Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK Ilmu Takhrj Hadth merupakan disiplin ilmu yang sangat penting dalam pengajian Ulm Hadth bertujuan

memastikan ketulenan dan keabsahan segala sumber hadth yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. Justeru kajian ini mengambil inisiatif untuk mentakhrj hadth-hadth yang dimuatkan di dalam kitab tafsir yang terkenal di dunia nusantara Melayu amnya dan negara ini khasnya iaitu kitab Tafsr Nr Al-Ihsn hasil karangan Haji Mohd Said bin Umar seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal di Utara Semenanjung Tanah Melayu pada era akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Sesungguhnya kitab tafsir ini sangat terkenal di negara ini sehingga dijadikan bahan pengajian di serata masjid, surau, madrasah, pondok, mahupun di pusat-pusat pengajian awam di negara ini.Kajian terhadap kitab Tafsr Nr Al-Ihsn ini memfokuskan kepada mentakhrij 50 buah hadth yang dimuatkan di dalam jilid 1 dan 2 dengan menyatakan sumber hadth secara terperinci dan dinyatakan penilaian darjat ke atasnya sama ada dinilai sahh, hasan, daf atau mawd. Namun secara umumnya, kajian ini menjurus kepada perbincangan tentang konsep Takhrj Hadth dengan al-Jarh wa al-Tadl, menjelaskan serba sedikit mengenai biografi Haji Mohd Said bin Umar merangkumi sejarah kelahiran, pengajian dan sumbangannya yang dicurahkan serta pengenalan dan metodologi penulisan kitab Tafsr Nr Al-Ihsn dan mentakhrj 50 buah hadth di dalamnya disamping melakukan ulasan dan analisis.