Anda di halaman 1dari 7

Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia Masyarakat melayu mengusahakannya secara kecil-kecilan Terdapat

dua kaedah melombong iaitu mendulang dan melampan. Kaedah mendulang biasanya dilakukan di kawasan yang terdapat aliran air sungai dengan menggunakan dulang.

Kaedah melampan dilakukan dengan cara memasukkan loggokan tanah ke dalam palung kayu bagi mengasingkan bijih timah dari bahan yang lain. Terdapat penglibatan golongan pembesar misalnya Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim di Larut. Raja Jumaat bin Raja Jaafar di Lukut Selangor dan Raja Abdullah di Klang Mereka menjadikan bijih timah sebagai bahan dagangan untuk ditukar dengan barangan lain Ramai buruh cina telah dibawa masuk untuk mengusahakan perlombongan bijih timah bagi memenuhi permintaan pasaran.

Perlombongan emas telah diusahakan dengan lebih meluas oleh orang melayu secara kecilkecilan di daerah Pahang. Masyarakat melayu melombong emas dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah melampan dan mendulang Orang melayu tidak menggunakan modal yang besar dalam mengusahakan lombong-lombong emas.

Timbangan yang digunakan oleh orang melayu untuk menimbang emas ialah mayam dan bungkal Terdapat juga penglibatan orang cina dalam perlombongan emas

Sebelum mata wang diperkenalkan, urusan perniagaan dijalankan melalui sistem barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, penggunaan wang primitif berbentuk siput dan kepingan logam atau syiling mula diperkenalkan.

Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa sistem ekonomi masyarakat melayu traditional lebih menjurus kepada ekonomi sara diri sebelum kedatangan British Namun, keadaan ini mula berubah setelah penguasaan British ke atas tanah melayu Kegiatan ekonomi sara diri secara perlahanlahan berubah kepada sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh British.

Barbara Watson. (1983). Sejarah Malaysia. Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Hairol Anuar Hj Mak Din. (2009). Sejarah Malaysia: 14001969 satu evolusi. Selangor: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik Kolej Uni Islam Antarabangsa. J. B Scrivenor. (1928). A Sketch Of Malayan Mining. London: London Wall. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ooi Jin Bee. (19698). Bumi: Penduduk dan Ekonomi Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria Awang Ali. (2001). Latar Belakang Sejarah Perlombongan Emas.

Anda mungkin juga menyukai