Anda di halaman 1dari 3

MATLAMAT Kertas kerja ini disediakan sebagai satu perantaraan untuk memahami dan menerima bimbingan yang lebih

lanjut tentang pergerakan asas. Perkara yang ingin dilihat adalah keupayaan kanak-kanak melakukan pergerakan-pergerakan asas. Selain daripada itu, amali pergerakan asas ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap kemampuan masing-masing, di samping mengikut peringkat umur. Sehubungan dengan itu, amali pergerakan asas ini secara tidak langsung dapat membentuk dan melatih pelajar agar mempunyai badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Di samping itu juga, melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estetik. Memandang kepentingan ini, tujuan amali pergerakan asas ini adalah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran pergerakan asas. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul, mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul dan sebagainya. Manipulasi alatan pula membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan apabila pelajar dewasa.

Objektif Antara objektif yang terkandung dalam perancangan rangkaian pergerakan ini: 1 Menguji para pelajar tentang kemahiran pergerakan asas

Membolehkan para pelajar melakukan pergerakan asas secara konsisten mengikut keupayaan diri

Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai pengalaman pergerakan yang berupaya meningkatkan kesihatan diri

Membimbing para pelajar untuk menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan pergerakan

Melatih para pelajar melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan

Memberi kesedaran kepada pelajar tentang gaya hidup sihat yang boleh dilakukan melalui pergerakan asas

Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.

Rumusan Melalui kertas kerja yang dihasilkan ini, kami akan dapat menentukan kemahiran berkaitan pergerakan asas yang akan kami demonstrasikan, Perancangan juga dapat dilakukan dan membolehkan kumpulan kami menyediakan semua peralatan yang diperlukan. Selain itu, kami dapat memahami dengan mendalam tentang

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberikan penekanan kepada aspek posisi dan postur badan yang betul ketika melaksanakan aktiviti. Dalam pada itu, pergerakan asas yang dilakukan boleh diaplikasikan dalam membantu pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada kami peri pentingnya pergerakan asas yang betul semasa mengajar. Kami juga telah menyemak dan meneliti semula kertas

kerja kami untuk memastikan kami menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur, berkualiti, serta mampu dijadikan bahan rujukan yang berguna kelak.