Anda di halaman 1dari 10

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan

tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek PSK 3102 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini kami dapat mencari empat teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran kognitif, konstruktivisme, rangsangan dan sosial. Keempat-empat teori pembelajaran ini mempunyai kelebihan masing-masing untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan sumber internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan di sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar subjek ini. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan pelajaran yang menarik jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja juga perlu disediakan oleh guru di samping nota belajar. Lembaran kerja itu boleh disiapkan oleh murid samada secara individu ataupun berkumpulan. Selain itu, guru perlu menggunakan juga lima jenis penilaian yang difikirkan sesuai untuk menguji kefahaman murid-murid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat penting untuk menguji kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari. Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses pengajaran di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar pengajaran menjadi lebih menarik dan diminati oleh murid. Guru boleh menggunakan ICT untuk membuat BBM yang canggih. Guru tidak boleh hanya menggunakan buku teks sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan

ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ab. Razak Bin Shafii yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh,

. (MOHD RUSLEE B MOHD SALLEH) 650413-02-5367

Refleksi Kerja kursus Bahasa Melayu 1 Ahli kumpulan: 1.)KOH HOW EARN2.)KAN YING HUI3.)CHEW SOOK WEI4.)FATIN AMIRAH BT. ISMAILPensyarah: EN. MOHD. HASBI HARONKumpulan kami berasa bangga dan bersyukur kerana kerja kursusBahasa Melayu yang diedarkan oleh pensyarah kami, Encik Mohd Hasbi Harontelah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Dari soalan yang kamiperolehi, kami telah membahagikannya kepada 2 bahagian iaitu asal usulBahasa Melayu dan alat-alat Artikulasi.Terdapat empat ahli kumpulan dalamkumpulan kami iaitu Koh How Earn, Kan Ying Hui, Chew Sook Wei dan FatinAmirah Bt. Ismail.Ketika kami baru mendapat tugasan ini, bagi kami ia adalah satubebanan. Tambahan pula kami tidak mempunyai pengalaman dalammenjalankan kerja kursus sebelum ini. Walau bagaimanapun, bebanan ini tidakmenghalang kami untuk menjalankan tugasan ini sebaliknya ia menjadi satumomentum bagi kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.Pertama sekali, Encik Mohd Hasbi Haron telah menjelaskan bagaimana cara-cara untuk menjalankan kerja kursus ini. Contohnya, cara untuk mendapatkansumber-sumber maklumat tentang asal-usul Bahasa Melayu, format-formatpersembahan dan lain-lain. Seterusnya, kami telah membahagikan tugas kepadasemua ahli kumpulan. Ada yang mencari maklumat bahagian artikulasi, ada yangmembuat tugasan tentang asal-usul Bahasa Melayu dan ada juga yang bertugasuntuk menaip semula semua maklumat.Dari segi untuk mendapatkan maklumat, kami telah membuat rujukandengan tiga cara iaitu mencari maklumat di perpustakaan, membuat rujukan daribuku teks Bahasa Melayu STPM dan mencari maklumat menerusi internet.Berdasarkan salah satu ahli kumpulan yang mencari maklumat di perpustakaan,beliau menyatakan bahawa sumber-sumber dalam perpustakaan InstitutPerguruan Kota Bharu(IPKB) adalah banyak dan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Tidak sukar untuk mendapatkan bahan tetapi agak sukar untuk kamimemilih bahan dan sumber yang paling tepat dan bagus untuk menyelesaikantugasan ini. Kami percaya bahawa semakin banyak rujukan yang kami lakukan,semakin bertambah ilmu pengetahuan yang kami dapat. Contohnya, kamidiminta untuk membuat rujukan fungsi-fungsi artikulasi, selepas membuat semuarujukan kami akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang fungsi-fungsisetiap artikulasi.Secara umumnya, teknologi maklumat adalah sangat penting dalam abadke-21 ini dan ia telah memudahkan kami untuk mencari maklumat. Kamimenggunakannya untuk mencari gambarajah artikulasi dan fungsi-fungsinya.Kami berasa keadaan ini adalah paling senang kerana hanya 'copy' gambarajah

