Anda di halaman 1dari 14

PERKAEDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

DISEDIAKAN OLEH: MOHD FAIZUL BIN YUSUP

KEMAHIRAN MENDENGAR
PENDENGARAN AKTIF Merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah(1987), dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada semua pancaindera, terutamanya penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati iaitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal. Apabila hal ini dihasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana secara maksimum dalam proses pembelajaran.

KEMAHIRAN MENDENGAR
PENDENGARAN PASIF Mendengar pasif ialah peringkat pendengaran paling rendah dari segi fungsi dan prosesnya. Pendengaran jenis ini berlaku secara sambil lewa, tidak berfokus kepada semua perkara yang didengari. Oleh itu, pendengaran pasif tidak berupaya memahami makna keseluruhan daripada sesuatu pertuturan. Seterusnya, pendengar pasif jarang dapat mengingati dan memahami semua perkara yang didengarnya. Mendengar pasif boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor bahasa, isi bahan dan faktor luaran. Bahasa yang tidak difahami atau sebutan bahasa tersebut yang tidak difahami oleh seseorang akan menyebabkan individu tersebut tidak dapat memfokuskan pendengarannya terhadap pertuturan tersebut.

MENGAPA MURID PERLU MENDENGAR SECARA BERKESAN

Memahami konsep, idea dan maklumat mata pelajaran

Murid boleh berfikir dan memberi idea atau pendapat sendiri

Pengetahuan datang dari sumber pengetahuan yang lain

FAKTOR MEMPENGARUHI AKTIVITI PENDENGARAN


Keadaan fizikal pendengar dan penyampai Keletihan mendengar Jarak atau kedudukan Suasana persekitaran Gaya penyampaian Pengetahuan penyampai

TEKNIK MENDENGAR SECARA BERKESAN


Mula proses mendengar dengan berdoa dan meminta perlindungan Allah Hendaklah berkeadaan siap sedia. Menyediakan peralatan untuk mencatat dan menulis bahan yang didengar. Duduk berhampiran dengan penyampai supaya maklumat yang diperolehi adalah tepat. Menumpukan pendengaran, fikiran dan perhatian terhadap maklumat yang disampaikan. Telah mengetahui serba sedikit tajuk yang akan disampaikan. Sentiasa menjangka apakah fakta dan keterangan yang akan disampaikan. Menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan. Mengelakkan gangguan-gangguan persekitaran. Mendengar sambil mencatat

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI MENDENGAR


Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya. Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat, iaitu peringkat pra mendengar (sebelum ), peringkat semasa mendengar (semasa) dan peringkat selepas mendengar (selepas). Peringkat Pra mendengar- guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar. Seterusnya , guru memberi gambaran yang menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan ransangan dalam keadaan baik serta mencukupi. Akhirnya, guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.

Peringkat semasa mendengar- Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan ransangan. Guru juga perlu mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul ketika aktiviti mendengar dijalankan. Peringkat selepas mendengari- Guru menghuraikan tentang apa yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka. Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu. Guru juga memastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan .Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.

KOMUNIKATIF
Menurut Juriah Long (1985), pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi kecekapan berbahasa (sistem tatabahasa) dan kecekapan komunikatif. Penguasaan bahasa bukan semata-mata merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa, tetapi juga merangkumi penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks kewujudan sama ada dalam wacana lisan atau penulisan.

CIRI-CIRI PENDEKATAN KOMUNIKATIF


Disusun mengikut komunikasi seperti melapor, meminta, menjemput dan lain-lain. Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid Struktur bahasa yang bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari Murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk membolehkan murid membina struktur ayat yang betul. Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.

PRINSIP PENDEKATAN KOMUNIKATIF


Pengajaran dan pembelajaran dibuat dalam konteks wacana Pengajaran bahasa mengikut komunikatif sebenar Mempelbagaikan aktiviti komunikasi Murid harus memahami tujuan aktiviti dijalankan.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI BERTUTUR


Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang berbeza iaitu peringkat persediaan ( sebelum ), peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa) dan peringkat susulan dan penilaian (selepas). Pada peringkat persediaan,terdapat tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau melakukan tunjuk cara serta memberi contoh, guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti contohnya, kad kiu, kertas edaran dan peralatan lain yang mungkin diperlukan dan guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

Pada peringkat pelaksanaan aktiviti terdapat dua perkara yang dilaksanakan iaitu murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan dan guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang menjalankan aktiviti. Pada peringkat susulan dan penilaian, penilaian dijalankan secara berterusan contohnya mengadakan perbincangan dan guru memberi maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru memberi kerja rumah yang berkaitan dengan aktiviti bertutur yang dijalankan.

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DALAM KSSR


Mendengar, mengecamkan, mengajuk bunyi bahasa. Mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa. Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara Bercerita dan menceritakan semula dengan sebutan jelas dan intonasi yang betul. Berbicara menyampaikan maklumat Berbincang untuk mengemukakan pendapat.

Anda mungkin juga menyukai