Anda di halaman 1dari 4

Bahan Permainan untuk 13 tahun 17 tahun Nama Permainan : Ayuh Muslim!

Objektif Permainan :

Mewujudkan pemikiran yang kreatif atau kritis.

Memberi dan memupuk semangat untuk menjadi Muslim yang kuat dan bersemangat Peralatan : Gelas Kerusi Meja Tunggul Kayu atau batu besar. Peraturan Permainan : Semua peserta perlu mempunyai azam untuk menjadi Muslim yang kuat dan bersemangat Kaedah Permainan :

Barang barang seperti gelas, kerusi, meja, tunggul kayu dan batu diletakkan di hadapan peserta. Guru / fasilitator meminta dan mengarahkan setiap peserta untuk cuba mengangkat bebanan berkenaan bermula dari barang yang ringan sehinggalah ke bebanan yang paling berat.

Bagi bebanan yang tidak dapat diangkat, peserta akan diberi dua kali tempoh percubaan/ peluang untuk mengangkat. Setelah semua peserta diberi peluang untuk mengangkat kesemua bebanan tersebut, guru / fasilitator akan meminta setiap peserta berkongsi apakah yang terfikir di fikiran mereka semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Setelah semua peserta selesai membuat perkongsian rasa, guru / fasilitator akan membuka sesi perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan ;
o

Kenapa muslim yang kuat lebih disukai dari muslim yang lemah?

o Bagaimana anda boleh menjadi muslim yang kuat?

o o

Adakah cukup sekadar menjadi seorang muslim yang kuat ? Nyatakan sifat lain yang perlu ada dalam diri seorang muslim.

Variasi :

Aktiviti ini boleh dipelbagaikan lagi dengan menggunakan bahan bahan yang boleh dijadikan motif untuk membina dan menguji kekuatan seseorang seperti gusti langan, tarik tali atau sebagainya.

Kesimpulan : Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan... (Riwayat Muslim)

Nama Permainan

Mari Mensyukuri Nikmat

Objektif Permainan : Memberi kesedaran mengenai kepentingan mensyukuri nikmat dari Allah SWT Memupuk rasa bersyukur dengan apa yang diperolehi. Peralatan : Kain pengikat mata pensel kertas terjemahan Al-Quran Peraturan Permainan :

Semua peserta perlu buka hati dan minda untuk menerima teguran dan membuat perubahan.

Semua peserta perlu melakukan seperti arahan yang diberikan namun perlu menitikberatkan aspek kemampuan diri sendiri. Kaedah Permainan :

Guru / Fasilitator memberi arahan kepada peserta ;

Tutup mata anda dengan kain yang telah diberikan, bergerak ke arah suara saya.

Kemudian, Guru / Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut Saya di sini!.

Para peserta diminta bergerak ke arah suara tersebut dan setelah semua peserta sampai guru / fasilitator akan memberi arahan yang seterusnya.

Guru / Fasilitator memberi arahan seterusnya kepada peserta iaitu :

Tahan nafas anda selama mana yang anda mampu. Guru / Fasilitator mengeluarkan arahan yang seterusnya iaitu ; Tulis huruf A dengan syarat tanpa menggunakan jari anda.

Guru / fasilitator kemudian meminta pelajar / peserta mengemukakan pendapat berkenaan dengan aktiviti yang telah mereka lakukan. Guru / fasilitator kemudian meminta pelajar / peserta menutup mata mereka sambil mengemukakan beberapa soalan untuk dibuat penilaian oleh semua peserta.
o

Adakah mereka mula mensyukuri nikmat mata, udara dan tangan dari aktiviti sebentar lagi?

o Apa yang mereka perlu lakukan untuk menunjukkan mereka mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah? Kesimpulan : Sebagai Hamba Allah SWT kita patut mensyukuri segala nikmat yang ada pada kita dengan cara menggunakan nikmat yang diberikan itu dengan sebaiknya dan sentiasa beribadah kepadaNYA. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan (ingatlah juga) ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih. (Surah Ibrahim: 7) dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah. (Surah An-NahI: 114)

Anda mungkin juga menyukai