Anda di halaman 1dari 32

AYAT TUNGGAL

AYAT TUNGGAL
Ayat Tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
(TBD, 2003:444)

Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

AYAT TUNGGAL
Contoh :

Subjek
1. Kamarul guru.

Predikat
jurutera pelatih. menyihatkan badan. separuh daripada iman. sedang mandi di sungai? jiwa bangsa.

2. 3. 4. 5. 6.

Dia Berenang Sabar itu Mereka Bahasa

Binaan Subjek
Subjek tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur berikut; (i) (ii) (iii) (iv) Kata nama Kata ganti nama Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

Binaan Subjek
Subjek (Kata Nama Am)
(kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan)
Subjek (Kata Nama Am) Predikat

7. Abangnya 8. Mempelam itu 9. Jentik-jentik itu 10. Sungai ini

juruterbang. untuk ibu. akan menjadi nyamuk. sangat dalam.

Binaan Subjek
Subjek (Kata Nama Khas)
(kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan)
Subjek (Kata Nama Khas) Predikat

11. Perdana Menteri Malaysia 12. Mawi 13. Bukit Fraser 14. Si Tompok

telah melawat Eropah. penyanyi terkenal. di negeri Pahang. mencakar dinding.

Binaan Subjek
Subjek (Kata Nama Terbitan)
(kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan)
Subjek (Kata Nama Terbitan) Predikat

15. 16. 17. 18.

Kesilapan itu Masakan ini Kenangan Pertunjukan itu

satu pengajaran. enak sekali. mengusik jiwa. berakhir esok.

Binaan Subjek
Subjek (Kata Ganti Nama)
(kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk)
Subjek (Kata Ganti Nama Orang) Predikat

19. 20. 21. 22.

Saya Kami Dia Beliau

guru Bahasa Melayu. pelajar Tingkatan Lima. berternak ayam. akan berangkat ke Mekah.

Binaan Subjek
Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk)
(kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk)
Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk) Predikat

23. 24. 25. 26.

Ini Itu Ini Itu

kawasan Bangunan Parlimen. alasan yang cukup baik. buku Salmah. tuduhan yang melampau.

SUSUNAN KONSTITIUEN AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan, iaitu;
(i) Susunan Biasa (ii) Susunan Sonsang

Semua ayat bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen (S & P). Ayat bahasa Melayu terdiri daripada satu konstituen Subjek & satu konstituen Predikat dinamakan ayat tunggal. Berdasarkan konstituen S & P, terdapat empat pola ayat dasar, iaitu;

Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama + Frasa Kerja Frasa Nama + Frasa Adjektif Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

(FN + FN) (FN + FK) (FN + FA) (FN + FSN)

Daripada empat pola ayat dasar, pelbagai jenis dan ragam ayat dapat dibina melalui proses transformasi atau penerbitan ayat. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat proses pembentukan atau penerbitan ayat, iaitu melalui proses;

1 2 3

Peluasan Penggantian Pengguguran

Penyusunan semula konstituen yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar

Susunan Biasa
Subjek
1. Semua pelajar kita 2. Setiap tuntutan 3. Mereka semua 4. Kebanyakan calon

Predikat
berjaya dalam peperiksaan tahun lalu. akan mendapat layanan. sudah lama menetap di Malaysia. tidak memahami soalannya.

Susunan Biasa
Subjek
5. Setengah-setengah bangunan itu 6. Hampir semua pekerja 7. Beberapa buah bangunan 8. Penyalahgunaan dadah

Predikat
masih kukuh lagi. telah menghadiri kursus pengurusan berkualiti. musnah dalam kebakaran itu. dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita.

Dalam susunan ayat biasa, subjek mendahului predikat sama ada dalam ayat aktif atau ayat pasif. Contoh ayat dalam susunan biasa ialah ;

9 Ayahnya pelakon terkenal. 10 Puan Zahirah menyampaikan cenderamata tersebut. 11 Ibu bapa murid itu gembira. 12 Kami ke hospital.

(FN + FN) (FN + FK) (FN + FA) (FN + FSN)

Susunan Songsang
Dalam susunan songsang, konstituen predikat dipindahkan ke hadapan subjek.
Proses pendepanan pada predikat dapat berlaku seperti berikut ; (i) Pendepanan seluruh predikat (ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat

Ayat Tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga wujud dalam susunan songsang (proses pendepanan). Dalam susunan songsang unsur-unsur dalam konstituen predikat dipindahkan ke hadapan subjek (untuk diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan).

A Pendepanan Seluruh Predikat 13a Gadis itu amat lincah.

13b Amat lincah gadis itu.


14a Kelakuannya ganjil sungguh. 14b Ganjil sungguh kelakuannya.

Songsang (Pendepanan Seluruh Predikat)

15(a) Perangainya baik sungguh. (b) Baik sungguh perangainya.


16 (a) Pendaki itu berjaya juga akhirnya. (b) Berjaya juga akhirnya pendaki itu. 17 (a) Orang itu sangat rajin. (b) Sangat rajin orang itu.

