Anda di halaman 1dari 6

Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Domain Taksonomi Bloom Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom

Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan. Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga

adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen. Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi. Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lainlain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu. Rumusan Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilakuperilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian. Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran tinggi.

CONTOH SOALAN : Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 1) I.Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti. II.Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini. III.kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak, kata Pak Ali. IV.Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur. A.I dan III sahaja. B.II dan IV sahaja. C.I, III, dan IV sahaja. D.II, III dan IV sahaja. 2) I.Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu. II.Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit itu giat dijalankan. III.Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya. IV.Pertandingan badminton untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan minggu depan. A.I dan III sahaja. B.II dan IV sahaja. C.I, III, dan IV sahaja. D.II, III dan IV sahaja. ARAS ANALISIS

TUJUAN : * Menaakul, mencari sebab dan musabab. * Meleraikan suatu komunikasi / tajuk kepada beberapa bahagian. CIRI SOALAN : * Memerlukan calon menganalisis, memecah atau mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsurunsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membuktikan. OBJEKTIF UMUM : Mencerakinkan, menjelaskan, menilai kerelevanan data dan menaakul. OBJETIF KHUSUS : Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi. KOSA KATA POPULAR : Bandingkan Bezakan Buktikan Beri sebab Buat analisis Cerakinkan Tafsirkan Klasifikasikan CONTOH SOALAN : Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah. Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan hangat. 1.Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud A.Menyampaikan sesuatu dengan penuh semangat. B.Menerima penyertaan yang amat menggalakkan.

C.Melakukan dengan bersungguh-sungguh. D.Medapat perhatian daripada orang lain. Jamilah sentiasa meniupkan semangat kepada farid agar adiknya dapat berjalan semula. 2.Apakah maksud rangkai kata meniupkan semangat dalam ayat? A.Menunjukkan ketabahan. B.Memberikan perangsang. C.Menjalani pemulihan. D.Membina ketahanan. ARAS SINTESIS

TUJUAN : Membentuk sesuatu yang baharu. CIRI SOALAN : * Memerlukan calon merancang, mereka / mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif daripada penggabungan pelbagai unsur. * Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah, prosedur atau cadangan. * Menguji kebolehan calon unuk mencantumkan, menggabungkan, mengintegrasikan faktafakta atau idea-idea berkaitan. OJEKTIF UMUM : * Menukis karangan, mencadangkan suatu pandangan. * Menghasilkan karya. OBJETIF KHUSUS : * Menggabungkan, menggubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta. KOSA KATA POPULAR : Rancangkan Rumuskan Sediakan Cadangkan Karangkan Gubahkan Gabungkan Mereka bentuk Kumpulkan Susunkan CONTOH SOALAN : 1.Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun yang lengkap. Masak sebiji di atas peti Hutang budi dibawa mati Pisang emas dibawa belayar Hutang emas boleh dibayar _________________________, _________________________; _________________________, _________________________. 2. Aminah lahir pada tahun 1985. Pada tahun bilakah dia menduduki peperiksaan PMR? A.1997 B.1998 C.1999 D.2000

ARAS PENILAIAN TUJUAN : Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu. CIRI SOALAN : Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi , mengesahkan, mengkritik dan memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. OBJEKTIF UMUM : Menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data. OBJEKTIF KHUSUS : Menilai, membuat pertimbangan. KOSA KATA POPULAR : Bincangkan Nilaikan Beri pendapat Beri justifikasi Pertimbangkan Sejauh mana Rumuskan Tafsirkan Bandingkan Ulaskan

Anda mungkin juga menyukai