Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI BAGI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN Murid bermasalah pembelajaran didapati sukar untuk menyusun maklumat,

tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Terdapat dua pendekatan dalam pengajaran murid yang bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.Pengajaran secara langsung bererti guru mengajar secara langsung menurut urutan. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada murid berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. Seterusnya, strategi pengajaran bagi murid bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya. Pilihan Penempatan Pendidikan Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan salah satu isu yang paling hangat diperkatakan. Tempat di mana seseorang murid bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran, antaranya: Bilik Darjah Biasa Murid bermasalah pembelajaran dan murid biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya penempatan murid secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial murid bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.

Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar murid bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan murid bermasalah pembelajaran. Guru juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran murid bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa. Bilik Darjah Berasingan Bilangan murid bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Murid dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja atau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada murid yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, murid bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas yang berasingan. Melalui kelas berasingan, ianya memberikan banyak kelebihan kepada guru dan murid. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding murid bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas aliran perdana memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh murid bermasalah pembelajaran. Sebahagian murid dapat menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu. Ini kerana kelas yang berasingan mempunyai kapasiti bilangan murid yang lebih kecil berbanding kelas aliran perdana. Penggunaan Bilik Sumber Murid bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya,murid yang mempunyai masalah dalam Bahasa Melayu pergi ke kelas pemulihan yang disediakan. Bilik sumber membolehkan murid yang bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan dan kemahiran yang tinggi serta dapat bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga.

Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, murid bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku. Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada murid bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai