Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Kelas : 2 Ibnu Abdullah Tarikh : 11 Mac 2012 Bilangan Pelajar : 30 orang Masa : 60 minit Bidang : Ulum Syariah Tajuk : Memahami Rukun Islam Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat: 1. Menyebut pengertian Rukun Islam dengan lengkap. 2. Menyatakan Rukun Islam dengan betul. 3. Menghafal tertib Rukun Islam mengikut turutan. Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang bacaan dua kalimah syahadah dan menunaikan solat. Gabungjalin : Ibadah, Tilawah al-Quran, Akhlak Penerapan Nilai : Bekerjasama, kesedaran kendiri, kretiviti Kemahiran Berfikir : Menjana Idea, Berfikir reflektif dan kretif Bahan Bantu Mengajar : Laptop, speaker, LCD, kertas lembaran kerja, carta rajah, kad imbasan

LANGKAH ISI PELAJARAN Pendahuluan Doa belajar (2 minit)

AKTIVITI P&P Murid-murid membaca doa beramairamai dengan bimbingan guru.

CATATAN

Set Induksi (5 minit)

Tayangan video azan

1. Guru menunjukkan kepada murid tayangan video mengenai muazzin sedang melaungkan azan 2. Guru menyoal murid. - Bilakah kita dapat mendengar azan? - Apakah yang perlu kita lakukan apabila mendengar azan?

KB: Pemikiran reflektif Teknik: Sumbangsaran BBM: Laptop,speaker, LCD

3. Guru mengaitkan isi pembelajaran pada hari ini iaitu memahami Rukun Islam. Langkah 1 (10 minit) Definisi Rukun Islam 1. Guru memaparkan pengertian Rukun Islam dengan menggunakan kad imbasan. 2. Murid menyebut pengertian Rukun Islam berpandukan kad imbasan secara beramai-ramai dengan bimbingan guru. 3. Guru memilih 3 orang murid secara rawak untuk menyebut pengertian Rukun Islam berpandukan kad imbasan. Langkah 2 (15 minit) Menyenaraikan rukun Islam: 1. Mengucap dua kalimah syahadah. 2. Menunaikan solat 5 waktu. 3. Puasa di bulan Ramadhan. 4. Mengeluarkan zakat. 5. Menunaikan haji bagi yang mampu. Langkah 3 (20 minit) Amali penghayatan rukun islam di kalangan murid. 1. Guru memaparkan carta bacaan Rukun Islam dan murid membaca dengan mengikut guru secara beramai-ramai. 2. Guru meminta murid duduk secara berpasangan. 3. Murid menyebut sambil menghafal di hadapan pasangannya mengenai Rukun Islam dengan bimbingan guru. 4. Guru memilih pasangan murid secara rawak di hadapan untuk menyebut semula Rukun Islam dengan mengikut turutan tanpa berpandukan carta bacaan Rukun Islam.

Seni dalam pendidikan : Audio dan visual Teknik: Soal jawab, Syarahan BBM : Kad imbasan Seni dalam pendidikan: Visual Kaedah : Talaqqi musyafahah, Koperatif Teknik : Soal jawab, Hafazan BBM : Carta Seni dalam pendidikan : Visual

1. Guru menayangkan video nasyid Rukun Islam. 2. Murid mendendangkan nasyid dan dibimbing oleh guru. 3. Guru memastikan murid menguasai nasyid yang ditayangkan. 4. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai enam orang murid. Murid melantik ketua bagi setiap kumpulan masing-masing. 5. Guru memberi taklimat berhubung persembahan yang akan dijalankan oleh murid dalam kumpulan.

Kaedah: Koperatif Nilai: Bekerjasama, kretiviti BBM: Laptop, speaker, LCD Seni dalam pendidikan: Audio, Visual, Pergerakan

6.Murid diberi masa selama 5 minit untuk mencipta gaya berdasarkan lagu nasyid tersebut. 7.Guru membuat undian secara rawak giliran kumpulan yang akan membuat persembahan di hadapan kelas. 8.Guru memanggil kumpulan mengikut turutan yang telah disediakan untuk membuat persembahan di hadapan kelas. 9.Guru memerhati dan mengawal keadaan kelas agar teratur dan terkawal. 10.Guru mengumumkan kumpulan yang terbaik dalam persembahan.Guru memberi peneguhan setiap kumpulan. Penutup (8 minit) Rumusan dan Refleksi. 1.Guru membuat kesimpulan berkaitan Rukun Islam yang merupakan konsep asas yang perlu difahami dan dihayati oleh murid-murid. 2. Pelajar diberi peluang untuk mengajukan soalan kepada guru mengenai tajuk rukun Islam 3.Guru memberi lembaran kerja mengenai tajuk Rukun Islam kepada murid murid. 4.Murid-murid diminta menghantar lembaran kerja kepada guru pada kelas seterusnya. Nilai: Kesedaran kendiri Kaedah: Soal Jawab Teknik: Imbas Kembali BBM: Kertas lembaran kerja

Refleksi Kendiri: --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ulasan Guru Besar: ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------