Anda di halaman 1dari 4

6.

TEORI PERIBADI

Dalam pengajaran dan pembelajaran, satu persoalan pokok haruslah ditanya iaitu adakah guru memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka yang berbeza?

Guru disarankan melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar tetapi amalan para pendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif pelajar dan memberinya peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri . Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif pelajar menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa pelajar juga mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. Raiff (1992) menyatakan, memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar dengan

cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kekecewaan pelajar tersebut.(Prof. Madya Dr. Abdullah Mohd Noor,1998)

Dalam konteks memahami sifat pelajar, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana seseorang pelajar belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya

pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran. Mengikut Wan Zahid (1993), perlaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum (KBSM) ini membawa kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan baru dalam proses pembelajaran disekolah, dimana beliau menegaskan bahawa pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar (child centered) mesti diamalkan dan sebaliknya mengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada guru (teacher centered).

Dalam pembelajaran individu, para guru dan ibu bapa dicadangkan agar memahami gaya pembelajaran pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan

keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematis amat diperlukan memandangkan gaya belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program dipadan-suaikan dengan gaya belajar pelajar, maka

pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat.

Gaya belajar seseorang

adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan pendapat tersebut adaah disarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan gaya belajar individu.

Kemudahan infrastruktur yang disediakan juga akan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Hal ini kerana kemudahan infrastruktur adalah penting bagi guru dalam

melaksanakan pengajaran dan memudahkan para pelajar menyesuaikan aktiviti pembelajaran mereka sebagaimana yang dikehendaki dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu juga, guru bukanlah semata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan terkini malah lebih daripada itu guru-guru perlu memahami dan menyelami kehendak pelajar termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar, dengan ini segala tugas guru boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan.

Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guruguru tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala chalk and talk. Kenyataan di atas disokong Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama mereka sebagai pengajar. Sementara itu guru-guru masih membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata. Peperiksaan semata-mata dan kurang menumpukan kepada pengajaran yang disesuaikan gaya pembelajaran pelajar ini menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian akademik matapelajaran tertentu dan merupakan satu faktor menyebabkan matapelajaran itu tidak diminati. Pembelajaran merupakan satu proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar dan persekitaran . Interaksi individu dengan persekitaran adalah penting bagi mewujudkan pengalaman yang pelbagai untuk terjadinya pembelajaran.

Menurut

Syarifah

Allawiyah

(1980),

gaya

pembelajaran

berkesan

merupakan

pembahagian pembelajaran individu kepada beberapa jenis. Antara yang dikenalpasti termasuk tutoran, kursus melalui pos, rancangan berunit mengikut ketepatan sendiri, pengajaran terancang dan pengajaran berkomputer. Melalui rancangan mengikut ketepatan sendiri, pelajar-pelajar dikehendaki belajar sendiri dan maju mengikut kadar kecepatan minda. Manakala Johnson & Johnson (1986) menyatakan bahawa melalui

pembelajaran secara kognitif sesuatu kumpulan tidak mendapat objektif pembelajaran sekiranya ada ahli mereka yang tidak mencapai objektif pembelajaran tersebut. (Prof. Madya Dr. Abdullah Mohd Noor,1998). Hal ini bermakna, pembelajaran melalui

pengalaman seperti yang ditekankan oleh Abraham Harold Maslow adalah lebih berkesan dalam memastikan sesuatu pembelajaran mencapai objektif yang

diharapakan.

Kesimpulannya, cara pengajaran mestilah sesuai dan berpadanan antara kaedah pengajaran dan gaya belajar pelajar. Guru yang mengajar matapelajaran matematik cenderung menggunakan kaedah analitik sudah tentu sukar bagi pelajar global mengikuti dan memahami pelajaran tersebut di mana pelajar global lebih selesa dengan pengajaran secara global untuk memudahkan kefahaman mereka. Begitulah sebaliknya dengan matapelajaran sains sosial , khususnya matapelajaran yang lebih global sifatnya memerlukan penyesuaian apabila mengajar pelajar analitik iaitu dari segi pengajarannya mestilah menggunakan kaedah pengajaran analitik supaya pelajar analitik lebih mudah mengikut dan memahami subjek yang dipelajari.

PENUTUP

Para guru harus menyedari peranan mereka dalam mempengaruhi murid-murid dalam pembelajaran mereka tanpa mengira latar belakang murid-murid. Guru juga harus

memperbaiki hubungan mereka dengan murid-murid di dalam bilik darjah dengan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap murid-murid mereka. Setiap guru pasti

mempunyai cara tersendiri dalam menaikkan semangat murid-murid untuk belajar dan terus memperbaiki pencapaian mereka. Bagi meningkatkan kebolehan guru dalam

mendekati murid-murid dan memenuhi keperluan pembelajaran mereka yang sentiasa berubah, guru harus melibatkan diri dalam komuniti pembelajaran profesional dan mengamalkan pemikiran reflektif. Dengan cara ini guru akan terus dibekalkan dengan maklumat terkini dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri mereka demi kecemerlangan murid-muridnya.( Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak, 2010)

Kesimpulannya, guru-guru harus berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar lebih mudah difahami dan dalam masa yang sama menarik, agar muridmurid berminat untuk turut serta dalam proses P&P. Sifat sesetengah murid yang

kurang dapat memberi perhatian dalam jangka masa yang lama menuntut agar guru bersifat lebih kreatif dalam pengajaran mereka. Pengajaran yang kreatif ini juga sekaligus akan dapat meningkatkan komitmen murid-murid terhadap pelajaran dan pencapaian mereka dan secara tidak langsung dapat memperbaiki hubungan antara guru dan murid-muridnya.

Anda mungkin juga menyukai