Songsang (Pendepanan Seluruh Predikat)

17(a) Rasa buah ini enak sekali. (b) Enak sekali rasa buah ini.
18 (a) Penyesalannya tidak berguna lagi. (b) Tidak berguna lagi penyesalannya. 19 (a) Pegawai itu masih belum sampai. (b) Masih belum sampai pegawai itu.

Pendepanan sebahagian daripada predikat (i) Pendepanan Kata Kerja / Frasa Kerja 20a Para pelatih Program Latihan Khidmat Negara itu berkawad di tengah padang. 20b Berkawad di tengah padang para pelatih Program Latihan Khidmat Negara itu. 21a Kami berdiang di tepi unggun api untuk memanaskan badan. 21b Berdiang kami di tepi unggun api untuk memanaskan badan.

Pendepanan sebahagian daripada predikat


(ii) Pendepanan Frasa Adjektif

22a Pemidato itu petah berhujah. 22b Petah pemidato itu berhujah. 23a Pelajar itu pengsan secara tiba-tiba. 23b Pengsan pelajar itu secara tiba-tiba

Pendepanan sebahagian daripada predikat

(iii) Pendepanan Frasa Sendi Nama

24a E-mel itu saya terima daripada Khairul. 24b Daripada Khairul e-mel itu saya terima. 25a Kakaknya berpindah ke Bandar Seri Iskandar. 25b Ke Bandar Seri Iskandar kakaknya berpindah . 26a Nazren akan menjalani ujian memandu pada hujung minggu ini. 26b Pada hujung minggu ini Nazren akan menjalani ujian memandu.

Terdapat beberapa cara lain untuk membina ayat songsang, antaranya ialah;

(A)

PENYONGSANGAN SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT AKTIF

AYAT BIASA

(SUBJEK + PREDIKAT)

AYAT SONGSANG

(PREDIKAT + SUBJEK)

CONTOH :

27a Pelajar-pelajar itu berada di makmal komputer. 27b Berada di makmal komputer pelajar-pelajar itu.

28a Semua atlet yang terpilih perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk berjaya.
28b Perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk berjaya semua atlet yang terpilih.

(B)

PENYONGSANGAN SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT PASIF

29a Bebanan yang berat itu terangkat juga oleh lelaki yang berbaju merah. 29b Terangkat juga oleh lelaki yang berbaju merah bebanan yang berat itu. 30a Tindakan yang lebih tegas akan dikenakan oleh kerajaan kepada mereka yang terlibat dengan gejala rasuah. 30b Akan dikenakan oleh kerajaan kepada mereka yang terlibat dengan gejala rasuah tindakan yang lebih tegas.

(C)

PENYONGSANGAN FRASA KETERANGAN DALAM AYAT

Dalam pembinaan ayat songsang frasa keterangan yang terletak di belakang ayat itu boleh dikehadapankan. Frasa keterangan itu boleh hadir sebelum subjek dalam ayat.
CONTOH

31 a Kami sekeluarga makan malam di warung Mak Ainon. 31 b Di warung Mak Ainon kami sekeluarga makan malam.

32a Pertandingan menulis esei bersempena sambutan Hari Guru peringkat daerah akan diadakan di dewan besar sekolah kami pada hujung minggu ini. 32b Pada hujung minggu ini pertandingan menulis esei bersempena sambutan Hari Guru peringkat daerah akan diadakan di dewan besar sekolah kami.

33a Pegawai-pegawai imigresen itu menjalankan siasatan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pendatang tanpa izin yang berkenaan. 33b Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pendatang tanpa izin yang berkenaan pegawai-pegawai imigresen itu menjalankan siasatan.

LATIHAN 1

Arahan : Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Semua kakitangan syarikat ini perlu mengamalkan sikap bertolak ansur untuk mewujudkan satu pasukan kerja yang berkualiti. Isu pelajar ponteng telah dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sungai Emas barubaru ini.

Ayah akan menghadiahi adik sebuah jam tangan jika dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
6 markah

LATIHAN 2

Arahan : Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

1 2 3

Telah disiapkan oleh para pelajar semua tugasan yang diberikan oleh Cikgu Rosli. Sungguh bernasib baik Azlan kerana terselamat daripada kemalangan ngeri itu. Terpaut hatiku oleh sikapnya yang lemah lembut dan bersopan santun.

6 markah

JAWAPAN LATIHAN 1

Arahan : Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Untuk mewujudkan satu pasukan kerja yang berkualiti semua kakitangan syarikat ini perlu mengamalkan sikap bertolak ansur. Telah dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sungai Emas baru-baru ini isu pelajar ponteng .

Jika dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini ayah akan menghadiahi adik sebuah jam tangan .
6 markah

JAWAPAN LATIHAN 2

Arahan : Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

1 2 3

Semua tugasan yang diberikan oleh Cikgu Rosli telah disiapkan oleh para pelajar. Azlan sungguh bernasib baik kerana terselamat daripada kemalangan ngeri itu. Hatiku terpaut oleh sikapnya yang lemah lembut dan bersopan santun.

6 markah

Sekalung Budi Seuntai Kasih

Anda mungkin juga menyukai