Anda di halaman 1dari 2

Penggunaan kartun sebagai medium pengajaran bermaklumat dan bernilai murni.

Kartun merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh kerana sifatnya yang unik, kartun mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan manusia. Kartun juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arah menumpukan minat terhadap penggunaan kartun yang bermutu tinggi dari segi lukisan., mesej, dan sudut persembahan serta bahasa yang digunakannya. Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Misalnya, pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami juka disampaikan dengan mengunakan bahan kartun.

Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADDBengkel Guru


>> Penggunaan Kartun (Komik) Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing. 1. Ganti dialog dalam kartun dengan dialog sendiri.2. Betulkan dialog dalam kartun berkenaan dengan menggunakan laras bahasa baku.3. Mewarnakan kartun.4. Menulis karangan berdasarkan kartun.5. Melukis semula kartun berkenaan.6. Mengajar imbuhan berdasarkan aksi watak dalam kartun. 7. Lakonkan berdasar watak dan cerita kartun berkenaan. 8. Menyampaikan cerita berdasarkan kartun. 9. Tukar kepada ayat pasif. 10. Membuat jangkaan apa yang berlaku seterusnya berdasarkan siri kartun berkenaan.

Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADDBengkel Guru


>> Bahan - Gambar Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiri Setiap hari Berita Harian menyiarkan banyak gambar berwarna dan hitam putih. Ia boleh digunakan untuk pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. 1. Membina soalan berdasarkan 5W + 1H mengenai sesuatu gambar: Siapa? Apa? Bila? Di mana? Mengapa? Bagaimana? 2. Membuat sendiri keterangan gambar. 3. Penggunaan gambar untuk mengajar tatabahasa. 4. Mengaitkan beberapa gambar untuk membuat karangan. 5. Cari gambar yang ada beberapa persamaan. Minta murid memberi hujah. 6. Menamakan benda/orang yang dapat dilihat daripada sesuatu gambar. 7. Menyediakan dialog 8. Membuat lukisan berdasarkan sesuatu gambar. 9. Nilai murni dan sebaliknya daripada sesuatu gambar. 10. Mewarnakan gambar.

11. Membuat karangan imaginasi berdasarkan gambar. 12. Mengkategorikan jenis gambar (Alam dan Manusia) 13. Mengkategorikan bentuk objek dalam gambar. 14. Menggunakan gambar untuk mengajar Matematik seperti iklan pasar raya. 15. Gunting dan susun gambar kemudian tampal di atas kertas lukisan (mata pelajaran Pendidikan Seni)

Anda mungkin juga menyukai