Anda di halaman 1dari 38

Firman Allah, "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar".

(Luqman : 13) Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Syirik. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari) Firman Allah, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni segala dosa selain syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang sangat besar. " (An-Nisa: 48) Firman Allah, "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah akan mengharamkan baginya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun. " (Al-Maidah: 72 ) Dari Abdullah bin Mas'ud r. a. Rasulullah saw. bersabda, "Sesiapa mati dalam keadaan dia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, dia akan masuk neraka. (HR Bukhari dan Muslim)

Syirik bermakna mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripada sifat uluhiyyahnya ( berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya dan didoakan kepadaNya) ataupun sifat rububiyyahnya ( menjadikan, mentadbir, dan menguruskan alam ).

http://belajaribadat.blogspot.com
MAKSUD SYIRIK Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah:

Maksudnya: Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka. (Surah al-Maidah, ayat 72)

Maksudnya:
Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Surah an-Nisa, ayat 48)

Semantara dalam Surah Luqman ayat 13 Allah berfirman:

Maksudnya:

Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.

Namun,penegasan tentang bahaya syirik ini tidak terhanti setakat itu sahaja.Pernah seorang sahabat Rasulullah S.A.W., Abdullah bertanya kepada baginda yang maksudnya:Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri. - (Hadis riwayat Muslim)

Dalam sabda baginda yang lain, baginda juga ada menegaskan tentang bahaya syirik ini antaranya ialah: "Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu". (Hadis riwayat Muslim) Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. (Hadis riwayat Muslim)

1.SYIRIK JALI Ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

1. Menerusi itiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik. 2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik. 3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim. Contoh amalan syirik jali ini ialah: a) menyembah patung dan berhala b) menyembah bulan atau matahari c) mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

2. SYIRIK KHAFI Ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah:

Maksudnya: Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya. (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi. (Surah az-Zumar, ayat 65)

Maksudnya: Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (Surah al-Hajj, ayat 31)

Oleh itu, melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermukamuka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini. Dengan itu, perbuatan syirik ini adalah haram dan sangat merbahaya kerana: 1) Ia membatalkan iman seseorang 2) Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah 3) Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang

Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat-sifat yang tersebut itu ada pada selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah melakukan syirik dengan Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah. Perkataan kufur juga mempunyai makna yang sama dengan syirik walaupun terdapat di kalangan ulama yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 34/06

http://hikmah.org.my
Allah Swt. berfirman yang bermaksud : " Wahai Ahlul-Kitab ( orang-orang keturunan Yahudi dan Kristian ) ! Marilah kepada suatu kalimah (ketetapn ) yang tiada lagi perselisihan di antara kami dengan kamu, bahawa tiada tuhan yang kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain daripada Allah". ( QS Ali Imran ayat 64 ).

Pada ayat tersebut di atas dijelasklan bahawa ada tiga macam klasifikasi syirik iaitu : Menyembah sesuatu selain daripada Allah: Inilah jenis syirik yang paling berat. Iaitu menyembah patung, batu, kayu, binatang-binatang, kuburan-kuburan, alam, bahkan juga manusia dan lain-lain. Mereka percaya bahawa benda-benda itu adalah tuhan-tuhan yang boleh mendatangkan kebaikan. Oleh itu benda-benda tersebut perlu disembah. Mempersekutukan: Jenis syirik kedua yang disebutkan pada ayat itu ialah mempersekutukan Tuihan dengan unsur-unsur lain atau benda-benda yang lain, yakni mempercayai bahawa benda-benda lain yang dimaksud adalah mempunyai sifat-sifat sepertimana sifat-sifat yang wujud pada Tuhan. Mempertuhankan manusia: Tingkatan syirik ketiga yang disebutkan pada ayat tersebut di atas ilah orang-orang yang menjadikan manusia menjadi tuhannya. Adakalanya kerana yang bersangkutan adalah pemuka agama , pendeta, wali, dipandang luar biasa, mempunyai keistimewaan dan sebagainya. Disamping itu, pada ayat-ayat yang lain disebutkan pula klasifikasi yang mempertuhankan hawanafsu ( QS al-Furqan ayat 43 ) , mempertuhankan matahari dan bulan. (QS al-Fushilat ayat 37).

Muhammad Bin Abdul Wahab dalam bukunya " Kitabut-Tauhid" menerangkan empat macam syirik, iaitu : Syirik Ilmu Pengetahuan Iaitu orang-orang yang mengakui keunggulan ilmu pengetahuan ( sains dan teknologi ) daripada kemampuan dan kekuasaan Allah S.W.T. Syirik Kekuatan Yang Bekerjasama Dengan Tuhan Iaitu yang dinamakan " syirkut-tasharruf" yakni ada kekuasaan dan kekuatan lain yang bekerjasama dengan Allah menciptakan sesuatu hal. Syirik Ibadah Syirik Ibadah " Syirkul-Ibadah" - melakukan ibadah ( ritual ) selain kepada Allah swt. Misalnya menyembah patung, benda-benda mati, tempat-tempat keramat, kubur dan lain-lain. Syirik Adat Kebiasaan Syirik Adat Kebiasaan (tradisi)- kepercayaan terhadap pengaruhpengaruh kehebatan penginggalan-peninggalan nenek datuk yanag mana diyakini menentukan dan memberikan pengaruh jalan kehidupan.

Jamaluddin al-Qasimi dalam Tafsirnya pula menerangkan bahawa syirik itu ada enam macam , iaitu :
Syirik Istiqlal Yakni mengakui dua tuhan , masing-masingnya merdeka dan berdiri sendiri. Syirik Tab'idh Yakni memiliki kepercayaan beberapa tuhan yang tertentu, seperti kepercayaan orang-orang Nasrani ( trinity ). Syirik Taqarrub Yakni syirik beribadah selain kepada Allah Swt. sepertimana keparcayaan orang-orang Jahiliah. Syirik Fanatisme Yakni beribadah selain kepada Allah , didasarkan kepada taklid ( fanatisme ), mencontohi orang-orang yang terdahulu, sepertimana yang terdapat pada akhir-akhir zaman ini Syirik Tradisional Yakni mempercayai bahawa adat-adat kebiasaan zaman dahulu kala, tradisional, mempengaruhi jalan kehidupan manusia. Syirik Beramal Selain Kerana Allah Yakni melakukan amal ( kebajikan ) bukan dengan niat kerana Allah ( Lillaahi Ta'ala ).

http://www.iluvislam.com Syirik Khafi (Syirik Tersembunyi) Batalkan Amal, Rosakkan Iman KHA, 27 JAN 2011 09:34 | NOOR AZZA KHALID | TEAM TABLOID

Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati. Kita begitu yakin dan mengakui masih kebal iman dalam diri dan sama sekali tidak syirik terhadap Allah SWT apabila tidak pernah menyembah berhala dan apa jua dewa. Sebabnya perbuatan tersebut sudah diketahui umum boleh menyebabkan seorang Muslim menjadi murtad dan keluar dari Islam. Mudahnya, kebanyakan masyarakat Islam meletakkan perkara itu sebagai sempadan dari terjadinya hal yang merosakkan keimanan. Dan ada juga yang faham, hanya perbuatan sedemikian sahaja boleh sebabkan syirik.

Itu syirik jali yang setiap umat Islam cuba elak daripada melakukannya. Tetapi dalam berjagajaga itu, syirik khafi atau syirik tersembunyi sebenarnya dilakukan setiap hari oleh kebanyakan orang Islam. Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati. Ini terjadi dan dilakukan samaada kita sedari atau dilakukan didalam keadaan tidak sedar.

Menurut penerangan para Arifin Billah (pakar agama), antara sembahan-sembahan hati yang paling lumrah bagi manusia ialah: i) penyembahan kepada nafsu/diri sendiri ii) penyembahan kepada dunia dan perhiasannya iii) penyembahan kepada pangkat dan kekayaan iv) penyembahan kepada kedudukan dan jawatan v) penyembahan kepada wanita vi) tawakal kepada kekuatan diri atau kekuatan makhluk vii) tawakal kepada kehebatan sains dan teknologi dan lain-lain

Segelintir umat Islam menganggap syirik khafi sebagai perkara kecil sahaja. Namun pandangan sebeginilah yang mengundang bahaya yang lebih besar. Menurut tafsiran ulama-ulama tasawuf, syirik khafi walaupun tidak membatalkan iman namun memberi kesan kepada amal dan boleh merosakkan keimanan jika dibiarkan berlaku dan menjadi pakaian umat seharihari. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar." (Riwayat Al Hakim)

Penyembahan kepada berhala-berhala hati ini juga menyebabkan manusia menjadi bongkak dan riak tanpa disedari. Terlalu yakin terhadap kelebihan diri sendiri. Perbuatan sebegini sebenarnya mengundang resah kepada Rasulullah sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Riwayat Imam Ahmad)

Benar dalam kehidupan, kita selalu memandang hal yang besar tanpa mempedulikan perkara-perkara kecil. Namun perlu diketahui yang kecil dan halus itulah lebih mudah menyerang dan merebak sehingga akhirnya kita terperangkap tanpa sedar. Sungguhpun syirik khafi tidak membatalkan iman seseorang, tetapi jika dibiarkan ia boleh mencederakan tauhid dan pengesaan terhadap Allah. Jangan terlampau yakin bila kita tidak pernah menyembahkan tuhan lain selain Allah, kita bebas dari melakukan syirik. Ketahuilah bahawa perjuangan melawan sifat-sifat jahat dalam hati terutamanya syirik khafi adalah jihad sepanjang hidup. Jangan terhenti dari jihad ini kerana sejarah telah membuktikan manusiamanusia alim juga boleh tewas dengan rayuan iblis dan syaitan. Sehingga hati dan iman menjadi binasa.

Oleh itu berhati-hatilah dengan perbuatan, pengungkapan serta kata hati kita setiap hari. Apa jua yang terjadi dan berlaku semuanya atas kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Bukan atas kehebatan dan keupayaan diri sendiri, benda mahupun makhluk lain yang sebenarnya tidak punya kuasa apa-apa!

Bentuk-Bentuk Syirik Khafi


1) Bergantung Hati Kepada Sesuatu Selain Allah Syirik khafi jenis ini sangat lumrah dalam urusan kehidupan seharian. Apabila seseorang melihat dirinya melakukan ibadah yang banyak,atau melihat dirinya mempunyai kebijaksanaan dan kehebatan sehingga berjaya memperoleh suatu kebaikan. Atau menyandarkan sesuatu kebaikan yang diperoleh disebabkan manusia lain atau benda lain yang di jadikan oleh Allah seperti ubatubatan atau ketinggian sains dan teknologi dan sebagainya. Contoh 1 : Seorang lelaki yang telah sembuh dari sakit, merasakan ubat yang dimakan itulah yang menyembuhkan penyakitnya. Contoh 2 : Seorang Pengarah Syarikat yang berjaya membawa kejayaan kepada syarikat merasakan kejayaan tersebut dicapai hasil usahanya dan dibantu oleh pekerja-pekerja lain.

2) Ujub Menurut pengertian yang diberi oleh Imam Al-Ghazali ; "Ujub adalah rasa hairan dengan diri atau membanggakan diri atau merasai aman dengan adanya suatu kelebihan nikmat pada diri seseorang. Terjadi 'ujub adalah didalam hati, tanpa terzahir sifat rasa bangga dirinya pada tingkah laku atau perkataan." Contoh 1 : Seorang melakukan solat larut malam lalu berkata di dalam hati, " Hairan aku dapat melakukan ibadat yang begitu banyak." Contoh 2 : Seseorang wanita yang cantik berasa betapa hebatnya diri dengan kecantikan tersebut.

3) Riya' Riya' dalam beramal adalah melakukan sesuatu amal atau kebajikan dengan niat mendapat pujian makhluk atau bertujuan mendapat pangkat dan kedudukan. Tiga keadaan berlaku Riya' pada hati seseorang yang melakukan beribadat/melakukan kebajikan. Niat hati seseorang perlu di awasi pada 3 keadaan ketika beramal.; 1) Pada permulaan melakukan ibadat. 2) Ketika sedang melakukan ibadat. 3) Setelah selesai melakukan ibadat. Kebanyakan orang beramal biasanya ikhlas pada permulaan ibadatnya. Tetapi gangguan riya' datang ketika sedang beramal atau sesudah beramal. Dengan demikian seseorang wajib berhati-hati dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba mewaswaskan hati supaya berubah niat.

4) Takabbur (Membesarkan Diri) Takabur adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain. Sifat ini lahir dari hati dan ada kalanya terzahir dalam perkataan dan perbuatannya. Takabur adalah mencabar kekuasaan Allah : Sabda Rasulullah SAW, Firman Allah idalam Hadis Qudsi, "Takabur itu selendangku dan Kebesaran itu kain sarung Ku. Maka barang siapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan." (Riwayat Muslim)
Punca wujudnya takabur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain. 1. Takabur dengan Ilmu. 2. Takabur dengan Amal 3. Takabur dengan tubuh badan kecantikan, kekuatan dan lain-lain 4. Takabur dengan harta, anak dan kekayaan dunia. 5. Takabur dengan banyak pengikut 6. Takabur dengan kemuliaan keturunan. 7. Takabur dengan kekuasaan

http://koleksialqalam.blogspot.com/2008/09/syirik. html

http://fajridil.blogspot.com/2011/02/a pa-itu-syirik-khafi-syiriktersembunyi.html