-TANG, P. Y. ESTHER dan CHAN, Y. K. RICKY. 1998. Purchasing behaviours and perceptions of environmentally harmful products. Marketing Intelligence and Planning 16(6): 356-362. Dicapai pada 20 Disember 2003, dari http:// ariel. emeraldinsight. com/vl=31 01380/cl=111/ nw=1/fm=docpdf/rpsv/cw/mcb/02634503/v16n6/ s2/P356. (Received: 11 January 2005) PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 109