Anda di halaman 1dari 3

Kesan Pengabaian Etika dalam Sains dan Teknologi

L :!.l _ l `>,l !., ,. _., _!.l 1,.`,l _-, _ l.- l-l


`->, _
41. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya
mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum 30:41)

Dunia hari ini, kita telah melihat pelbagai ciptaan manusia dengan bermacam-macam rupa dan
fungsi. Ini semua hanya mampu dilakukan dengan bantuan akal yang dikurniakan oleh Allah swt
kepada bani Adam a.s. Namun begitu manusia tidak mampu mengunakan kemampuan akal
sepenuhnya dengan itu, pelbagai kerosakan yang telah berlaku seperti apa yang dinyatakan oleh
Allah swt dalam ayat Al-Rum 30:41. Berdasarkan ayat diatas, kerosakan berlaku disebabkan
perbuatan-perbuatan buruk manusia. Mengikut tajuk perbincagan, antara perbuatan buruk manusia
ialah pengabaian etika dalam dalam ilmu alam.
Dalam hal ini, nilai-nilai etika yang perlu ada dalam saintis dan teknokrat tidak lagi diendahkan
seolah olah ia tidak ada dalam diari hidup mereka. Bagi sebahagian dari mereka telah mencipta
sesuatu teknologi mengikut kehendak komersial semata-mata tanpa mengambil kira kesan negatif
terhadap alam sekitar. Malah, sifat ego dan tinggi diri dalm diri saintis menyebabkan teknologi yang
diciptakan melanggar hukum-hakam dan syariat Islam. Disamping itu, ada juga pengguna yang tidak
bertanggungjawab sanggup menyalahgunakan teknologi yang dicipta untuk kegunaan yang haram.
Natijahnya, berlaku eksploitasi alam tanpa kawalan. Sainis yang tidak beretika akan menggunakan
segala yang ada di muka bumi dengan sepenuhnya tanpa mempedulikan ekosistem atau habitat
kehidupan lain. Sememangnya Allah swt menyediakan apa yang ada dimuka bumi untuk keguaan
manusia akan tetapi, ianya tidak ada batasannya. Jadi sebahagian ciptaan manusia yang disalah
gunaciptakan bukan sahaja memberi impak negatif terhadap alam sekitar tetapi memberi kesan
sampingan yang berpanjangan seperti percemaran alam sekitar, rumah hijau, penipisan ozon, pulau
haba dan hujan asid.




Pecemaran Alam Sekitar
Berlaku apabila bahan kotor dan berbahaya dilepaskan ke kawasan sekitarnya melalui pembangunan
ekonomi, proses perbandaran dan perindustrian pesat. Segala aktiviti ini mengakibatkan pecemaran
udara, air dan tanah.
Pecemaran udara berlaku apabila asap kenderaan bermotor, asap kilang, bahan kimia dan debu-
debu kilang dilepaskan. Semakin banyak hutan ditebang bagi industri dan perumahan serta
terdirinya kilang simen ketika pembangunan pesat menyebabkan kenderaan bermotor bertambah.
Asap-asap dilepaskan secara berleluasa tanpa ditapis.
Pecemaran air bermula dengan pembuangan sisa pejal dan toksid dari kilang-kilang seperti sisa kimia
yang dialir ke sungai. Pecemaran laut pula disebabkan kegiatan perikanan yang tidak terkawal serta
pembuangan sisa-sisa toksid.
Antara punca berlaku pecemaran tanah ialah penggunaan baja kimia yang keatas tanaman-tanaman.
Di samping itu penggunaan racun serangga yang membawa kesan yang baik kepada tanaman tetapi
sebaliknya merosakkan tanah sekitarnya.

Rumah Hijau
Rumah hijau disebabkan keadaan haba yang terperangkap di atmosphere bumi mengakibatkan
peningkatan suhu di permukaan bumi. Gas ini terdiri daripada 56% karbon dioksida, 14% metana, 7%
nitrus oksida dan 23% kloroflourokarbon (CFC).
Antara faktor beerlaku rumah hijau ialah pembakaran bahan api fosil dari kilang, kenderaan,
janakuasa terma dan pembakaran terbuka membebaskan gas karbon monoksida, karbon dioksida,
nitrogen oksida dan metana.

Penipisan Ozon
Lapisan ozon terletak di dalm stratosfera berada ketinggian 10 hingga 50km. Lapisan ini menapis
sinaran ultra unggu supaya sampai ke bumi tidak berlebihan. Bahan boleh menipiskan ozon.
Penipisan berterusan menyebabkan sinaran ultra unggu lebih banyak sampai ke bumi.
Antara kesan penipisan ozon ialah meningkatkan kanser kulit dan mata serta melemahkan
ketahanan manusia melawan penyakit dan menggangu proses fotosentesis tumbuhan. Di samping
itu, ia juga memberi kesan kepada perubahan cuaca di permukaan bumi.




Pulau Haba
Ia berlaku di pusat bandar kerana terdapat banyak bangunan yang tinggi. Hal ini, berlaku kerana
kesesakan kenderaan di jalan raya yang mengeluarkan asap dan haba. Bahkan banyak kilang yang
sentiasa mengeluarkan asap. Di samping itu, jalan dan bangunan konkrit menyerap haba dan haba
tidak dapat kerana bangunan dibina terlalu rapat dan padat.

Hujan Asid
Hujan asid berkaitan dengan asap kilang dan kenderaan yang mengandungi karbon dioksida, sulfur
diosida dan nitrogen dioksida. Apabila gas naik ke udara bercampur dengan awan dan dilarut oleh
titisan awan dan membentuk asid karbonik, asid sulfurik dan asid nitrik akan menjadi lemah.
Antaranya kemusnahan tanaman dan memberi kesan kanser kulit, menggangu pernafasan, kanser
mata, dan merosakkan bangunan.