Anda di halaman 1dari 3

1.

"Bagai itik berebutkan tembolok" Makna:(a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil (b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit

2."Bagai harimau beranak muda" Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya "Bagai ayam bertelur di padi" 3."Terlepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya" Makna: Orang yang terlepas dari satu bahaya, kemudian dapat bahaya lain pula. 4"Seperti tikus yang membaiki labu" Makna: Sesuatu usaha yang dibuat oleh orang yang kurang tahu untuk memperbaiki sesuatu yang rosak. Kerosakan yang dibaiki itu bukannya bertambah baik tetapi bertambah teruk lagi ."Baik membawa resmi ayam betina" Makna/b> Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat. 5."Berhakim kepada beruk" Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-dua pihak mengalami kerugian. 6."Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak" Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia 7."Melepaskan anjing tersepit" Menolong orang yang tidak tahu membalas budi, malahan kadang-kadang dibalas dengan perbuatan jahat 8.Burung terbang dipipiskan lada ertinya keuntungan belum diperoleh ditangan, sudah dibagi-bagikan.

9."Seperti labah-labah cinta kepada telurnya" Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar dipisahkan. 10.Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk). 11. Emas berpeti, kerbau berkandang. Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura). 12.Ada air, adalah ikan. Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna) 13Ada padang, ada belalang). Ada negeri tentulah ada rakyatnya. 14Ada gula, ada semut. Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit). 15. Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan. Sangat miskin 16. Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada. Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung 17. Cacing hendak menjadi naga. Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. 18. Bagai air titik ke batu Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi 19Bagai anjing buruk kepala. Orang yang sangat benci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing kepala busuk)

20. Bagai ayam naik ke surau. Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. 21Bagai biawak mengulangi bangkai. Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai). 22. Bagai haruan di dalam tuar. Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah. 23. Bagai itik pulang petang. Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk). 24. Bagai kambing dalam biduk. Sangat ketakutan. 25.Bagai kera diberi kaca. Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]).

Anda mungkin juga menyukai