Anda di halaman 1dari 4

Mati Pucuk - Apa Yang Anda Wajib Tahu

Disfungsi erektil atau apa yang selalu disebut sebagai


Mati Pucuk adalah masalah biasa di kalangan lelaki pada
semua peringkat umur, kumpulan etnik, dan latar
belakang budaya. Walaupun begitu, hanya kira-kira 10%
dari penderita mati pucuk yang mencari atau menerima
rawatan! Jadi, tidak hairanlah survey mendapati lebih 86%
pasangan wanita yang kecewa dalam hubungan seks
kerana tidak dapat nikmat yang seharusnya. Kejadian mati
pucuk meningkat dengan usia.

Apa yang menyebabkan mati pucuk?

Umur
Adalah dianggarkan bahawa antara 30 dan 40% daripada
lelaki berusia 40 tahun telah mengalami beberapa tahap
mati pucuk.

Penyakit Vaskular
Satu perubahan dalam haemodynamics vaskular
(aturkerja peredaran darah) adalah dianggap sebagai
punca utama ED organik. Ia boleh menjejaskan mereka
yang mengalami:

Infarksi miokardium / Serangan sakit jantung
Penyakit arteri koronari / Jantung tersumbat
Strok / Angin Ahmar
Penyakit vaskular periferal / Masalah pembuluh
Hipertensi / Tekanan darah tinggi
Aterosklerosis / dyslipidaemia / Urat tersumbat


www.trebest.net
Merokok
Tidak kurang dari 20% perokok lelaki mengalami mati
pucuk. Komplikasi kesihatan adalah sangat tinggi bagi
perokok dan risiko Mati Pucuk bagi mereka yang
mempunyai penyakit jantung dan hipertensi (tekanan
darah tinggi).

Diabetes ( Kencing Manis )
Kelaziman Mati Pucuk di kalangan pesakit kencing manis
adalah lebih tinggi. Ia juga berkaitan umur, dengan risiko
insiden sebanyak 15% pada 34 tahun meningkat kepada
risiko sebanyak 55% pada 60 tahun.

Kolesterol Lipoprotein Ketumpatan Tinggi
Risiko menghidap Mati Pucuk semakin tinggi mengikut
tahap kolesterol HDL-C ( High Density Lipoprotein
Cholesterol ) - penyebab utamanya ialah pengecilan
saluran darah atau tersumbat akibat lekitan lemak dan
karat kolesterol.

Pembedahan atau Trauma
Pembedahan atau trauma yang menjejaskan saraf atau
bekalan darah ke zakar meningkatkan risiko Mati Pucuk.
Lain-lain punca termasuk kecederaan di bahagian
pinggang, pinggul, bahagian dalam paha dan tulang
belakang sewaktu bersukan. Tidak terkecuali ialah tabiat
onani atau melancap yang obses ataupun terlampau.

Ubat Hospital
25% daripada kes Mati Pucuk melibatkan pesakit yang
mengambil ubatan yang diberi doktor untuk masalah
jantung, hipertensi dan kencing manis - punca yang paling
biasa kerana penggunaan ubatan tersebut secara kekal
www.trebest.net
atau berpanjangan.

Sesetengah ubat untuk tekanan darah tinggi boleh
menjejaskan sehingga 40% daripada pesakit, dengan
menyekat saluran kalsium dan mengurangkan tekanan
darah sistemik yang diperlu bagi ketegaran zakar.

Kebanyakan ubatan tersebut bersifat anti-androgen yang
melemahkan tenaga syahwat lelaki kerana mengandungi
hormon wanita.

Ubatan anti-kemurungan pula mengganggu mekanisme
sistem saraf pusat.

Digoxin dalam ubatan sakit jantung mempengaruhi
secara negatif terhadap nada otot licin sebat untuk
ketegangan zakar.

Walaupun begitu, jarang sekali kita dengar pesakit akan
diberitahu oleh doktor tentang kesan sampingan negatif
ubat-ubat tersebut !

Keadaan Psikologi
Hubung-kait kes mati pucuk adalah sejajar dengan
kemurungan, indeks kemarahan, kebimbangan, tekanan,
keletihan, dan kebiasaan atau rasa tidak puas hati dengan
hubungan intim dengan pasangan seks.

Apa jua keadaan yang menjejaskan minat dan keutamaan
terhadap hubungan seksual boleh menyebabkan mati
pucuk, termasuk pengaruh dominan isteri ke atas suami
atau apa yang disebut 'Queen Control'.

www.trebest.net
Hipogonadisme
Lelaki mengalami hypogonadism, sama ada rendah atau
menengah, bersifat mengalami kekurangan keinginan
seksual dan penurunan dalam kekerapan dan intensiti
sebagai tindak balas kepada rangsangan seksual.

Mati Pucuk juga memberi kesan kepada orang-orang
yang telah mengalami masalah berikut yang berikut:

Ketagihan alkohol
Kegagalan kronik buah pinggang


Nota: di dalam masyarakat Melayu, adalah menjadi
pengetahuan umum bahawa Mati Pucuk juga boleh
disebabkan oleh gangguan jin ataupun perbuatan Sihir.

Walaubagaimanapun, kita akan menyentuh soal itu nanti
dalam satu siri taklimat yang berasingan dan terperinci.






www.trebest.net

Anda mungkin juga menyukai