Anda di halaman 1dari 3

Program Bina Insan Guru Fasa 2 / 2012

Refleksi

NAMA NO. K/P

: MOHD ADIB AZFAR BIN MURI : 920901-13-5327

NO. MATRIK : 0610/1800 KUMPULAN : PISMP Matematik (A) Semester 2

Pada 27 Julai yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru(BIG) bertempat di Dewan Seri Inang IPG Kampus Perlis. Seminar ini telah dihadiri oleh pelajar PISMP semester 2 Reka Bentuk & Teknologi dan Matematik A ambilan Januari 2012 dimana melibatkan hampir 40 orang pelajar. Seminar ini telah diberikan oleh kaunselor IPG Kampus Perlis sendiri iaitu En. Zulkipli bin Othman daripada unit Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Perlis. Beliau merupakan seorang kaunselor yang berdaftar dibawah perbadanan profesional yang mengawal aktiviti kaunseling. Bahkan, beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Pensyarah Cemerlang. Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Pembinaan Insan Guru yang Seimbang begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi. Pemceramah juga banyak menceritakan berkenaan dengan pengalaman beliau menjadi seorang kaunselor sejak daripada bergelar kaunselor di sekolah menengah dan sehingga beliau berjaya bergelar pensyarah cemerlang dalam kaunseling. Antara perkara yang begitu ditekankan oleh En. Zulkipli selaku penceramah pada hari tersebut ialah budaya bakal-bakal pendidik sekarang yang begitu jauh menyimpang dari budaya guru yang sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh guruguru pelatih. Mendengar muqaddimah yang begitu menarik dari penceramah membuatkan semua pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah dari beliau. Satu persatu penceramah memberi teguran kepada para guru pelatih bermula dengan gaya pemakaian segelintir guru pelatih sekarang yang langsung tidak mencerminkan seorang guru. Melalui teguran dari beliau, saya dapat pelajari bahawa seorang guru itu perlulah mempunyai penampilan yang menarik tetapi bersesuaian dengan seorang guru.

Program Bina Insan Guru Fasa 2 / 2012


Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang bakal guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk menyalurkan segala perkara yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi atau individu melalui saluran yang betul. Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya dimana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini sudah timbul satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga dilihat seperti tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan lagi keadaan. Di sini saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan diri dan rakan-rakan bakal guru dimana cara menyalurkan sesuatu perkara adalah amat penting sekali bagi menjaga dan menjamin kelancaran mencari penyelesaian. Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan perlulah diikuti dengan betul supaya meja rundingan dapat dibuka dan satu jalan penyelesaian dapat dibuat. Budaya ini sangat penting dalam kehidupan seorang guru kerana semua ini adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi oleh insan bernama seorang guru. Jadi, persediaan dan ilmu bagi membaiki kembali budaya guru pelatih ini harus dilakukan supaya guru pelatih akan menjadi seorang guru yang profesional suatu hari nanti. Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan menepati masa. Disini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan mengajar guru pelatih tentang pentingnya menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru pelatih yang selalu datang lewat ke kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti akan diambil serius oleh kami semua.

Dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah.

Program Bina Insan Guru Fasa 2 / 2012


Selain itu, tugas seorang guru ini merupakan satu tugas yang dipandang tinggi oleh agama. Setiap ilmu diajar kepada para pelajar dan tidak ada istilah malas dalam kamus seorang guru apabila menyentuh bab mendidik anak bangsa. Setiap tugas dan didikan terhadap murid-murid dibuat tanpa mengharapkan balasan kepadanya, tetapi Cuma mengharapkan agar murin-muridnya berjaya dalam hidup mereka dan itulah balasan yang paling berharga buat insan bergelar guru. Bagi kami, guru juga telah dijadikan role model kepada masyarakat di sekeliling kita. Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana seorang guru dipandang mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi mereka. Tatatertib, pergaulan, budi bicara, penampilan dan sebagainya pasti akan menjadi perhatian masyarakat seterusnya menjadi ikutan atau contoh buat masyarakat. Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini. Sekian, terima kasih.