dan 'paste' ke dokumen dan seterusnya 'print'. Kami mendapat gambarajah inimenerusi taip 'gambarajah artikulasi' dalam laman webwww.google.comdanseterusnya laman web berkenaan yang dipaparkan. Menerusi cara ini, kami jugadapat menambah pengetahuan dengan lebih luas dalam bidang tersebut sepertikaedah-kaedah menggunakan setiap bahagian artikulasi.Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada salah satu ahlikumpulan kami yang bertugas menaipkan semua sumber yang kamidapat.Dalam proses ini, selepas dia menaip, kami akan membuat pemeriksaankedua(double checking) supaya tidak terdapat perkataan yang salah dan ia ditaipdengan betul. Ini adalah satu cara yang efektif dalam memastikan kerja yangdibuat tidak terdapat kesalahan.Salah satu tujuan menjalankan kerja kursus adalah untuk menjalankankolaborasi dengan pensyarah dan guru-guru pelatih.Kami telahpun berjumpadengan

pensyarah kami untuk berbincang. Pensyarah adalah seorang yangperamah dan rela untuk mengajar kami. Selain itu, kami juga menjalankankolaborasi dengan guru-guru pelatih lain. Kami dapat bertukar idea antara satusama lain. Cara ini telah dipanggil sebagai Kaedah sumbangsaran.Setelah menyiapkan semua prosedur kerja kursus, kami pun menghantar kerja kursus kami kepada pensyarah. Selepas ia dihantar, perasaan kami adalahsangat gembira dan bangga atas kesempurnaan yang kami telah jalankan.Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah mendapat banyakpengajaran. Contohnya nilai bekerjasama adalah penting dan kami patutmengamalkannya. Ini kerana ia adalah satu langkah yang membolehkan ahlikumpulan menyiapkan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna.Kesimpulannya, setelah menyiapkan kerja kursus ini, kami telahmendapat manfaat 2 hala iaitu dari segi ilmu pengetahuan dan skel komunikasidengan ahli kumpulan.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) sesi pertama bagi tahun 2009. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pulau Poh, Tasik Kenyir. BIG yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut. BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak, water confident, jungle trecking, latihan dalam kumpulan(LDK), memancing, masakan rimba, kawad kaki, BBQ, dan malam persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti. Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini. Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihapadan ramai. LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengan kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru. Sebagai contoh apabila bermusyuarat saya pasti diberikan peluang untuk bercakap dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai murni seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dan gagal meneruskan agenda mesyuarat.

BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti water confident, saya terpaksa menyelam didalam air dan berenang di Tasik Kenyir. Walaupun saya tidak pandai berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga semangat yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya. Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah berkawal di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu. Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan persiapan bagi malam persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi yang dilakukan menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.

Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir, kami semua iaitu seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan pula masing-masing diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua, setiausaha, tukang masak, penolong tukang masak, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Sistem yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem putaran atau rotation tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpim. Pendedahan ini merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya terutama apabila saya menjadi ketua kumpulan. Ketika itu saya sedar bahawa tugas menjadi seorang ketua amat berat kerana semua kebajikan, tugas dan banyak perkara lagi menjadi satu tugas ketua. Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin. Aktiviti pagi iaitu akiviti berkawad di padang juga mempunyai objektif tersendiri. Berdasarkan pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakan-rakan semua telah diajar untuk menepati masa dalam melakukan aktiviti. Ketika berkawad pada sebelah pagi, tepat jam 7.30 pagi kami semua mesti berkumpul di padang kawad. Arahan yang diberikan oleh pensyarah merupakan satu lagi latihan yang saya lihat satu usaha bagi membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini penting kerana sebagai seorang bakal guru dan seorang guru, masa memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ketika di insitut atau di sekolah nanti, saya perlu berada di sana sebelum jam 7.45 lagi dan ini bermakna untuk sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal. Jika dilihat sekarang, ramai guru pelatih sama ada lelaki atau perempuan yang datang lewat ke kuliah dan ini merupakan satu fenomena yang amat merungsingkan pensyarah. Pendedahan di BIG ini telah merubah saya dan rakan-rakan lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah ataupun mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kami. Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu hebat saya rasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan air tasik kenyir, kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar telah saya lalui. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum. Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat

membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

13 3.0 REFLEKSINAMA : NURUL AMIRAH BINTI ABD. RAZAKNO. KAD PENGENALAN : 910310-11-5106 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjayamenyempurnakan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini (TITAS) ini danmenghantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Berdasarkan arahan kerja kursus ini,semua pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah buku skrap tentang cara-cara prinsipTamadun Islam dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini.Tugasan ini mesti dilakukan secara individu. Dengan melaksanakan kerja kursus ini,saya dapat muhasabah diri, serta mengenal pasti semula kelemahan dan kekuatan diri.Sejujurnya, saya tidak sempat untuk mencari bahan-bahan yang boleh dijadikanrujukan untuk menyiapkan tugasan ini sebelum saya pulang ke kampung halaman. Halini mungkin kerana kesibukan diri dalam menyempurnakan kerja-kerja kursus lain yangmasih tersisa dan perlu dihantar pada hari terakhir kuliah iaitu pada 11 Mac 2011.Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih belum pandai mengagihkanmasa sebaik-baiknya. Hal ini merupakan salah satu kelemahan saya yang harus sayaperbaiki lagi. Sebagai seorang guru pelatih, malah seorang bakal guru kelak, saya mestimelatih diri supaya mahir membahagikan waktu agar segala kerja dapat disiapkandengan sempurna.Oleh kerana kekurangan sumber-sumber rujukan, saya berazam untukmengunjungi perpustakaan awam di sekitar tempat tinggal saya. Saya berusaha untukmencari sumber-sumber yang pelbagai untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yangcemerlang. Insya-Allah, segala-galanya dengan kehendak-Nya. Walaupun sedangbercuti, namun kerana kerja-kerja yang masih belum disiapkan, insya-Allah sayaikhlaskan hati untuk mengorbankan sedikit masa, wang dan tenaga bagi bagimenyempurnakan setiap tugasan yang telah diberi.Sebenarnya, kerja kursus TITAS ini banyak memberi manfaat kepada diri saya.Mana tidaknya, antara arahan tugasan adalah menghuraikan bagaimana prinsip-prinsipTamadun Islam dapat membendung masalah sosial yang berlaku dalam kalangan 14 masyarakat Islam. Kalau kita lihat situasi di Malaysia sekarang ini, remaja-remajaMelayu dan Islam yang sedang mendominasi gejala-gejala sosial seperti merokok,lumba haram, menghisap dadah, budaya couple dan sebagainya. Kadang-kadangterdetik di kotak fikiran saya, adakah tanah air tercinta ini merupakan sebuah negarayang bertamadun? Sekiranya para rijal dan syabab tahu akan azabnya neraka danindahnya syurga, pasti mereka tidak akan melibatkan diri dalam masalah-masalahsosial, malah mereka pasti akan sentiasa mengemis cinta Ilahi dan merindui syahid dijalan-Nya. Maha suci Allah, sesungguhnya sangat aman dan selamat sesebuah negaraseandainya para pemimipin dan rakyatnya menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagaipegangan hidup mereka.Diriwayatkan oleh Imam Malik, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Aku tinggalkan kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya,kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku. Saya amat gemar membeli majalah Solusi kerana majalah ini dipenuhi denganpelbagai maklumat dan ilmu-ilmu agama. Hal ini merupakan sedikit bonus buat sayakerana terdapat beberapa artikel

yang menyentuh tentang isu-isu sosial di dalammajalah tersebut. Majalah Solusi yang padat dengan rencana-rencana ilmiah ini telahsaya jadikan sebagai salah satu rujukan untuk saya menyempurnakan kerja kursusTITAS ini.Secara tuntasnya, saya amat berharap kerja kursus yang telah saya hasilkan inimencapai matlamat dan bertepatan dengan kriteria-kriteria yang dikehendaki. Diharappensyarah dapat menegur sekiranya terdapat apa-apa kesalahan di dalam kerja kursusini agar saya dapat memperbaiki kelemahan diri dan melakukan yang lebih baik untukmasa hadapan. Sekian, terima kasih. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai