Anda di halaman 1dari 5

Ansur Maju Aras Tinggi Latihan 1

PEMAIN A

1. Pergerakan ini dipanggil sebagai pergerakan statik dalam ansur maju untuk latihan mengumpan bagi bola tampar

2. Pada mulanya pemain A akan melambung kepada pemain-pemain lain secara bergilir-gilir mengikut turutan.

3. Kemudian, pemain-pemain akan mengumpan bola kepada pemain A, dan pemain A akan mengumpan balik kepada pemain lain mengikut urutan secara berputar mengikut bulatan.

Ansur Maju Aras Tinggi Latihan 2

PEMAIN A

1. Latihan ansur maju ini juga dikenali sebagai latihan static dalam pergegerakan dalam bola tampar.

2. seorang pemain perlu berada di hadapan untuk mengumpan. Kemudiannya pemain yang berada di hadapan pemain A perlu membaling bola kepada pemain atas paras kepala.

3. Setelah bola dilambung atas paras kepala, pemain A akan mengumpan bola kehadapannya. Pemain yang berada di hadapan akan menyambut dan dia pula akan menjadi pengumpan di hadapan bagi mengganti pemain A.

Ansur Maju Aras Tinggi Latihan 3

PEMAIN A

1. Latihan ansur maju ini dipanggil latihan bergerak secara berpasangan di dalam latihan ansur maju dalam bola tampar.

2. Pada permulaan pergerakan, pemain yang berwarna oren akan bergerak kiri dan ke kanan untuk melambung bola kepada pemain A.

3. Oleh itu, pemain A perlu mengikut pergerakan bola yang dilambung oleh pemain warna oren untuk mengumpan balik bola kepada pemain pemain warna. Begitulah pergerakan berikutnya yang dilakukan oleh pemain sterusnya.

Ansur Maju Aras Tinggi Latihan 4

PEMAIN A

1. Latihan ansur maju ini dipanggil latihan bergerak secara berpasangan di dalam latihan ansur maju dalam bola tampar.

2. Dalam pergerakan ini, pemain A akan menyebut salah satu warna dalam permainan tersebut.

3. Oleh itu, pemain berkenaan akan lari ke depan dan menyangga bola itu yang dilambungkannya kembali kepada pemain A semula. Begitulah berikutnya dan ia perlu diulang ulang sebanyak 5 kali.

Ansur Maju Aras Tinggi Latihan 5

PEMAIN A

1. Latihan ansur maju ini dipanggil latihan berkait di dalam latihan ansur maju dalam bola tampar.

2. Dalam pergerakan ini, Pemain akan mengumpan bola balik kepada pemain A melalui atas jaring bola tampar.

3. Oleh itu, tugas pemain A ialah membaling bola kepada pemain yang membaling bola kepada dia.